Monday, September 13, 2010

Malang tidak berbau untuk menyambut hari raya dengan gembira

Alhamdulillah...tahun nie dapat menyambut hari raya bersama org tersayang dan ahli keluarga. Cuma tahun nie disambut dengan sederhana aje kerana keadaan mak aku kurang sihat sebab terkena sipi angin ahmar tp, alhamdulillah tkde ape2 berlaku pada anggota tubuh badan die cma die rse kebas2 je. Pada puasa ke-2 akhir waktu sahur,aku dh bimbang, mak aku nangis sambil bagitw yg badan die dh tk berasa apa2, pegang sudu pun sampai jatuh. Selepas sahur aku terus sms ngan adik-beradik aku yg lain bagtw tentang keadaan mak aku dan suruh balik. Aku plk tk dpt nk lelapkn mata, aku nangis subuh tue, dn esok paginye aku buat keputusan bawa mak aku pergi berurut di rumah makngah aku di sungai mas. Kakak ipar aku pun sampai pagi tue dn terus ikut kami pergi umah makngah aku. Aku bersyukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izinNya mak aku dapat diselamatkan daripada strok kerana cepat sedar.

Dah 3 kali mandi laut sebab nk bawa mak aku berendam dengan air laut. Erm.. w/pun aku duduk berhampiran dengan laut tp, dh lama tk mandi laut....ye leh nnti hitam kulit i u.. hehe....tkpe lh asalkan mak aku sihat dan pulih seperti sedia kala...Terima Kasih Allah..


Manakala pada raya ke-2 plk, bapa bakal suami aku jatuh dalam bilik air. Plan hari tue nk pergi beraya di rumah Pokteh kat perigi Acheh. Semasa aku dn tunang aku sampai di rumah die, mak die kte 'bak jatuh dn nk g hospital'. Tunang aku pun apa lagi terus bawa bak die pergi berurut dlu dan alhamdulillah sakit kaki die dh kurang sikit.. selepas bawa urut trus hantar die pergi buat dialisis plk kat saujana.

Setelah hantar, kami semua (aku, tunang aku dn adik-beradik die) pergi rumah pokteh die. Pulang dri rumah pokteh, terus pergi ambik bak die di saujana dan malam tue jugak ingin bawa bak die X-ray di poliklinik tp, tak dapat buat pada malam tue, dan kami terus balik. Pada keesokannya, tunang aku bawa bak die pergi hospital, X-ray,rupa-rupanye tulang pahanya retak. Semasa bawa pergi urut, org yang berurut tue tk plk urut di paha, cma di bahagian bawah kaki  sahaja dn orang tue pun kata tiada patah atau retak. Sekarang ade di hospital Kota Tinggi dan dalam proses untuk mencantumkan semula tulang yang retak. Mungkin makan masa dalam seminggu atau dua minggu. aku doakan bapa tunang aku sihat, pulih, dan boleh berjalan seperti orang yang sihat, Insya-Allah amin.....


Ini lah die, malang tidak berbau, kita tak tau apa akan berlaku esok, lusa dan seterusnya...kita cma merancang tapi Allah yang menentukan....kita sebagai hambanya, perlulh berusaha untuk mencari penawarnya bukan dengan berdoa sahaja..

No comments: