Tuesday, March 25, 2014

CHOCOLATE CHIPS OREO COOKIES





Yum..yum..yum...sedapnya bila tengok pic ni...terasa macam nak buat plak. Bila di belek resepinya, barangnya mudah dicari dan senang nak buat. Ermmmm.....bila nak buat cookies nie erk?. Tak kisah lah bila...sekarang ni saya nak share dengan anda resepi ni. Siapa yang berminat boleh lah mencuba ye..Ini pun saya dapat dari en google dari web ini. Pelbagai resepi ada, anda boleh lihat sendiri dan mencuba untuk makan bersama ahli keluarga dari hasil air tangan anda sendiri.....good luck ye semua!!!!

CHOCOLATE CHIPS OREO COOKIES

BAHAN-BAHANNYA :

  • 1/2 cawan butter (113g) - suhu bilik
  • 1/2 cawan brown sugar
  • 1/2 cawan gula halus (gula putih)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil baking powder
  • secubit garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 packet biskut oreo (packet panjang / 13 keping) - dipotong 4
  • 1 cawan chocolate chips
CARA-CARA UNTUK MEMBUATNYA :
  • Pukul butter, brown sugar dan gula halus hingga kembang
  • Masukkan esen vanila dan telur. Pukul hingga sebati
  • masukkan tepung baking powder dan garam yang telah diayak terlebih dahulu. Gaul rata.
  • Masukkan chocolate chips dan biskut oreo
  • Ambil sesudu dan letakkan ke atas dulang pembakar. Leperken sedikit. Jarakkan 2 cm anatara adunan
  • Bakar pada suhu 175 darjah celcius selama 12 - 15 minit.
Dah siap bakar...dan apabila dah sejuk boleh lah dimakan ye...selamat mencuba!!!!



silalah comment post ini...

Thursday, March 13, 2014

Resipi Udang Montel





Salam kawan2...hari ni sya nak kongsi resipi udang montel plak..anda mesti dah pernah membuatnya kan!!!! cuma ikut cara masing2 lh kan... Ini pun sya pinjam gambar dalam en google dri blog seseorang yang share. Pn Aleen sya pinjam copy ye resipi awak dan juga ambak awak, sebabnya sya pun baru nak mencuba membuatnya...hihihihi...


Ok lah ye 

bahan2nya ialah:

*16 ekor udang (klu boleh gna lh saiz XL, syok sikit makan, hihihi..)
   dibuang kulit dan kepala cuma tinggalkan sikit di bahagian ekor utk senang nak pegang           untuk celup dalam tepung nanti.

*1 cawan tepung kek (tepung naik sendiri self raising flour)

*1/2 sudu cuka (klu xda guna lemon pun boleh)

*serbuk kunyit

*garam halus

*lada sulah

*air paip

*minyak secukupnya untuk menggoreng

#kalau rajin letak lah daun bawang & daun sup & cabai merah besar (dicincang halus)

Cara-caranya ialah:


Udang yang dah dibersihkan..



tepung kek naik sendiri



campur semua bahan2 tadi....sambil tu panaskan minyak atas api ye..



bancuh dengan air....airnya agak2 lah yer...jangan cair dan beku sangat...buat bancuhan macam nak goreng pisang tu...



tepung yang dah siap bancuh..



udang dah ready untuk dicelup dalam tepung...caranya pegang ekor udang kemudian masukan dalam bancuhan tepung tu..agak2 tepung dah melekat..cpt2 masuk dalam kuali minyak panas tadi..goreng hingga masak..



udang dah pun siap masak....dah boleh hidang dan makan dengan penuh nikmatnya...nyam..nyam..nyam...

silalah comment post ini...

Monday, March 10, 2014

Sabun basuh baju 2 in 1 (sabun + softener)

Sabun basuh baju 2 in 1 (sabun + softener)
Siapa nak order boleh pm saya
(area bandar Penawar, air tawar, sg. rengit)

Pilihan warna seperti berikut:
Purple-lavendar
Kuning-lemon
Putih-lily
Hijau-apple
Biru-aqua
Pink-flora
Oren-orange








silalah comment post ini...

5 Minit Selepas Kelahiran



Lima Minit Selepas Kelahiran
Proses melahirkan bayi mengambil masa yang lama bagi sesetengah ibu. Keadaan yang sudah tidak bermaya selepas melahirkan bayi membuatkan ibu tidak tahu apa proses seterusnya yang dilakukkan kepada bayi dan diri anda sendiri.
Sebenarnya lima minit sejurus selepas bayi lahir, ada beberapa perkara penting yang dilakukan oleh doktor iaitu
1. Tali pusat bayi dipotong.
2. Doktor akan menunjukkan bayi kepada ibu. Anda boleh menentukan sama ada mahu memegang bayi sebaik dilahirkan atau selepas dia dibersihkan.
3. Anda boleh memilih untuk menerima suntikan untuk mempercepatkan pengeluaran uri dari dalam rahim.
4. Keadaan, pernafasan dan denyutan jantung bayi akan diperiksa dalam tempoh satu minit selepas dia selamat dikeluarkan dan diperiksa sekali lagi lima minit kemudiannya.
5. Selepas uri berjaya dikeluarkan, anda mungkin perlu dijahit jika keadaan perineum memerlukan jahitan.
Mengazan dan mengqamatkan anak
Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani. Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas
Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.
Hadis Rasulullah S.A.W. bermaksud :
“Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit).”
JOM KITA KONGSIKAN utk PENGETAHUAN BERSAMA
silalah comment post ini...