Thursday, February 27, 2014

Hilangkan Bekas Cacar Air

Kawan-kawan blogger dan kawan2 yang suka membaca di sini sya ada nak share dgn awak semua bagaimana nak hilangkan bekas cacar air yang sering meninggalkan bekas yang susah hilang di kulit, orang pangil duit2 tue...

Anak sedara sya pun ada mengalaminya, dia berkulit putih so, nampak lh bekas2 hitam kat kakinya tu. Tapi cara ini saya pun baru nak sarankan dengan kakak sya untuk mencubanya. Ini pun sya dapat dari pencarian en google kita lah. Apa salahnya perkara baik di sharing bersama betul tak?. 

HILANGKAN BEKAS CACAR AIR

Cacar air atau chicken pox adalah penyakit yang akan meninggalkan bekas yang sukar dihilangkan. Walau pun sudah sembuh, bekas di kulit tidak hilang. Paling sedih apabila ia ada di seluruh badan lagi pulak di tempat2 yang mudah dilihat seperti kaki.

Ada beberapa petua tradisional yang boleh diamalkan bagi membantu menghilangkan bekas cacar air ini. Antaranya ialah:


KACANG HIJAU

Rendam kacang hijau hingga mengembang. Kemudian tumbuk hingga halus. Sapukan kacang hijau pada seluruh bahagian kulit yang ada bekas cacar air. Biarkan beberapa saat, kemudian bilas bersih.


MADU
Madu juga salah satu bahan semulajadi yang dapat menjadikan kulit halus dan mulus. Madu mempunyai bahan yang dapat menyejukkan kulit dan mencegah berlaku jangkitan pada luka, sangat sesuai untuk kulit yang masih mempunyai bekas cacar air. Cuma perlu sapukan madu di bahagian kulit bekas cacar air.


JAGUNG MUDA

Parutan jagung muda adalah bahan semulajadi yang paling banyak digunakan untuk menghilangkan bekas cacar air. Pilih jagung yang masih muda, dengan warna biji yang masih kuning pucat. parut bahagian biji jagung muda hingga halus, lalu sapukan pada kulit yang ada bekas cacar air. Biarkan beberapa saat hingga kering, kemudian bilas dengan air.

Ok kawan2 selamat mencuba ye!. Kalau dah mencuba boleh lah berkongsi dengan rakan2 yang lain untuk mendapat manfaatnya.

silalah comment post ini...

Tudung Baru

Yeay!!!! tudung baru dah dapat......tak sabar nak pakai. Kalau ikut padan dengan baju yang pakai hari ini sangat padan tapi....difikir balik lain kali lah. Terima kasih kpd Ayang Maswan kerana telah menjahit tudung saya, cantik sangat3... Insyaallah kalau ada rezeki lagi sya nak tempah lagi untuk baju yang en suami belikan.



Haa.....di atas ini lh tudungnya...cantik kan!. harganya pun ok berpatutan dan mampu beli. Ok lah ye nak beleter panjang2 pun nanti jadi merapu pulak. Kita jumpa di lain entry ye. Bye!!!

 silalah comment post ini...

Tuesday, February 18, 2014

Prepair Untuk Sambut Baby ke-2

Pejam celik pejam celik dah masuk 6 bulan. Bulan 3 ni dah nak masuk 7 bulan. So, barang keperluan baby dah kena stanby. persediaan barang baby dah 99% tinggal pampers new born je belum beli lagi.. Untuk ibunya pula dah 90%, tinggal beli set bersalin dan tempah mak bidan nanti. 

Pengalaman pertama dah barang2 lama pun ada dan masih boleh diguna so, tak banyak yang perlu dibeli baru. Biasalah bila dah masuk 7 bulan barang2 baby dah perlu distanby dalam kereta kata DR, bukan sya kata....hihihihi... untuk langkah berjaga2 kenalah bersiap sedia pada kemungkinan yang akan datang. Syukur alhamdulillah ada sahaja rezeki anak.

silalah comment post ini...

PUDING JAGUNG KOKTAIL

Alhamdulillah rezeki kawan2 hari ini dapat makan puding jagung koktail hasil air tangan saya sendiri.... Ini adalah 1st time saya membuat puding jagung tau. Rupa2nya senang aje kan..cumanya msa mengacau puding tu je lama sikit sampai berpeluh2..tp hasilnya memang sodappp!!!!!

En suami dan anak pun suka makan puding jagung saya. Suka sangat bila apa yang dimasak orang suka makan. lepas ni boleh lah buat lagi.... Punca utamanya nak buat puding jagung ni sebab sya yang teringin nak makan. mak yong lah kata kan...ngidam kononnya. nak mintak tolong ibu mertua buatkan, malu....so belajarlah buat sendiri, ternet kan ada search saje.... Alhamdulillah menjadi sehingga menjilat jari!

bagi sesiapa yang nak cuba buat boleh lah cubanye. Di sini saya ada share resepinya untuk berkongsi kebahagiaan bersama. Selamat mencuba!


PUDING JAGUNG DAN KUAH KOKTEL

Resepi asal : 'blog apabila nasron menulis'
(saya copy paste jer, rajin lah kata kan.., hahaha)


PUDING JAGUNG
Bahan-bahannya :
·         Tepung Kastard 1 cawan
·         Air Masak 5 cawan (1 jag kecil)
·         Susu Cair (Optional) 1 tin
·         Jagung Dalam Tin (Jenis Krim) 1 cawan (sya gna 1 tin lagi sedap sbb banyak jagung, hehehhe)
·         Gula Pasir ½ cawan
·         Garam 1 sudu kecil
Cara Membuatnya :
1.    Masukkan semua bahan ke dalam periuk atau kuali.
2.    Kacau bahan sehingga rata dan tidak berketul-ketul.
3.    Siapkan dapur dan masak dengan api sederhana.
4.    Sentiasa kacau hingga adunan menjadi likat dan berkilat.
5.    Proses memasak memakan masa dari 30 hingga 60 minit bergantung kepada tahap kekuatan api. Saya sarankan gunakan api sederhana besar pada permulaan tetapi jika dah hampir likat, bolehlah kecilkan api. (sya ambil masa 60 minit)
6.    INGAT, anda harus sentiasa mengacau adunan untuk memastikan tidak berketul dan hangus!
7.    Setelah likat dan berkilat, tuangkan adunan ke dalam mangkuk atau bekas.
8.    Biar ia sejuk dalam suhu bilik atau kalau tak sabar sangat, sila rendam bekas kedalam air. Pastikan air tu tak masuk ke dalam puding ya!
9.    Setelah itu masukkan ke peti sejuk.



KUAH BUAH-BUAHAN (KOKTAIL)
Bahan-bahannya :
·         Buah-Buahan Dalam Tin / Cocktail Fruit 1 tin
·         Susu Cair 1 tin
·         Gula Pasir 4 sudu besar
·         Garam ½ sudu kecil
·         Tepung Jagung (Optional) 1 sudu besar
·         Air Masak ikut kesesuaian
Cara Membuatnya :
1.    Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
2.    Masak dengan api sederhana kecil.
3.    INGAT, masak jangan sampai pecah susu kalau tidak, tak cantik kuahnya nanti. macam masak lemak gitu jangan sampai pecah santan...
4.  Bila dah mendidih (jangan sampai didih lama), sila tutup api dan sejukkan.
5.   Jika anda dapati kuah terlalu pekat, sila tambahkan air masak mengikut kesesuaian yang anda perlukan.
6.    Jika anda merasakan kurang manis, sila tambah gula pasir atau gunakan SUSU/KRIMER PEKAT MANIS.
7.    Setelah selesai memasak, sila sejukkan kuah dengan suhu bilik.
8.    Apabila kuah telah bersuhu normal, masukkan ke dalam peti sejuk.


* Oh ya, ni tips saya nak bagi, untuk elakkan puding melekat pada bekas yang digunakan tu, basahkan bekas dengan air sedikit baru masukkan puding. InsyaAllah takkan melekat punya, hehehe.. Puding ni sedap dimakan sejuk dan dimasukkan ais dalam koktel. Yummy!

silalah comment post ini...