Tuesday, October 22, 2013

10 Tips Mengajar Bayi

Di sini ada 10 tips yang ingin sya kongsikan dengan anda. Marilah sama-sama kita gunakan untuk mengajar bayi kecil kita dalam proses pembelajaran ni. Bayi kecil tidak semestinya tidak boleh diajar. Jika anda mahu bayi anda menjadi pintar, anda perlu bersedia untuk melakukan apa sahaja untuk membantu bayi anda mencapai sepenuhnya potensi dirinya. Tahap kesabaran perlu tinggi apabila mengajar bayi sebab dia belum faham sepenuhnya arahan kita.

Di bawah ini adalah 10 tips tersebut yang boleh mummys gunakan terhadap bayi anda:

1. Pengulangan
Bayi cepat belajar jika anda sentiasa melakukan pengulangan secara konsisten. Sebagai contoh, jika anda mahu mengajar bayi anda tentang warna, sebutkan warna itu misalnya warna biru. Begitu juga dengan abjad atau nombor. Jika anda terjumpa abjad atau nombor, sebutkan dengan kuat. Biarkan bayi anda mendengar. Jika anda lakukan secara kerap, bayi akan cepat belajar. Anda juga boleh cuba meletakkan sekumpulan barang berwarna sama di hadapan bayi anda. Seterusnya sentiasa mengulangi warna itu. Ini adalah teknik pengajaran yang terbaik untuk bayi. Minda anak anda adalah seperti ‘span’ pada usia ini, ia menyerap apa sahaja pengajarang yang diberikan kepadanya. Sekarang, terpulang kepada anda untuk mengisi dengan ilmu yang berguna.

2. Jangan Berbahasa Bayi!
Goo goo gaa gaa! Bahasa bayi yang begitu mengagumkan dan ia sememangnya sangat menarik apabila anda melihat bayi comel berbahasa begitu. Tetapi jangan ikut bahasa bayi anda, jika anda ingin mengajarnya berkomunikasi. Cara ini memang sukar, tetapi inilah cara mengajar yang betul untuk bayi anda bercakap. Cuba jangan bercakap bahasa bayi apabila bersama dengannya. Cuba bayangkan anda sedang bercakap orang dewasa. Paling bagus bercakaplah dengan menggunakan bahasa yang betul. Daripada anda menggunakan ‘ne ne’ yang mewakili susu atau ‘mam mam’ untuk makanan. Anda pasti teruja bila bayi anda dapat belajar dengan pantas dengan bahasa yang betul.

3. Ganjaran
Seperti anak anda yang sudah besar, bayi juga suka diberi ganjaran. Mereka suka memberi pujian, memeluk dan menciumnya. Cubalah anda berkata ‘adik pandai’ sambil menepuk tangan, apabila bayi anda berjaya memasukkan blok mainan dalam kotak kecil. Pasti bayi anda menunjukkan riak wajah gembira kepada anda. Apa yang pasti, bayi suka dibelai dan dimanja dengan ucapan sayang. Bayi sangat suka jika dirinya dipeluk dan diberi ciuman. Selain itu, anda juga boleh memberikan ganjaran dengan memberikan biskut kegemarannya jika dia melakukan apa yang anda suka.

4. Bacakan Buku
Anda pastinya sudah biasa dengan cara ini, tetapi inilah cara istimewa untuk mengajar anak anda mengenal buku dan melatihnya untuk suka membaca buku. B acalah kepadanya walaupun dia belum faham apa yang anda bacakan. Sambil bayi anda duduk di atas riba anda, pegang tangannya untuk dia merasai buku itu. Tetapi kadang kala, bayi anda mungkin akan mengiggit buku, biarkan dia melakukan begitu, namun pastikan buku itu jenis kain. Dalam pada itu, teruskan membacakan buku kepadanya supaya dia suka membaca buku. Bayi anda akan cuba meniru anda membaca buku dan mungkin akan membaca sendiri nanti.

5. Mula Awal
Ajarlah anak anda pada awal usianya. Perkenalkan perkara baru kepada anak anda. Jangan menunggu pada usia 3 atau 4 tahun baru hendak mula mengajarnya abjad, nombor dan objek-objek di sekelilingnya. Anda harus lakukan pengajaran sekarang! Bayangkan anak kecil anda boleh mengenal nombor, huruf atau warna pada awal usianya. Pasti anda gembira dengan kecemerlangannya.

6. Bersabar
Percayalah anak anda tidak akan pintar jika anda tidak menggunakan kaedah-kaedah yang dinyatakan seperti di atas secara konsisten. Namun anda kena bersabar untuk melakukannya kepada anak anda. Jangan putus asa, jika anda tidak mendapat melihat perubahan anak anda. Terus melakukan pengajaran sehingga anak anda pandai.

7. Penerokaan
Biarkan bayi anda melakukan penerokaan di sekelilingnya. Biarkan dia belajar memegang, merasa, menghidu bau, mendengar dan melihat. Misalnya untuk bau anda boleh sediakan bunga ros, buah epal untuk dia pegang dan puppet kecil untuk dia melihat. Namun pastikan ruang itu penerokaannya itu selamat untuk anak anda belajar dengan selesa dan gembira.

8. Belajar Dengan Gembira
Mengajar anak bukan sesuatu yang membosankan! Nyanyilah lagu dan aktiviti yang menyeronokkan untuk membantu anak anda belajar dengan gembira. Bayangkan, anda akan dapat melihat anak anda dapat belajar dengan cepat untuk mengambil barang dalam bekas permainannya. Lakukan ia setiap hari. Pasti anak anda dapat melakukan dengan baik sekali.

9. Permudahkan
Jangan meletakkan harapan yang terlalu tinggi kepada anak anda supaya dapat mengikut arahan anda dengan betul. Dia masih kecil, berilah dia masa untuk melakukannya. Jangan biarkan dia duduk sehingga 4 jam untuk belajar abjad. Lakukan aktiviti yang ringkas dan mudah dalam tempoh masa yang pendek antara 5 hingga 10 minit untuk mengelak anak anda mudah berasa bosan.
10Teruskan! 
Untuk memastikan anda berjaya mengajarnya dengan baik, lakukan pengajaran setiap hari. Jangan putus asa. Ingat anda sedang mengajar anak kecil, bukannya anak yang besar yang sudah boleh berdikari. Pengajaran satu atau dua minggu tidak mencukupi untuk anak anda. Oleh itu, lakukan ia sebagai rutin harian untuk dia mengenal tentang persekitarannya. Lakukan dengan konsisten dan fokus supaya pembelajaran ini berjaya dengan cemerlang.
Selamat mencuba dan berjaya!. Anda boleh share jika berminat, share kepada kawan-kawan atau mummys yang lain sebagai panduan bersama.

silalah comment post ini...

Ops! ada ke takde ni....

Alamak macam mana ni...dah lewat hampir 2 minggu, bulan tak mengambang-ngambang. hati dah risau dan gundah gelana...en suami minta kalau boleh tiada apa yang berlaku sebab terasa awal sangat. Kalau boleh en suami kata biarlah Khalis 3 tahun baru tambah lagi sorang tapiiii............kalau lah benar ada, apa perlu sya nak buat? arghhhh!!!!!! tolong!!!!.....


Nak test tak berani pulak, sedapkan hati mungkin bulan mengambang hujung bulan kot. So, biarkanlah dulu tengok macam mana kalau sampai hujung bulan masih tak mengambang-ngambang kenalah ambil tindakan apa yang sepatutnya. Buat masa sekarang ni buat biasa je, makan je apa yang nak dimakan. Sekarang dalam usaha untuk pastikan bulan mengambang..mudah-mudahan malam ni ke, esok ke bulan mengambanglah....amin *#harapan penuh 200%#*

Jika rezeki Allah berikan kepada kami sya terima dengan hati yang terbuka dan ikhlas serta syukur kepadaNya. Mudah-mudahan en suami pun sama....


silalah comment post ini...

Perkembangan Ahmad Khalis 1 tahun 4 bulan

Ahmad Khalis my hero sekarang dah berusia 1 tahun 4 bulan, jalan dah laju, gigi pun dah tubuh 4 atas 4 bawah dan bercakap dah pandai tapi bahasa yang digunakan kadang-kadang ada yang telus ada yang speking london...hehehehehe....

Malam tadi kami sekeluarga makan luar di Senibong, tak sangka pulak my hero boleh tertalu aktif sehinggakan mama dan papanya takleh nak makan dengan tenang. Nak mainan dah dibeli tapi, masih jugak buat peel minta bawanya jalan tengok ikan, ketam dll. errmmm....apa pun tak boleh!. Diberi makan tak mahu, diberi mainan sekejap je main...

Nampaknya inilah kali terakhir buat masa ni untuk bawa khalis ke senibong. Tunggu dia dah besar nanti baru boleh bawa lagi. Dalam umurnya macam ni, tak boleh buat apa kita dibuatnya.. macam-macam kerenah bila usianya semakin meningkat. Sikapnya diluar jangkaan dan tidak dapat diduga.

Waktu tidor pun sama, dah tak menentu kebiasaannya waktu siang dia akan tidur dua kali iaitu tengahari dan petang tapi bila dia terlalu aktif, hanya sekali saje dia tidor. Malam pun sama, tidor lambat. Tahan pulak tu matanya tapi mama dan papanya pulak yang takleh nak ditahan-tahan biji mata asyik nak terlelap saje. Walau pun begitu, setelah dia penat dia pandai tidor sendiri, ambil botol susu, kain tuala dan cari bantal untuk tidor...bijak..bijak..anak mama. Bila di paksa tidor memang melalak lah dia...so, biarkan aje dia main puas-puas sampai penat. tengah malam pun sedar sekali je nak susu, mamanya pun dapatlah tidor dengan tenang...hihihihi...

Perkembangan seterusnya My hero:
  • Dah pandai menunjuk apa yang dia ingini dan nampak. Nanti dia pun cakaplah "ampak..ampak". 
  • Kalau nampak kucing, "cat". 
  • Dah pandai ajak papanya jalan naik motor.
  • Dah pandai ke bilik air kalau baju dah buka sama ada nak mandi atau cuci berak
  • Dah pandai ambil tangan kita untuk dukungnya bawa jalan.
  • Kemas rumah dengan main penyapu dan penyodok
  • Sepahkan mainan dari dalam bekas.
  • Rebut mainan
  • Ketep mulut kalau tak mahu makan.
banyak lagi lah perkembangannya dari sehari ke sehari pandai...mama sayang Khalis!

Isteri Separuh Masa

Assalamualaikum...

Di sini sya nak kota apa yang sya janjikan iaiti sinopsis "Isteri Separuh Msa". Jom luangkan masa sedikit untuk bacanya....



SINOPSIS

Bagi Nazrin Shah, Medina Izwanilah punca mama dan papanya tidak menerima kekasihnya, Zita sebagai menantu. Dia seterusnya mengisytiharkan ‘perang’ dengan adik angkatnya itu. Mereka ibarat Israel dan Palestin, tidak pernah berdamai walaupun bertahun sudah berlalu. Hubungan mereka menjadi semakin rumit apabila nenek berkeras ingin menjodohkan mereka berdua sebelum Nazrin Shah menyambung pelajarannya di luar negara.

Dapatkah anjing dan kucing hidup bersama? Bagaimana pula dengan pelajaran? Dapatkah Medina Izwani membahagikan tugas sebagai seorang pelajar dan seorang isteri dengan sebaiknya? Impiannya untuk menyambung pelajaran bersama Megat Shazril ke Ireland terpaksa dilupakan demi menyempurnakan hasrat nenek.

Sepanjang berada di luar negara, Nazrin Shah tidak pernah mengambil tahu mengenai Medina Izwani. Rasa benci terhadap gadis itu tidak juga surut-surut. Dia hanya berpurapura melayan Medina Izwani dengan baik di hadapan keluarganya sahaja. Berlainan pula halnya dengan Medina Izwani. Sudah puas dia menghambat rasa cinta buat suaminya itu, tetapi masih juga gagal.

Bertahun berlalu dan kini Medina Izwani bergelar seorang mahasiswi. Hidupnya menjadi huru-hara apabila Nazrin Shah mengambil alih kelas tutorial untuk salah satu subjek yang diambilnya. Hati pula semakin tidak menentu apabila terpaksa tinggal sebumbung dengan lelaki itu garagara nenek yang ingin menetap bersama mereka.

Apakah penghujungnya kisah mereka nanti? 

Demi cinta yang dianugerahkan Allah, Medina Izwani rela menjadi isteri kepada lelaki itu, walaupun hanya isteri separuh masa... walaupun hanya dilayan sebagai isteri di hadapan ahli keluarganya sahaja. 

Tetapi, sampai bila dia dapat bertahan dengan sikap Nazrin Shah yang langsung tidak menghargainya? Adakah dia akan berpaling dan menyahut salam perkenalan daripada Zafril?

Kehadiran bunga-bunga orkid misteri berserta kad mengingatkannya kepada Megat Shazril. Medina Izwani semakin bercelaru. Teringat kembali janji lelaki itu yang sanggup melakukan apa sahaja demi memilikinya. Apakah ada ruang dan peluang untuk Medina Izwani dan Nazrin Shah menyulam cinta dan hidup bahagia hingga akhirnya?

Selamat membaca dan membeli novelnya jika anda berminat...Secara jujurnya, jalan citenya best dan akhirnya suaminya jatuh cinta dengan musuhnya iaitu isterinya...so sweet!


silalah comment post ini...

Tuesday, October 8, 2013

Love U Mr Arrogant

Assalamualaikum dan salam sejeahtera semua...

Sekarang ni tengah hangat drama akasia tv3 yang mengisahkan dari versi novel. Siapa yang mengikuti drama jam 7.00 ptg mesti tahu. Sebelum ni Cinta Jannah, sekarang Love U Mr Arrogant pulak. Boleh tahan jugak cite ni. Bila baca novel hanya dapat membayangkan di alam fantasi sahaja tapi bila tengok lakonan, barulah boleh nampak realnye. Tambahan pula hero dan heroinnya memang best dan meletop, lagi meletop lah cite tu...









Sya pun dah habis baca novel cite Love U Mr Arrogant tu, jalan citenya boleh tahan, best. Walaupun dah baca novelnya, tetap nak tengok jugak di tv sehinggakan dah tahu dah apa akan terjadi lepas tu. hahahaha... pengaruh kuat betul. Sekarang ni kawan sebelah saya pulak yang membaca novel tu.

Siapa kata kalau dah ditayangkan di tv, novel takda orang beli?, sya rasa lagi ramai orang beli novel tu tak kira lah citenya dah habis di tv, pencarian novel tetap di diteruskan. Seperti sebelum ini cite 'Adam dan Hawa', baru beberapa hari lepas sya terjumpa seorang kakak membaca novel Adam dan Hawa. Walaupun cite tu dah basi, orang tetap membaca novelnya. Nampak tak begitu kuat pengaruh novel dan tv ni...

Sinopsis 'Love U Mr Arrogant' ni, 

Jodoh Zaara  Amirah sudah tersurat dengan Zafriel Irham-anak orang kaya yang bongkak amat.Semuanya terjadi bila dia terperangkap lamaran paksa jejaka itu. Dek kerana ingin melepaskan diri daripada Sherry menantu pilihan ibunya,Zafriel memaksa Zaara menjadi isterinya dengan sebuah janji sebagai modal. Macam mana janji itu boleh termeterai?-
Zaara terlanggar kereta Zafriel secara tidak sengaja.Zafriel meminta bayaran RM5000 sebagai ganti rugi dan sebagai cagaran Zaara bagi hp kesayangannya pada Zafriel. Tempoh hutang adalah seminggu.Manala Zaara nak cekau duit sebanyak itu.
Zafriel mula terdesak bila ayahnya mahukan dia berkahwin. Jika tidak syarikat Irham holding akan jatuh pada tangan sepupunya Hardy. Inilah sebab janji termeterai antara Zaara dan Zafriel. Irham  lagi sanggup berkahwin dengan Zaara dari Sherry -gadis gedik tu.

Demi sebuah janji, Zaara redha.Namun,dia tidak menyangka keputusan itu membuatkan hidupnya kacau bilau disebabkan hati kering dan ego yang tinggi Zafriel.Tambah pula,sikap ibu 
mertuanya  Puan Seri Maryam yang tidak merestuinya sebagai menantu.

Malam pertama penikahan,dia diuji apabila Irham tidak membenarkannya tidur sekatil.Puan Seri Maryam mula merancang untuk memisahkan Zaara dari Zafriel. Keadaan bertambah parah bila Zaara dan Zafriel saling mencintai tapi semua itu hanya di dalam hati. Zaara mencintai Zafriel biarkan tidak dilayan seperti isteri.  Keadaan bertamabah rumit bila Faisal rakan sepejabat Zara  yang psiko sanggup menggunakantipu helah untuk mendapatkan Zara.Hadry juga sukakan Zara,jadi ia menyebabkan Irham jadi cemburu.Puan Seri yang menhidap sakit jantung mahu Irham berkahwin dengan Sherry.Di saat itu, Zaara rela Irham berkahwin dengan Sherry asalkan ibu mertuanya bahagia. Tapi Irham tidak sanggup kehilangan Zaara. Hatinya sudah lama dicuri isterinya itu. Adakah Irham akan menunaikan hajat ibunya atau kekal bersama isteri yang dicintainya.

So, dengan sinopsis ni boleh membuatkan anda lagi teruja nak menengoknya dan membacanya jugak. Selamat menonton dan mentelaah.....

Ada 2 novel lagi dalam proses untuk sya habiskan baca iaitu:





Kemungkinan 2 novel ini jugak akan menjadi drama seterusnya.....memang best!. Sinopsis 2 novel di atas ni akan sya cite di entry yang lain ye.

silalah comment post ini...

Monday, October 7, 2013

“Tanyalah Ustaz - Dilema Rumah Tangga..”

Assalamualaikum... Rasanya dah lama tak kongsi info yang boleh kita share bersama. So, di sini sya nak share "Dilema Rumah Tangga". Info ini kebaikan kita bersama, sya pun sudah berumah taggan dan biasalah tiada rumah tangga yang tiada pergaduhan manja, sedikit sebanyak ada jugak berlaku. Marilah bersama-sama kita mengukuhkan ikatan kasih sayang dalam rumah tangga kita.

Di bawah ini ialah hasil daripada info "Tanyalah Ustaz":

Secara jujurnya, memang terlalu banyak kisah-kisah rumah tangga yang menjadi persoalan, dan ia memberitahu kita bahawa kualiti rumah tangga orang sekarang sudah jatuh berbanding zaman datuk-datuk kita terdahulu.
Hampir 300 soalan mengenai rumah tangga. Jadi, sudah tentu saya tidak mampu untuk memberikan jawapan segera terhadap semua soalan yang dikongsikan. Saya mengucapkan jutaan terima kasih pada yang bertanya dan insyaAllah saya akan jawab, cuma agak mengambil masa sedikit.

Kesempatan ini ingin saya kongsikan isi penting di dalam perbincangan “Tanyalah Ustaz”

Mengenal bisikan Syaitan di dalam rumah tangga:-

1. Bisikan jemu, Mengeluh, ada aje tak kena, cakap dah tak lembut
2. Bisikan tidak hormat Marah-marah, maki-maki
3. Bisikan sangka buruk dan cemburu
4. Bisikan tak bertimbang rasa Ungkit-ungkit dan menyakitkan hati

Sayidina Umar r.a mengatakan bahawa :- عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ حَاسِبُوا أَنْفُسَكُمْ قَبْلَ أَنْ تُحَاسَبُوا
Hendaklah kamu menghisab diri kamu sebelum kamu di hisab.

Ada beberapa perkara yang perlu kita betulkan di dalam memandang.

1. Betulkan cara memandang perkahwinan

 i. Rumah tangga mengalami perubahan – dari bujang kepada berdua, cara hidup kena berubah dan tidak      boleh mementingkan diri sendiri. Kalau dulu waktu malam asyik main futsal, sekarang sudah berkeluarga, sudah kena kurangkan. Bagi isteri sudah kena belajar masak

 ii. Perkahwinan tidak selamanya indah - sedangkan lidah lagi tergigit, jadi kita kena berusaha meningkatkan kemahiran di dalam menangani pergaduhan dan pertikaian di dalam rumah tangga


2. Betulkan cara memandang suami/isteri

i. pasangan memang berbeza – orang lelaki dan perempuan tidak sama lebih-lebih lagi jika latar belakang tak sama. Kita kena akui bahawa pasangan tidak sama dan akan sering berlaku pertembungan pemikiran. Apa yang penting adalah buang yang keruh ambil yang jernih Lebih-lebih lagi perkahwinan yang melibatkan berlainan bangsa.

 ii. jangan harap tinggi pada pasangan Walaupun dia nak pergi haji beberapa kali, bukan bermakna pasangan telah baik segi akhlak dan perangai. Dia ada kelemahan yang perlu kita bantu.

 iii. kenali mazmumah pasangan Ada orang yang kalah dengan pangkat, ada yang kalah dengan perempuan cantik, ada yang kalah dengan harta. Jadi sehebat mana orang, kalau mazmumahnya (kelemahannya) terdedah, biasanya dia akan tumbang. Jadi setiap perlu tahu kelemahan diri dan pasangan mereka. Jika tidak, itu yang terjadi isteri kecewa suami tengok video lucah, suami usaha harta haram dan sebagainya.


3. Betulkan cara memandang kesalahan

1. Degree salah Tidak semua kesalahan itu degree atau tahapnya 100 peratus dari suami atau isteri. Ada terjadi, suami cari perempuan lain keran isteri tidak pandai layan suami. Selalunya kita terus letak 100 peratus kesalahan adalah dari suami atau isteri semata-mata tanpa jujur melihat sumbangan kesalahan itu datangnya dari diri kita sendiri.

 2. tak nafi mungkin ada faktor sihir Kena berubat dan kadang kala, pergolakan suami isteri bukan besar, tapi jadi besar kerana ada faktor sihir. Selain itu, dua perkara kena jaga:- Jangan marah pasangan depan orang lain Jangan mengeluh mengenai pasangan depan orang lain


4. Betulkan cara mendengar

 i. bisikan syaitan, jangan di layan bisikan.

 ii. nasihat orang yang salah sama ada diri ibu ayah/ kawan-kawan dan kadang kala oernag sekeliling kita 


Sedikit sebanyak semoga info yang sya share ini dapat membantu kita dalam membina rumah tangga yang bahagia, amin...

silalah comment post ini...

KASWIRA 2013

Alhamdulillah....sabtu dan ahad lepas baru lepas pulas menguruskan program KASWIRA 2013 di Stadium Bandar Penawar. Berkat usaha, Kg. sya mendapat tempat Naib Johan keseluruhan, wang tunai berjumlah RM700. Pada peringkat awal, sya jadi pening kepala memikirkan ragam manusia dan mencari peserta. Nasib baik berbaloi...


Naib Johan Keseluruhan



Tahun ini Kg. saya banyak jugak merangkul kemenangan daripada 2 tahun lepas hanya sampai separuh akhir sahaja. Nasib tak menyebelahi kami masa tu tapi, tahun ni kami ada luck. Daripada 10 game, 7 game akan diberi mata dan 3 game lagi tidak dikira mata, sekadar tambahan shaja. Bagi 7 game mendapat hadiah wang tunai dan 3 game lagi hanya dapat hamper sahaja. 

Kg. sya berjaya merangkul kemenangan bagi game: 
 - seremban - Johan - RM200 
 - Bola Jaring - Naib Johan - RM300 
 - Takraw - Naib Johan - RM300 
 - Congkak - Ketiga - RM100 
 - Karom - Ketiga - RM100 
 - Bakat - Johan - Hamper 
 - Sukan Rakyat (chapteh) - Ketiga - Hamper 


Game yang kecundang ialah: 
 - Futsal 
 - Badminton 
 - Bowling 

Takpalah kan 2 tahun akan datang boleh cuba lagi.... Hasil penat lelah berlatih....berjaya juga. TAHNIAH! sya ucapkan kepada kalian semua. Tanpa kalian JKKM Tg. Balau belum tentu dapat merangkul Naib Johan keseluruhan.

Johan - Seremban


Ketiga - Congkak


Naib Johan - Bola Jaring


Naib Johan _takraw


Johan - Bakat

Ketiga - Karom


Ketiga - Chapteh

Terima kasih ye semua yang terlibat secara langsung dan tidak. silalah comment post ini...