Tuesday, August 27, 2013

Cara Membersihkan Telinga, Hidung dan Mulut Baby

Di sini sya nk share cara membersihkan telinga, hidung dan mulut bayi. Hal maklumlah bila bayi masih kecil, ibu takut takut nak membersihkannya. Bersihkan pun ala kadar je takut bayi sakit. So, di sini sya ada share caranya. Ibu mama mummy emak di luar sana boleh lah belajarnya ye.
Selamat mencuba demi menjaga kebersihan bayi kita agar dia sentiasa sihat sepanjang masa...amin. silalah comment post ini...

Lepak

Amboii!!!! penatnya macam dia pulak yang menguruskan majlis. Padahal jadi tetamu je. Semuanya dah tersedia tinggal makan je. Tapi rasa lepak ni sampai hari ini tak hilang. Mana tidaknya seharian di rumah sepupu bertunang je dah berejam dari jam 11.30 pg hingga 4.00 ptg. Lepas tu pergi rumah kakak pulak buat open house. Melantak saje tak sudah...Sampaikan anak pun sama lepaknya. kahkahkah....
penat ye sayang! terbaring je lesu dan keletihan. Kena lagi dengan angin laut yang sepui sepui bahasa, kalau tido syoknyeee.... mamanya lagi lah lepak dok berjaga anak, papanya pulak lepak dok berborak dan cari belangkas sambil hisap rokok.. eeee....geram pulak hati kita ni. Buat sepupu yang baru tunang, diucapkan selamat bertunang. Smaga hubungan berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan akhir hayat, amin.
Tahniah mira!! Tahun hadapan insyaallah langsungnya. Itu jam lagi lepak, lepak berkejar anak sebab dah 2 tahun. Sedangkan sekarang je dia dah ligat apa lagi dah semakin besar. Adoiiii yai, lotih omak dibuatnya. Papa!!! tolong mama uruskan anak...dah tak larat ni(entah ada baby dalam perut) kwuang kwuang kwuang.... kalau betul ada, alhamdulillah..syukur kehadrat Illahi. Ok ni je. masa dah time to solat. Wassalam.. silalah comment post ini...

Kemerdekaan Ke-56

Letihnya!!!!! pagi petang latihan perbarisan untuk sambutan KEMERDEKAAN KE-56. Tahun 2013 peringkat Negeri Johor diadakan di Bandar Penawar. Kali ini sya jadi pemegang pelekat je. So, tak yah lah nak berkawat bagai dan menganyun tangan ala tentera tuu...lenggang lenggok mak limah je lh sya berjalan nanti. huhuhuhu.....kawan2 di belakang yang berkawat tu, jangan marah haa..! hahahaha...... Sebelum ni masa di Batu Pahat, sampai hilang suara sebab menjerit kiri kanan kiri.....dari mula bergerak hingga ke penamat. Berkat suara kuatlah, kami punya perbarisan nampak cantik dan kami mendapat tempat ke-3 dalam kategori perbarisan. Syukur alhamdulillah....Seperti biasa bila jadi wakil jabatan ni, sudah tentu lah dapat baju free. Kalau boleh dari atas sampai ke bawah free dan tak yah keluar duit langsung. Ini yang nak melibatkan diri. hahahahaha.....ketawa jahat. Ye lah kan, nak minta kita beri komitmen apbila jabatan buat apa, mesti libatkan diri tapi, mestilah ada juga manfaat untuk staf. Barulah staf semangat nak buat keje...huhuhuhuhu.....demand lebih. Kalau boleh sya harapkan tahun 2013 ni kami menang tempat pertama kedua2 kategori iaitu perbarisan dan pakaian tercantik. Guarantee dapat pergi ke peringkat kebangsaan pulak. Dah lama rasanya tak pergi ke ringkat kebangsaan. Kalau tak silap masa tahun 2007 je sekali. Masa tu kami wakil untuk zaman Tun Abd Razak. Wah! pakai baju both jacket Oooo....siap dengan kasut but dan topi koboi....memang seronok masa ni.
Peringkat Kebangsaan
Perbarisan MAKSPEN entah ke berapa tak hingat tapi pada tahun 2008
perbarisan MAKSPEN 2011
Perbarisan peringkat negeri johor 2011 di Batu Pahat
Latihan perbarisan 2013 Di atas ni lah diantara gambar2 yang masih ada dalam simpanan. Sebenarnya ada lagi...tapi gambarnya dah takda maybe dah delete..Pakaian untuk perbarisan tahun 2013 ni nanti lepas sambut kemerdekaan, sya cite di lain entry ye siap dengan gambarnya sekali. Ok tu je.. kita jumpa di entry lain..sekian. silalah comment post ini...

Monday, August 19, 2013

Salam Aidilfitri

Salam aidilfitri semua umat islam yang menyambut Hari Raya.....sya rasa masih belum terlambat untuk sya ucapkan salam aidilfitri. Hari ni dah 12 hari kita beraya, sekejap je kan!. Hari ni jugak 1st day sya naik keje. Dah sedap cuti seminggu, malas pulak rasanye nak keje. hahahaha....buat kje pun malas!. Sebelum raya malas (mood nak raya), dah raya pun malas buat kje (mood cuti). Apa nak jadi!!!!! Tahun ni, tahun ke-2 beraya dengan my boy. Tapi, dia boleh batuk dan demam pulak masa 1st day raya sampai ambil gas kat klinik. Hari ke-2, alhamdulillah dah boleh bermain dan cergas. Tahun ni beraya di rumah en suami dahulu. Tema family tahun ni colour pink. Semuanya colour baju ala2 pink kecuali kakak ipar sya sorang ni je colour biru. Tak kesah lah kan asalkan dapat beraya bersama2. Aktiviti di pagi raya sebelum berkunjung ke rumah saudara mestilah bermaaf2an dan bergambar dulu kan!. Bila bab bergambar masing2 ambil part masing2 nak post dalam FB lah kata kan....semuanya bergambar sakan lah...
Ini my big husband familiy
My family
Alolo....anak mama handsomenya..
Ibu Mertuaku
Family Mak Long tp Pak Long takda lh pulak...
Family Mak Ngah
Family makda
Family Mak Teh
Family Mak Tam
Family Makcik Terselit sorang anak lelaki dalam family Terselit sorang menantu perempuan
my boy with his cousin Ini semua family belah en suami. Belah sya tak dapat bergambar bersama sbb seronok berborak terlupa plak nak ambil gambar. huhuhu....tahun depan lh bergambar (nada kecewa). kedua2 belah beraya tanpa Bak. Syukur alhamdulillah adik beradik ramai dan cucu juga ramai dapat menghiburkan hati yang sedih. Semoga Allah menempatkan kedua2 arwah Ayah sya di Syurga Firdaus dan dikalangan orang2 yang beriman. Amin... silalah comment post ini...

Monday, August 5, 2013

DOA2 DARI AYAT AL-QURAN YANG BOLEH DIAMALKAN UTK ANAK

✔Supaya anak-anak pandai belajar, baca surah Al-Anbiya’ ayat 79 selepas solat Subuh sebanyak 10 kali dan diikuti doa ✔Sewaktu anak-anak bergaduh, baca surah Al-Baqarah ayat 102 ✔Supaya anak-anak lembut hati dan elakkan panas baran, baca surah A-anbiya’ ayat 69, juga surah Al-Hasyar ayat 22 hingga 24 ✔Anak-anak malas ke sekolah, baca surah Taha ayat 1 hingga 5 ✔Anak-anak yang suka keluar malam, baca surah Ar-Rum ayat 31 sebanyak 33 kali InsyaAllah dengan doa yang tidak putus, anak-anak yang nakal akan berubah menjadi baik....
silalah comment post ini...

Berbisik di telinga Anak

Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak.... ✔setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun2 kepalanya sebanyak yang mungkin atau 100 kali. ✔membaca surah al fatihah 1 kali, alam nasyrah 1 kali. ✔Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya. Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya. ✔ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak. Sama-sama lah kita berkongsi ilmu..
silalah comment post ini...

Inginkan Zuriat?

Di sini sya ingin kongsikan sepotong ayat dari al-Quran yang mungkin anda boleh amalkan khususnya bagi mereka yang inginkan zuriat. Usaha tangga kejayaan. Di bawah ini ayatnya:
Boleh lah anda mencubanya. Kuasa di tangan Allah SWT. InsyaAllah berkat keizinannya anda akan memperolehi apa yang anda hajati. Selamat Beramal! silalah comment post ini...

Salam Aidilfitri

Assalamualaikum kawan2 blogger.... Kemeriahan dan aura hari raya dah terasa sekarang ni, hal maklumlah tinggal 2 hari je lagi insyaallah semua umat islam akan menyambut hari raya audilfitri. masa ni lah sibuk memasang langsir baru, buat kuih mana yang rasa tak cukup lagi, kemas rumah dsb. Bukan itu sahaja ada juga masa ni lah baru nak mencari baju raya, ada tu malam raya baru nak cari. Katanya lebih murah tapi, pilihan dah kurang tinggal yang kurang menarik lah. Siang semalam, saya sibuk mengemas rumah emak saya. Malamnya pulak pasang langsir baru di rumah ibu mertua. Bila dah sibuk2 ni, baru terasa raya dah nak tiba. Semangat nak raya pun tiba2 teruja pulak. ahaks!. Hari sabtu lepas shopping baju raya anak, masyaallah berhabis sampai RM300.00. baju budak lebih mahal dari baju dewasa. Kalau sendiri RM50.00 pun susuah je nak keluar duit tapi bila baju anak RM109.00 pun takpa. Hahaha...ambik ko RM300.00 dalam sekelip mata habis. Itulah dia pengorbanan papa n mama terhadap anaknya. Dikesempatan ini, sya ingin mengingatkan kepada pemandu2 berhati2 di jalan raya dan merancanglah perjalanan anda bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Sya juga ingin memohon maaf zahir dan batin. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI silalah comment post ini...