Tuesday, December 18, 2012

9.00 pm time to play Arghhh!!!! bila nk tido....

Assalamualaikum.....kawan2 sihat? anak2 sihat?. Anak yang baru nak membesar nie memang macam2 ragam kan..sama lah dengan anak aku. Malam tadi jam 9.00 malam time dia main sebab dia dah tidur dari jam 6.30 petang hingga 9.00 malam. Yang mama dan papanya time tulah nak tido sebab esok nak bangun pagi. So, mama dan papanya kenalah bersengkang mata untuk melayan dia dulu hingga tido.....

Layan punya layan.......akhirnya tido jugak Khalis jam 11.00 malam. Nasib baik awal jugak kalau tak kesian mama dan papa sayang. Agaknya letih sangat main pada siang hari sebab tu mengantuk sangat. Bagus jugak tak lah mama penat bangun malam2. hihihihihihi.......



Inilah gambar aku snap malam tadi nak ajak mama n papanya main...

Aku ada satu cerita kelakar tentang anak aku ni, korang nak tahu.....begini ceritanya. Semalam siang macam biasalah dia tinggal dengan tok maknya. Tok maknya lah yang cite, masa tengok cite korea, ada seorang mamat korea pakai cermin mata macam papanya dan dia pun macam paham tengok cite tue sambil ketawa2 dan tiba-tiba dia nangis bila mamat korea tadi dah takde dan dia seboleh2 nak pergi kat tv tersebut. Dia ingat mamat korea tue papa dia agaknya. Khalis! Khalis! bijaknya anak mama ni.....

silalah comment post ini...

Friday, December 14, 2012

Sembelit

Bagaimana nak mengatasi baby sembelit???? Ahmad Khalis sembelit lah, kesian tengok dia meneran. Nasib baik tak nangis kalau tak haru biru jugak. Tanya kawan-kawan di opis yang ada pengalaman masa anak diaorang kecik-kecik dulu ada kata makan pisang, betik dan banyak minum air. Selain itu, bancuh susu jangan pekat dan juga makanannya.

So, balik ni aku nak cuba beri my baby makan betik lah. Semalam ada nampak buah betik dalam peti ais, nak beri takut tapi setelah ada kata boleh ermmm.....boleh mencuba. Harap-harap buah betik ada lagi lah...dan berjaya mengatasi masalah sembelit.





Kesian anak mama ye, balik nanti mama beri makan betik ye sayang....

silalah comment post ini...

Thursday, December 13, 2012

Kegilaan Tablet

Pelbagai bussines di tempat opis aku ni. Yang terkini bisnes tablet. Ermmm...nampaknya dapat sambutan. Kakak di unit aku adalah orang pertama yang membeli. Lepas seorang, seorang datang bertanya dan order. Tolong menolong antara satu sama lain. Alhamdulillah....rezeki Allah.


Haaa......di atas nilah wajah tabletnya. Tablet dari Taiwan. Harganya pun murah. Jadilah untuk berinternet dan main game di rumah taklah boring. Bapa-bapa baru bolehlah beli tablet ini dan hadiahkan kepada isteri ye. Setidak-tidaknya semasa dalam pantang 2/3 bulan tak boring tapi asyik bershopping internet je lah. Shopping, shopping jugak tapi kena beringat lah ye jangan sampai poket kering. hehehehehe.....jika ada yang berminat boleh lah beri comment di post ini ye. 

Good luck ye Adeq Sony!

silalah comment post ini...

Wednesday, December 12, 2012

TQ kerana belanja PIZA!!!

Terima kasih ye En. Abd Rahman bin Abd Samad kerana belanja PIZA untuk hari beday saya!!!!!

macam tahu-tahu je aku dah lama tak makan piza. Walau pun piza ni tak sama macam piza di piza hut tapi rasenya boleh tahan sedap jugak tau. 


alamak tak full pulak gambarnya...tak pelah ini pun dah nampak sedap kan..Terima kasih juga kepada kekawan kat opis kerana sama-sama menyambut dan meraikan beday aku walaupun terlewat satu hari.

silalah comment post ini...

Bubur Nasi Ikan Bilis

Ahmad Khalis dan masuk 6 bulan. Aku pun dah mula berikan dia mamam. Hari ini adalah hari pertama dia mama bubur nasi sebabnya nestumnya dah habis, aku tak sempat beli semalam. So, mamanya pun pepagi dah bangun dan masak bubur untuk si manja. nasib baik Ahmad Khalis masih tidur lagi.

 pinjam google

Sorrylah ye gambar pinjam dari google sebab pagi tadi tak sempatlah nak ambil gambar. Ahmad Khalis dah pandai mamam. Bila dia dah pandai mamam ni dia kurang menyusu dan tidurnya pun lebih nyenyak. Hari ni tok mak yang suapkan mamam. Macam mana agaknya rupa Ahmad Khalis mamam bubur nasi...boleh terima ke tak? harap-harap mamamlah. nanti aku update foto dia mama.

  silalah comment post ini...