Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts

Wednesday, April 3, 2013

7 Tips memilih baju untuk bayi baru lahir

Adakah anda akan menimang cahaya mata tidak berapa lagi? Kalau ya, pastinya anda teruja menantikan kehadiran si comel, dan tentunya sedang membuat persiapan untuk menyambut kelahirannya. Berikut adalah 7 tips yang ingin kami kongsikan ketika memilih baju si kecil.

1. Pilihlah baju yang diperbuat dari kain kapas ( cotton ), ini kerana kain ini lembut, menyerap peluh, nipis dan selesa untuk bayi. Kain cotton juga tahan lasak dan senang dicuci.
...
2. Pilihlah potongan seperti romper ( bodysuit) atau jumper kerana ia mempunyai bukaan di bahagian bawah yang memudahkan penukaran lampin dan tidak mengekang pergerakan bayi. Ibu - ibu juga tak perlu membasuh banyak baju, kerana ia berbentuk " one suit".

3. Pastikan baju bayi tidak banyak hiasan seperti manik, butang atau tali tali yang terbujur. Ini bagi mengelakkan bayi tercekik butang atau terikat dengan tali pada baju.

4. Belilah sekurang- kurangnya 5-7 helai baju saiz newborn ( saiz 12) , walaupun mereka akan membesar dengan cepat, anda masih perlukan banyak baju pada minggu- minggu pertama, kerana bayi kerap muak, muntah dan membuang air. Tetapi jika bayi dijangka besar, 3.5-4 kg misalnya, pilihlah saiz 14, atau saiz 3 bulan ke atas.

5. Penggunaan barut/ bedung digalakkan kerana bayi kecil sukakan perasaan dikendong dan menjadikan tidur lebih nyenyak. Namun jika kelihatan bayi tidak selesa ketika cuaca panas atau ketika demam, tanggalkan barut dan bedung bayi.

6.Anda digalakkan membasuh dahulu pakaian baru atau pakaian yang pernah diguna oleh anak terdahulu sebelum memakaikannya pada bayi.

7. Jangan lupa membeli sarung tangan dan kaki untuk bayi anda! Pastikan "cuff" sarung kaki dan tangan sesuai dengan bayi- tidak terlalu longgar hingga mudah tanggal dan tidak terlalu ketat hingga meninggalkan bekas pada tangan si kecil.

Selamat membeli belah !
silalah comment post ini...

Bila Si Manja Pandai Bercakap





Kanak-kanak biasanya berlajar melalui pengalaman yg diperolehinya setiap hari melalui persekitaran di sekelilingnya. Malah anak ini akan meniru kata-kata yg didengari tanpa mengira ianya positif atau negatif. Biasanya anak yang baru boleh bercakap akan bersikap begini. Situasi ini berlaku disebabkan kemampuan berbicara yang baru dikuasai membuatkan anak kecil ini sentiasa mencuba bercakap dan berasa seronok apabila melihat percakapannya mendapat tindakbalas daripada ibu bapa.

Terdapat beberapa panduan mudah untuk memastikan anak ini bercakap dgn cara yang betul dan berhemah:
...
1. Biarkan mereka bercakap - Jika anda melarang ia akan membuatkan anak ini hilang minat untuk menyebut perkataan yang didengarinya. Biarkan sahaja si kecil meniru percakapan anda kerana dia dalam tempoh belajar bercakap dan perbendaharaan kata.

2. Mencari kata-kata baru - Sebagai ibu bapa anda adalah orang yang paling rapat dengan anak anda. Jadi ungkaplah perkataan baru yang boleh anak anda tiru untuk menambahkan perbendaharaan katanya. Banyakkan berbual dengan anak-anak anda.

3. Sebutan yang jelas dan perlahan - Anda perlu berbicara dengannya dengan perlahan tetapi jelas. Buka mulut ketika mengucapkan perkataan dan sebutan disebut dengan betul.

4.Penjelasan makna - Apabila si kecil mengucapkan kata-kata yang tidak baik, jangan terus memarahinya. Jelaskan kepadanya bahawa kata-kata itu tidak baik. Anda perlu menjelaskan apa makna perkataan itu dan gantikan dengan perkataan yang sopan.

5.Awasi kata-kata - Pengaruh persekitaran membuatkan anak kecil ini mula meniru dan anda jangan terkejut jika si kecil mengcapkan kata-kata yang tidak baik kepada anda. Sentiasa mengamalkan panduan yang keempat di atas.

6.Berikan penghargaan - Jika si kecil meniru perkataan yang baik, sentiasa berikan tindakbalas positif seperti memberikan pujian, pelukan dan senyuman kepadanya sebagai tanda anda menyukai sikapnya itu. Ini memberikan dorongan kepada mereka untuk terus bersikap begitu.
silalah comment post ini...

MENGATASI MASALAH KUAT MARAH PADA ANAK

Buat renungan kita bersama..para ibu bapa sekalian..
Kepada ibu bapa yang ringan tangan dan mulut….renung-renungkanlah.

... Anak kita adalah cermin diri kita……..

Kanak-kanak dalam lingkungan umur 2-7 tahun (preschool memang sering dilabelkan lasak kerana ingin mencuba apa sahaja yang dilihat dan mereka juga didapati ‘tidak dengar kata’. Apa yang berlaku ialah ketiadaan komunikasi dua hala di antara ibu bapa dan anak.

Di samping itu kanak-kanak sebenarnya tidak dapat mendengar arahan dengan baik kerana tidak memberikan perhatian kepada suara ibu bapa. Sebaliknya perhatian mereka hanya tertumpu kepada permainan mereka dan alam sekeliling yang ingin diterokai.

Kanak-kanak mempunyai komunikasi verbal yang sangat terhad disebabkan mereka tidak mempunyai pengetahuan (input) tentangnya. Mereka juga baru sahaja belajar bercakap, oleh itu ibu bapa kerapkali tidak dapat memahami apakah sebenarnya yang dimahukan oleh anak.

Maka jadilah anak tersebut menjerit, membaling barang, memusnahkan permainan dan sebagainya lantaran frustration (kekecewaan) kerana hajatnya tidak difahami dan dipenuhi. Kanak-kanak pun tahu kecewa sebenarnya tuan/puan. Justeru itu siapakah yang bersalah? Sudah tentulah orang dewasa kerana tidak berusaha untuk memahami kehendak si anak.
Ada beberapa tip yang boleh diberikan untuk tuan/puan berusaha mengatasi masalah ini.

1. Kanak-kanak sangat memerlukan belaian kasih sayang dan perhatian dari kedua ibu bapa. Sekiranya bapa jarang mendampingi anak, sudah tentulah anak akan mengalihkan perhatian kepada ibunya.

Oleh itu cuba fahami bahasa anak dengan bertanya secara lemah lembut kepadanya. Tinggalkan sebentar apa yang tuan/puan lakukan dan berikan perhatian kepada anak. Pandang mukanya dan tatap matanya. Berapa kalikah dalam sehari kita bertentang mata dengan anak. Eye contact sangat penting di dalam apa-apa jenis komunikasi walaupun dengan anak kecil.
2. Sebaik sahaja tuan/puan pulang dari bekerja dan mengambil anak dari nurseri, luangkan masa setengah jam terlebih dahulu bersama anak. Jangan terus ke dapur memasak, angkat kain dsb. Berikan perhatian pertama tuan/puan kepada anak.


Tanyakan dengan lembut dan mesra apa yang dibuatnya seharian di rumah bersama bibik atau di nurseri/tadika. Dukung dan peluklah dia serta nyatakan di telinganya, papa/mama sangat sayangkannya. Bermain-main dengannya lebih kurang setengah jam, barulah puan minta diri untuk ke dapur dsb. Insya Allah anak akan lebih mendengar kata kerana perhatian yang diharapkannya telah diperolehi.

3. Ajarkan anak dengan perkataan “tunggu sebentar boleh” sekiranya anak perlukan sesuatu dan tuan/puan tidak dapat berikannya kerana sedang sibuk memasak dsb. Dan layanilah dia sebaik sahaja berkesempatan.
Jangan buat tak tahu sahaja atau bersikap acuh tidak acuh kerana sebenarnya tuan/puan sedang mengajar anak agar tidak menghiraukan tuan/puan sekiranya tuan/puan pula yang memanggilnya.
The right way to make her listen to you is by listening to her first. Kita tidak boleh expect anak patuh setiap arahan kita kerana Allah tidak menjadikan ia berlaku demikian. Ingatlah anak belajar dengan meniru setiap perbuatan kita. Buktinya boleh dilihat apabila dia melayani adiknya pula.
4. Cuba fahami personaliti anak. Setiap anak dikurniakan oleh Allah dengan personalitinya yang tersendiri. Anak yang suka menjerit walaupun tidak mempunyai apa-apa sebab boleh dikategorikan sebagai personality Sanguine. Anak ini memang sangat sukakan perhatian. Oleh itu jika anak ini menjerit, berilah perhatian kepadanya seperti memandang ke arahnya, bertepuk tangan sekiranya dia menyanyi dengan kuat dsb.

Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh mengajarkan kepadanya bahawa perbuatan suka menjerit adalah tidak bagus kerana boleh mengganggu adik kecil yang sedang tidur.Sekiranya anak suka menjerit, tuan/puan boleh suruh dia mengadap dinding yang kosong dan menjerit di situ berulangkali sehingga dia letih.

Insya Allah dia akan kurang suka kepada menjerit kerana mendapati aktiviti tersebut memenatkan. Mungkin dia akan berhenti menjerit atau membuat perangai beberapa hari. Sekiranya dia mengulanginya semula, puan suruh dia lakukan perkara yang sama sehinggalah dia berhenti lama kelamaan.
Berikan dia hadiah (gula-gula dsb) jika tuan/puan dapati dia tidak menjerit atau semakin kurang menjerit dalam satu hari sebagai positive reinforcement. Katakan padanya, papa/mama beri hadiah coklat kerana kakak tidak menjerit hari ini. Dengan ini anak akan faham bahawa papa/mama tidak menyukai perbuatan tersebut.

5. Sentiasa ingatkan diri tuan/puan dengan sifat positif anak. Keletah dan karenah anak yang menghiburkan. Tumpukan perhatian tuan/puan terhadap kelebihan tersebut, jangan ingati kekurangan anak dan doakan setiap kali selesai sembahyang agar Allah memudahkan tuan/puan mengubah sifat negatifnya.

Bayangkan anak dengan semua sifat-sifat positif yang tuan/puan inginkan setiap kali tuan/puan berinteraksi dengan anak. Boleh juga tuan/puan berbuat demikian setengah jam setelah anak sudah masuk tidur dan nyenyak tidurnya. Usapkan dengan lembut di ubun-ubun kepalanya, cium dan bacakan selawat serta sebutkan harapan tuan/puan kepadanya.
Misalnya ‘papa/mama sayang kakak, papa/mama mahu kakak tidak menjerit lagi’. Sebutkan perkara spesifik yang tuan/puan mahukan. Jangan hanya menyebut ‘papa/mama harap kakak berubah’ atau menyebut dengan nada negatif seperti ‘papa/mama tak suka kakak menjerit’. Teknik ini dipanggil imagery atau visualization dan didapati sangat berkesan jika dilakukan berulangkali. Tuan/Puan juga boleh membacakan surah AlFatihah, Ayat Kursi dan 3 Kul kepada anak setiap kali mereka masuk tidur untuk memelihara dari gangguan syaitan. Tuan/Puan, mendidik anak tidak mudah apatah lagi di zaman globalisasi yang serba mencabar.

Semoga tuan/puan lebih bersabar, jangan ignore anak dan cubalah memahaminya. Fahami dunia anak yang tiada masalah, penuh keseronokan dan penerokaan. Bayangkan perasaan anak apabila dimarahi sedangkan apa yang cuba dibuatnya hanyalah meneroka alam sekeliling.
Anak-anak hidup dalam dunia yang tiada peraturan. Ibubapalah yang membuat peraturan, disiplin dan juga galakan kepada anak. Belilah buku-buku tentang panduan mendidik anak, mengenali personaliti anak dan cara-cara menghadapinya.

Sekian, semoga Allah mengurniakan rahmat dan kebijaksanaan kepada tuan/puan. Jangan berputus asa dengan anak kerana ia akan membuatkan anak berputus asa terhadap kita sebagai ibubapanya.

mari kita renung2kan...

DIBAWAKAN OLEH:

Baby Idaman Shop

 
 
 
silalah comment post ini...

Mengatasi Bayi Demam

Sedikit sebanyak info yang saya dapat dan baca nak dikongsikan dengan anda. Mungkin info ini berguna untuk anda yang memiliki bayi khususnya.

Apabila bayi demam, ibu/bapa/penjaga perlu tahu apa yang perlu dibuat ke atas bayi tersebut. Di sini akan saya share bagaimana mengatasi bayi demam iaitu dengan cara:

"MENYEJUKKAN BADAN BAYI YANG DEMAM"

Anak kecil mudah mendapat demam disebabkan cuaca dan jangkitan kuman. Ketahui teknik untuk meredakan suhu badan anak yang demam. Teknik ini dapat membantu anda dengan menyediakan langkah demi langkah menyejukkan badan bayi.

Demam bukannya penyakit tetapi hanya gejala yang sering dihidapi oleh bayi. Suhu badannya yang normal ialah 36 hingga 370c. Suhu badannya yang melebihi 370c menandakan anak anda demam. Bagi anak yang dibawah usia enam bulan, suhu badan melebihi 370c adalah serius. Jika ia kekal tinggi sehingga boleh mencecah 400c, ia berisiko berlakunya konvulsi (kekejangan) atau sawan kepada bayi anda.

... Tindakan Anda:
* Lap pada anggota badannya, berikan parasetamol.
* Galakkan anak anda minum air yang banyak
* Berjumpa doktor untuk rawatan lanjut jika suhu badan naik mendadak dan bayi masih demam

Ubat Demam

Beri ubat demam mengikut dos pada label yg disarankan doktor dan secara konsisten supaya suhu badannya berkurangan. Ini untuk mengelakkan suhu daripada meningkat kepada 400c yang boleh mengakibatkan bayi berisiko mendapat sawan. Ubat demam yang diberi melalui dubur boleh diberi sekiranya suhu badannya hampir mencecah 400c. Segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjut. Termometer digalakkan sentiasa berada di dalam simpanan anda.

Mesti Tahu

Jika berlaku serangan sawan (kekejangan otot), basahkan badan bayi anda umpama anda memandikannya. Waktu kecemasan ini, ambil air untuk basahkan seluruh badannya. Jangan biarkan situasi ini berlaku lebih satu minit. Ketika ini badannya akan mengeras dan anak matanya akan naik ke atas disebabkan suhu badannya sudah mencecah 400c, bayi akan kembali normal setelah badannya kembali sejuk. Pastikan anak anda menangis kerana tanda dia sudah sedar. Segera masukkan ubat yang diberi melalui dubur (jika ada). Segara ke hospital untuk rawatan lanjut. Jika situasi ini pernah berlaku pada anak anda, kemungkinan ia akan berulang lagi jika anda mengabaikan pengambilan ubat demam secara konsisten walaupun ia sudah berusia enam tahun. Situasi ini akan berlaku sehingga anak berusia tujuh tahun. Serangan sawan boleh mengakibatkan kecacatan otak dan jika dibiarkan terlalu lama serangan sawan ini boleh mengundang maut. Waspadalah jika anak demam!

DIBAWAKAN OLEH:

Baby Idaman Shop


silalah comment post ini...

Monday, March 25, 2013

Menjaga Anak ketika Isteri 'Outstation'

Sya percaya di luar sana ramai ibu/mama berkerjaya. Bekerja siang dan malam untuk membantu suami dalam menguruskan hal rumah tangga. Baguslah saling bantu-membantu antara satu sama lain.
Di sini ada info yang saya nak kongsi dengan kalian tp lebih khusus kepada orang lelaki yang dah berkahwin atau penjaga. Mungkin panduan berikut sedikit sebanyak dapat dijadikan ‘alat bantu’ dalam usaha menjaga anak tanpa isteri di s...isi atas urusan kerja.

Info ini, kaum lelaki/bapa/papa/dady perlu baca. Kaum wanita juga tak salah untuk membacanya sebagai tambah ilmu pengetahuan yang sedia ada.


a. Ketahui tabiat /perangai anak

Papa patut mengambil tahu tabiat atau perangai anak. Fahami karektor mereka dengan memerhatikan apa yang mereka gemar lakukan. Papa kena peka dengan keadaan sekeliling rumah dan keadaan sekitar kawasan anak bermain.. Misalnya jika anak bawah usia setahun yang baru pandai memanjat, merangkak atau suka bermain sewaktu kita memandikannya. Jadi, papa kenalah lebih peka dan berhati-hati semasa mengawasi mereka agar keselamatan anak terjamin.

b. Ambil tahu kesukaan anak
Anak-anak yang masih belum pandai bertutur pasti sukar difahami apa kehendak mereka. Biasanya ibu yang lebih faham apa yang diinginkan si anak tatkala mereka merengek. Oleh itu sentiasa ambil tahu apa yang menjadi kesukaannya bagi memudahkan proses memujuk atau meredakan anak semasa dia merengek atau menangis.

Misalnya ada anak yang akan berhenti menangis apabila dipujuk melihat buku bergambar sambil kita bercerita dengannya dan sebagainya lagi kesukaan mereka. Dengan kata lain tidaklah papa menggelabah bila anak menangis tanpa sebab.

Tapi kalau anak anda menangis atas sebab lain seperti sakit perut, membuang najis ataupun tidak sihat mungkin kaedah pujukan tersebut tidak sesuai kerana biasanya ia tidak berkesan.

c. Tahu masa makan dan tidur

Anak-anak kecil mempunyai masa makan dan tidur yang tetap setiap hari. Jika tidak mereka akan meragam dan menangis tanda tidak selesa. Maka papa perlulah belajar daripada isteri tentang hal ini. Ia kelihatan remeh dan kurang penting namun tidak apabila anda menjaga anak yang masih belum boleh bertutur kerana mereka tidak boleh memberitahu rasa lapar atau mengantuk. Ketika usia ini tangisan adalah cara si anak berkomunikasi dengan papa dan mama. Jangan pula bila anak menangis papa sibuk buat kerja lain dan suruh anak main dengan alat permainannya sahaja.

d. Ambil berat tahap kesihatan anak

Jika anak tidak sihat kerana demam, batuk dan selesema, maka cabaran menjaga mereka menjadi lebih berat. Tentu sahaja ketika ini mereka rasa tidak selesa dan asyik merengek tidak kira masa terutama semasa hendak tidur bahkan si manja juga tidak selera makan dan minum susu. Jangan panik.

Sekiranya anak kelihatan kurang ceria seperti biasa dan asyik merengek sahaja, periksa suhu badannya sama ada dia demam atau tidak. Oleh itu pastikan termometer mesti ada di rumah. Kalau suhu tinggi, bawa ke klinik dengan segera untuk mendapatkan rawatan. Jangan fikir dia seperti kita yang punya ketahanan badan terhadap demam selesema biasa. Tubuh badan anak dan tubuh badan kita orang dewasa sangat lain tahap ketahanannya. Jangan biarkan anak anda sakit terlalu lama kerana mungkin boleh menyebabkan masalah lain seperti sawan dan jangkitan kuman pada otak jika suhu badan terlalu tinggi.

Mungkin setiap papa punya cara tersendiri mengendalikan anak masing-masing. Walau apa pun kaedah tersebut pastikan sebagai papa anda sentiasa peka dan bertanggungjawab menjaga anak agar dia selesa dan selamat biarpun mama tiada di sisi.


SUMBER : Majalah Pa & Ma

silalah comment post ini...

Thursday, December 27, 2012

Mengatasi Masalah Bayi Sembelit

MESTI ramai ibu-ibu di luar sana terutamanya ibu macam saya ni baru first time bergelar mama, banyak perkara yang perlu saya tahu dan belajar. Pelbagai masalah yang dihadapi oleh bayi kita yang kadang-kadang kita tak tahu macam mana nak atasinya. So, kena lah ringan mulut dan bertanya dengan emak, kawan-kawan dan cari maklumat di internet, sudah semestinya ada ibu-ibu yang share pengalaman diaorang. 

MASALAH BAYI SEMBELIT salah satunya yang saya hadapi sekarang ni. Sampaikan saya pun tak tahu berpunca dari apa, adakah susu? atau adakah nestum?. Ada kata bancuh susu dan nestum cair-cair jangan pekat serta beri air banyak sikit. Selain tu cuba beri makan pisang atau betik. Saya telah mencuba semuanya dan hasilnya pada mulanya berhasil tapi ianya berlaku lagi....

Fikir punya fikir dan cuba cari di google, saya pun ada terbaca satu blog cikguazleen, beliau ada kongsikan di mana beliau tidak beri setitik pun air masak kepada anaknya. Beliau lagi advance beri anaknya makan pepejal seperti lempeng, ayam dan daging. Kalau kita kan beri bayi makan bubur ke, nestum ke atau pun biskut, tapi beliau lain dan tidak takut mencuba pada anaknya. Tapii...alhamdulillah katanya setakat ini anaknya tak pernah ada masalah sembelit. Caranya beliau hanya memberi susu sebelum makan dan selepas makan sahaja tanpa beri air masak. Selain itu ada juga yang share beri bayi makan buah-buahan, sayur-sayuran dan prune jus (ni utk babies above 6 mths je la) atau pun tukar susu bagi ibu-ibu yang memberi susu formula. Kadang-kadang ada bayi tidak sesuai dengan susu mahal atau sebaliknya.

Terdapat juga petua nenek ini yang anda boleh cuba bagi bayi yang atasi sembelit. Terdapat pelbagai komen yang share pengalaman diaorang. So, boleh lah anda klik disini.
Petuanya ialah:
- Layurkan beberapa helai daun kunyit di atas api hingga layu
- Letakkan daun kunyit atas perut bayi
*insyaallah beberapa minit kemudian bayi akan membuang air besar

Apa-apa pun jika semuanya tak berhasil, anda perlulah membawa anak anda ke klinik ye, jangan memandai-mandai jika tidak tahu nanti memberi kesan yang -ve pada bayi pulak, dah timbul masalah lain nanti. My c manja dah ok sekarang dah boleh membuang air besar, syukur alhamdulillah......

Ibu, mama, mummy, emak di luar sana selamat mencuba ye!!!!


silalah comment post ini...

Tuesday, December 11, 2012

Meconium Aspiration Syndrome

ADAKAH BABY ANDA TERMAKAN NAJIS DALAM KANDUNGAN?

Disini ada sedikit info yang boleh aku kongsikan tentang Meconium Aspiration Syndrome. Info ini amat perlu kepada wanita yang sedang hamil kerana boleh mengambil tindakan berjaga-jaga semasa kehamilan. Manakala wanita yang telah bersalin untuk mengetahui bagaimana ianya boleh berlaku. Demi Baby, anda perlulah membaca info ini sehingga habis ye.


Apakah Mecanium Aspiration Syndrome?
Apabila kehamilan melangkaui tarikh jangkaan bersalin, bayi yang dikandung berisiko tinggi untuk mengalami meconium aspiration syndrome atau lebih dikenali sebagai MAS

Adakah anda tahu apa itu Meconium?
Meconium adalah najis pertama kali bayi keluarkan. Inilah bentuk bahan buangan bayi selama 9 bulan di dalam kandungan sehingga beberapa hari kelahirannya. Ia mengandungi sel epitelium usus, mukus, air ketuban, ianugo, hempedu dan air. bahan buangan ini bewarna hijau gelap, hampir kehitaman ataupun hitam, pekat dan melekit. Ia sama sekali tidak berbau.

 5% - 20% bayi yang lahir lewat berisiko mengalami MAS

Ketahui tentang Mecanium Aspiration Syndrome

  • bayi yang dilahirkan lebih tempoh normal kehamilan (38-40 minggu) amat berisiko tinggi untuk mengalami MAS yang boleh dianggap membahayakan.
  • Sejenis gangguan serius terhadap sistem pernafasan bayi baru lahir
  • Keadaan ini boleh terjadi sebelum atau semasa proses bersalin berlangsung
  • Proses bersalin memakan masa yang terlalu lama iaitu melebihi 12 jam 
  • Menyebabkan bayi mudah mengalami tekanan (stres)
  • Keadaan stres turut menyebabkan bayi menghirup dengan kuat air ketuban yang mengandungi mekonium sehingga masuk ke dalam paru-paru yang akhirnya menyebabkan pembengkakan (pneumonitis), menyebabkan penyumbatan saluran pernafasan dan membuatkan bayi mengalami kesukaran untuk bernafas
  • bayi terlalu besar dan tidak berupaya melalui servik ibu dalam proses kelahiran normal
  • Berhadapan dengan masalah servik kecil
  • Bayi mengalami masalah kekurangan oksigen sepanjang kehamilan akibat daripada sikap anda yang gemar mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti mengekalkan tabiat merokok sepanjang kehamilan

Meningal dunia


  • Komplikasi sewaktu kelahiran adalah lebih tinggi untuk menimpa bayi berbanding ibu
  • Bayi boleh meninggal di dalam kandungan sebaik sahaja dilahirkan atau pun beberapa jam selepas dilahirkan
*bagi mengurangkan risiko ke atas bayi yang tunggu lama daripada mengalami MAS: 

  • lakukanlah pemeriksaan antenatal secara teratur
  • sentiasa memantau peningkatan berat badan agar sesuai dengan perkembangan usia kehamilan
  • mengambil makanan yang sihat dan seimbang
  • tidak melakukan kerja berat berlebihan
  • mendapatkan rehat mencukup
  • tidak merokok mahupun mengambil minuman keras

Sukar dibendung


  • MAS sememangnya sukar diatasi, tetapi anda masih berupaya untuk mengurangkan risiko jika berjaya melahirkan bayi sebelum usia kandungan 42 minggu.
  • Rawatan yang biasa diberikan oleh doktor ialah amnioinfusion iaitu kaedah mencairkan mekanium yang mencemari air ketuban dengan dimasukkan tiub ke dalam rahim menerusi faraj untuk melengkapkan prosedur.
  • Kebanyakkan pakar tidak gemar menggunakan kaedah amnioinfusion kerana dikhuatiri boleh memburukkan lagi keadaan. Pakar pediatrik menggunakan cara menyedut hidung dan tekak bayi yang baru dilahirkan untuk membantunya bernafas dengan lancar dan hidup.

Biarpun 6% - 25% bayi dilahirkan bersama air ketuban yang telah dicemari mekonium, tidak semua bayi berkenaan mengalami MAS 



silalah comment post ini...

Thursday, October 11, 2012

Tanda-Tanda Baby Demam Kuning/Jaundis

Demam Kuning atau dipanggil jaundis ini lebih kurang 50% ke 60% bayi lahir cukup bulan mengalami jaundis semasa minggu pertama hingga ke minggu kedua selepas lahir. Ianya kerap berlaku kepada bayi pada bayi lahir tidak cukup bulan. Namun hampir kesemua bayi baru lahir mengalami jaundis tetapi tidak kelihatan dengan jelas. Ada sesetangah bayi, ia berlaku sekejap je, tidak merbahaya dan akan hilang sendiri atau hilang dengan rawatan ringkas sahaja. Tetapi dalam kes-kes tertentu, ia boleh jadi serius dan perlu diberi perhatian.

jaundis boleh dikesan dengan melihat tanda-tanda sepert bahagian mata putih dan kulit berwarna kekuningan. Kesan ini akan dapat dilihat dengan jelas apabila ditekan. Ia bermula dari bahagian kepala dan semakin menurun ke bahagian bawah badan. Bayi jaundis juga akan kerap tidur.

APAKAH PENYEBAB JAUNDIS?
Jaundis berlaku apabila bilirubin iaitu pigmen yang berwarna kuning berkumpul di abwah kulit. Kadarnya yang tinggi menyebabkan kulit kelihatan kekuningan. Apabila sel darah merah dileraikan, ia menghasilkan bilirubin. Semua darah mengandungi bilirubin dan kebiasaannya akan diproses oleh hati dan disingkir melalui pembuangan najis dan air kencing.

Ketika bayi dalam perut ibu, proses ini dilakukan oleh hati ibu. Jadi apabila berada diluar, proses ini mula dilakukan oleh hatinya sendiri. Hati bayi yang belum matang mungkin tidak mampu memproses dan membuang bilirubin dengan pantas sepenuhnya beberapa hari selepas dilahirkan. Ini menyebabkan jaundis terjadi.

Biasanya berlaku dari hari pertama ke hari ke 4 mengikut jenis jaundis. Kadarnya akan meningkat sehingga 12mg/dl dan boleh meningkat sehingga 15mg/dl. Jika meningkat sehingga 20mg/dl perlu pengawasan yang rapi dari doktor pakar.

RISIKO ADALAH LEBIH TINGGI UNTUK BAYI MENGLAMINYA JIKA MEMPUNYAI PENYEBAB BERIKUT:
  • Bayi lahir pra matang
  • Darah ibu dan bayi yang berlainan
  • Mempunyai adik beradik yang menghidap jaundis
  • Mempunyai kesan lebam ketika lahir (sel-sel darah merah ini adalah sebahagian dari lebam yang diuraikan dan menjadi bilirubin sebahagian kumuhan)
  • Etnik Asia
  • Penggunaan oxytocin ketika proses kelahiran

JENIS-JENIS JAUNDIS
Adalah penting mengenali jenis-jenis jaundis. Setiap jenis jaundis menyebabkan kesan dan mempunyai rawatan yang berbeza.

1. JAUNDIS NORMAL/PHYSIOLOGIC
  • Bayi baru lahir
  • Etnik tertentu seperti Cina, Jepun, Korea (Asia)
  • Bayi yang kurang menyusu beberapa hari selepas dilahirkan
  • Tidak kerap membuang air besar
  • Mula kelihatan selepas hari 2 - 4 selepas lahir dan biasanya hilang sendiri selepas 1 ke 2 minggu
     RAWATAN
  • Tidak memerlukan rawatan phototerapi
  • Menyusukan bayi dari awal dan kerap
  • Elakan mengambil air tambahan
  • Galakan bayi berjaga dan menyusu setiap 2 jam
  • Jika bayi tertidur ketika menyusu badan dan membuang air besar kurang dari 3 kali sehari, cuba perah susu menggunakan tangan atau pam. Dan berikan menggunakan cawan, sudu atau syringe. Jangan menggunakan botol kerana bayi anda akan keliru dengan puting getah ketika peringkat ini.
  • Dedahkan kepada cahaya secara tidak terus. Buka pakaian dan diaper dan letak di dalam bilik yang terdapat banyak cahaya. Kulitnya sensitif jangan diletakkan secara terus kepada cahaya.
  • Elakan ubatan seperti aspirin dan dadah sulfa. pastikan doktor tahu dadah yang diambil, jadi anda boleh hentikan atau mencari peganti yang lain jika ubat adalah penyebabnya
2. JAUNDIS PATHOLOGIC
  • Berlainan jenis darah ibu dan bayi (kerap berlaku) apabila ibu berdarah jenis O atau Rh negetif
  • Kelahiran pra matang
  • Pembedahan caesarean
  • Infeksi
  • Kerosakan hati akibat rubella
  • Siplis atau toxoplasmosis
  • Mula dikesan dari hari pertama kelahiran dan meningkat dengan mendadak
  • Maalah Rh juga pernah menyebabkan jaundis yang teruk. Kini dapat dielakkan dengan suntikan imunisasi Rh pada ibu dalam tempoh 72 jam selepas kelahiran
    RAWATAN
  • Perlu mendapat rawatan SEGERA
  • Penyusuan badan perlu diteruskan
  • Rawatan secara phototerapi. Bayi akan mengantuk dan lemah untuk menyusu. Anda mungkin memerlukan pam untuk memastikan bekalan susu mencukupi untuk bayi anda
3. JAUNDIS SUSU IBU
  • Dari susu ibu yang terhasil menyebabkan kelewatan atau memanjangkan tempoh membuangan lebihan bilirubin melalui usus
  • Bermula dari hari ke minggu ke 2 dan hilang selepas 3 hingga beberapa minggu atau beberapa bulan kemudian
  • Mendapat susu yang mencukupi, bayi masih mendapat jaundis
  • Jika kadar bilirubin meningkat, doktor mungkin menasihatkan untuk memberhentikan penyusuan badan selama 2 ke 3 hari
  • Dalam masa cuti, anda bolehlah memerah susu bagi mengekalkan bekalan susu dan boleh meneruskan penyusuan apabila tahap bilirubin menurun
    RAWATAN
  • Penyebabnya kurang dapat dipastikan
  • Bayi boleh diberi susu formula buat seketika
  • Tahapnya akan turun dan meningkat semula apabila menyusu badan
  • Tidak patut memberhentikan penyusuan badan kerana susu badan adalah susu yang terbaik

ADAKAHNYA IANYA MERBAHAYA?
Kebiasaannya kes jaundis tidak merbahaya. Namun jika tahapnya tinggi dan dibiarkan tanpa rawatan ia akan menyebabkan kerosakan kekal ke atas sistem saraf. Ia boleh menyebabkan pekak dan pertumbuhan yang lembab dan membentuk cerebal palsy. Jika bayi anda mendapat jaundis dalam masa 24 jam selepas lahir, ini dianggap serius dan perlu pemerhatian rapi dan rawatan. Ia boleh disebabkan oleh masalah yang serius pada hati, usus kecil dan kelainan intestinal, infeksi atau kelahiran yang trauma atau kelahiran pra matang sebelum 28 minggu.

BAYI YANG MENGHIDAP JAUNDIS PERLU MENDAPAT SUSU YANG CUKUP UNTUK MENGELAK MENJADI KEKERINGAN

silalah comment post ini...

Dapat anak buah baru

Salam...Rabu lepas 3 Oktober 2012 jam 8.3o pg keluarga suamiku dapat berita gembira dengan kelahiran baby girl. Ini lah cucu kedua emak mertuaku untuk tahun ni. Tinggal lagi seorang bulan Disember ni. Baby girl comel sesangat......geram, baru tengok dalam gambar belum tengok depan mata lagi. kalau korang tengok gambar ni mesti korang pun geram. jom tengok!


Baby girl, beratnya 3.8kg
Tapi....sekarang dia masih ada jaundis. Semalam check jaundisnya 12.4 daripada 13.5, alhamdulillah turun kalau naik 14 dah kena pergi hospital. hari Jumaat ni check lagi harap-harap turun 10 atau bawah 10, dah tak yah pergi klinik lagi. Kecian kat mamy dia dah lah tak leh renyah sangat. Beratnya sekarang pun turun 3.75kg, semalam nurse AT5 datang rumah timbang. Namanya kalau tak silap Iman An Nur Raisyah. Cik Intan doakan semoga Raisyah menjadi anak yang solehah dan baik ye di dunia dan akhirat. amin...

Baby pertama baby boy iaitu anak aku. Masa baru lahir beratnya 3.43kg. Anak aku pun kena jaundis jugak sampai kena tahan wad sampai 5 hari di hospital daripada baru lahir tapi, dia disahkan jaundis pada hari kedua. Di bawah gambarnya. jom tengok!


Baby sekarang semangat2 geram macam nak gigit je pipi dia orang. baby ketiga je tak tahu lagi, kalau tengok ibunya ada kemungkinan baby pun besar jugak. Tunggu je lh nanti aku post baby ketiga ye. Ok lh setakat nie ye. kita bersua di lain post.

silalah comment post ini...

Wednesday, July 11, 2012

Supplement utk penyusuan

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.....Sebelum ni kn aku ada share ngan anda tentang my bby kurang mdpt susu bdn sepenuhnya. So, hari ni aku nk share dimana aku terpaksa mengambil inisiatif untuk my bby. Aku mengambil supplement untuk my body. Klu my body ada protein tambahan, insyaalah aku juga mampu menghasilkan ebm utk my bby, dah tk plu lg susu tepung. 

Mula2 tue berat jugak nak ambek sbb mahal tp, bila di fikir masak2 aku nekad je bli. Sblm beli aku ada jugak bca ttg supplement tu dan kbykknnya dah berjaya. So, apa salahnya aku mencuba demi anakku. Supplement yang aku ambil ialah produk Esp Shaklee. Aku rasa korang pernah dengar dan tetbaca ttg produk ni kn!
6
Hasilnya aku blm boleh share lagi sbb aku baru order. Klu berjaya nnti aku share ye dgn korang. Harap2 berjayalh hendaknya. Susu ibu lebih bagus drp susu formula. Aku tak kisahlh klu my bby tk nk derect bf dr aku asalkn dia nk minum susu bdn dh kira ok. Lagi pun aku bekerja so nk tk nk kena ajar jugak guna botol. Walaupun hatiku ada rasa kecewa sangat3 sbbmy bby tk nk derect bf tp apa daya aku. aku tak sanggup melihat dia menangis bila aku bg b pd dia.

Betul lh bukannya senang nk bg bf pd bby. Lagi2 ibu baru macam aku, mana ada susu pada awal kelahiran, lepas tue bby kena jaundis pulak. Kalau thp awal mungkin masih sempat utk mmbri susu bdn tp klu jd mcm aku lps je bby lahir terus kena thn wad dan aku pula langsung tkde susu bdn slama bby di wad. Walau pun masa tu aku cuba juga untuk beri susu bdn tp tk berjaya. Sekarang my bby dh biasa dgn puting botol, bila bg b dia menolak 100%. Apa yg aku blh buat skrg aku akan bersuha utk dptkn stok ebm untuk my bby.

Aku harap sangat usaha aku berjaya setelah aku minum ESP nanti.

Wednesday, June 20, 2012

Check Jalan Dah Buka ke Lom??

Semalam (19 Jun 2012) aku diarahkan oleh misi Klinik Bandar Penawar ke Hospital Sultan Ismail. Nasib baik aku tak terlambat memberitahu suami aku kalau tidak spalah nak bawa aku pergi hospital....

Kalau tidak silap aku kitaorang gerak dari rumah jam 9.00 pagi dan sampai lebih kurang jam 10.00 pagi lebih sikit. Aku sampai je di hospital, daftar dan tunggu giliran. Masa tunggu giliran punyalah lama sebab katil yang ada di bilik saringan tue tak banyak. Doktor pulak hanya 2 orang sahaja lelaki pulak tue. Tapi nasib aku baik ada seorang doktor perempuan datang dan dia yang check aku. Aku ucap syukur Alhamdulillah doktor perempuan. Bila dia check dan check, didapati aku masih belum ada jalan lagi...sakitnya bukan kemain lagi hanya Allah je yang tahu.

Ha...bila dah satle check kena tunggu kat luar, tunggu report dari doktor. Masa tunggu report doktor masyaAllah punyalah lama kalau tak silap aku hampir jam 4.00 petang. Tunggu punya lama, doktor suruh balik dan 21 Jun 2012 datang lagi (esok). Kalau aku tak silap dengar esok dia nak masuk ubat, kalau tak bersalin pun kena datang jugak.

Sehingga sekarang nie aku masih belum ada tanda yang aku nak bersalin. Aku risau jugak. Cuma bila aku berjalan aku ada rasa sakit. Aku harap-harap sangat malam ni sudah ada jalan terbuka atau pun dah ada gesa nak beranak senang sikit esok pergi hospital takyahlah masuk ubat. Betul tak?  hehehehehe......

Kawan-kawanku yang sekerja aku mohon maaf ye atas segala salah silap ku pada korang semua. Doa-doakanlah aku dan baby selamat ye. Berita selanjutnya akan diberitahu nanti. Tungguuuuuuuu.......

silalah comment post ini...

Wednesday, June 13, 2012

Tak Saing lah Pulak

Salam n selamat petang semua....semenjak dua menjak ni asyik cite hal mengandung je kan..hehehehe...hal maklumlah selagi baby belum klr selagi tuelh citenya tak habis. Bila baby dah klr cite lain pulak. Betul tak????

Kak kat tempat keje aku ni ada seorang yang tarikh duenya sama ngan aku cuma dia awal satu hari tapi sekarang dia dah pun melahirkan anaknya pada 11 Jun 2012. Dia dapat baby boy. bestnye!!!!!! seronok dengar bila orang dah bersalin tp dalam seronok-seronok tu ada jugak rasa takut sebab aku tak bersalin-salin lagi.

Berat badan semakin bertambah. Hari-hari kena pergi klinik. Letih dibuatnya. Misi pun satu kalau timbang berat ibu tu ambil kiralah berat baby sekali. Bohonglah dalam tempoh satu minggu hanya naik dalam 0.5 kg sahaja, kecuali si ibu itu tiada selera nak makan. Tapi kesianlah kat baby kurang mendapt zat dari ibunya.

Eh dah kelain pulak citenya ye. kita sambung balik ke cite yang asal. Kakak tue melahirkan anaknya seberat 2.96kg. Wah! boleh tahan besar jugak babynya tapi dia bersalin secara forsep bukan secara normal. Tak kisahlah asalkan kedua-duanya selamat betul tak?. Pada mulanya aku ingat kitaorang bersalin saing sebab tarikh duenya kan sama ngan aku tapi lebih awal pulak. Takpelah dah rezeki dia.

Sekarang nie aku pulak yang menunggu hari. Jangan kata aku je risau, orang lain yang tengok aku pun turut sama risau tengok aku sebab tak beranak-ranak lagi. Aku pun kalau boleh dalam minggu nie aku dah bersalin sebab dah tak sabar nak tengok baby aku yang comel. Mama n papa dah tak sabar nak menyambut kelahiran baby.., cepatlah klr baby!!!....makcik2 n pakcik2 baby pun sama dah tak sabar sayang!..

Mama harap baby lahir sebelum atau pada 25 Jun 2012 ye sayang jangan lebih tau. Mama n papa sayang baby....Ya Allah, engkau perkenankanlah doa hambamu ini.amin...

Tahniah kak ina! kerana telah berjaya melahirkan baby yang sihat dan comel....


silalah comment post ini...

Wednesday, May 23, 2012

Check up terkini

Salam kawan-kawan...semalam aku pergi check up di Klinik Bandar Mas jumpa doktor pakar. Hal maklumlah disaspek kencing manis so, kenalah jumpa doktor pakar. Tapi alhamdulillah setakat nie 3 kali aku check, bacaan kencing manis aku semuanya ok.

Aku juga bersyukur kehadrat Allah S.W.T yang baby aku sekarang dah pusing ke kedudukan yang betul. Masa sebelum nie setiap kali jumpa doktor baby aku songsang, mungkin doa aku dah dimakbulkan oleh Allah. Alhamdulillah.....

Semalam jugak doktor pakar ada buat scan perut aku, ermm....berat baby aku dah bertambah sekarang beratnya dah 2443g. Jantinanya juga dah nampak dengan jelas. Korang nak tengok? jom saksikan gambar ini:


Rase-rase korang paham tak tengok gambar nie?, aku pun tak berapa paham sangat tapi inilah gambar jantinanya. Muka dah tak nampak sebab baby dah turun. Takpelah tak nampak mukanya, asalkan baby aku sihat. Kalau korang tahu korang tekalah apa jantina anak aku nie? hehehehe......

Pergerakan aku sekarang dah terbatas, jalan pun dah macam robot dan naik tangga dah tak larat sangat....bila semakin hampir nie. Perasaan pun tak dapat nak digambarkan dan diluahkan. Orang yang ada pengalaman sahaja tahu macam mana perasaan itu, betul tak ibu-ibu mengandung?. Doa-doakanlah untuk aku ye kawan-kawan semoga aku dapat melahirkan anak aku dalam keadaan selamat semuanya, amin..

silalah comment post ini...

Thursday, May 10, 2012

Boy or Girl????

8 Mei 2012 yang lepas aku ada appointment dengan doktor. Waktu nie memang aku tunggu-tunggu sebabnya masa nielah aku boleh tahu perkembangan baby aku. Masa nie jugak lah doktor akan membuat pemeriksaan scan baby so, saiz, berat denyutan nadi dan dll dapat tahu. Berbeza bila kita buat check up biasa je, misi hanya rasa dimana kedudukan baby kita dan juga dengar bunyi denyutan nadi.

Alhamdulillah baby ku sihat dan saiznya ikut minggu kehamilan. Tapi 2 kali aku scan masih belum nampak jantinanya dan pada 8 mei lepas doktor scan nampak macam 'Baby Boy'. Dalam hatiku terus terdetik sama seperti apa yang aku rasakan.

Balik je dari klinik aku terus telefon suami aku memberitahunya berita gembira ini. Dia tak kisah sebenarnya anak kami boy ke girl tapi kalau boleh baby boy. Kalau dapat baby boy, ada waris kuat dalam keluarga. Suamiku sangat gembira bila aku beritahu berita gembira tue. Tapiii.....aku menekankan doktor kata ' macam baby boy' so, jangan mengharap sangat. Biasalahkan kita tak boleh terlalu mengharap sangat, ini semua kuasa Allah. Terima ajelah bila dah keluar nanti. Aku tak kisah baby boy ke girl ke asalkan anak aku sihat dan sempurna sifatnya.

silalah comment post ini...

Wednesday, May 9, 2012

BSP

Sekarang nie 2 minggu sekali aku dah kena ambil darah BSP. Darah BSP nie hanya bagi ibu-ibu yang disaspek ada kencing manis sahaja. Satu hari 4 kali kena ambil darah, 8pg, 12t/hari, 6ptg dan 9mlm. Pastikan bacaan gula darah tidak lebih daripada 7, kalau lebih 7 pasti compem ada kencing manis. Inilah yang aku takut sangat. Setakat nie alhamdulillah bacaan gula darah aku ok. Harap-harap biarlah sampai aku selamat melahirkan babyku gula darah aku ok.

harap-harap jugak ini adalah kerana alahan semasa aku mengandung sahaja. Aku nak aku dan babyku sihat tiada penyakit sehinggalah kami tua nanti. Janganlah ia merebak keseluruhan keturunanku Ya Allah.

Pada 22 mei 2012 nie aku kena jumpa doktor pakar kencing manis pulak di klinik Bandar Mas. Sebelum jumpa doktor pakar tue 21 mei 2012 nie aku kena buat BSP dulu. Errrmmm....sapa yang senasib macam aku pasti korang tahu apa yang aku citekan nie. So, selamatlah aku mendengar ceramah daripada doktor pakar nanti. Bagi ibu-ibu hamil di luar sana yang disaspek atau memang ada kencing manis nie, kawallah pemakanan anda ye ambillah diet yang seimbang (ingat utk diriku jua).

silalah comment post ini...

Baby Songsang, Apa perlu ku buat!!!!!

Assalammualaikum bg yg beragama islam dan Hi bagi yang bukan islam. Aku rasa dah lama beno aku tak menaip cite dalam blog aku nie. Hari nie terajin pulak jari-jemariku nak menaip.

Kali nie aku nak luahkan pasal baby ku songsang. Masuk kali ke-2 (termasuk hari semalam) aku scan baby ku masih songsang. Ya Allah aku cukup risau bila babyku songsang. Lagi pulak doktor cakap kalau baby masih songsang sampai aku cukup 9 bulan nie aku akan ditemukan dengan doktor pakar dan kemudian doktor pakar akan tengok baby aku macam mana kalau boleh dipusingkan doktor akan pusingkan kalau tak, mungkin kena operationlah. Ya Allah aku mohon kepadaMu pusingkanlah baby ku pada kedudukannya yang betul, elakkanlah aku daripada operation Ya Allah. Aminn.

Walaupun babyku songsang tapi, uri aku di atas. syukur alhamdulillah. Pergerakan yang aku rasa pun selalunya belah atas jarang belah bawah tapi bila setiap kali aku scan pasti dia memusingkan kepalanya diatas.

Errrmmmmm......apa perlu aku buat?. Bercakap ngan baby selalu bila setiap kali aku ke klinik pasti aku akan cakap ngan babyku "kepala kat bawah ye sayang..". Sapa-sapa yang ada pengalaman ke atau cara-cara yang boleh mengatasi masalah baby songsang nie kongsi-kongsilah dengan aku ye, silalah beri comment ye kengkawan.


silalah comment post ini...

Thursday, April 26, 2012

Shopping Barang Baby

Eeee.........dah tinggal 2 bulan je lagi nie, barang keperluan baby masih belum beli lagi. MasyaAllah bahaya betul aku nie kan. Sepatutnya sekarang nie dah kena stanby barang baby dalam kereta dah tapi aku masih belum beli lagi. Huhuhuhu.......bukannya tak nak beli awal tapi memang dah plan nak beli bulan nie. InsyaAllah hari ahad nie aku shoppinglah barang baby. List barang dah berderet-deret aku tulis dalam kertas tinggal beli je.

Tak sabar pulak nak tunggu hari ahad nie nak shopping barang baby dengan suami. Mesti teruja aku bila tengok barang-barang baby nie nanti kan. Tapi aku kena berhati-hati dalam membuat pemilihan kerana aku tak tahu lagi jantina anak aku nie, bila scan tak nampak pulak dan lagi satu aku kena pastikan tiada warna kuning atau hampir-hampir sama dengan warna kuning. Warna kuning nie bukannya apa untuk elakkan daripada baby kena penyakit kuning atau namanya Baby Jaundis. Kesian baby kalau kena.

Tengah hari nie ingat nak ikut noni pergi sakan, boleh lah aku window-window shopping dan manalah tahu window-window tershopping pulak kan..barang-barang baby nie taklah aku nak beli yang mahal-mahal sangat lagi pun baby nie kan cepat membesar so, jangan membazir sangat asalkan kainnya selesa untuk baby. Non!!!! jomlah keluar.....hahahahaha.....

silalah comment post ini...

Thursday, April 12, 2012

Saspek Kencing Manis

Keputusan air gula kali ke-2 nie telah menyebabkan aku disaspek ada kencing manis. Dah tak pasal-pasal aku kena ambil darah 4x sehari start bulan April nie. 10 April 2012 lepas aku dah start kena ambil darah 4x. Bacaan pagi 4.6, tengah hari 5.8, petang 5.3 dan malam 6.1. Kali kedua pada 7 Mei 2012 nie. Lepas nie dah kena kontrol makan dan minum benda-benda manis. Demi baby dan diri aku, aku kena kontrol semua tue. Aku tak nak anak aku ada penyakit. Kesian nanti dia kecik-kecik dah ada penyakit. Ya Allah, engkau jauhilah anak aku daripada semua penyakit termasuk penyakit berjangkit, amin...

So, intan sekarang ko kena kontrol makan makanan yang manis-manis ye seperti coklat, gula-gula, ais-cream, pisang dan lain-lain. Errrmmmm.....semuanya aku suka makan tau (aptb).

silalah comment post ini...

Dugaan Buatku

Salam semua....bersua kembali kita. Smga anda semua sihat-sihat ye. Bila menaip bab sihat nie teringin pulak nak kongsi cite kisah aku yang terjadinya pada 9 April 2012. Hari tue aku kena minum air gula untuk kali ke-2. Aku rase air gula di klinik Bandar Mas nie macam lebih manis pulak daripada klinik Bandar Penawar padahal sukatan gula mesti sama kn, agaknya cawannya rendah jadi airnya pekat sikit. Tak paklah dah selamat minum pun.

Tapi kisah yang aku nak cite bukan pasal minum air gula, yang sebenarnya pasal aku kena cirit-birit dan muntah-muntah pagi tue. Aku tak tahulah kenapa, kerana aku makan belangkas masak sambal ke? tapi suami dan ibu mertuaku tak pulak kena macam aku. Mereka ok jerk!... Baby dah jemu kot. Hahahahaha.........pandainya anak mama nie ye, dah pandai memilih makanan ea...

Semasa otw nak ke klinik sempat singgah shall Air Tawar 5. Tak pasal-pasal rumput kat Shall Air Tawar 5 jadi mangsa tempat aku muntah. Masa tue memang dah tak sempat nak pergi bilik air, keluar dari pintu kereta dengan tak tutup terus melulu ke rumput. Nasib baik sempat kalau tak aku dan dalam kereta dah kena mandi muntah sendiri. Perut pulak mengulas dan pedih yang teramat sangat..ada dalam 10 minit aku rest kat shall tue. Masa tengah rest, tiba-tiba x-bos aku bukak pintu kereta sebelah penumpang. Terkezut aku, ingat sapa. Dah kantoi...

Dengan keadaan sakit-sakit aku cuba jugak gagahkan diri untuk drive ke klinik Bandar Mas. Syukur alhamdulillah aku berjaya sampai di klinik Bandar Mas dengan kelajuan 60km/j. Bila sampai perut aku meragam lagi mencucuk-cucuk. Perghhh!!! masa tue hanya Allah sahaja yang tahu. Bila dah rasa ok sikit baru aku keluar dari kereta. Kalau diikutkan waktu aku minum air gula kol 8 pg tapi aku daftar kol 8 lebih, memang dah terlewat sikit. Habis nak buat macam mana. Bukannya aku mintak sakit nie menyerang aku, dah Allah yang beri aku kena terimalah..... 

Bila dah sampai klinik mestilah kena daftar dulu kn. Kalau tempat aku nie, ambil nombor dan klipkan kat buku lepas tue tunggu sampai nama dipanggil. Sementara tunggu tue aku pun duduklah, tak sampai 2 minit, perut dan tekak aku meragam lagi. Aku apa lagi terus pergi bilik air dan mengeluarkan segala isi perutku di singki. Muntah dah sampai tahap max iaitu muntah kuning. Perggghhhhh!!!! pahit tekak aku dibuatnya, nak minum air tak leh sebab kena puasa. Nak tak nak tahan aje ler...Haaaa...tue bab muntah, lepas muntah buang air besar pulak. Memang berlawanlah. Kalau tak silap aku ada 2 kali aku buang kedua-dua tue di klinik Bandar Mas. Mase tengah-tengah muntah tue, nama aku pun dipanggil.

Sentengah hari aku di klinik Bandar Mas tue. Dalam setengah hari tue aku kena ambil darah 2 kali untuk bacaan sebelum dan selepas minum air gula, buat check up biasa di klinik ibu dan anak dan jumpa doktor untuk mintak MC sebab perut aku sakit. Sepanjang perjalanan pemeriksaan tue, badan aku memang lemah. Dalam keadaan lemah-lemah tue, nasib baik doktor memberi khabar berita baik tentang baby aku. Doktor scan baby aku dalam keadaan yang sihat. Berat baby aku sekarang 1.334g dan jantungnya aktif, laju. Syukur alhamdulillah lega sikit.

TQ papa kerana menemani mama pada hari tue.


silalah comment post ini...

Tuesday, April 3, 2012

Sudah Tiba Masanya Kekuatan dan Persediaan Mental dan Fizikal

errrmmmm.....sebelum nie terasa macam lambatnyeeee......dan sekarang tinggal 3 bulan je lagi dah nak cukup 9 bulan. Tik tok tik tok masa begitu pantas dan aku masih belum membeli apa-apa lagi barang keperluan baby aku dan juga aku. Plan aku dan suami memang nak shooping bila dah masuk 7 bulan dan sekarang dah tiba masanya. Alhamdulillah rezeki baby bulan April nie kakitangan Kerajaan akan dapat tunggakan gaji. Aku salah seorangnya yang akan dapat tunggakan tue. Walaupun tak sebanyak macam orang lain tapi, alhamdulillah rezeki Allah beri. Baby, dapatlah mama and papa shooping barang baby. Baby mesti suka nanti. Mama and papa tak sabar nak tunggu baby keluar. Terutamanya papa, tak sabar nak tahu baby boy ke baby girl????***##@@@???

Sekarang nie adalah masanya aku perlu kekuatan dan persediaan mental dan fizikal untuk menghadapi saat-saat bersalin nanti. Ya Allah aku mohon kepadaMU agar baby intan dipanjangkan usia sehingga dia dilahirkan ke duniaMu dan akan menjadi anak yang soleh atau solehah dengan selamat dan sempurna. Semoga segalanya dipermudahkan olehMU. Aminnn...yarabbalalamin...

Bila dengar cite orang nie orang tue macam-macam pengalaman mereka lalui, ada yang sama dan ada yang lain. masing-masing punya pengalaman berbeza. So, aku kena kuatkan semangat orang lain boleh dan aku juga pasti boleh!. Demi anak mama dan kasih sayang aku pada suamiku, akan ku gagahkan juga diri ini demi mengecapi kebahagiaan bersama. Sekarang nie aku amat perlukan kekuatan dari suami dan keluarga untuk ku tempuhi cabaran ini. Dengan adanya kekuatan yang Allah berikan dan semangat keluarga, insyaAllah akan ku dapat tempuhnya.

Pengiraan pergerakan baby juga dah kena catat. Pastikan baby bergerak lebih 10x sehari. Tapi, kadang-kadang tak perasan dia bergerak kalau kita tengah sibuk buat kerja. Catat mana yang terasa dan perasan je. Kalau tak cukup 10x kena pergi klinik cepat-cepat. Ya Allah mintak-mintaklah babyku aktif pergerakannya sehinggalah tiba waktunya dilahirkan. Ya Allah jauhkanlah perkara-perkara yang tidak diingini berlaku terhadap babyku dan aku jua..hanya kepadaMu aku berserah ya Allah. Aminn....

Bagi pembaca-pembaca yang sudi membaca blog aku, aku mengucapkan terima kasih diatas doa kalian terhadap diri aku. Semoga kalian semua diberkati oleh Allah S.W.T.



silalah comment post ini...