Showing posts with label menu. Show all posts
Showing posts with label menu. Show all posts

Friday, October 12, 2012

Kek Biskut Cheese Oreo

Salam semua....imbas kembali post semalam yang aku ada share tentang kek ni dan malam tadi aku telah berjaya membuatnya dan membawa ke opis pada hari ni. Alhamdulillah mendapat pujian daripada kengkawan. Ini bermakna kek aku menjadi lah. kihkihkihkih.... Di bawah gambar kek yang aku buat sendiri tau. Nak tengok tak?


Ha.....ini lh dia kek hasil air tangan aku sendiri. Lepas siap kita masukkan pulak dalam peti sejuk.


Nasib baik muat peti ais, kalau tak mana aku nak sumbat kek lazat ni...

Ermmmm.......tak sabarnya nak tunggu en. suami pulang dari Bukit Tinggi nak suruh dia rasa kek dari hasil air tangan isteri tercinta dia ni. hehehehe.....mesti dapat pujian punya lah. ha ceh! perasan dulu sebelum tahu jawapan sebenar. En. suami aku ni bukannya suka sangat kek tapi mana tahu buatan isteri jadi suka pulak kn! hemmm...ada kemungkinan....

Insyaallah lepas ni nak buat lagi kek ni biar tak lupa caranya. Raya Haji pun dah tak lama lagi kan, boleh lah cuci2 mulut dengan kek sedap ni. Kek batik pun dah lama tak buat, entah bila lah nak buat lagi. Kalau ada hantu makan kek seronok buat tapi kalau takda, buat penat je buat takda orang nak makan....

Entah apa cite kek aku kat umah tu, agaknya diaorang suka tak kek aku tu??? mintak2 lah ada lagi kalau tak sian en. suami aku. Tapi kat umah pun bukannya ramai sangat pun...kalau masih banyak lagi sempat lah sampai hari sabtu dapat lah kak ngah merasa nanti. Nak tahu jugak komen dari diaorang.

Ok lah ye bagi sesiapa yang nak mencuba resepi ni aku dah beri tahu kan dimana. malas nak cari? ok lah aku share jugak disini. So, kak imal intan minta izin ye copy n paste.


Bahan-bahan
·         500g cream cheese
·         1 tin susu pekat 
·         1 bungkus biskut merie - perisa ikut suka (saya guna perasa Coffee)
·         1sb  Asen vanilla
·         1 cawan susu segar 
·         Biskut oreo yang di kisar halus secukupnya.
Cara-cara
·         Biarkan cream cheese pada suhu bilik sebentar. Satukan dengan susu pekat dan Assen vanilla .Putar sehingga sebati.
·         Alas loyang dengan baking paper/plastik/aluminium foil. Celup biskut sesaat dua ke dalam susu segar dan susun ke dalam loyang. Ratakan cheese. Kemudian taburkan Oreo yg telah di kisar. Ulang lagi proses melapis biskut, cheese, oreo sehingga abis. Akhir sekali di atas lapisan cheese tabur oreo. 
·         Sejukkan di dalam peti ais seeloknya semalaman. Potong dan hidangkan.

Selamat mencuba dan berjaya serta menjamu selera bersama ahli keluarga tersayang!!!!!!!

silalah comment post ini...

Wednesday, April 25, 2012

Puding Roti Karamel

Minggu lepas hari Ahad aku terlebih rajin nak buat kuih. Yelah kan resepi ambik kat internet tapi tak cuba buat nak buat apa kan. So, aku pun mencubalah buat Puding Roti Karamel.... Errmmm......sedap jugak aku masak. Ceh! puji sendiri. hehehe...sapa lagi nak puji, diri sendiri ajelah yang puji. Orang lain belum tentu lagi puji sebab citarasa orang berbeza-beza.


Tapi kannnn....gambarnya aku terlupa lah nak ambik sebab excited sangat nak makan sampaikan tak teringat langsung nak ambik gambar. Kalau korang tahu macamne rupanya ha.....macam nie:




Alhamdulillah aku terima feedback yang positif dari suami, emak dan kawan-kawan aku. Itu bermakna puding roti karamel aku menjadilah. Lepas nie nak cuba buat apa pulak ek???? ermmm...nantilah aku fikir-fikirkan. Resepinya seperti di bawah:

Puding roti karamel

Bahan-bahan ( untuk 10 org mkan )
  • 3 sb gula pasir utk gula hangus
  • 4 kpg roti - saya guna gardenia
  • 2 sb tepung kasted
  • 3biji @ 4 biji telur - pukul n tapis
  • 1cawan susu cair+ 1cawan air suam
  • 1/2 cwan susu pekat
  • 1 sk aising vanilla
Cara-cara
1.  buat gula hangus dulu, msukkn gula pasir dalm periuk masak hingga kekuningan dgn api kecil jgn sampai hangus
2.  msukkn sedikit air kira2 2-3 sudu kacau hingga sebati. matikn api tuangkn ke dalm loyang pengukus ketepikn
3.  panaskn pengukus. carik2kn roti. Tepung,gula,susu,telur dan esen dikacau hingga sebati. 4.  masukkn bahan2 yang dikacau dan roti dlm loyang yang ade gula hangus tadi kemudian kukus hingga masak. selama 35-40 minit
5.  kemudian angkat dan terbalikkan dlam bekas sejukkan.... SELAMAT MENCUBA.... SEDAP.....



silalah comment post ini...

Ketam Lemak Cili Api...memang berapi...

Assalamualaikum semua....

Sedappppnyeee...........ketam lemak cili api. Sapa yang suka makan ketam dan tahan pedas mesti tertelan air liur kan..kan...hahahahahaha.....memang sedap pun. Lagi pulak ketamnya fresh dan isinya pun banyak. Errmmm....memang sedap! sampaikan tak terkata.




Ha amacam kawan-kawan terliur tak tengok ketam nie?. Masa tengah banyak terlupa pulak nak ambik gambar dah habis makan baru teringat nak ambik. Daripada penuh kuali tinggal nie je.



Suami aku dah lah memang hantu lauk nie. Korang tengoklah wajah dia tue, kalau makan sampai tak ingat orang belakang. Hehehehehe....sedap sangat agaknya lauk emak mertua dia masak... Suami aku nie memang suka makan lauk pedas-pedas, kalau lauk tak pedas dia tak suka. Nasib baik aku pun jenis orang yang makan lauk pedas-pedas nie kalau tak boleh jadi fining kepala nak memikirkan lauk apa untuk dia dan aku pulak. Aku ni jenis bedal je lauk apa pun pedas ke tak. Lauk ikan bilis goreng dan telur goreng pun jadi.

Kalau korang nak resepinya di bawah ye tapi nie aku copy dri google lh. lebih kurang sama je macam emak aku masak yang membezakan sedap ke tak air tangan masing-masing lah ye. Selamat mencuba!!!!

Ketam masak lemak cili api

Resepi masak lemak ketam ni simple saja,,,

BAHAN-BAHAN :

7 ekor ketam
3 cawan santan pekat-kalau tak cukup tambah sikit lagi
2 biji bawang merah
2 biji cili api-boleh ditambah
1 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup
2 batang serai - dititik
1 keping asam keping
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

  1. Bersihkan ketam dan potong dua , titik kaki bagi senang nak makan nanti .
  2. Kupas semua bawang serta kunyit hidup dan ditumbuk lumat .
  3. Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk bersama santan pekat dan serai yg dititik.
  4. Hidupkan api dapur dan biar sampai kuah mendidih .
  5. Masukkan semua ketam dan garam serta asam keping.
  6. Kacau kuah sekali-sekala supaya tak pecah minyak, bila dah masak ketam akan bertukar warna .





silalah comment post ini...

Sunday, February 26, 2012

Menu Tengah Hari Hujung Minggu

Menu tengah hari nie aku yang masak. Plan mula2 nak masak lauk lain tapi last2 tukar menu plak. Menu tengah hari hujung minggu nie ialah:

Udang Lemak Cili Api + Belimbing, Kacang Bonces Goreng, Ikan Kering & Air Oren

Yum..yum..ambek kau tengah2 hari makan lauk pedas dan panas. Pedas sesangat tue tak lah nanti pedih plak perut aku. Suami aku pun terpaksalah kena ikut selera aku krna dia kuat pedas.  Sudah memadai bagi kami menu sebegini. Ini pun dah membuatkan selera kami bertambah.

silalah comment post ini...

Nasi Arab

Salam kawan2...haaa....kalinie aku nak kongsi ngan korang tentang makan nasi arab. Ini adlah kali pertama aku makan nasi arab nie. Hari Khamis lepas (23 Feb 2012) aku hadir mesyuarat audit di Putrajaya. So, kawan2 yang sama pergi tue pun membuka cite tentang nasi arab nie. Diaorang kata sedap.....aku pun apa lagi cakap lah "tue kena p makan nanti sebab dah cite" maklumlah aku nie kan tengah mengandung. Driver kami pun bawalah kami ke restaurant yang dimaksudkan itu pada keesokkanya.

Errrrmmmm......bila tengok je memang dah nampak sedap. Korang nak tengok tak nasinya macam mana? jom kita lihat gambar di bawah ye.

Nie lauknya kambing..
dan 

Nie lauknya ayam..




Ha...apa macam? ingin mencuba ka? menu nie yang biasa2 je tau, banyak lagi menunya nak sebut pun tak reti ala2 arab gitue..hehehe...satu pinggan tue dah cukup banyak bagi aku tapi kalau orang kuat makan mungkin tambah nasi lagi..manu nie makannya dengan sambal bawang (yang dalam mangkuk kecil). Harganya korang nak tahu berapa? tengok kat dalam bil di bawah nie..


nampak tak harganya? harga nasi tue RM17.00 satu pinggan untuk untuk kambing dan RM12.00 untuk lauk ayam. Tapi kan korang...dagingnya cukup lembut dan empuk. Terutamanya kambing tak liat pun. Memang sedap.

Restaurant nie terletak di Cyberjaya. Tapi kalau akulah mungkin nielah kali pertama dan terakhir kot makan kat situ, lain lah kalau ada orang yang sudi belanja aku makan lagi. hahahaha...



Nielah tempatnya. Kalau orang duduk putrajaya mesti tahu kn..cara bayarannya memang lain dari lain. pihak restaurant akan beri kad untuk buat bayaran. Kadnya berupa begini..






Ok lh ye korang, nie je yang aku nak kongsi ngan korang tentang restaurant nasi arab. Setidak2nya aku dah merasa dan pergi walaupun sekali. So, bagi yang berminat dengan menu seperti ini jangan lepaskan peluang pergilah restaurant itu ye dan pastikan bajet anda melebihi daripada anda makan di restaurant biasa.

Monday, January 30, 2012

Sambal Belangkas

Ermmm......yum..yum....sedapnya belangkas masak sambal. Lauk nie adalah salah satu kesukaan suami aku. Kalau makan lauk nie mesti sampai bertambah nasi. Aku pun baru je belajar masak lauk nie. Bukan baru belajar tapi, baru first time masak lauk kesukaan suami. Selalunya emak mertua aku yang masak. Air tangan emak nie lebih sedap. Lagi pun aku tak berapa pandailah siang belangkas nie. Aku akan belajar macam mana nak siang belangkas sebab biladah duduk sendiri bolehlah masak sendiri. Hehehe....tapi entah bilalah agaknya...


Gambar Hiasan

Alhamulillah hari demi hari, sedikit sebanyak aku dah pandai memasak. Cuma rasanye je lah tak sesedap macam emak masak. Biasalah isteri baru nak belajar memasak. Terpaksalah terima hakikat. hehehe.....Tapi suami aku bertambah jugak kalau makan masakan aku. Tak tahulah kerana sedap atau lapar. hahahaha...selalunya makan memang time makan dan perut lapar.

Jangan risau ye en. suami, saya akan belajar lagi masak masakan yang lain pula.

silalah comment post ini...

Tuesday, November 1, 2011

Biskut Cicah Milo

Perut nie asik lapar je....kol 10.00 pagi tadi dah makan nasi ayam tapi masih lapar lagi..Nasib baik kat opis aku nie ada makanan dan minuman yang memang kami beli. Macam mana dalam entry cik senyum ada menyatakan tentang duit dapur.

Errmmm.....petang-petang makan biskut cicah milo sedapppp!!!!!yum..yum...hilang terus rasa lapar, lagi-lagi airnya panas....kalau kat rumah selalunya dengan air teh o, tapi oleh kerana aku tengah cuba elak minum air teh o so, kena lah minum air lain..


yum..yum...memang sedappp!!!!
Kepala otak yang tengah serabut pun tenang seketika selepas berehat sebentar minum air sambil cicah biskut...errmm....hilang stress seketika...kalau tak caya korang cuba lh....selamat mencuba....



silalah comment post ini...

Spagetti

Hiiii........kali ini aku nak cite tentang spagetti. Baru beberapa hari yang lepas kak iparku buat spagetti. Errmmmm.....rasenya boleh tahan. Tapi oleh kerana orang dalam rumah tue semuanya anak mat saleh celop so, tak berapa pandai lah nak makan spagetti. Kesian lh spagetti tue kurang mendapat sambutan...

Ermmm....tak pe ye kak ipar ku, lain kali boleh cuba masak yang lain pulak yang rasenya boleh diterima oleh tekak diaorang tue...hehehe...ok lh, di bawah nie ada gambar bahan-bahan nak buat spagetti tue jom kita layannnn....






Bahan-bahan yang dibelender adalah bawang besar, bawah putih dan lada kering. Spagetti ini adalah campuran spagetti melayu tau sebab ada campuran lada kering bukan menggunakan sos prego semata-semata...so, kawan-kawan di luar sana siapa yang ingin mencuba boleh mencuba ye...yum..yum..yum..sedappp.....


silalah comment post ini...