Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label Perkahwinan. Show all posts

Thursday, March 8, 2012

Lega dah selesai...

Aku dan suami ambil cuti mengalahkan pengantin sampai 7 hari. Hahahahaha......biasalahkan kenduri kahwin mesti penatnya terasa berhari-hari...Lagi-lagi lepas majlis, nak kemas rumah satu hari mana cukup, berhari-hari tak satle-satle. Selama 7 hari kami bercuti, 3 hari lepas majlis alhamdulillah dapat disatlekan semuanya termasuk bayar hutang.

Bak pepatah ibu mertuaku "lega rasenya dah selesai, dah takde buat majlis kahwin lagi lepas nie, anak-anak dah habis kahwin semua". Errrmmm.....aku rase fikirannya dah lapang sekarang sebab tanggungjawabnya dah selesai. Semua anak-anaknya dah ada tanggungjawab sendiri pada keluarga masing-masing.

Maklumlah tinggal ibu mertua aku sahaja, bapak mertua dah kembali kerahmatullah. Kesian dia..dialah ibu dan dialah bapa. Sekarang semuanya dah selesai...Alhamdulillah. Aku dan suami pun bersyukur akhirnya adik bongsu kami dah kahwin dan dah ada orang yang boleh jaganya. Semoga suaminya dapat membimbingnya ke jalan yang benar, lurus dan kesyurga hendaknya. Amin..
silalah comment post ini...

Tuesday, February 28, 2012

Pelamin Anganku Musnah

Berbulan-bulan membuat persiapan perkahwinan, ke sana ke sini membuat tempahan dan membeli belah untuk memastikan majlis perkahwinan yang diingin akan menjadi sempurna. Survey mak andam sana sini cari mana yang solek cantik, baju cantik cantik dan yang penting harga yang diberi berpatutan. Maklum ajelah nak jadi raja dan permaisuri sekali dalam hidup mestilah nak perfact.

Bila semuanya dah satle tinggal tunggu hari dan masanye sahaja. Perasaan pulak akan merasa pelbagai rasa. Tapi...paling yang tidak diingini bila apa yang telah dirancang dan dibuat tiba-tiba terima berita kurang baik. MasyaAllah masa tue hanya Allah sahaja yang tahu hati dan perasan yang sedih. Rasa macam nak nangis dan menjerit kuat kuat...






Pelamin yang dah ditempah dan akhirnya menerima panggilan pelamin yang diingini tidak dapat. Ooooohhhhhh......TIDAK!!!!! aku sudah berangan angan duduk di atas pelamin itu tiba tiba musnah begitu sahaja. Nak tak nak pengantin terpaksa membuat pilihan yang lain (rela terpaksa terima). Inilah dia namanya "kita hanya merancang tapi TUHAN yang menentukannya". So, kawan-kawan di luar sana yang bakal bakal menjadi pengantin atau akan jadi pengantin pastikan anda membuat tempahan awal jangan membuat pilihan last minit. Apa yang anda inginkan tidak akan tercapai dengan sepenuhnya.

silalah comment post ini...

Tuesday, February 21, 2012

Menantu Bungsu

Tinggal beberapa hari sahaja rumah air tawar 5 akan menjadi riuh rendah dengan suara saudara mara dan jiran tetangga untuk bersama sama meraikan dan memeriahkan lagi majlis walimatul urus adik bungsu cik suami. Ini adalah yang last lepas nie tak tahu lagi kalau ada cucu nak buat kat umah nenek, ada lah..kalau tak, takde lah.. 

Pada tahun yang sama emak mertua aku dapat 2 orang cucu dan seorang menantu lelaki. Alhamdulillah...syukur kepada Allah.Pejam celik pejam celik dah dekat rupanya tarikh yang ditunggu tunggu. Pengantin jangan dok di katalah, pasti debaran jantung semakin laju,lagi lagi pengantin lelaki. Mana tidaknya bila pak imam hayun je tangannya maka sipengantin lelaki perlulah melafazkan akad terima nikahnya.... Aku rasa tak boleh tido malam dibuatnya asyik menghafal dialog akad nikah..hahahaha...lagi lagi nama pengantin perempuan, salah sebut nanti dah susah. Nasib baik nama adik bungsu tak susah manapun....

Kad jemputan dah pun diedar...persiapan rumah pun boleh dikatakan dah beres, tinggal barang barang basah shja yang belum dibeli. Terima kasihlah kepada hamba Allah yang telah menyumbang pelbagai barang untuk menyempurnakan lagi majlis. Semoga Allah jua yang dapat membalas jasa kalian.

Menantu bungsu nie umurnya kalau tak silap aku sebaya usia suami aku. Maybe mereka akan tinggal di AT5...baguslah ada teman emak mertua aku. Aku pulak mungkin akan still berselang seli lagi kot....maklumlah suami aku tue kan satu satunya anak lelaki tunggal dan mana boleh berjauhan dengan emaknya..hehehe.... Aku bersyukur kepada Allah S.W.T kerana mendapat suami seperti dia.

Semoga majlis walimatul urus adik bungsu pada 3 Mac 2012 berjalan dengan lancar, teratur dan sempurna sehingga selesai majlis..amin..

Akak doakan semoga rumah tangga adik bungsu kekal bahagia dan berkekalan hingga ke akhir hayat hendakNYA amin....

silalah comment post ini...

Wednesday, February 8, 2012

Rewang Goodies

Bila hari perkahwinan dah semakin hampir, biasalah pelbagai perkara perlu disiapkan. Terutamanya goodies untuk orang ramai. Masa pergi beli barang goodies, nak rambang biji mata dibuatnya sampaikan tak tahu nak pilih yang mana, cantik-cantik dan mahal-mahal belaka. So, nak tak nak kenalah ikut kemampuan dan bajet....

Tern aku dah lepas, sekarang tern adik ipar aku pulak....herrrmmmm....memang mewah, anak bungsulah katakan. Beruntung orang yang rewang, marhaban dan hadir. Semoga Allah melimpahkan rezeki buat ibu mertuaku dengan melimpah ruah dan berterusan dengan sedekah yang dia sumbangkan.

Adik iparku nie beruntung, boleh dikatakan banyak ibu mertuaku sponsur. Semalam dari tengah hari hingga petang menghabiskan masa merewang membungkus goodies. Nak sakit pinggang oden dibuatnya. Tapi bab membungkus nie bukan dari semalam mulanya, dari kelmarin lagi dah start tapi buat sikit-sikitlah.

Keje kahwin nie memang seronok......orang yang nak membuat tue macam-macam kena fikir, kena sediakan. kalau boleh majlis berlangsung nanti sempurna dan cukup semuanya takde yang terkurang dan tertinggal. Orang yang paling sibuk ialah ibu. Orang yang paling xcited dah tentulah pengantin betul tak? hehehehe....sebab dah pernah jadi pengantin kan tahulah...

Minggu nie dah relex sikit sebab semua goodies dah satle. Aku pulak dah balik umah ibu aku. Minggu nie tern umah ibu aku pulak. Rindunya rasanya...walaupun baru hari sabtu lepas jumpa dia. Hari ini saya balik ye Emak.. Tunggu kepulangan anakmu ini!..

silalah comment post ini...