Showing posts with label Selesema lah pulak.... Show all posts
Showing posts with label Selesema lah pulak.... Show all posts

Tuesday, February 21, 2012

Selesema Lah Pulak

Herrrmmm.....esok dah nak outstation malam nie boleh pulak selesema. Alamatnya esok sebelum pergi kenalah jumpa encik doktor dulu. Buatnya melarat nanti susah pulak. Aku nie dah lah tak boleh makan ubat sesuka suki je..bahaya untuk baby nanti.

Encik suami pun outstation jugak hari rabu baru balik, itu pun tak dapat jumpa sebab dia sampai maybe malam dan aku pulak petang dah gerak ke Kuala Lumpur. Apa boleh buat ...telefon sajelah. Dengar suara pun ok, hilang jgak rasa rindu nie...ha ceh!

Lah...dah lari tajuk nie. hehehe...biasalah syok sangat menaip. Aku ada jugak baca kat forum dalam tentang penyakit nie, kebanyakan semuanya menyarankan pergi jumpa doktor. So, aku pun memang dah buat keputusan nak jumpa doktor sebab aku nak jalan jauh, bahaya untuk diri aku jika dibiarkan sahaja. Tak pasal pasal menyusahkan orang lain bawak aku pergi klinik pulak nanti. Dah orang ingat satu bus nak pergi klinik tapi sebenarnya seorang je. Ish! ish! jauhkan lah. Ya Allah mohon kepadamu engkau sembuhkan lah penyakit selesema hamba ini Ya Allah dan dapatlah ia menjalankan tugasnya dengan tubuh badan yang sihat, amin..

Terima kasih kepada yang membaca entry aku nie dan mendoakan kesihatan aku. Semoga Allah jua memberi kesihatan yang baik buat kalian. Amin.


silalah comment post ini...

Tuesday, August 16, 2011

Selesema lah pulak...

Semalam dan hari nie aku diserang virus selesema...Patut lah sebelum nie aku rasa badan aku nie panas semacam rupanya nak demam dan selesema.

Malam tadi lh memang aku terasa sangat keletihannya. Lepas sereka baju aku terus baring dalam bilik. Kononnya nak tunggu suami ku balik dari KL tapi tertidur. Nasib baik aku dengar bunyi kereta, kalau tak memang aku hanyut dibuai mimpi hingus meleleh....eeeeeiiiikkk...tak lah... sebelum aku tidur aku dah hembus dulu. Suami ku pun ada belikan panadol rendam, so aku pun minum air penadol rendam... Baru aku boleh tidur dengan selesa sikit. Terima kasih Bee...

Hari ini aku terpaksa bawa sapu tangan sebab hingus aku nie asyik nak meleleh je..Kerana selesema nie jugak membuatkan kepala aku rasa benggal je...macam nak baring je rasenya..tapi kat office nie tak selesa nak baring. Nie yang menghabiskan masa dengan mengupdate blog.

k lah ye kita jumpa lagi di entry yang lain....


silalah comment post ini..