Wednesday, December 12, 2012

TQ kerana belanja PIZA!!!

Terima kasih ye En. Abd Rahman bin Abd Samad kerana belanja PIZA untuk hari beday saya!!!!!

macam tahu-tahu je aku dah lama tak makan piza. Walau pun piza ni tak sama macam piza di piza hut tapi rasenya boleh tahan sedap jugak tau. 


alamak tak full pulak gambarnya...tak pelah ini pun dah nampak sedap kan..Terima kasih juga kepada kekawan kat opis kerana sama-sama menyambut dan meraikan beday aku walaupun terlewat satu hari.

silalah comment post ini...

Bubur Nasi Ikan Bilis

Ahmad Khalis dan masuk 6 bulan. Aku pun dah mula berikan dia mamam. Hari ini adalah hari pertama dia mama bubur nasi sebabnya nestumnya dah habis, aku tak sempat beli semalam. So, mamanya pun pepagi dah bangun dan masak bubur untuk si manja. nasib baik Ahmad Khalis masih tidur lagi.

 pinjam google

Sorrylah ye gambar pinjam dari google sebab pagi tadi tak sempatlah nak ambil gambar. Ahmad Khalis dah pandai mamam. Bila dia dah pandai mamam ni dia kurang menyusu dan tidurnya pun lebih nyenyak. Hari ni tok mak yang suapkan mamam. Macam mana agaknya rupa Ahmad Khalis mamam bubur nasi...boleh terima ke tak? harap-harap mamamlah. nanti aku update foto dia mama.

  silalah comment post ini...

Dah Besar Anak Mama

Dah besar anak aku....masa usia 5 bulan, berat dah 7.58kg dan dah boleh golek sana sini. Kalau masuk woker agaknya satu rumah dia round. Tangga memang kena di pagarlah siap-siap. Inilah wajah anak aku sekarang....comel tak? comel kan..hihihihi...


di bawah ni pulak gambar malam tadi aku snap. Ahmad Khalis keletihan bermain dan sekarang usianya masuk 6 bulan...


Di bawah ini gambarnya masa dia main mainannya sehingga penuh muka dengan air liur..


Inilah putra kesayangan beta Ahmad Khalis. Buat masa ni dialah yang meriuhkan rumah dengan suaranya, bila Rayyan dah besar nanti lagilah riuh rumah. Memang seronok bermain dengan bayi masa usia begini. Sikit demi sedikit dia pandai melakukan sesuatu dan menonjolkan kebolehannya serta pelbagai kerenahnya yang comel bangatttt.....yang membuatkan orang geram padanya.

Ada pada satu hari kalau tak silap aku hari sabtu lepas (7.12.12), aku tidurkan dia atas tilam bujang di bawah dengan siap dikepung bantal di bawah tilam. Dua kali aku masuk bilik jenguk dia dan dia masih tidur pada posisi yang sama. Tiba-tiba tidak lama kemudian aku terdengar suara dia dalam bilik dan aku pun tengoklah....masyaallah, anak aku golek-golek sehinggakan dia tersepit antara tilam dengan bantal dan bakul baju. Khalis! khalis! bila aku angkat dia, dia senyum gembira apabila melihat mamanya. Sebelum ni pernah golek-golek sehingga terjatuh dari tilam dan sebab tulah aku kepung dengan bantal supaya taklah jatuh ke lantai yang tak berapa tinggi tu. Itulh dia ragam Ahmad Khalis.

silalah comment post ini...

Tuesday, December 11, 2012

hAPPY bIRTHDAY tO mE!!!!

Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi dipanjangkan usia dan hari ini genap usiaku 27 tahun. Kononnya mengharapkan encik suamilah orang pertama yang wish beday tapi ermm...hampeh encik suami orang ketiga yang wish, itu pun isteri yang kias-kias. Apa boleh dikatakan dah memang tabiat orang lelaki kot yang tak berapa peka dalam bab tarikh-tarikh istimewa ini. Betul tak, kan..kan..kan..kecik pulak hati kita nie...hehehehehe.........

Pelanggan maxis bila hari beday akan diberi nikmati panggilan suara maxis ke maxis percuma. Aku pun tak tahu nak call sapa, nak call encik suami tengah sibuk kerja, abang-abang dan kakak pulak masing-masing guna celcom dan kawan-kawan pulak takut mengganggu mereka so, jalan penyelesaian panggilan free dibiarkan sahaja. Hari ini pulak aku kerja luar so, tiada masa nak call orang sana sini yang tiada kepentingan.

Dulu masa bercinta memang menggunakan peluang ini sepenuhnya sehinggakan sanggup tunggu jam 12.00 am untuk tunggu orang tercinta wish dengan bergayut telefon sehingga nak merah telinga, panas. Sekarang dah berumahtangga semuanya berubah. Tak lagi bergayut telefon berjam-jam. Ada pasangan menyambut dengan kegembiraan sampai membuat majlis dan ada juga pasangan yang tak pernah langsung meraikannya semenjak berkahwin. Aku bersyukur jugaklah suami aku wish walau pun sebenarnya dia lupa hari ni beday aku.

Hadiah kata encik suami dah diberi awal so, tiba tarikh beday tak dapatlah hadiah. Hadiahnya ialah samsung Galaxy Tap 10.1, hadiah ini bukan sahaja sebagai hadiah beday tapi hadiah kelahiran baby dan anniversary.....tak kisahlah yang penting kasih sayangnya pada aku dan anak tak pernah kurang dan sepenuh hatinya sepanjang hayatnya. Itu sudah memadai padaku.
Terima kasih Bee atas kasih sayang yang Bee curahkan kepada Sayang dan anak, semoga keluarga kita bahagia dan kekal buat selamanya. amin..

silalah comment post ini...

Meconium Aspiration Syndrome

ADAKAH BABY ANDA TERMAKAN NAJIS DALAM KANDUNGAN?

Disini ada sedikit info yang boleh aku kongsikan tentang Meconium Aspiration Syndrome. Info ini amat perlu kepada wanita yang sedang hamil kerana boleh mengambil tindakan berjaga-jaga semasa kehamilan. Manakala wanita yang telah bersalin untuk mengetahui bagaimana ianya boleh berlaku. Demi Baby, anda perlulah membaca info ini sehingga habis ye.


Apakah Mecanium Aspiration Syndrome?
Apabila kehamilan melangkaui tarikh jangkaan bersalin, bayi yang dikandung berisiko tinggi untuk mengalami meconium aspiration syndrome atau lebih dikenali sebagai MAS

Adakah anda tahu apa itu Meconium?
Meconium adalah najis pertama kali bayi keluarkan. Inilah bentuk bahan buangan bayi selama 9 bulan di dalam kandungan sehingga beberapa hari kelahirannya. Ia mengandungi sel epitelium usus, mukus, air ketuban, ianugo, hempedu dan air. bahan buangan ini bewarna hijau gelap, hampir kehitaman ataupun hitam, pekat dan melekit. Ia sama sekali tidak berbau.

 5% - 20% bayi yang lahir lewat berisiko mengalami MAS

Ketahui tentang Mecanium Aspiration Syndrome

  • bayi yang dilahirkan lebih tempoh normal kehamilan (38-40 minggu) amat berisiko tinggi untuk mengalami MAS yang boleh dianggap membahayakan.
  • Sejenis gangguan serius terhadap sistem pernafasan bayi baru lahir
  • Keadaan ini boleh terjadi sebelum atau semasa proses bersalin berlangsung
  • Proses bersalin memakan masa yang terlalu lama iaitu melebihi 12 jam 
  • Menyebabkan bayi mudah mengalami tekanan (stres)
  • Keadaan stres turut menyebabkan bayi menghirup dengan kuat air ketuban yang mengandungi mekonium sehingga masuk ke dalam paru-paru yang akhirnya menyebabkan pembengkakan (pneumonitis), menyebabkan penyumbatan saluran pernafasan dan membuatkan bayi mengalami kesukaran untuk bernafas
  • bayi terlalu besar dan tidak berupaya melalui servik ibu dalam proses kelahiran normal
  • Berhadapan dengan masalah servik kecil
  • Bayi mengalami masalah kekurangan oksigen sepanjang kehamilan akibat daripada sikap anda yang gemar mengamalkan gaya hidup tidak sihat seperti mengekalkan tabiat merokok sepanjang kehamilan

Meningal dunia


  • Komplikasi sewaktu kelahiran adalah lebih tinggi untuk menimpa bayi berbanding ibu
  • Bayi boleh meninggal di dalam kandungan sebaik sahaja dilahirkan atau pun beberapa jam selepas dilahirkan
*bagi mengurangkan risiko ke atas bayi yang tunggu lama daripada mengalami MAS: 

  • lakukanlah pemeriksaan antenatal secara teratur
  • sentiasa memantau peningkatan berat badan agar sesuai dengan perkembangan usia kehamilan
  • mengambil makanan yang sihat dan seimbang
  • tidak melakukan kerja berat berlebihan
  • mendapatkan rehat mencukup
  • tidak merokok mahupun mengambil minuman keras

Sukar dibendung


  • MAS sememangnya sukar diatasi, tetapi anda masih berupaya untuk mengurangkan risiko jika berjaya melahirkan bayi sebelum usia kandungan 42 minggu.
  • Rawatan yang biasa diberikan oleh doktor ialah amnioinfusion iaitu kaedah mencairkan mekanium yang mencemari air ketuban dengan dimasukkan tiub ke dalam rahim menerusi faraj untuk melengkapkan prosedur.
  • Kebanyakkan pakar tidak gemar menggunakan kaedah amnioinfusion kerana dikhuatiri boleh memburukkan lagi keadaan. Pakar pediatrik menggunakan cara menyedut hidung dan tekak bayi yang baru dilahirkan untuk membantunya bernafas dengan lancar dan hidup.

Biarpun 6% - 25% bayi dilahirkan bersama air ketuban yang telah dicemari mekonium, tidak semua bayi berkenaan mengalami MAS 



silalah comment post ini...