Tuesday, November 6, 2012

Tembamnye!!!!!

Dulu dan kini berbeza. Dulu kurus dan sekarang comel. hahahaha!!!!! puji diri sendiri lh pulak!. Lepas bersalin ni pipi naik dah macam kuih pau jauh berbeza sebelum mengandung. Sekarang ni tengah cuba nak diet sikit. Bukan itu sahaja, baju pun dah banyak tak muat. Tak kan nak beli baju baru je, ada benda yang lebih panting dari beli baju tu. Dapatlah jimat sikit dan kesian baju2 yang ada disimpan je dalam almari tak dipakai, masih baru lagi. Harap2 dapatlah turunkan berat badan. Wajah saya sekarang....seperti di bawah:



Ha! tembam kan saya. jauh berbeza macam muka profile. Ni baru anak satu. Mengalahkan kakak disebelah saya. hihihihihihi.......tapi saya bahagia dengan kehidupan saya sekarang. TQ ALLAH!.

silalah comment post ini...

Penginapan Di Hotel Lotus dan Pulai

Assalamualaikum kawan2.....lama menyepi dan kini kembali lagi. hihihihihi....

Sekarang ni aku n the geng uruskan penginapan di hotel lotus desaru dan pulai desaru. Harga rendah daripada harga hotel tawarkan. Buat masa ni kitaorang handle hingga hujung tahun ni je dan tahun hadapan tak tahu lagi sama ada kitaorang lagi atau pun bertukar bergantung pada pelantikan akan datang.

Masa mula2 handle rasa macam tak pasti je boleh laku ke?, jalan ke? tapiii.....nampaknya mendapat sambutan yang menggalakkan sehingga tak sempat2 nak menguruskan.

Penginapan ni bukan sahaja terbuka kepada anggota KEJORA sahaja tetapi orang luar pun boleh melalui kami sekiranya berminat. Rate Hotel untuk orang luar seperti di bawah:

LOTUS DESARU BEACH RESORT (Tanpa sarapan)
      1. Apartment 1 bilik - RM160.00
      2. Apartment 2 bilik - RM300.00
      3. Apartment 3 bilik - RM450.00
PULAI DESARU BEACH RESORT & SPA (Tanpa sarapan)
  1. Bilik Standard - RM150.00
  2. Bilik Superior - RM180.00
  3. Bilik Deluxe - RM230.00
  4. Bilik Suite - RM300.00
**20% diskaun untuk sarapan pagi di Lotus

jika ada yang berminat dan keterangan lanjut boleh email kat e-mail  di bawah

khazareena 07-8843106; atau
 kasmaliza 07-8843107

Sekiranya silalah comment post ini...

Monday, October 29, 2012

Pertama Kali

Assalamualaikum rakan2 blogger....brsua kmbali stelah myepi. Biasalh kn......alasan seperti biasa. Aku rasa dlm tahun ni aku pergi kursus 2 kursus je dlm thun ni.  Kali pertama msa mengandung, kursus di melaka dn kali ke2 slps mengandung di N9.

Kursus di N9 lh kali pertama aku berjauhan dengan anakku. Bukan sehari dua tapi, 5 hari 4 mlm tau! sedih dan sayu hati ni. Sepertimana aku berjauhan dengan suami, seperti tu jugak lh bila aku berjauhan dengan anak. Masa pergi tak sanggup nak tengok muka dia, air mata mulalh nk meleleh. Dari mlm dah terasa sedih, tidor peluk anak untuk melepaskan kerinduan yg tak terhingga nanti. Sekarang ni dia belum tahu sangat, nanti dah pandai cam mama n papa dia, tulh yang membuatkan aku bimbang bila sekiranya antara aku dan suami terpaksa outstation. Harap2 anak aku dapat menyesuaikan diri dgn orang yg menjaganya dan tidak membimbangkan mama dan papa.

Nak buat panggilan video call tak boleh, sebab di rumah takda 3G. Hanya mendengar suara saje sebagai pengubat rindu. Tak sabarnya nak balik, cepatlh hari khamis tak sabar nak jumpa n peluk cium suami dan anak tersayang!

Kali ni jugaklh kali pertama papa menjaga khalis tanpa mama. Harap2 semuanya ok. Khalis anak yang baik kn sayang, tak menyusahkan papa kn!. Tunggu mama ye sayang, nanti hari khamis mama balik kita tido same2 ye....Tiap2 malam aku menelefon papa untuk melepaskan kerinduan. Begitu jugak kalau papa outstation, tak papa, aku sendiri akan telefon dan bercakap dengan khalis walaupun khalis masih belum fasih bercakap. Ini sajelh cara kami komunikasi antra satu sama lain bila berjauhan.


silalah comment post ini...

Friday, October 12, 2012

kawan Pregnant

Alhamdulillah kawan saing pregnant telah selamat melahirkan baby girl hari ni pada jam 10.55pg tadi dengan berat baby 3.15kg. Kalau tak kesian aku tengok dia, jalan pun dah tak larat dengan kaki bengkak lagi. Akhirnya berjaya melahirkan baby comel....

Selamat berpantang lah ye Pn Noorazah Iman. Semoga cuti bersalin menjadi hari paling bahagia dan memberi makna buat azah sekeluarga. Semoga baby jugak sihat dan membesar dengan sihat.

silalah comment post ini...

Tahap Menyiarap

Sekarang my baby dah nak mula belajar menyiarap. Dia dah pandai menyerengkan badan dia cuma dia belum pandai pusing habis untuk menyiarap. Sekejap je rasanya anak mama dah membesar. Sikit demi sedikit perubahannya. Kalau ikut dalam buku usia dari 2.5 hingga 5 bulan dah pandai menyiarap. So, sekarang anak aku 2.5 bulan dalam proses tersebut. Sungguh gembira apabila melihat dia dah pandai menyiarap.



alala..tomey anak mama!!!! Bukan sahaja dah nak pandai menyiarap, dah pandai pegang sesuatu. Cuma tinggal mama belikan mainan je. hihihihihi....nanti mama dah gaji mama belikan ye sayang!!! hari ni duduk umah mak ngah baik2 je tau, petang nanti mama ambek. Mama shinduuuu....dengan Khalis.

silalah comment post ini...