Monday, October 29, 2012

Pertama Kali

Assalamualaikum rakan2 blogger....brsua kmbali stelah myepi. Biasalh kn......alasan seperti biasa. Aku rasa dlm tahun ni aku pergi kursus 2 kursus je dlm thun ni.  Kali pertama msa mengandung, kursus di melaka dn kali ke2 slps mengandung di N9.

Kursus di N9 lh kali pertama aku berjauhan dengan anakku. Bukan sehari dua tapi, 5 hari 4 mlm tau! sedih dan sayu hati ni. Sepertimana aku berjauhan dengan suami, seperti tu jugak lh bila aku berjauhan dengan anak. Masa pergi tak sanggup nak tengok muka dia, air mata mulalh nk meleleh. Dari mlm dah terasa sedih, tidor peluk anak untuk melepaskan kerinduan yg tak terhingga nanti. Sekarang ni dia belum tahu sangat, nanti dah pandai cam mama n papa dia, tulh yang membuatkan aku bimbang bila sekiranya antara aku dan suami terpaksa outstation. Harap2 anak aku dapat menyesuaikan diri dgn orang yg menjaganya dan tidak membimbangkan mama dan papa.

Nak buat panggilan video call tak boleh, sebab di rumah takda 3G. Hanya mendengar suara saje sebagai pengubat rindu. Tak sabarnya nak balik, cepatlh hari khamis tak sabar nak jumpa n peluk cium suami dan anak tersayang!

Kali ni jugaklh kali pertama papa menjaga khalis tanpa mama. Harap2 semuanya ok. Khalis anak yang baik kn sayang, tak menyusahkan papa kn!. Tunggu mama ye sayang, nanti hari khamis mama balik kita tido same2 ye....Tiap2 malam aku menelefon papa untuk melepaskan kerinduan. Begitu jugak kalau papa outstation, tak papa, aku sendiri akan telefon dan bercakap dengan khalis walaupun khalis masih belum fasih bercakap. Ini sajelh cara kami komunikasi antra satu sama lain bila berjauhan.


silalah comment post ini...

Friday, October 12, 2012

kawan Pregnant

Alhamdulillah kawan saing pregnant telah selamat melahirkan baby girl hari ni pada jam 10.55pg tadi dengan berat baby 3.15kg. Kalau tak kesian aku tengok dia, jalan pun dah tak larat dengan kaki bengkak lagi. Akhirnya berjaya melahirkan baby comel....

Selamat berpantang lah ye Pn Noorazah Iman. Semoga cuti bersalin menjadi hari paling bahagia dan memberi makna buat azah sekeluarga. Semoga baby jugak sihat dan membesar dengan sihat.

silalah comment post ini...

Tahap Menyiarap

Sekarang my baby dah nak mula belajar menyiarap. Dia dah pandai menyerengkan badan dia cuma dia belum pandai pusing habis untuk menyiarap. Sekejap je rasanya anak mama dah membesar. Sikit demi sedikit perubahannya. Kalau ikut dalam buku usia dari 2.5 hingga 5 bulan dah pandai menyiarap. So, sekarang anak aku 2.5 bulan dalam proses tersebut. Sungguh gembira apabila melihat dia dah pandai menyiarap.



alala..tomey anak mama!!!! Bukan sahaja dah nak pandai menyiarap, dah pandai pegang sesuatu. Cuma tinggal mama belikan mainan je. hihihihihi....nanti mama dah gaji mama belikan ye sayang!!! hari ni duduk umah mak ngah baik2 je tau, petang nanti mama ambek. Mama shinduuuu....dengan Khalis.

silalah comment post ini...

Kek Biskut Cheese Oreo

Salam semua....imbas kembali post semalam yang aku ada share tentang kek ni dan malam tadi aku telah berjaya membuatnya dan membawa ke opis pada hari ni. Alhamdulillah mendapat pujian daripada kengkawan. Ini bermakna kek aku menjadi lah. kihkihkihkih.... Di bawah gambar kek yang aku buat sendiri tau. Nak tengok tak?


Ha.....ini lh dia kek hasil air tangan aku sendiri. Lepas siap kita masukkan pulak dalam peti sejuk.


Nasib baik muat peti ais, kalau tak mana aku nak sumbat kek lazat ni...

Ermmmm.......tak sabarnya nak tunggu en. suami pulang dari Bukit Tinggi nak suruh dia rasa kek dari hasil air tangan isteri tercinta dia ni. hehehehe.....mesti dapat pujian punya lah. ha ceh! perasan dulu sebelum tahu jawapan sebenar. En. suami aku ni bukannya suka sangat kek tapi mana tahu buatan isteri jadi suka pulak kn! hemmm...ada kemungkinan....

Insyaallah lepas ni nak buat lagi kek ni biar tak lupa caranya. Raya Haji pun dah tak lama lagi kan, boleh lah cuci2 mulut dengan kek sedap ni. Kek batik pun dah lama tak buat, entah bila lah nak buat lagi. Kalau ada hantu makan kek seronok buat tapi kalau takda, buat penat je buat takda orang nak makan....

Entah apa cite kek aku kat umah tu, agaknya diaorang suka tak kek aku tu??? mintak2 lah ada lagi kalau tak sian en. suami aku. Tapi kat umah pun bukannya ramai sangat pun...kalau masih banyak lagi sempat lah sampai hari sabtu dapat lah kak ngah merasa nanti. Nak tahu jugak komen dari diaorang.

Ok lah ye bagi sesiapa yang nak mencuba resepi ni aku dah beri tahu kan dimana. malas nak cari? ok lah aku share jugak disini. So, kak imal intan minta izin ye copy n paste.


Bahan-bahan
·         500g cream cheese
·         1 tin susu pekat 
·         1 bungkus biskut merie - perisa ikut suka (saya guna perasa Coffee)
·         1sb  Asen vanilla
·         1 cawan susu segar 
·         Biskut oreo yang di kisar halus secukupnya.
Cara-cara
·         Biarkan cream cheese pada suhu bilik sebentar. Satukan dengan susu pekat dan Assen vanilla .Putar sehingga sebati.
·         Alas loyang dengan baking paper/plastik/aluminium foil. Celup biskut sesaat dua ke dalam susu segar dan susun ke dalam loyang. Ratakan cheese. Kemudian taburkan Oreo yg telah di kisar. Ulang lagi proses melapis biskut, cheese, oreo sehingga abis. Akhir sekali di atas lapisan cheese tabur oreo. 
·         Sejukkan di dalam peti ais seeloknya semalaman. Potong dan hidangkan.

Selamat mencuba dan berjaya serta menjamu selera bersama ahli keluarga tersayang!!!!!!!

silalah comment post ini...

Thursday, October 11, 2012

Tak Sabarnya!!!

Salam semua...entah apa entah tajuk aku ni kan..tak tahu nak beri tajuk apa. hahahahaha......Sebelum aku cuti MC 2 hari lepas, kawan sebelah aku ada bawak Biskut Marie Lapis Cheese Oreo (beri nama sendiri). Hermmm.....rasanya memang sedap sehingga menjilat jari dan rasanya jugak macam makan kek secret resepi. Ha! kalau dengar dah macam rasa kek secret resepi mesti korang semua pun macam tak sabar nak rasa kn! kn!. Aku pulak tak sabar nak buat sendiri, resepi dah ambil tinggal beli bahan je tu yang ingat hari sabtu ni nak buat. Tapi....buat kat umah mak mertua ni segan sikit kalau kat umah mak aku tak segan sangat sebab takde orang kacau. hihihihi.....

Hari ni kawan aku lagi sorang pergi fisio kat HSI so, aku kirim belikan cream cheese. Perasaan ni berkobar-kobar macam nak buat malam ni jugak. Jadi tak jadi cite kedua yang penting nak cuba dan rasa buatan sendiri. Caranya cukup senang dan mudah tak perlu kukus, masak atau bakar tapi hanya disejukkan sahaja. Kalau korang nak tahu apa bahan2nya dan cara2nya, korang bolehlah layari laman www.amalsukacantik.blogspot.com

Rupanya seperti gambar di bawah. Jom tengok, memerhati dan mencuba.....




Apa pandangan korang? nak mencuba tak? Jom buat bersama!!!!!!!! tak sabarnya.......yum! yum! yum!

silalah comment post ini...