Thursday, September 27, 2012

Kembali Kerja

Salam semua...walaupun dah lewat empat hari tapi aku nak update jugak entry aku ni. hehehe....suka hati aku lh aku punya blog nak update bila! betul tak?. ops! terlebih sudah....hihihihihi....

Hari Isnin lepas 24 September 2012, hari pertama aku memulakan tugas semula selepas 3 bulan cuti bersalin. Ermm.....memang best cuti lama jadi suri rumah jaga anak. Satu hari dapat hadap anak, tengok kletah dia, tidor sebelah dia dan main dengan dia. Bila cuti dah nak habis terasa cepat pulak. Malas je nak pergi kerja.....hihihihi.

Dah start kerja ni, hanya jumpa anak belah petang lepas kerja je, tengahari masa tak cukup nak luangkan masa dengannya terkejar-kejar. Balik je dari kerja terus ambil dia, melepaskan rindu. Rindu gilers lh. So, sekarang apa yang kawan2 aku alami, aku pun alaminya dan aku pun sudah faham perasaan mereka.

Sekarang anak aku cakapnya belum jelas lagi. Kalau dah lancar bercakap agaknya hari2 aku nangis tinggalkan dia. Ermm....tunggu jelh masanya nanti. Apa akan terjadi. Aku harap anak aku tak kisah tinggal dengan sapa so, hati aku jadi senang bila tinggalkan dia bila aku kerja.

Percakapannya kadang2 terkeluar perkataan mak bila merengek. Sukanye dengar bila dia nak berbual dengan kita. Walaupun hanya brurrr...Memang kehadiran anak menjadi pelengkap rumahtangga dan memberi kebahagiaan kepada ibu bapa di dunia ini.Kehidupan sebelum dan selepas ada anak berbeza.

Ini lah anak aku Ahmad Khalis. Comel Tak, comel kn!


Usianya sekarang 3 bulan, beratnya 6.83kg dan tinggi 62cm. Inilah anak kesayangan aku dan suami.
silalah comment post ini...

Saturday, September 15, 2012

majlis hari raya

Salam kawan2.....lama menyepi kini kembali lagi.....
Dah hujung2 raya ni masih ada lagi buat majlis raya. Malam tadi rumah bos aku, ermmm.......macam2 menu ada. Sebelum marhaban aku dah bedal dulu makan sebab nak tunggu marhaban lambat pukul 9 baru mula, nasib baik tuan rumah bagi makan. Bukannya apa bila cepat makan cepatlah baliknya, ye tak?. Menunya ialah soto, mee hoon goreng, roti jala dan satey. Ermm......rasanya ok tapi perut je tak leh terima makanan banyak2. Kalau tak kesian orang lain tak dapat merasa. hehehehehehe............

Masa hari rabu lepas bahagian PPSM tempat aku kerja buat. Ha! menunya lain daripada yang lain iaitu nasi lemak ayam, sup kambing, nasi impit, rendang dan mee hoon goreng. Selain tu diaorang ada bagi hadiah cabutan bertuah, ha....kali ni rezeki Khalis agaknya aku dapat kipas. Aku tak pastilah sama ada hadiah tu memang tuah aku atau dirancang. Tapi tak kisahlah asalkan aku yang dapat dan yang lain dapat tapawer, pinggan, set periuk dan hamper. hihihihihihihihi.....

Kedua2 majlis anak aku tak meragam. Anak mama ni memang anak yang baik. Mama harap sampai ketua anak mama sentiasa menyenangkan mama n papa tak merisaukan kami ye sayang!

silalah comment post ini...

Friday, August 31, 2012

Kemerdekaan ke55

Selamat Menyambut Hari Merdeka ke55 buat rakyat Malaysia. Semoga negara kita sentiasa aman damai tiada berlaku rusuhan dan perbalahan antara satu sama lain. Bukan sahaja negara maju tapi rakyat juga perlu maju dan berfikiran lebih rasional serta matang. Kekalkanlah kemerdekaan negara kita ini buat selama2nya. Mempertahankanlah apa yang telah tokoh2 kita sebelum ini perjuangkan negara kita terutama orang melayu. Kekalkanlah hak asasi orang melayu dalam negara kita. Kalau bukan orng melayu mempertahan hak orang melayu sapa lagi? pikir2kan lah wahai rakyat malaysia yang berbangsa melayu.
Aku bersyukur dan berbangga jadi rakyat malaysia. Negara Malaysia adalah satu2nya negara yang mempunyai pelbagai kaum. Maka sama2lah kita bekerjasama memajukan negara malaysia dan mengekalkan keamanan negara kita.

MERDEKA!
MERDEKA!
MERDEKA!

silalah comment post ini...

Dah Pandai Berbual

Anak sekarang cepat belajar atau kta senang cerdik. Aku pun teruja dengan perkembangan anak ku. Dalam usianya 2 bulan ni dah pandai nak berbual. Lagi syok bila tengok dia berbual dengan papanya dalam phone. So sweet sayang! geram mama tengok Khalis....tu yang asyik kena cium je dengan mama.

Dah 2 hari papanya outstation. Tiap2 hari aku akan call suami dan aku sengaja kuatkan speaker supaya Khalis dengar suara papanya. Biladia dengar papanya panggil namanya dia pun berbunyi nak cakap tapi tak pahamlah, kadang2 ketawa2 macam paham je papa usik dia. Khalis! Khalis! bila papa balik nanti habislah Khalis kena peluk cium dengan papa. Anak mama memang cerdik. TQ ALLAH!

Thursday, August 30, 2012

Puasa

Salam semua......hari ni hari ke-2 aku berpuasa. Bukan puasa 6 tp puasa ganti. hahahahahahaha..........nasib badan. Dah sedap2 tak pose pada bulan pose so sekaranglah giliran ganti balik. Bukannya sikit nak ganti, banyak hari oooooo.......Minggu ni aku di rumah emakku dan kebetulan emakku puasa 6 so, aku follow lah.

Minggu depan di rumah mertua, tak tahulah dapat ketidak pose. Tak dapat seminggu street buat isnin and khamis pun boleh lah...kalau tidak bila lagi aku nak gnti kalau tangguh2. Sementara aku masih bercuti ni so, lebih baik aku ambil peluang. Betul tak? nak buat street takut tak larat lah sebab sekarang ni bukn bulan pose, cabarannya kuat.

Harap2 dapatlah aku pose hingga esok. Dapat jugak 3 hari. Dengan berpose dapat jugak aku menurunkan berat badan aku. My baby pun minum susu formula so, tak bimbanglah sangat. My baby ni macam abang aku yang ke-2 langsung taknak ngempeng. Takpelah sayang asalkan ank mama sihat.

Bila dah start kerja nanti dapat brpa hari agaknya aku pose. Kat opis lagilah ada saje makanan dan tekak pulak asyik nak makan je. Teringat pulak dengan member opis. Rindu aku ngan u alls. U alls rindu tk dgn aku??? ermmm....teremo pulak. hihihhhi.....

Ok lah nak mandikan my baby. Mybaby baru bangun tido ni. k bye!!!
silalah comment post ini...