Tuesday, August 7, 2012

Dah Pulih

Alhamdulillah.......syukur kepa ALLAH wajah anakku dah pulih dari ruam. Wajahnya juga sudah handsome, kalau tidak kesian aku tengok penuh dengan kuping seperti kudis di wajahnya. Kerana penyakit tu anakku hampir kena masuk wad tp, oleh kerana HKT tiada doktor pakar kulit so doktor buat temu janji dengan doktor pakar kulit HSI. Pada 6 Ogos 2012 (semalam) temu janjinya. Semasa di HKT doktor ada beri ubat krim dan ubat tu amat berkesan pada anakku dan kuping2 yang ada di wajahnya tertanggal. Apabila di HSI wajahnya dah hampir bersih tiada lagi kuping2 besar. Temu janjinya yang ke2 bulan 12 nanti. Doa aku ALLAH makbulkan dimana raya nanti wajah anakku dah handsome dan baik dari penyakitnya. Nama krim tu ialah Calamine Cream. TQ ALLAH!!!!!!!!!!!


silalah comment post ini...

Tuesday, July 31, 2012

Kurap Susu @ Ruam

Assalamualaikum kwn2 blogger......harap2 anda semua sihat. Hari ni hari ke-12 kita berpuasa eh salah org islam berpuasa, aku blm start puasa lagi, eeeeeeeee.........pejam celik pejam celik dah nak masuk 2 minggu puasa, sekejap je kn!. My baby pun dah sebulan.

Bila my bby masuk sebulan ni, mula timbul penyakit kulit pulak iaitu tahi sawan di kepala dan tumbuh ruam di mukanya. Tapi yang membuatkan aku risau ruamnya lain sikit, macam tumbuh jerawat kesian aku tangok mukanya sehinggakan aku mengalirkan air mata ku yg berharga ni. Masa jumpa doktor utk cek sebulan, doktor kata "ruam ni biasa nnti ia akan hilang" tapi kalau korang sebagai ibu sanggup ke melihat wajah n kepala bby korang dh macam apa ntah penuh dengan ruam. Kalau setakat merah2 je lain lah ni tak dah lah merah, berair pulak dan jadi macam kudis. his! memang sedihlah bila lihat muka dia. Bila setiap kali lepas mandi mukanya akan ku sapu bedak sejuk dan kepalanya di lumur dengan minyak zam2. Ini pun nasihat dari kawan ku iaitu kak imal. TQ ye kak imal. Harap2 dalam minggu ni dah baik.

Aku ada jugak pergi klinik sebab ruamnya berair aku risau. Doktor suggest cuci je macam biasa, kemungkinan my baby alah susu lembu dan doktir cadang tukar susu dan cuba beri susu soya. Aku sebagai ibu nk anakku baik, aku tukar susunya dr Anmum kepada Isomill. Alhamdulillah anakku ni jenisnya apa aku beri, dia minum je tak tolak. Aku risau jugak kalau2 dia tak nak tapi, tak rupanya. Anak mama memang anak yang baik!!!!!!!

Hari ni ruamnya nampak macam dah kering, syukur alhamdulillah. Tido malam pun muka bertepek bedak sejuk. Sebelum ni aku cuba guna bedak aiken. Aku pun tak tahu lah berkesan ke tak. Mula2 nampak macam dah kering, tiba2 naik semula dan jadi lebih teruk pulak. Aku jadi runsing bila memikirkan macamne nk sembuhkan penyakitnya.

Ada juga petua mengatakan ibu menjilat muka anak insyaAllah hilang ruam2 di mukanya. Betul ke???? tp aku cuba jugak sebeluemasa aku nak mandikan anak aku aku buat dulu petua tu. Aku buat ni semua aku mohon dengan izinNya anak aku sembuh. Doktor pun tak berani nak beri krim sebab takut masuk mulut so, aku cuba usaha tradisional lah. Anak mama, mamaharap sayang bersaar ye dan tahan sikit lagi, mama tengah usaha untuk memulihkan sayang!!!!! Mama nak anak mama raya nanti muka dah cantik. InsyaAllah ye sayang!!!!

Tuesday, July 24, 2012

Kelebihan Supplemen Energizing Soy Protein (ESP)

Supplement ESP ni aku beli pejam mata je demi anakku. Kenapa aku kata pejam mata je? sbb harganya mahal RM150.00  tp demi anak, aku cuba beli agar susu badanku banyak dan aku dapat memberi bbyku bf.

Supplemen ni mamang boleh banyakkn susu badan. Tapi rupa2nya supplemen ni byk kelebihannya. Bukan sahaja bagus untuk ibu2 lepas bersalin tapi semua wanita boleh minumnya.

 So, di sini aku nak kongsi kelebihan ESP iaitu:

  • Membekalkan tenaga
  • Menyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku dan otot
  • Penting untuk kanak2, ibu menyusukan anak dan mereka yang sedang pulih dari sakit
So, ibu2 dan kwn2 di luar sana boleh lh kalau nak mencuba ye.




Turun 11.3kg

Semasa mengandung bila setiap kali datang check up pasti berat badan naik tak pernah turun.  Dua kali naik mendadak pertama naik sampai 4kg dan kedua naik 2kg dlm tempoh 1 bulan. Oleh kerana naik mendadak dah kena daily ke klinik 3 hari berturut2. Berat pada awal mengandung 45.8kg dan akhir mengandung 69.3kg, naik sebanyak 23.5kg. Sekarang dah lepas bersalin, cukup anak aku sebulan kami pergi klinik dan berat aku yg terkini adalah 58kg turun sebanyak 11.3kg, alhamdulillah......

Walaupun berat badan sekarang tak sama macam sebelum ni tapi aku bersyukur turun banyak kg. Bukannya senang tau nk turunkn berat badan ni. Baby aku pun masa lahir dah 4.34kg. Tapi aku hampir kehilangannya sbb dia hampir lemas. Kuasa  tuhan dan Allah menyayagiku dan memberiku peluang, ankku selamat dan cukup sifatnya. Aku sangat bersyukur kepadaNya. Aku juga tak lupa sujud syukur selepas sahaja aku boleh sembahyag.
Sekarang aku perlu kawal makanku agar berat badanku tak naik. Anak aku takpe klu turun kena marah ngan misi pulak. Berat bbyku sekarang 4.65kg genap sebulannya.





Sunday, July 22, 2012

salam Rammadhan

Assalamualaikum kwnn2 blogger n salam sejahtera kpd bkn islam.

Dah tiba bln mulia dn byk keberkatan yg ditunggu2 oleh org yg beragama islam iaitu bln ramadhan. Tahun ini bln ramadhan aku dlm pantang. So, banyaklah hri aku kena ganti nnti. Puasa di bln puasa dan bln bukan puasa adalah berbeza. Biar puasa di bln puasa sbb dh memang bln puasa, semua orang islam puasa. Kalau puasa di bln bukan puasa byk dugaan dan cobaan. Mana tidaknya kwn2 sekeliling makan di depan kita dan kita pulak engah pose ganti, boleh tergugat jugak iman ni. hehehehe.........

Aku harap bulan pose tahun ni aku sekeluarga dapat hidayah dan keberkatan serta dilimpahi rezeSSelki yang melimpah ruah dan berterusan dariNya, amin.....Sungguh berbeza dari tahun sebelum ini. Tahun ini Allah telah memberiku rezeki zuriat yg comel. Tq Allah.
Oleh kerana dah malam dan mata pn dah mengantok so, dikesempatan ini aku nak ucapkan selamat berpose kpd rakan2 blogger. Aku juga mohon maaf atas segala salah silap aku samada sedar atau tak sedar. Yang baikitu dr Allah dan kurang baik itu dr aku.


ilalah comment post ini...