Sunday, March 25, 2012

Bukan Rezeki

Salam kengkawan...kita bersua kembali setelah beberapa minggu aku tak update. Kali nie aku berkongsi cite duka. Sebelum tue marilah kita sama-sama membaca al-fatihah buat orang tersayang, ahli keluarga dan muslimin serta muslimat yang telah kembali ke rahmatullah...Al-Fatihah...

Baru-baru nie aku dikejutkan dengan berita sediah. Diantara berita-berta yang aku terima salah satunya adalah berita tentang kematian baby dalam kandungan ibunya. Mungkin bukan rezekinya kali nie. InsyaAllah ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Allah lebih mengetahuinya betul tak kengkawan????? Berita aku terima usia kandungannya sudah masuk 7 bulan. Baby meninggal akibat air ketuban kering.

Info yang aku ada terima risiko baby yang lahir seperti ini mungkin tidak sesempurna seperti baby lain dimana baby tersebut akan mengalami penyakit. Maybe Allah lebih sayangkan dia dan Allah tak nak menyusahkan ibu dan bapanya maka Allah mengambil nyawa baby tersebut.

Aku juga dapat terasa sikit walaupun tak seberat bahu yang memikulnya akan penderitaan yang dialami. Tapi kita yang masih hidup nie kenalah teruskan kehidupan. Aku berharap dia akan tabah dan kuat menghadapi dugaan Allah S.W.T ini. So,kawan-kawan marilah kita sama-sama mendoakan semoga Allah sentiasa melindungi kita dari musibah, malapetaka dan kuat menghadapi dugaanNya...amin..

silalah comment post ini...

Friday, March 9, 2012

Gerak Aktif

Dari hari ke hari, dari minggu ke minggu, dari bulan ke bulan dan akhirnya tiba juga masa yang dinanti-nanti oleh semua ibu hamil. Boleh dikatakan tiap-tiap malam akan bercakap dengan baby "Baby geraklah mama dan papa nak rasa" walaupun belum tiba masanya.Betul tak? betul tak? wahai ibu-ibu di luar sana....

Ibu akan merasa seronok sangat bila terasa baby gerak walau pun sikit-sikt. Rasa happy sesangat...Waktu gerak baby nie lain oranglain masanye tau tapi kebanyakkan baby gerak aktif pada waktu malam.

Sekarang baby aku pun dah mula aktif bergerak. Waktu aktifnya pada waktu malam. Seronok sangat bila terasa perut gerak-gerak. Aku selalu tengok perut aku bila dia aktif bergerak.

Tapi kawan-kawan jangan hairan tau ada juga ibu tidak suka anaknya bergerak aktif dalam perut. Kalau setakat marah manja je takpa tapi sampai pukul-pukul perutnya. Kesian baby dari dalam perut dah kena marah dengan ibu, apatah lagi bila dah keluar nanti macam manalah agaknya ibu itu marah. Bila tak ada anak nak anak tapi, bila dah ada belum keluar dari perut lagi dah marah-marah baby. Kesian baby...

Itulah dia dikatakan manusia kan! macam-macam ragam manusia di muka bumi Allah S.W.T ini. Ada ibu yang penyayang dan ada juga ibu yang zalim. Oleh yang demikian, wahai ibu-ibu di luar sana dan juga diriku jadilah ibu yang penyayang dan penyabar. Anak adalah rezeki dari Allah. Dia adalah amanah yang telah Allah berikan kepada kita. Maka jagalah, didiklah dia menjadi insan yang berguna di dunia dan diakhirat..amin..


silalah comment post ini...

Thursday, March 8, 2012

Sukar Tidur Lena di Trimester Akhir

Semenjak perut semakin membesar nie badan pun rasa kurang selesa. Pinggang lagi lah dah mula terasa sakit-sakit. Duduk lama-lama sakit, berdiri lama-lama sakit, serba tak kenalah. Ini baru bab posisi kedudukan. Bab tidur lagi macam-macam ragam. So disini aku nak kongsi sedikit ilmu tentang sukar tidur lena di trimester akhir...bagi bakal-bakal ibu atau dah jadi ibu jom tambah ilmu pengetahuan tentang kehamilan. sebelum tue aku nak ucaplah terima kasih kerana kalian sudi meluangkan masa untuk membaca blog aku.


Perut yang semakin membesar membuatkan badan tidak selesa untuk tidur TELENTANG.
Kalau kalian sedar ketika ini payudara anda juga semakin membesar untuk memproses pengeluaran susu. Maka, pada masa yang sama anda akan kerap berjaga malam sama ada anda mengalami mimpi buruk mahu pun membuang air kecil. Walhal rehat yang cukup amat diperlukan untuk tenaga semasa bersalin nanti.

Penyebab yang sering dikaitkan dengan ketidakselesaan waktu tidur ini adalah saiz janin yang membesar membuatkan ibu sukar untuk tidur lena dan si ibu berasa bimbang andai janin dalam kandunggannya tertekan sewaktu dalam tidur. Selain itu, gangguan fizikal seperti membuang air kecil, kekejangan dan janin menendang boleh memberi ibu sedikit terganggu dan tertekan. Atas sebab-sebab inilah tidur selesa sukar dikecapi

Perlu diketahui bahawa apa pun posisi tidur ibu, ia tidak akan mengganggu ketenteraman janin. Tubuh anda sendiri telah diciptakan untuk melindungi janin yang berada dalam kantung air ketuban agar sentiasa dalam keadaan selesa. malah ia juga mempunyai ruang sendiri agar membolehkan janin bergerak bebas.


Posisi mengiring ke kiri
Setakat ini belum ada kajian yang mendalam tentang posisi tidur wanita hamil, namun posisi tidur mengiring ke kiri amat disarankan. Posisi ini memberi kebaikan kepada janin kerana ia mendapat aliran darah dan nutrisi yang maksimum ke dalam kantung rahim. Hal ini kerana vena utama (vena kava inferior) di bahagian belakang sebelah kanan spina menjalankan fungsi mengembalikan darah dari tubuh dari bahagian bawah ke jantung. Ia juga dapat membantu ginjal membuang sisa pepejal dan cairan dari tubuh anda seterusnya mengurangkan pembengkakan kaki dan tangan.


Posisi mengiring ke kanan
Tidur posisi mengiring ke kanan juga tiada masalah malah ia mampu membuatkan anda lebih selesa dengan mengubah posisi tidur pada setiap malam. Minum susu yang dikhaskan untuk wanita hamil sebelum tidur boleh membantu anda mendapatkan tidur yang lena.


Rasa panas
Ibu hamil memang akan merasa panas khususnya pada bahagian dada dan perut ketika malam. Hal ini desakan rahim yang semakin membesar membuatkan makanan naik ke arah abdomen dan mengakibatkan iritasi pada dindingnya. Makanan yang telah bercampur dengan asid perut membuatkan rasa panas di bahagian dada. Manakala rasa panas di bahagian perut diakibatkan proses pencernaan yang semakin lambat. Sebab itulah wanita hamil disarankan mengambil makanan dalam jumlah yang sedikit agar perut tidak menjadi terlalu penuh. Hindari makanan yang pedas dan berempah sekali gus membuatkan anda mula mejadi mual. Anda juga boleh ubah posisi tidur dengan meletakkan bahagian dada lebih tinggi dari perut. letakkan bantal penyokong di bahagian perut. Badan panas sewaktu hamil berlaku disebabkan peningkatan hormon dalam tubuh. Ini membuatkan anda memasang pengahwa dingin mahupun kipas pada tahap maksimum. Jelaskan pada pasangan anda agar dia lebih memahami keadaan anda. Anda juga boleh mengenakan selimut nipis mahupun pakaian tidur yang nipis dan longgar untuk mengatasi kepanasan.


Kurangkan minum sebelum tidur
Teknik jangan minum 2 ke 3 jam sebelum tidur ini anda boleh mempraktikan semula sepertimana sewaktu trimester pertama dahulu.


Tips LENA dengan SELESA
  • Gunakan bantal bagi menyokong bahagian paha dan perut yang semakin membesar
  • pakai coli yang sesuai untuk memberi keselesaan kepada payudara yang semakin membesar
  • Pilih baju tidur dari fabrik kapas mahupun yang selesa agar tidur malam tidak terganggu.
  • Pakaian tidur perlu longgar dan tidak terlalu sendat bagi membolehkan anda bernafas dengan selesa.

silalah comment post ini...

Lega dah selesai...

Aku dan suami ambil cuti mengalahkan pengantin sampai 7 hari. Hahahahaha......biasalahkan kenduri kahwin mesti penatnya terasa berhari-hari...Lagi-lagi lepas majlis, nak kemas rumah satu hari mana cukup, berhari-hari tak satle-satle. Selama 7 hari kami bercuti, 3 hari lepas majlis alhamdulillah dapat disatlekan semuanya termasuk bayar hutang.

Bak pepatah ibu mertuaku "lega rasenya dah selesai, dah takde buat majlis kahwin lagi lepas nie, anak-anak dah habis kahwin semua". Errrmmm.....aku rase fikirannya dah lapang sekarang sebab tanggungjawabnya dah selesai. Semua anak-anaknya dah ada tanggungjawab sendiri pada keluarga masing-masing.

Maklumlah tinggal ibu mertua aku sahaja, bapak mertua dah kembali kerahmatullah. Kesian dia..dialah ibu dan dialah bapa. Sekarang semuanya dah selesai...Alhamdulillah. Aku dan suami pun bersyukur akhirnya adik bongsu kami dah kahwin dan dah ada orang yang boleh jaganya. Semoga suaminya dapat membimbingnya ke jalan yang benar, lurus dan kesyurga hendaknya. Amin..
silalah comment post ini...

Wednesday, February 29, 2012

Naik 4.6 Kg

Naik lagi!!!!!......dalam tempoh sebulan je berat badan ku telah naik 4.6 kg daripada 49.9kg kepada 54.5kg aptb (apa pun tak boleh). Oleh kerana berat naik, 4 hari berturut turut aku kena pergi klinik buat check up.

Kebelakangan nie selera makan aku memang kuat. Asik rase lapar je...ada je benda yang nak dimakannya. Setiap kali check mesti naik. Hari nie je berat aku dah 54.9kg. Ya Allah aku mohon kepadaMU Ya Allah dengan naiknya berat badanku ini adalah kerana kebesaran babyku dan jauhilah aku dan baby daripada terkena penyakit. Berikanlah kesihatan yang baik kepada kami berdua.

silalah comment post ini...