Thursday, February 2, 2012

Wajah Berseri..

Terima kasih,terima kasih....

Kamsia, kamsia..

Toceh, toceh..

Arigato Ngozaimas...

Kepada orang yang memuji wajah saya berseri seri bila mengandung. Kembang sekejap ***@@@@###  hehehe... Saya tak sedar pun, yang saya pasti saya suka bersolek. Lagi pun saya baca buku, walau pun kita mengandung, keterampilan juga perlu dijaga. Haaa....inilah yang membuatkan saya cuba menghiaskan diri walaupun perut saya semakin hari semakin membuncit...hahahaha....

Ada juga yang mengatakan kalau suka bersolek dapat anak lelaki, ia berlawan. Tapi tak tahulah kn...betul ke tidak. Allah lebih mengetahuinya. Saya dan suami tak kisah pun, kitaorang terima perempuan atau lelaki. Asalkan baby dan saya selamat serta sempurna sifatnya.

Lepas bersalin lagi banyak kena  jaga, bukan sahaja wajah tapi badan lebih penting. Haa...lepas bersalin kenalah makan kallogen untuk dalaman dan luaran. Banyak betul perempuan kena jaga kn!. Errmmm....demi keluarga akan saya lakukan. I Love My Family!!!

silalah comment post ini...

LAPAR!!!!

Laparnyeee......perut nie!!!!! bilalah orang mesyuarat nak habis makan. Nak makan kat belakang malu dan tak leh nak soseh soseh....so, terpaksalah kena tunggu diaorang habis makan.

Yang membuatkan malu sebenarnya yang masuk mesyuarat tue boleh dikatakan semuanya big bos. Buatnya diaorang ke belakang nak basuh tangan ke apa ke dah nampak muka aku n the geng makan. Aku pergi kerja bawa bekal kn so, malulah orang tengok bekal aku yang sedap tue...hehehe....

Sekarang aku dah tak dengar lagi suara diaorang kat meja makan, macam tahu tahu je aku tengah tulis kat entry aku nie. Bagus bagus!!! dah sampai giliran aku n the geng pulak makan. perut kami nie dah macam macam irama ada.

JOM MAKAN KAK EMAL!!!


silalah comment post ini...

Tuesday, January 31, 2012

Berat Badan dah BERTAMBAH!!!!!

Semalam aku ada temujanji check kandungan macam biasa...Alhamdulillah semuanya ok. Terutamanya BSP aku dah naik semula daripada 10.8 kepada 11.8. Memang bimbang kalau bacaan BSP aku turun sebabnya ia boleh menyebabkan tumpah darah semasa bersalin nanti. Lagi satu berita yang dijangka ialah berat badan aku DAH NAIK daripada 47.5kg kepada 49.9kg. Semuanya dah rasa kembang dan berat.

Errmmmm......aku rasa aku kena target berat badan aku naik setakat 54kg je. Kalau terlebih bahaya, susah aku nak turunkan berat badan nanti..

silalah comment post ini...

Monday, January 30, 2012

Sambal Belangkas

Ermmm......yum..yum....sedapnya belangkas masak sambal. Lauk nie adalah salah satu kesukaan suami aku. Kalau makan lauk nie mesti sampai bertambah nasi. Aku pun baru je belajar masak lauk nie. Bukan baru belajar tapi, baru first time masak lauk kesukaan suami. Selalunya emak mertua aku yang masak. Air tangan emak nie lebih sedap. Lagi pun aku tak berapa pandailah siang belangkas nie. Aku akan belajar macam mana nak siang belangkas sebab biladah duduk sendiri bolehlah masak sendiri. Hehehe....tapi entah bilalah agaknya...


Gambar Hiasan

Alhamulillah hari demi hari, sedikit sebanyak aku dah pandai memasak. Cuma rasanye je lah tak sesedap macam emak masak. Biasalah isteri baru nak belajar memasak. Terpaksalah terima hakikat. hehehe.....Tapi suami aku bertambah jugak kalau makan masakan aku. Tak tahulah kerana sedap atau lapar. hahahaha...selalunya makan memang time makan dan perut lapar.

Jangan risau ye en. suami, saya akan belajar lagi masak masakan yang lain pula.

silalah comment post ini...

Sunday, January 22, 2012

BR1M

Alhamdulillah BR1M telah mula diagihkan kepada yang layak menerima. TAHNIAH! kepada sapa yang dapat BR1M. Semoga orang yang dapat tue memang benar-benar layak dapat. Tetapi BR1M nie diberi berperingkat-peringkat. So,bagi sapa yang belum menerima surat harap bersabar ye. Kalau aku tak silap jugak sapa yang tak dapat boleh buat rayuan. So, sapa yang nak buat rayuan tue pastikan dapat pengesahan dulu ye.

Semoga dengan bantuan ini dapat mengurangkan beban rakyat yang berpendapatan rendah. Gunalah wang tersebut dengan tujuan yang betul. Peluang hanya sekali, ambil dan gunalah dengan sebaik mungkin.

Terima kasih kepada KERAJAAN kerana memahami rakyat.


silalah comment post ini...