Tuesday, January 31, 2012

Berat Badan dah BERTAMBAH!!!!!

Semalam aku ada temujanji check kandungan macam biasa...Alhamdulillah semuanya ok. Terutamanya BSP aku dah naik semula daripada 10.8 kepada 11.8. Memang bimbang kalau bacaan BSP aku turun sebabnya ia boleh menyebabkan tumpah darah semasa bersalin nanti. Lagi satu berita yang dijangka ialah berat badan aku DAH NAIK daripada 47.5kg kepada 49.9kg. Semuanya dah rasa kembang dan berat.

Errmmmm......aku rasa aku kena target berat badan aku naik setakat 54kg je. Kalau terlebih bahaya, susah aku nak turunkan berat badan nanti..

silalah comment post ini...

Monday, January 30, 2012

Sambal Belangkas

Ermmm......yum..yum....sedapnya belangkas masak sambal. Lauk nie adalah salah satu kesukaan suami aku. Kalau makan lauk nie mesti sampai bertambah nasi. Aku pun baru je belajar masak lauk nie. Bukan baru belajar tapi, baru first time masak lauk kesukaan suami. Selalunya emak mertua aku yang masak. Air tangan emak nie lebih sedap. Lagi pun aku tak berapa pandailah siang belangkas nie. Aku akan belajar macam mana nak siang belangkas sebab biladah duduk sendiri bolehlah masak sendiri. Hehehe....tapi entah bilalah agaknya...


Gambar Hiasan

Alhamulillah hari demi hari, sedikit sebanyak aku dah pandai memasak. Cuma rasanye je lah tak sesedap macam emak masak. Biasalah isteri baru nak belajar memasak. Terpaksalah terima hakikat. hehehe.....Tapi suami aku bertambah jugak kalau makan masakan aku. Tak tahulah kerana sedap atau lapar. hahahaha...selalunya makan memang time makan dan perut lapar.

Jangan risau ye en. suami, saya akan belajar lagi masak masakan yang lain pula.

silalah comment post ini...

Sunday, January 22, 2012

BR1M

Alhamdulillah BR1M telah mula diagihkan kepada yang layak menerima. TAHNIAH! kepada sapa yang dapat BR1M. Semoga orang yang dapat tue memang benar-benar layak dapat. Tetapi BR1M nie diberi berperingkat-peringkat. So,bagi sapa yang belum menerima surat harap bersabar ye. Kalau aku tak silap jugak sapa yang tak dapat boleh buat rayuan. So, sapa yang nak buat rayuan tue pastikan dapat pengesahan dulu ye.

Semoga dengan bantuan ini dapat mengurangkan beban rakyat yang berpendapatan rendah. Gunalah wang tersebut dengan tujuan yang betul. Peluang hanya sekali, ambil dan gunalah dengan sebaik mungkin.

Terima kasih kepada KERAJAAN kerana memahami rakyat.


silalah comment post ini...

Thursday, January 19, 2012

sELAMAT TaHuN BaRu CiNa

Gong Xi Fa Chai!!!!!!!


Selamat menyambut tahun baru cina bagi yang menyambut. Semoga cuti kali ini memberi kenangan yang terindah buat anda dan hidup anda bahagia. Diingat juga, janganlah terlalu suka nanti berduka pula. Berhati-hati lah dijalan raya dan dimana jua anda berada serta jagalah keselamatan barang berharga anda jika keluar dari rumah.


Selamat menghabiskan masa bersama keluarga tercinta. Walau pun sekadar 4 hari sahaja bercuti tetapi memberi makna buat keluarga anda yang memang sedang menunggu kepulangan anda terutamanya bagi yang kerja jauh dari keluarga hanya sesekali sahaja dapat bersama keluarga. Gunalah masa cuti ini dengan sepenuhnya dan curahkanlah kasih anda kepada keluarga anda. Ini adalah kerana anda amat bermakna dan segala-galanya pada mereka.

"INGATLAH ORANG TERSAYANG"
"GONG XI FA CHAI"


silalah comment post ini...

Serbasalah...

Perasaan serbasalah dalam diri nie masih terasa lagi walau pun perkara itu sudah berlalu. Adakah aku nie zalim? ermmm.....entah lah...aku rasa aku tak sezalim macam firaun. Aku dah offer tapi ditolak atas sebab yang munasabah dan boleh diterima akal juga. Walau bagaimanapun, perasaan serbasalah aku nie masih aku terasa dan kadang-kadang merasa seperti berdosa pula.

Ia bukan kesilapan aku atau sesiapa jua, ia adalah keadaan yang menjadi puncanya aku merasa sedemikian. Aaahhhh!!!!!!! biarlah ia berlalu begitu sahaja. Sekarang pun keadaan sudah seperti biasa, nak buat apa lagi memikirkan sangat tentang perasaan yang bermain-main di dalam diri, nanti memakan diri susah pulak aku.

Lagi pun sudah diputuskan bagaimana hendak memulihkan keadaan serbasalah. So, ikut sahaja apa yang telah dirancangkan.

silalah comment post ini...