Wednesday, December 21, 2011

Johor Premium Outlets

Selama 2 hari aku telah diberi tugas untuk cek aset. Nasib baik kondisi badan aku baik minggu ini cuma. Segala tugas dapat disiapkan. Sebelum ini aku tak pernah pun dilantik sebagai ahli cek aset. Tiba-tiba selepas seminggu aku MC, ada memo atas meja aku. Ini adalah kali pertama aku dilantik sebagai ahli cek aset nie....

Mula-mula dapat kertas daftar aset, kepala pening jugak sebab tak tahu macam mana nak cek aset, tapi kami buat secara berkumpulan dan diantara ahli kumpulan ada orang lama so, akhirnya aku pun dapatlah cek aset dengan jayanya...


Kami pergi dari jam 8pg hingga 6.30 petang. Lokasinya bukan di ibu pejabat tapi pejabat cawangan. Walau pun badan rasa letih tapi kerja dapat disiapkan, lega rasenya... Selama 2 hari berturut-turut kami cek aset di pejabat cawangan yang berlainan.

Semasa hari ke-2, selepas selesai cek aset. Kami semua telah mendapat kata sepakat untuk pergi ke tempat yang orang dok asyik kata-kata je...dalam FB pun ada. tue yang rasanya macam teringin jugak nak g tengok. Dengar macam best je tempatnya.




Bila kami sampai je di tempat yang orang dok kata tue (Johor Premium outlets (JPO)) memang tak dapat dinafikan memang cantik rasa macam di l0nd0n gitue...barang-barangnya semua brand2ed. Orang yang kaya raya je mampu membeli barang kat situ. Tapi orang macam aku nie ada jugak barang yang mampu dibeli tapi tak lah berselirat beg di tangan semasa pulang...hehehehe...




Datang untuk cuci mata dan merasai suasana seperti di luar negara, datang lah di JPO. Jangan risau ada juga baju berharga RM30 dan berjenama..sesiapa yang pergi tue jalan lah puas-puas. Masuk je semua kedai, tak beli pun takpe tuan kedai tak marah pun...lain lah kalau ada penjaga pintu dan bertanya adakah anda mampu untuk membelinya, kalau tak anda tak dibenarkan  masuk! ada pernah berlaku ke? takde kn....





So, jangan lepas peluang. Selamat bershopping ye kengkawan....

silalah comment post ini...

Tuesday, December 13, 2011

Birthday 2011

Tahun 2011 nie kalau tak silap 4 happy birthday disambut antaranya happy birthday nurul anak sedara suami, happy birthday suami dan alia, happy birthday aku dan happy birthday najihah anak sepupu suami.

Biasalah kn setiap kali menyambut HB nie, budak-budak lah yang paling suka dan meriahkan suasana. Budak-budak kan suka makan kek..Jom tengok kek masing-masing....


Happy Birthday Nurul

Happy birthday Suami & Alia

Happy Birthday aku

Happy Birthday Najihah
Budak yang paling suka makan kek adalah budak nie..

Cuba teka antara 3 orang nie yang mana satu budaknya????hehehe...

Macam-macam kek kn..semuanya sedap..kesemuanya aku makan. Aku nie sebenarnya kurang suka makan kek sebabnya aku tak suka krimnya, cukup memuakkan...tapi kek-kek nie krimnya jenis macam ice-cream kurang memuakkan...

Budak semakin membesar tapi aku dan suami semakin.......dewasa...hahaha...kami belum peringkat tua lagi tau! masih di peringkat muda lagi...hehehe..

silalah comment post ini...

Masuk hospital lah pulak...

Seumur hidup nie aku rasa aku masuk hospital masa aku dilahirkan. Selama hampir usiaku 26 tahun aku kena masuk hospital pulak sebab saspek denggi...pada masa yang sama jugak aku tengah mengandung, tue yang bimbang takut ada effect pada baby aku. Tapi alhamdulillah tiada perakra buruk yang berlaku antara aku dan baby...terima kasih Allah kerana selamatkan nyawa aku dan baby aku.

3 hari 2 malam jugak masuk wad. Bukan sahaja masuk hospital, tidur dalam kelambu lagi uuu...memang best tidur dalam kelambu. MC siap pasang ubat nyamuk karen lagi untuk aku tau!!!. Cuma yang bestnya setiap kali aku nak gerak aku kena bawa botol air sekali. Kalau tak silap aku 6 botol, air masuk dalam badan aku nie. Banyak air masuk banyak jugak airnya keluar...hehehe...tapi bagus tau benda tue memulihkan dalaman aku. So aku buanglah air kotor. Tapi penat lah sekejap-sekejap pegi bilik air.

Masa masuk wad jugak lah secara tak langsung aku dapat scan perut aku dan aku dapat gambarnya. Kandunganku masih kecil lagi..tapi aku nampaklah denyutan jantung baby aku tue DR. tunjukkan. Masa aku boleh check out dri hospital sempat lagi aku mintak dengan MC tue gamabr scan. So, adalah kenangannya kn..



Masa nie kandunganku dalam 12 minggu. Aku harap dan berdoa agar aku dan babyku sentiasa dalam keadaan yang sihat, normal dan sempurna sehingga babyku dilahirkan dan juga akan menjadi anak yang soleh solehah hendakNya amin......

Firstime melihat kandungan sendiri...macam tak sabar pulak nak tunggu baby ku membesar dan keluar dengan keadaan yang comel dan sempurna...hehehe...Perasaan nie datang dengan sendirinya...ialah kn dah nak jadi mama...dulu masa bujang takde rase apa-apa pun. Kuasa Tuhan...secara automatik hati dan naluri seorang ibu itu akan dengan sendirinya tersemat pada diri. Ok lah nie je kisah aku masuk hospital..harap-harap lepas nie aku masuk hospital sebab nak bersalin je dan semuanya selamat...

silalah comment post ini...

Friday, November 18, 2011

Happy birthday ibu mertuaku

Hari ini adalah hari lahir ibu mertuaku yang keberapa erk?..tak pasti lah pulak...hehehe...takpe lh yang keberapa yang penting semoga Allah panjangkan umurnya, diberi kesihatan yang baik dan dilimpahi rezeki yang melimpah ruah..

Baru je sekejap tadi aku telefon dia untuk wish hapy beday...dia pun boleh kata "hapy beday je?' hahaha....paham2 je lah ye wahai menantu...so, aku pun cakap buat masa nie 'hanya itu sahaja yang mampu' hehehehe.... InsyaAllah jika Allah beri rezeki lebih memang niat ku dan suami nak ajak ibu ku dan ibu mertua makan di bujang boat tapi masih belum kesampaian lagi sebab belum ada masa yang sesuai dengan keadaan kami yang buzy  sekarang..takpe ye wahai ibu-ibu ku nanti kami akan bawa ye...

Intan juga mengharapkan emak mencurahkan kasih sayang kepada intan. Menganggap intan sebagai anak sendiri bukan sahaja sekadar anak menantu. Intan juga berharap intan menjadi anak dan menantu yang solehah dunia dan akhirat..aminn...


silalah comment post ini...

Wednesday, November 16, 2011

Minum Air Gula

Hari ini aku ada temujanji di klinik. Maklumlah dah nak jadi ibu lah katakan.....kena lalui liku-liku ini sehingga lh baby ku dilahirkan kelak. Hari ini aku kena ambek darah dan minum air gula. Sebelum ini kebanyakan orang dok kata, payah nak menghabiskan air gula. Ada juga sampai tak terletan rasenya dan ada juga lepas minum terus termuntah....Tapi, alhamdulillah aku BERJAYA menghabiskannya dengan hanya sekali minum sahaja tapi....hanya dapat bertahan lebih kurang 1 jam lebih, lepas tue dah tak leh tahan dah, terus pergi bilik air muntah. Sampai muntah kuning dibuatnya. Ya Allah hanya Allah sahaja yang tahu tekak dan perut masa menunggu 2 jam tue.

Bagi ibu-ibu yang pernah mengandung mesti tahu kn lepas minum air gula kena tunggu 2 jam lepas tue kena ambek darah lagi sekali. Dah lah dalam tempoh 2 jam tak leh minum air apa-apa, lepas ambek darah baru boleh minum air...Nasib baik misi tak tanya, ada muntah tak? aku takut jugak kena minum air gula lagi sekali..

Harap-harap hanya sekali ini je kena minum air gula. Tak tahan perut sebabnya kena puasa dri jam 10.00 malam hinggalah pagi esoknya untuk minum air gula. Lemah-lesu badan dibuatnya...Demi untuk mendapatkan zuriat dan kesihatan baby ku, aku kenalah gagahkan diri ini.

Nampak orang lain mengandung macam senang dan syok je....tapi alahan-alahannya yang tak tahan...tak pe demi anak mama seorang nie, mama akan kuatkan semangat ye...anak mama bila keluarkan nanti jadi anak yang soleh/solehah ye....

silalah comment post ini...