Tuesday, September 20, 2011

Perbarisan Peringkat Pengerang

Pada 16 Sept. 2011 pula aku terlibat dengan Perbarisan peringkat Pengerang. Haa....peringkat ini pula team aku merangkul 2 kemenangan dengan menjuarai kedua-dua kategori iaitu kategori kawat dan baju cantik. Walaupun, peringkat Negeri kami tidak menang baju tercantik tapi peringkat Pengerang kami merangkul tempat pertama. WOW! macam tak percaya KEJORA konker tempat pertama kedua-duanya...

Dengan usaha gigih kami dan semangat dari perbarisan Peringkat Negeri Johor telah berhasil dengan berbaloi....Manakala Peringkat Daerah Kota Tinggi diwakili oleh pihak Bandar Tenggara, mereka juga mendapat tempat kedua dalam kawat kaki. Wah!!!...tahun ini memang bertuah untuk KEJORA. Ketiga-tiga peringkat nama KEJORA naik.

Moga-moga pihak pengurusan atasan menghargai usaha kami ini....walau pun nampak senang dan mudah tetapi belum tentu jika tanpa kerjasama dan komitmen boleh menang...so, tahniah kepada kawan-kawan aku semua tanpa korang kita tak akan menang.....TAHNIAH!TAHNIAH!..

Tahun hadapan jika aku tak tersenarai, usaha lah bersungguh-sungguh macam kami dan kekalkan kejuaraan ini berturut-turut...





silalah comment post ini...

Perbarisan Peringkat Negeri Johor

Pada 10 Sept. 2011 terlibat dengan Perbarisan Peringkat Negeri Johor wakil Daerah Kota Tinggi. KEJORA mendapat tempat perbarisan no.3. Alhamdulillah berbaloi dengan hanya seminggu sahaja berlatih..

Kitaorang pun tak sangka boleh menang perbarisan. Tapi tahun nie kitaorang tak menang baju tercantik sebab dah menang kategori perbarisan...Alhamdulillah, usaha kami berhasil. TQ Allah.

Tahun nie perbarisan sambil mandi hujan. Hujan lebat giler...nasib baik baju kitaorang warna biru kalau pulih perghhhh! seksi.....nasib baik tak demam cuma sakit-skit badan je.. Jom kita skodeng gambar di bawah......










silalah comment post ini...

Kerana Mulut Manusia................

Ermmm.......lama sesangat aku tak update blog aku nie..Hi! kawan-kawan...kita berborak balik setelah sekian 2 minggu agaknye aku tak meluahkan perasaan dalam blog. maaf lh ye, sebab kebelakangan ini aku bezy dengan aktiviti luar. Esok sampai hujung minggu ini aku ada aktiviti luar lagi...so, hari ini je lh aku ada peluang celoteh..

Kalau baca tajuk entry aku nie....korang mesti terfikirkn yang aku sekarang mesti tengah hot....macam ayam di panggang. Memang betul pun. Hati aku sakittttt....sangat dengan manusia yang mulutnya sukaaaa.......sangat memutarbelitkan cerita, menambah cerita, dia kata tapi dia kata org lain yang kata.....apa punya manusia lah berperangai macam tue. Kerana mulut dia lah membuatkan hubungan keluarga jadi bermasam muka.

Kalau ikutkan nafsu amarah dah lama budak tue kena penampar dengan aku. Nasib baik aku nie masih boleh kontrol lagi...Lepas apa yang terjadi, dia sampaikan aku benci. Tengok muka pun menyampah dan geram dibuatnya..

Nak kn hati tenang kena maafkan orang. Maaf memang boleh tapi, luka masih berdarah di hati dan parut tetap kekal sampai bila-bila. Kalau korang lah...boleh terima ke orang memfitnah korang dgn menyatakan "perkara dot..dot...dot...korang yang cakap tapi sebenarnya korang tak tahu pun dot..dot...dot... tue?". Bila terserempak buat muka pulak....ish!!! kang..kang..sia-sia je tangan lembut aku nie hinggap di pipi dia...

Pada aku, orang baik dengan aku, aku baik dengan orang....dan bila sekali orang buat aku macam nie memang sampai bila-bila lah aku ingat...baik, memang baik dan kawan memang kawan tapi kepercayaan dah zerom lh. Harap muka je cantik tapi perangai macam apa...memang aku tak sangka dia tue jenis macam tue. memang tak sangka giler lh...nampai baik je...sopan je....betul lh kata orang jangan nilai dri luaran tapi dalaman... biar muka tak cantik tapi hati bersih...

Yang lagi seorang tue biarlah klau dia rasa orang tue betul, betul lh. Aku malas nak bertekak. Tak bermakna aku diam je...aku kalah, dah besar pandai lh nilai sendiri... lu fikir lh sendiri...tapi ingat lepas nie jangan cari aku lagi cari orang yang ko percaya!



silalah comment post ini...

Wednesday, September 7, 2011

Lepas Raya..

Seminggu berlalu sudah aku menyambut Hari Raya tanpa ada gangguan dengan kerja...lapang fikiran sekejap. Tapi gangguan perut pulak yang menghantui diri. Dah puas makan umah sana sini, tak boleh berjauhan pulak dengan bilik kecil. Tapi nasib aku baik sikit daripada ahli keluarga aku yang lain. Sampai bergilir-gilir masuk. yelah perut tue terkejut dah sebulan berpuasa...lepas tue makan tak ingat dunia pulak...ambek kau!..

Tahun nie walau pun family suami aku beraya tanpa ayah tapi alhamdulillah kami sambut dengan penuh ceria dan bahagia. masing-masing memendam perasaan sedih. Orang yang dah tiada, tetap tiada dan tidak kembali lagi tapi yang hidup kenelah teruskan kehidupan. Sedekah Al-Fathihah tak pernah tinggal untuk mereka yang telah kembali.

Tahun nie jugak kehidupan aku berbeza tak sama seperti tahun-tahun lepas. Walaupun tak dapat bersama di pagi hari raya pertama bersama keluarga aku tapi raya kedua satu family suami aku pergi rumah mak aku. Beginilah bila sudah berumahtangga, knelah berbincang dan dapatkan kata sepakat serta adil...Aku berharap tahun depan aku dapat menyambut bersama ibu ku pula...

Msa mula-mula naik keje mood sebelum raya masih terasa iaitu malas. Dah cuti seminggu lah katakan...lepas tue kne buat kje pulak....ermmm.....lemah satu badan. Naik cuti raya jugak nama aku tersenarai dalam aktiviti luar. Haa....memang tak lekat lah di office..see u minggu depan lh...

silalah comment post ini...

Monday, August 22, 2011

Tragedi Pulang dari Kota Tinggi

Hari Sabtu malam yg lepas aku bawa mak aku pergi ke klinik Poliklinik Kota Tinggi, mak aku kurang sihat muntah-muntah dan cirit-birit. Doktor kata mak aku slah makan. tapi yang aku nak citekn bukan pasal mak aku, pasal perjalanan pulang kami dari Kota Tinggi.

Sebelum pergi memang dah jem sebab ada berlaku kemalangan lori kelapa sawit terbabas di jambatan di Pasak. Bajet bila dah balik kes tue dah selesai tapi, andaian silap. Semakin jem ada lah, sampai tak gerak langsung. Kami tunggu lebih kurang dalam 1 jam setengah. Sampaikan driver-driver keluar hisap rokok sambil berbual-bual sementara pihak bertanggungjawab menyetlekan kejadian tersebut.

Alhamdulillah takde berlaku kemalangan jiwa kalau tak silap aku. Driver cuma cedera sahaja. Buah kelapa sawit bertaburan di tepi jalan raya dan mungkin ada jatuh dalam sungai. Kejadian tue berlaku katanya di pasak tue ada buat kerja-kerja jalan raya, kontrak tue tanda dekat sangat projek yg dibuat. Oleh kerana tak sempat nak elak dan daripada dia rempuh kereta-kereta di hadapan, dia buat keputusan dia rempuh paip air SAJ. Nasib menyebelahinya dia tersangkut dan tak jatuh ke sungai.

Dah tak dapat tengok cite cerakarama. Cite cerakama jalan raya jelh..So, para pemandu di luar sana termasuk lah aku jugak, memandu lah hati-hati, ingat orang tersayang...



silalah comment post ini...