Thursday, August 11, 2011

Tayar Bas Meletup

Hari nie pagi-pagi aku pergi hantar ibuku ke klinik Bandar Mas untuk rawatan dengan doktor pakar. Kebiasaannya rawatan dengan doktor pakar nie memang memakan amsa yang lama, pulak tue kat klinik Bnadar Masorang ramai. Setakat jam sekarang nie ibuku masih belum telefon aku lagi, ini menunjukkan ibuku masih belum balik lagi. Kadang-kadang aku kesian tengok orang tua-tua seperti ibuku tue dah lah tua kne tunggu berjam-jam.

Dah cite bab klinik pulak lari dari tajuk entry aku daaa......ok berbalik pada tajuk entry aku, masa aku dalam perjalanan pulang dari hanatr ibuku tue aku ada nampak bas sekolah berhenti di tepi bahu jalan dan aku nampak tayar sebelah pemandu dah pecah macam bentuk bunga tayarnya. Aku pun meneruskan perjalanan aku dan tidak jauh jugak jarak dengan bas tadi tiba-tiba aku ternampak benda hitam di tengah-tengah jalan raya rupa-rupanya baki tayar bas sekolah tadi. Dalam hati aku berkata syukur alhamdulillah kejadian itu berlaku tiada kenderaan lain yang hampir dengan bas tersebut dan tiada terlibat. Lepas sahaja aku lepas dari kejadian itu aku pun terus telefon suamiku untuk memaklumkan kejadian terbabit agar dia berhati-hati memandu. Siapa tak sayang suami oiii....ai.

Nasib baik lagi bas tersebut tidak terbalik dan aku rasa tiada budak sekolah dalam bas tue. kalau tak aku tak tahu lah apa akan terjadi.....tragedi yang mengerikan. So, kawan-kawan dan juga diriku beringat jika tayar kenderaan kita sudah haus atau botak cepat-cepat lah tukar demi nyawa kita sendiri dan juga penumpang. 
Ingat lah orang tersayang......


silalah comment post ini...

Wednesday, August 10, 2011

Aktiviti di Bulan Puasa

Tahun ini bulan puasa, aktiviti aku adalah menjahit baju. Kalau aku tak jahit tak siap dengan sempurna lah baju tue...hehehe....macam besar sangat peranan aku nie yerk!. Tugas yang telah diamanahkan kepada aku adalah menyiapkan jahit mata lalat. Kaum perempuan mesti tau apa itu mata lalat...mata lalat adalah yang terdapat di leher baju perempuan seperti gambar di bawah, jom saksikan.....







Gambar-gambar di atas ini lah jahitan mata lalat yang aku maksudkan. bagi yang berminat menjahit boleh melayari http://senijahitan.com/  di dlm web tue ada cara-cara membuatnya kalau aku tak silap lah, nak keterangan lanjut korang search lh sendiri ye.

Lebih kurang 10 helai setakat hari ini. 1 hari hanya aku dapat siapkan 1 baju je sebab siang aku kerja, malam je yang aku ada masa nak jahit. Aku start diberi amanah nie bermula pada 6 Ogos 2011 yang lepas oleh ibu mertuaku. Sedikit sebanyak dapat jugak aku membantu ibuku tue...Kesian jugak aku tengok ibu mertuaku bersengkang mata nak siapkan baju orang. Alhamdulillah...duit hasil menjahit lah dapat menyara kehidupan seharian sekeluarga. TQ Allah.

So, kawan-kawan di luar sana boleh lah mencuba hobi yang baru. Bukan sekadar untuk mengisi masa yang lapang bahkan boleh dijadikan bussiness. Ahli keluarga pun dapat pakai baju hasil tangan kita sendiri, dah jimat..Selamat mencuba!..


silalah comment post ini...

Ye ye dapat BONUS!

Tiap-tiap hari tengok berita menunggu jika PM ada memaklumkan bayaran BONUS untuk kakitangan kerajaan. Bermulanya semangat tengok berita nie selepas dengar berita di radio Sinar FM yang mengatakan CUEPACS meminta BONUS 2 bulan gaji. Kalau tak silap aku 8 Ogos 2011 PM mengumumkan bayaran BONUS dan bayaran khas untuk kakitangan awam. Perghhhhhhh! lega rasanya bila dengar berita itu. Tq lh PM kerana memahami kehendak rakyat.

Alhamdulillah....dengan duit bonus nie dapat lah aku bagi ibu-ibu ku dan anak-anak sedaraku duit raya serta belanjan raya. Kalau nak harapkan gaji je menang tak cukup. Pulak tue bulan nie aku baru je bayar ins. dan rtx kereta aku hampir RM1000.00. Kalau tak bayar nanti tak dapat berjalan pulak. Syukur kepada Allah S.W.T.

Geng-geng aku kat opis nie apa lagi kemain suka ria seperti kanak-kanak riang. Lagu raya pun dah dikumandangkan. Wajah ceria terpancar di raut wajah masing-masing. Bagus lah tak lah raya nanti jadi hari yang mendukacitakan betul tak?...kalau boleh orang nak hapy-hapy...baru lah terasa nikmatnya hari raya tue..

Apa-apa pun kawan-kawan di luar sana dan juga untuk diri ku berbelanja lah bijak dengan wang yang ada dan jangan boros tak ingat dunia ye....

silalah comment post ini...

Friday, August 5, 2011

Puasa kelima

Hari ini badan aku lemah sangat tak bermaya. Nak balik petang nie pun macam tak larat nak bawa kereta. Ngadu lah dgn abg cayang... manja...:):):) hehehe...

Badan aku nie aku dah rasa drp semalam lagi, tapi hari nie terasa sangat-sangat...letihnya. Pagi tadi mengaji pun sampai aku terlelap. Ish! teruk betul aku nie. Nak kata tak cukup tidur, cukup. Tak kn lah kerana aku menjahit aku jadi lemah macam nie...mustahil..mustahil...

Lepas balik kje hari nie nak pergi klinik Poliklinik dan MB lah. Hihihi....sempat lagi nak menyinggah MB yerk! nak beli bubur ayam lah....tekak nie terasa nak makan bubur ayam pulak. Nasib baik esok dah cuti. Program petang nie nak basuh kereta pun jadi, badan tak larat. Kereta aku tue dah bercorak cantik, dah berapa minggu tak basuh.

Petang nie pun aku tak tahu lah kalau nasib aku baik mak mertua aku dah masak tapi kalau kurang baik aku kne jugak lah kuatkan diri untuk masak berbuka puasa. Lebih kurang 20 minit lagi nak balik. Dah tak sabar rasenya nak baringggg.....Ya Allah engkau selamatkan lah perjalanan pulangku hari ini dengan selamat..amin..

silalah comment post ini...

Thursday, August 4, 2011

Salam Akhir

Malam tadi aku tengok cite 'Salam Akhir' dimana jalan citenya aku pendekkan sebelum heronya berkahwin dia dapatkan restu orang tuanya terlebih dahulu untuk dapatkan keberkatan rumahtangga dan sebelum heronya mati pulak dia jumpa orang tuanya jugak untuk perjumpaan terakhir dan salam terakhir. Manakala ayahnya selama ini menyalahkan dirinya akhirnya terlambat untuk meminta maaf dengan anaknya dan akhirnya kehilangan kedua-dua anaknya.

Haaa...korang rasa kita ada tak peluang salam akhir tue? harap ada lh ye...biarlah mati dalam iman dan penuh dengan amal kebaikan.. Dan bab kahwin pula memang betul, bila nakkan keberkatan dalam rumahtangga pastikan mendapat restu orang tua. Lagi kata-kata seorang ibu, kata-katanya adalah doa. Doa seorang ibu nie Allah akan makbulkan. So, wahai ibu-ibu di luar sana pastikan kata-kata yang nak dikatakan pastikan ianya baik untuk anak-anak bukan sebaliknya. Semoga di zaman sekarang yang moden ini dilahirkan seorang anak yang soleh dan solehah bukan seorang anak yang dajal. Bila lahirnya anak dajal di dunia ini maka, dunia ini akan hancur begitu juga dengan islam.

silalah comment post ini...