Tuesday, June 28, 2011

PILIH

Errrmmmmm.......pening, pening....omg!..omg!...

Pengaruh Maharaja lawak....hehehe....PILIH? apa yag pilih?...ermm...aku pun tak tahu knp aku nak letak tajuk entry aku PILIH??? aku rasa macam kene, macam menarik apa yang aku nak cecitekn.

PILIH,

   P-Pikir
   I - Ikut
            L - Lu punya
I - Isi
        H - Hati lh

Amacam kne tak? korang ada terfikir tak sebelum nie???? sebenarnya semasa aku menaip nie lh aku baru terfikirkan apa itu PILIH. Masyaallah kuasa Tuhan...

Bila fikir-fikirkan memang betul lh kne ikut rasa hati kalau ikut nafsu semuanya nak dan boleh jadi binasa. Tapi ada juga yang mengatakan ikut hati nanti mati. Haaaa....maknanya bukan sahaja ikut hati tapi kne jugak guna akal fikiran yang Allah beri baru lh tak mati...hehehe...

PILIH?, banyak benda dan perkara di dunia nie yang kita kne pilih sama ada memang kita pilih, terpilih, dipilih atau terpaksa pilih. Semuanya PILIH. Bahkan untuk kehidupan pun kne pilih, nak jalan lurus atau bengkang-bengkok atau sesat.

Kita sebagai manusia nie memang tak lari kene buat pilihan kn! kn!..kalau tak pilih nak buat apa? ada benda lain atau cara lain selain kene pilih? ada tak? kalau ada apa dia? penghujungnya tetap kene pilih jugak. Kadang-kdang kerana PILIH jugak boleh membuatkan kita sakit jiwa, sakit hati, sakit mata dan macam-macam sakit lh...kn!kn!kn!

Jom kita saksikan beberapa gambar PILIH di bawah:

nak buah yg mana eik?
Saiz ke kakinya?
Habis semua kasut dicuba dan suka....
tak tahu nak yang mana...
 
Pening nak baju yang mana satu...

Ada ke baju warna nie?
Yang mana satu aku nak nie?
Layak tak aku nie ngan kerja yang aku nak?
boleh jamin ke dapat?
Best tak krete nie? mahal tak?
 

<>
 
 
 
Kain mana yang cantik eik?


Haaaa......banyak lagi sebenarnya...tapi nie serba sedikit gambar yang boleh dijadikan gambaran...nanti nak masukkan semua banyak pulak, bosan pulak korang nak scroll ke bawah tak habis-habis betul tak?. So, PILIH memang penting dalam kehidupan kita. PILIH yang akan menentukan masa depan kita, kehidupan kita dan kehendak kita buat selama-lamanya...Pilih yang terbaik untuk diri sendiri dan orang tersayang. Tapi kene ingat jugak jangan pentingkan diri sendiri... Ok! Selamat berpilih....





Monday, June 27, 2011

MAHARAJA LAWAK 2011

TAHNIAH SEPAH! kerana telah menjuarai Maharaja Lawak 2011. Aku memang dah agak sepah akan menang sebab show pertama dan kedua best. Korang memang giler-giler lh beb....




Aku rasa kumpulan sepah adalah kumpulan pelawak selepas senario. Lepas nie pasti Ahmad Idham akan jadikan sepah bintang filem macam senario..satu Malaysia gegar dibuatnya...Sekarang kumpulan senario ada persaingan so, kalau kumpulan senario tak bangkit pasti akan ditenggelami oleh kumpulan sepah. Biasalah kn tengah baru pasti lagi hangatttt....



Kalau kumpulan senario, sepah dan Jozan bergabung dalam satu filem...wah! lagi gempak agaknya.....pecah perut, terkencing-kencing penonton dibuatnya...

Tak kurang hebat jugak Jozan. Lawak Jozan pun memang best cuma pada malam final tue pada show pertama kurang lawak sikit. Maybe tue yang kurang dapat undian sms kot. Tak pe Jozan...lawak korang berdua pun memang best..Lagi pun Jozan dah terkenal sekarang.



Maharaja Lawak 2011 telah berakhir, adakah raja lawak selepas ini ada lagi???? sapa? tungguuuuu dan lihat.......Rakyat Malaysia memang serba boleh...Tapi jangan bila dah glamor nanti, dh senang...lupa diri pulak, masa tue lh mula pecah belah lh, nak buat haluan sendiri lh...Dunia Hiburan memang beginilh kebiasaannya akan terjadi...Apa-apa pun pelawak yang termahsyor dan sentiasa dikenang-kenang setiap zaman adlah Bujang Lapok yang kekal abadi buat selama-lamanya...

Tunai hasrat Ibu

SABTU, 25 Jun 2011 adalah tarikh aku menunaikan hasrat ibuku untuk lalu jalan Highway Desaru. Masa-masa baru buka bukannya aku taknak bawa dia tapi masa yang tidak mengizinkan. So, sabtu 25 Jun 2011 aku bawa mak aku pergi Masai rumah abang aku di Cahaya Masai tengok cucunya yang comel tue...Akhirnya dapat jugak aku menunaikan hasratnya.


 

 


Bukannya apa, aku takut hati seorang ibu terguris jika keinginannya diabaikan. Orang tua nie hatinya sensitif, mudah terasa dan cepat tersinggung. Kadang-kadang aku berfikir semula jika aku buat ibu begitu tidak mustahil nanti bila aku ada anak, anak aku pula yang akan buat aku. Sekarang nie Allah balas di dunia je...Walaupun ibuku bukan lagi di bawah tanggungjawab aku sepenuhnya tapi dia lh yang telah mengandungkan dan melahirkan aku di dunia. Aku sebagai anak perlu lh tahu tanggungjawab aku. Aku malas nak bising-bising tentang adik-beradik aku yang lain, masing-masing dah besar panjang, dah berumahtangga so, tahu tanggungjawab masing-masing terutamanya anak lelaki terhadap ibunya sendiri.

Suami aku adalah anak lelaki tunggal daripada 7 adik-beradiknya. So, aku kne faham tanggungjawab suamiku terhadap ibunya dan ibuku. Jika aku melukai hati ibu mertuaku maka berdosa besarlh aku...So, knelh beringat bila si perempuan telah berkahwin. Syurgamu di bawah tapak kaki suami bukan lagi di bawah kaki ibu. Tapi bukannya mudah kita menghadapinya di dunia ini, pelbagai dugaan dihadapi. Bila-bila lagi kita adalah anak yang selalu diharapkan. Kadang-kadang si suami dan si isteri nie tersepit dengan dua orang ibu. Kedua-dua ibu perlu dijaga hati dan perasaannya, hasrat kedua-duanya kalau boleh hendak ditunaikan. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahuinya..

Syukur alhamdulillah, Ahad 26 Jun 2011 kedua-dua ibu, aku dan suamiku bawa mereka ke Johor Bahru lalui Highway Desaru. Bukan sahaja dapat lalu jalan baru, bawa pergi NAGOYA lagi agar kedua-dua ibu tercapai keinginan mereka. Ibu-ibuku semoga kalian berasa puas dengan perjalanan kita semalam. Insyaallah dengan keizinanNya kita dapat keluar berjalan-jalan lagi bersama-sama..

Friday, June 24, 2011

Tudung

Sekarang dah tak heran pakai tudung macam amah pakai...tapi lebih cantiklh daripada tudung amah. Fasion dan style orang Malaysia lagi hebat. Masa mula-mula keluar tudung jenis macam amah pakai nie takde ramai pun yang berminat yelh kn kalau dh orang kata macam amah je.. Ha sekarang wow! macam-macam fasion terkini. Artis-artis pun pakai.

Dulu aku pun tak nak pakai tapi sekarang jadi pilihan sebab lebih ringkas, pantas, cantik dan smart. Aku rasa korang pun tahu kn tudung jenis apa yang aku maksudkan....korang pun dah pakai sekarang dan tudung jenis nie jadi pilihan korang. Betul Tak?. Sekarang lagi lh jenis selendang pulak. macam-macam jenis selendang dan macam-macam fasion dan style aku nampak orang pakai.

Aku pun apa lagi nak mencuba jugak. So, beli lh tudung dan selendang yang voks jugak. Nak jugak nampak cantik macam artis pakai tue. Benda yang baru dan bagus apa salahnya mencuba betul tak?. Nie pun salah satu pembaharuan untuk diri sendiri agar menajdi lebih berkeyakinan dengan penampilan yang baru. Suami pandang pun tak berkelip mata..hehehe...nak lepaskan isteri pergi kerja pun takut sebab isteri cantik sangat...hahaha..... Sapa kata wanita bertudung tidak menonjol dan boleh nampak voks daripada yang tidak bertudung?. Orang lelaki muslim lebih suka pandang wanita yang bertudung, ini kerana bertudung adalah salah satu sifat yang menunjukkan keperibadian seseorang....tapi jangan sangka jugak orang yang bertudung nie semuanya baik akhlaknya.. Bukan aku nak kutuk sama jenis aku tapi inilah hakikat yang sebenarnya terjadi masa sekarang. So, orang lelaki kene lh pandai memilih dan membuat kajian latar belakang seseorang wanita itu terlebih dahulu.


Ops! terlebih sudah...aku tak nak komen panjang-panjang pasai nie, ianya sensitif. So, kita berbalik semula pasai tudung tadi ye, tudung zaman sekarang macam-macam jenis. Ini bermakna Desingner di negara kita nie memang berbakat dan hebat. Kalau dulu tukang jahit hanya pandai buat tudung yang biasa-biasa je, sekarang, ditambah pula dengan labuci lh, tampal sana tampal sini akhirnya jadi tudung yang cantik dan disangka. Cukup kreatif desingner negara kita kn. Di sini ada beberapa jenis tudung aku nak kongsi ngan korang jom layannn...

 

 

 

 
 



 

 
 

 

 

 

  

Cuba-cuba tanya..

Pagi tadi aku pergi ke Poliklinik cuba-cuba nak periksa mana tau ada masalah ke tak de. Tapi mendukacitakan sebab Dr. tak dapat nak periksa. So, dia hanya bagi vitamin sahaja. Sebelum nie ada jugak kawan aku cakap cuba lh ko makan vitamin tue mana tau ada rezeki...haaa...itu lh aku pergi cek tadi dan aku mintak pil upha folic.

Mana tau kn aku makan pil vitamin nie usaha aku n suami berjaya dan aku dapat memberi kegembiraan dan kebahagiaan buat suami aku dan keluarga aku. Tapi aku tak xcited sangat, takut tak menjadi pulak. Aku hanya berserah kepada yang Esa..

Dr. pun cakap jugak aku masih baru lg...tapi bagi aku masih baru lh perlu periksa bila dah lama nanti bila cek ada masalah kn susah. Perasaan aku nie kesian ada, takut ada, macam-macam lh...yelh kn kemungkinan-kemungkinan yang tak pasti tue yang takut. Harap-harap semuanya ok. Aku dapat rasakn yang suami aku memang menunggu saat-saat aku mengandung walau pun dia tak berkata. Body languagenya telah menerangkan segala-galanya pada aku.

InsyaAllah ye Bee dengan keizinanNya kita akan dapat jugak anak. Sama-sama lh kita berdoa dan berusaha. Allah suka hambaNya nakkan sesuatu dengan berusaha bukannya hanya berserah dan tawakal sahaja. 

Nak test pragnent pun aku tak berani lagi. Aku kne tunggu sama ada aku period ke tidak bulan nie, kalau tak baru aku boleh cek...Ini lh dia luahan hati seorang isteri yang ingin memberi kegembiraan dan kebahagiaan buat suaminya tercinta dan cuba untuk dapatkan anak sebagai pengikat kasih sayang buat suami isteri. Nak luah kat mak dan mak mertua  malu...takut memberi harapan pada yang belum pasti. So jalan penyelesaian di Blog lah aku luahkn...semoga korang sudi menjadi pembaca yang setia dan teman...