Friday, May 27, 2011

Dah Ada???

Lumrah kehidupan bila dah berkahwin dan baru berkahwin pasti soalan pertama yang akan disoal adalah "Dah ada?", bila dah ada kne soal lagi "Bila nak tambah?". memang beginilah soalan-soalan yang selalu akan dituju kepada pasangan yang baru berkahwin. Memang tak leh nak dielak...Bagi pasangan yang memang merancang mungkin tidak ada merasa sangat tapi bagi pasangan yang memang berharap dan menunggu tapi tak tahu bila pasti akan merasa sayu bila orang bertanya. Soalan yang sensitif padanya.

Aku adalah salah seorang dalam senarai menunggu. Pada mula-mula tue ada lh jugak rasa badan nie tak sedap. tanda-tanda tue ada lah sikit-sikit macam orang kata tapi mungkin bukan rezeki aku kot...Sampaikan aku beli test Pragnan tue tapi keputusannya mengecewakan...

Semalam 26hb Mei 2011 genap usia perkahwinan ku yang ke 6 bulan. Ramai orang cakap "masih awal lagi"..."usaha lagi"..."insyaallah ada rezeki"... Sejuk sikit bila dengar orang sekeliling memberi harapan. Tapi ada jugak yang kata "lambat no".."ko rancang ke?".."Bilalah ko nak mengandung"... So, jawapan paling rengkas, belum ada rezeki...

So, sekarang aku dan suami hanya mampu berusaha dan berdoa sahaja, biar lh Allah sahaja yang menentukan rezeki kami timang anak bila....tapi aku jugak mengharapkan kalian mendoakan lh untuk aku agar aku mendapat anak dengan cepat, soleh dan soleheh serta  sepertimana Allah memperelokkan kejadiannya maka eloklh akhlaknya...aminnn...

TQ U ALL...

Tahniah! Tahniah!

Tahniah! Tahniah! Tahniah! kepada pekerja-pekerja yang mendapat anugerah APC. Anda semua memang terbaik dan layak mendapat anugerah. Kalau anda tak buat kerja tak kan bos/penyelia anda menilai anda dengan begitu tinggi sekali betul tak?. So, teruskan usaha anda dan petingkatkan lagi prestasi serta jauhi kontroversi. Dah macam dalam MELODI pulak ye...hehehe...

Hari nie 27 Mei 2011 adalah majlis rasminya. Penyampai sijil APC adalah Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan sempurna. Majlis diadakan di Lotus Desaru Beach Resort.

Pekerja cemerlang 2011


ratu cantik dijemput khas utk majlis

ini lh Timbalan Menteri KKLW

Ini pula suku daripada yang hadir

Tiap-tiap tahun jabatan aku akan mengadakan majlis seperti ini kecuali tempat dan masa sahaja yang berbeza. Kebiasaannya memang kami akan mengadakan di hotel. Ini lah masanya pekerja-pekerja bawahan nie dapat makan kat hotel dan sedap-sedap selain pergi kursus.

Majlis nie diadakan sempena menghargai jasa dan pengorbanan mereka terhadap majikannya. Dengan pemberian anugerah lh dapat meningkatkan lagi semangat untuk bekerja dengan lebih baik dan cemerlang agar misi dan visi jabatan tercapai. Sama-sama merasai dan berkongsi kegembiraan bersama. Selain itu mengiratkan lagi siratulrahim diantara pihak atasan dan bawahan.

Walau pun kerja dibawah satu bumbung tapi tidak selalu berjumpa. Dengan adanya majlis sedemikian dapatlah semuanya berkumpul dan bersua. Semoga tahun hadapan adalah harapan dapat APC tak pun dapat PB pun ok.....aminn...Insyaallah...

Thursday, May 26, 2011

Virus

Assalamualaikum...

Sekarang nie aku tengah runsing macam mana nak bunuh virus dalam komputer aku nie. Aku rase my blog pun kne virus kot, sebabnya aku dah log in tapi bila aku view myblog ia keluar macam orang lain tengok, kne log in.... Korang ada cara tak macam mana nak atasi masalah aku nie.... Aku kurang faham sikit, maklumlh budak baru belajar memblog...

Selain blog, facebook pun kene virus jugak tapi facebook ia automatik boleh scan kan tapi blog nie tak pulak. Ada tak cara-cara manual ke. Tulun...tulun....tulun...emergency...Tq u all...

Pegawai Khidmat Pelangan

Assalamualaikum...

Hari nie aku kne jadi Operator. Bukan operator pengeluaran tau! aku ulang balik BUKAN!. Kalau dalam perjawatan kerajaan namanya pegawai Khidmat pelanggan. Sapa yang kje kerajaan tau lh. Dah lama sebenarnya aku tak jadi operator nie. Kali nie dah tiba giliran aku so, kne lah...

Jadi operator nie, mula-mula aku ingat susah sangat rupa-rupanya kacang goreng jee....Ops terbelagak pulak, sowey... Yang bestnya bila jadi operator nie dapat rilex sikit, kurang lh tekanannya. Ye lh tak kne buat surat... tapi esok hari dapat kau belambak kje menunggu. Kje dh lh satu hal, bos pun sama memang menunggu...haaa...dapat ko....

Tapi kekadang kje operator nie buzy jugak, nak dail lain, terima panggilan lain, sampai tak menang tangan dibuatnya...Yang tunggu panggilan dah lh, kalau lambat sikit tau nak mengamuk je...dia tak tau yang kami nie sampai bersilat tangan dibuatnya kerana nak puaskan hati semua orang.... So, kita sebagai pekerja budiman kne lh bersabar sikit ye...Sabar itu separuh dripada iman...

Tuesday, May 24, 2011

Blue Day

Hari nie adalah Blue Day! aku, kak emal dan noni pakai baju biru hari nie tanpa ada buat perjanjian pakai baju warna sama. Semuanya secara kebetulan sahaja. Aku rasa kalau lh kami memang ada baju uniform kan best. Jimat sikit baju kurung aku. Kalau tak habis semua baju baju baru keluar guna untuk keje, bila nak keluar jalan jalan ke dinner ke dah takde baju baru. Semuanya dah digunakan untuk pergi kje, lama lama buruk lah baju.

Baru baru nie kami ada buat perancangan yang kami berempat, aku, kak emal, noni dan kak zura nak buat baju kurung sama dan pakai hari yang sama. Jimatlah baju kurung kami yang cantik cantik....jangan jealousss....

Sebenarnya kerja ada baju uniform lagi best tau. macam kilang tue, baju majikan beri. baju sendiri boleh digunakan untuk pergi dinner ke, majlis kahwin ke, jalan jalan ke. kalau pudar pun baju kje bukan baju sendiri. Paling tidak pun 1 tahun dapat 3 baju. Tahun depan dapat lagi. Duit gaji pun jimat...tak lh asyik nak beli baju aje...betul tak?. So, renung renungkn lh....