Thursday, May 26, 2011

Virus

Assalamualaikum...

Sekarang nie aku tengah runsing macam mana nak bunuh virus dalam komputer aku nie. Aku rase my blog pun kne virus kot, sebabnya aku dah log in tapi bila aku view myblog ia keluar macam orang lain tengok, kne log in.... Korang ada cara tak macam mana nak atasi masalah aku nie.... Aku kurang faham sikit, maklumlh budak baru belajar memblog...

Selain blog, facebook pun kene virus jugak tapi facebook ia automatik boleh scan kan tapi blog nie tak pulak. Ada tak cara-cara manual ke. Tulun...tulun....tulun...emergency...Tq u all...

Pegawai Khidmat Pelangan

Assalamualaikum...

Hari nie aku kne jadi Operator. Bukan operator pengeluaran tau! aku ulang balik BUKAN!. Kalau dalam perjawatan kerajaan namanya pegawai Khidmat pelanggan. Sapa yang kje kerajaan tau lh. Dah lama sebenarnya aku tak jadi operator nie. Kali nie dah tiba giliran aku so, kne lah...

Jadi operator nie, mula-mula aku ingat susah sangat rupa-rupanya kacang goreng jee....Ops terbelagak pulak, sowey... Yang bestnya bila jadi operator nie dapat rilex sikit, kurang lh tekanannya. Ye lh tak kne buat surat... tapi esok hari dapat kau belambak kje menunggu. Kje dh lh satu hal, bos pun sama memang menunggu...haaa...dapat ko....

Tapi kekadang kje operator nie buzy jugak, nak dail lain, terima panggilan lain, sampai tak menang tangan dibuatnya...Yang tunggu panggilan dah lh, kalau lambat sikit tau nak mengamuk je...dia tak tau yang kami nie sampai bersilat tangan dibuatnya kerana nak puaskan hati semua orang.... So, kita sebagai pekerja budiman kne lh bersabar sikit ye...Sabar itu separuh dripada iman...

Tuesday, May 24, 2011

Blue Day

Hari nie adalah Blue Day! aku, kak emal dan noni pakai baju biru hari nie tanpa ada buat perjanjian pakai baju warna sama. Semuanya secara kebetulan sahaja. Aku rasa kalau lh kami memang ada baju uniform kan best. Jimat sikit baju kurung aku. Kalau tak habis semua baju baju baru keluar guna untuk keje, bila nak keluar jalan jalan ke dinner ke dah takde baju baru. Semuanya dah digunakan untuk pergi kje, lama lama buruk lah baju.

Baru baru nie kami ada buat perancangan yang kami berempat, aku, kak emal, noni dan kak zura nak buat baju kurung sama dan pakai hari yang sama. Jimatlah baju kurung kami yang cantik cantik....jangan jealousss....

Sebenarnya kerja ada baju uniform lagi best tau. macam kilang tue, baju majikan beri. baju sendiri boleh digunakan untuk pergi dinner ke, majlis kahwin ke, jalan jalan ke. kalau pudar pun baju kje bukan baju sendiri. Paling tidak pun 1 tahun dapat 3 baju. Tahun depan dapat lagi. Duit gaji pun jimat...tak lh asyik nak beli baju aje...betul tak?. So, renung renungkn lh....

Kecewa

Kecewa nie banyak. Kecewa kne marah, kecewa kne ditinggalkan, kecewa tak berjaya dan banyak lagi lh... Setiap manusia akan melalui dan merasai perasaan kecewa dalam hidupnya. Mustahil tak pernah rase kecewa. Selain kecewa adalah hampa. Kekadang apa yang kita inginkan tak kesampaian kita akan rase kecewa dan hampa...

Bila perasaan kecewa dan hampa dah ada dalam hati, apa yang akan kita lakukan tidak akan kemas dan teratur. Kita akan rase lemah, malas, boring, dalan macam macam lagi lh. kecewa nie jugak boleh membuatkan seseorang itu menjadi pendiam, pendendam, pemarah dan beremosi.

Sebab itu kita hidup nie jangan terlalu berharap sangat apa yang kita ingini. Kita manusia biasa hanya mampu merancang tapi Allah yang menentukan segala galanya. Kita jugak jangan terlalu memberi harapan yang tinggi 100%, takut hasilnya mendukacitakan. Contohnya kecewa dalam percintaan. Ish! ish! ish! macam macam manusia boleh lakukan. Mana yang pilih ke jalan yang baik tak pe lh tapi, mana yang pilih jalan singkat? apa akan terjadi?. Korang pikirlh sendiri ye...

Kadang kadang kecewa dengan kawan karib kita sendiri pun ada. Depan kita baik tapi belakang kita, dia mengumpat, menghina kita. Kita tak tahu isi hati orang. Kalau kita boleh baca isi hati orang atau dengar apa isi hati orang senang kat situ jugak kita sound dia betul tak?. Masalahnya kita nie hanya manusia biasa kecuali Allah memberi anugerah tue. Tapi ingat jangan disalah guna pulak!.

Bila fikir fikir secara mendalam, dan berserah kepada Allah S.W.T, mungkin ada hikmahnya dan bukan rezeki kita. Itu sahaja lh yang boleh membuatkan seseorang itu tenang. Sama lh macam entry aku sebelum nie "Janji tinggal janji". So, bila susah ke senang ke, kembalilah dan mohonlh kepadaNya, hanya Allah sahaja yang dapat menolong hambanya dalam kesusuhan dan kesempitan...

Janji Tinggal Janji

Errrrr......gerammmmmnyaaa........janji tinggal janji.....

Kenapalah manusia macam nie yang jadi pilihan....sedangkan ada ramai lagi yang layak daripada dia. Manusia yang suka menabur janji manis tapi palsu nie sepatutnya kita bakar aje... menyakitkan hati. Bukan seorang tapi ramai orang yang disakitinya...

Persetujuan telah dipersetujui bersama dan dia selaku ketua perlu jujur dan bertanggungjawab terhadap anak buahnya. Jangan lh ambil kesempatan dalam kesempitan orang lain....tak guna betul manusia seperti nie. Dah lh tak adil, menabur janji pulak tapi, janji tinggal janji. Nak tunggu yang dijanjikan...bara pun agaknya dah jadi abu. Abok pun tak da...

Tue bab ketua, bab Pengurus pulak pun sama lemmm....dan tak ada rasa tanggungjawab terhadap jawatan yang disandang. Bila ada aduan diterima, dia selaku pengurus perlu lah tegas terhadap ketua tadi. Semua orang pentingkan diri sendiri....dia pikir orang lain tue hidup mewah macam dia ke...aku rasa kalau dia di tempat orang yang teranaya, dia pun akan memberontak jugak.....

Korang rasa lh kalau korang di tempat orang yang teranaya apa akan korang buat?, apa akan korang rase sama ada geram, marah, benci, meluat? dan macam mana nak atasi malasah macam nie? sedangkan korang tiada kuasa tapi korang cuma ada hak untuk bersuara sahaja. keputusan di tangan diaorang yang kejam tue?.

Kali nie adalah kali kedua kami yang teranaya nie diperlakukan. Yang aku tak leh tahan dengar dia kata kami nie tokey!. tokey tokey jugak tapi kalau dah tiap kali keluar guna duit sendiri, tapi duit yang sepatutnya dapat tak dapat dapat, lama lama bankrup jugak tokey. Gunung kalau hari hari tarah lama lama rata jugak...

kalau sebelum nie lagi lah apa yang kami berhak dapat tapi tak dapat sepertimana orang lain dapat. Aku hairan kenapa group kami sahaja selalu diperlakukan sedemikian, dianak tirikan. TAK ADIL! TAK ADIL!....