Thursday, April 21, 2011

Akhirnya pulang ke tempat asal jua

Setelah beberapa minggu menanggung penyeksaan dan penderitaan yang Allah berikan akhirnya Allah lebih menyayanginya dan telah mengambilnya semula daripada ahli keluarga tercinta. Arwah meninggal pun tanpa di duga dan disedari oleh isterinya, tiba-tiba mesin jantungnya berhenti.

Bila dikenang semasa hanyatnya hidup, kami anak beranak tidak sanggup melihat keadaannya kerana tubuh badannya berselirat dengan pelbagai wayar yang dicucuk dan ditebuk di tubuh badannya demi memberi bantuan  pernafasan. Doktor telah berusaha sedaya upaya tapi Allah lebih menyayanginya maka akhirnya dia pulang ke tempat asalnya jua. Sepanjang 3 hari arwah tidak sedar, sepanjang 3 hari jugak kami anak beranak berkampung di hospital, tidur di hospital dengan hanya bertilamkan semen dan sofa sahaja. Demi seorang bapa tercinta kami sanggup bersengkang mata, bibir sentiasa berdoa dan membacakan surah yasin untuk arwah. Anak anak pun tidak sanggup meninggalkan bapanya walau pun ada peperiksaan dan kerja. Masing-masing sanggup bercuti dan menunggu keadaan bapa pulih seperti asal. Setelah 3 hari berkampung di hospital akhirnya bapa meninggalkan kami buat selama lamanya tanpa ada pesanan dan mendengar suaranya buat kali terakhir cuma dengan air matanya sahaja yang kami dapat tatap di wajahnya.

17 April 2011 adalah tarikh arwah meninggalkan kami anak beranak buat selama lamanya....'Bak kami sentiasa mendoakan bak agar diampunkan segala dosa dosa  dan ditempatkan di syurga firdaus' aminnn....Alfathihah untuk Mohd Khalid bin Abd Aziz..

Friday, April 15, 2011

Badminton Super Series KEJORA Mixed Edition 2011

Pada 11 hingga 13 April 2011 telah diadakan Badminton Super Series KEJORA Mixed Edition 2011. Aku adalah salah seorang pemainnya. Aku nie tak lh sehebat yang lain tapi boleh lah sekadar untuk memenuhkan orang je...hehehe...

Partner aku adalah shamil. Dia lh yang cover aku, aku main depan je.. Alhamdulillah masa game hari pertama aku lawan ngan team kak eka & Kamal, kami seri dan lawan ngan Iqbal & Era, aku menang. pada keesokkannya, aku lawan ngan noni & rosdin aku jugak yang menang. Manakala masa lawan kak ulai & napi, aku dikalahkan. Tapi kalah bermaruah tau! bermaruah!....

Hari ketiga aku tak dapat hadir kerana pergi melihat bapa mertuaku di hospital. Keputusan aku dapat dari noni yang aku & Shamil dapat no. 3. Johan adalah kak su & Hairy dan naib johan adalah kak ulai & Napi. Alhamdulillah... aku menang tempat ke-3 pun kerana shamil. Dia memang hebat kerana dia adalah pemain single. Aku ni just buat ada-ada je....tumpang tuahnya..huhuhu.. Aku dengar lepas nie akan ada lagi game mix badminton nie...tapi tak tahu lagi lh tarikhnya. Entah boleh ke tidak aku join nanti...Kalau dapat partner ngan dia lagi bagus lah...,itu pun kalau dapat..kalau tak, tuggu dan lihat je lh...

Game ini jugak aku dengar akan berterusan. bagus lah...memang semangat kesukanan budak-budak nie...macam nie lah baru KEJORA boleh menang apabila game makspen ke badan berkanun ke...semangat macam nie lh yang dicari-cari...cayok-cayok kawan-kawan...KEJORA boleh! KEJORA menang!.. Wah! aku pulak yang lebih-lebih..hehehe...

Selamat tinggal dunia

Semalam 14hb April 2011 adalah hari terakhir riwayat tok sedara aku di dunia ini. Dia menghembuskan nafas terakhirnya pada jam 3.00 pagi. Dia hanya dapat hidup di muka bumi ini setakat umurnya 82 tahun sahaja. Tok aku adalah seorang wanita. Sebelum hayatnya habis dia telah melalui sampai ke tahap nyanyok. Dengan keletah nyanyoknya kekadang anak-anak dan cucu-cucunya pun boleh tersasa hati ngannya. Tapi apa boleh buat dah memang dia macam tue kena lh tahan. Ini lah masanya untuk membalas jasa orang tua yang selama nie mengandungkan dan menjaga serta mendidik dari baby hingga lh dewasa. Alhamdulillah semasa hayatnya hidup anak-anaknya yang membela. sekejap di rumah anak ini sekejap di rumah anak itu, semuanya nak membelanya...

Setelah siap dikafankan, semua anak-anak, cucu-cucu, sedara-mara dibenarkan mencium wajahnya, aku adalah salah seorangnya. Sayu rasa hati aku melihat wajahnya. Wajahnya kelihatan lembut je tidak seperti semasa hayat hidupnya adalah seorang yang garang, nampak bengis. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna sehingga lh dikebumikan. Semoga Allah mengampunkan segala dosa-dosa Sukinah bt Abd Aziz dan ditempatkan di syurga. Al-Fathihah...

Tamat riwayat sang kaki

Ini adalah al kisah sang kaki yang selama ini telah banyak berjasa ngan tuannya tetapi hayatnya tidak sama ngan hayat tuannya. Agaknya kalau sang kaki boleh bercakap, tentu dia menangis dan bercakap 'kenapa lh tak menjaga aku dengan baik dan kekalkan aku di tubuh badan engkau sehingga habis riwayat engkau...'

Ish! Ish! Ish! kalau boleh dengar keluhan anggota tubuh baban sendiri agaknya memang dunia nie dah nak berakhir agaknya kn!...  Sambung balik cete, sang kaki telah berjasa ngan tuannya selama 63 tahun 9 bulan. Tarikh akhir riwayatnya adalah pada 13 April 2011. Sang kaki di pisahkan daripada tubuh badan tuannya kerana menghidap penyakit kencing manis. Sang kaki yang dulunya cantik molek kini bertompok hitam dan bernanah. Tiada pilihan lain terpaksa dipisahkan dan ditamatkan riwayatnya...

Pada mulanya tuannya pun tidak dapat menerima yang sang kaki akan dipisahkan darinya, setelah selesai operatioan dan diberi rehat secukupnya, bila sedar didapati sang kaki sudah tiada lagi seperti sebelumnya. Sang tuan asyik meraba-raba mencari sang kaki. Tetapi setelah diberi semangat dan kekuatan dari anak-anaknya akhirnya dia dapat menerima akan perpisahan tersebut.

Sang Tuan hanya mempunyai seorang anak lelaki sahaja daripada 7 orang anaknya. Anak lelakinya amat menyayanginya. Satu hari anak lelakinya datang melawatnya di hospital, tiba-tiba  air putih jernih dengan tanpa disuruh dan dipaksa keluar mengalir di pipi anak lelakinya. Sekuat mana pun hati dan perasaan kejantanannya akhirnya kalah apabila melihat keadaan ayahnya yang kini sudah tiada kaki dan tidak boleh berjalan seperti sebelum ini. Alhamdulillah, dengan adanya orang tersayang yang sentiasa berada di sisinya dan sentiasa memberinya semangat, akhirnya dia pun boleh menerima keadaan ayahnya. Keputusan yang dibuat ini adalah yang terbaik untuk ayahnya.


Pada 13 April 2011 itu jugak sang kaki di semadikan, dikafankan dan dikebumikan. Semuanya diuruskan oleh Anak lelaki tuannya dari A sampai Z. Sayu rasa hati apabila melihat sang kaki yang telah lengkap dikafankan. Semoga sang kaki ini dapat menolong tuannya pada alam barzah dan akhirat kelak daripada seksaan kubur dan api neraka serta dimasukkan ke syurga, hendaknya. Amin...






Monday, April 11, 2011

Penangan Kencing Manis

Assalammualaikum and Hi!..Selamat pagi!

Sudah 5 Hari bapa mertuaku di Hospital Kota Tinggi. Kalau sebelum nie dia masuk atas sebab sesak nafas dan kaki bengkak. Tapi kali ini dia masuk hospital atas sebab kakinya bengkak jugak tetapi setelah berapa hari di hospital kaki yang bengkak telah menjadi hitam. Ini lh dia penangan kencing manis. Lihat gambar di bawah.

 Hari ke-3

 Hari ke-4

Masa hari aku hantar dia ke hospital sikit je hitam di ibu jari kakinya. Tapi tak sangka 3 hari je sudah menjadi sedemikian. Ya Allah aku mohon pada Mu, sembuhkan lah penyakit bapa mertuaku ini dan berikan lh dia kekuatan untuk melawan penyakitnya itu. Aminn.... Semoga Mohd Khalid bin Abd Aziz sembuh dari penyakitnya, Alfathihah...

Terima kasih kawan-kawan yang mendoakn bapa mertuaku sembuh, semoga Allah memberkati kalian dan membalas jasa kalian semua. Amin..

Penyakit kencing manis memang merbahaya, boleh membawa maut. Penyakit ini tidak kira tua atau muda mahu pun kanak-kanak. Kalau orag muda mungkin masih boleh melawan penyakit ini kerana mempunyai antibody yang kuat tetapi kalau orang tua? mereka sudah tiada kudrat untuk melawan penyakit sedemikian. Minum air manis dan makan benda manis memang sedap dan lazat tetapi kalau mengambil terlalu berlebihan dan tidak minum air masak dengan sebanyak mungkin, tak mustahil penyakit ini akan menghingap di tubuh badan kita. Memang di akui tubuh badan kita memerlukan gula. sekiranya tiada gula di tubuh badan, kita akan mengalami hypo (badan menggigil dan berpeluh) kerana kurang gula dalam badan. Aku dapat tahu pun sebab emak aku pun mempunyai penyakit kencing manis ini. Sebelum nie dia selalu mengalami Hypo sebab terlalu kawal makan dan minum. Tapi sekarang alhamdulillah tidak sekerap sebelum ini.

So, mari lh kawan-kawan kita mengamalkan pemakanan seimbang dan membuat senaman demi menjaga kesihatan tubuh badan kita. Ini kerana yang merasa kesakitan adalah diri kita sendiri, sendiri tanggung bukan orang lain.



Kesan
Tabiat makan yang buruk mengakibatkan :
1. Keadaan yang memudaratkan kegemukan
2. Menghadapi beberapa risiko penyakit, penyakit jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi, kerosakan gigi, beberapa jenis kanser 
Pencegahan
Makanan sihat adalah pelbagai jenis makanan yang segar dan sempurna dari semua kumpulan makanan tanpa berlebihan lemak, kolestrol, gula dan garam. Diet sihat adalah penting untuk membekalkan nutrien dan kalori yang penting. Makanan yang sihat juga mempunyai kandungan serat yang tinggi. Kepentingan serat :-
1. Melawaskan air besar
2. Mengurangkan · Sembelit · Penyakit usus · Buasir
3. Mengurangkan risiko · Penyakit jantung
Menu yang baik untuk kesihatan merangkumi :
1. Pemilihan dari pelbagai jenis makanan.
2. Jumlah makanan yang cukup untuk memenuhi keperluan badan.
3. Makanan yang dijarakkan dengan baik sepanjang hari.
4. Makanan yang mampu diperolehi.
5. Cara masak yang berbeza dan sedap.
6. Dihidangkan dengan menarik dan lazat.
Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah bahagian penting dalam makanan seimbang. Sayur dan buah juga merupakan sumber utama zat-zat makanan seperti : · Karbohidrat (tenaga) · Serat · Vitamin terutamanya A, C dan E · Mineral terutamanya kalsium. Sayur-sayuran dan buah-buahan tidak mengandungi kolestrol dan ianya juga sangat rendah kandungan lemak, natrium dan kalori.
Disamping itu ianya dapat : ·
  1. Menjadi snek yang senang disediakan
  2. Menghilangkan dahaga dan rasa lapar
  3. Merangsang dan melawaskan sistem penghadaman 
  4. Membantu mencegah sembelit
  5. Mengurangkan risiko penyakit-penyakit sistem penghadaman dan beberapa jenis kanser 
    
Aras 4 - Makanan Paling Sedikit


 Aras 3 - Makanan Sederhana

 

Aras 2 - Makanan Banyak


Aras 1 - Makanan Paling Banyak