Monday, April 11, 2011

Penangan Kencing Manis

Assalammualaikum and Hi!..Selamat pagi!

Sudah 5 Hari bapa mertuaku di Hospital Kota Tinggi. Kalau sebelum nie dia masuk atas sebab sesak nafas dan kaki bengkak. Tapi kali ini dia masuk hospital atas sebab kakinya bengkak jugak tetapi setelah berapa hari di hospital kaki yang bengkak telah menjadi hitam. Ini lh dia penangan kencing manis. Lihat gambar di bawah.

 Hari ke-3

 Hari ke-4

Masa hari aku hantar dia ke hospital sikit je hitam di ibu jari kakinya. Tapi tak sangka 3 hari je sudah menjadi sedemikian. Ya Allah aku mohon pada Mu, sembuhkan lah penyakit bapa mertuaku ini dan berikan lh dia kekuatan untuk melawan penyakitnya itu. Aminn.... Semoga Mohd Khalid bin Abd Aziz sembuh dari penyakitnya, Alfathihah...

Terima kasih kawan-kawan yang mendoakn bapa mertuaku sembuh, semoga Allah memberkati kalian dan membalas jasa kalian semua. Amin..

Penyakit kencing manis memang merbahaya, boleh membawa maut. Penyakit ini tidak kira tua atau muda mahu pun kanak-kanak. Kalau orag muda mungkin masih boleh melawan penyakit ini kerana mempunyai antibody yang kuat tetapi kalau orang tua? mereka sudah tiada kudrat untuk melawan penyakit sedemikian. Minum air manis dan makan benda manis memang sedap dan lazat tetapi kalau mengambil terlalu berlebihan dan tidak minum air masak dengan sebanyak mungkin, tak mustahil penyakit ini akan menghingap di tubuh badan kita. Memang di akui tubuh badan kita memerlukan gula. sekiranya tiada gula di tubuh badan, kita akan mengalami hypo (badan menggigil dan berpeluh) kerana kurang gula dalam badan. Aku dapat tahu pun sebab emak aku pun mempunyai penyakit kencing manis ini. Sebelum nie dia selalu mengalami Hypo sebab terlalu kawal makan dan minum. Tapi sekarang alhamdulillah tidak sekerap sebelum ini.

So, mari lh kawan-kawan kita mengamalkan pemakanan seimbang dan membuat senaman demi menjaga kesihatan tubuh badan kita. Ini kerana yang merasa kesakitan adalah diri kita sendiri, sendiri tanggung bukan orang lain.



Kesan
Tabiat makan yang buruk mengakibatkan :
1. Keadaan yang memudaratkan kegemukan
2. Menghadapi beberapa risiko penyakit, penyakit jantung, kencing manis, tekanan darah tinggi, kerosakan gigi, beberapa jenis kanser 
Pencegahan
Makanan sihat adalah pelbagai jenis makanan yang segar dan sempurna dari semua kumpulan makanan tanpa berlebihan lemak, kolestrol, gula dan garam. Diet sihat adalah penting untuk membekalkan nutrien dan kalori yang penting. Makanan yang sihat juga mempunyai kandungan serat yang tinggi. Kepentingan serat :-
1. Melawaskan air besar
2. Mengurangkan · Sembelit · Penyakit usus · Buasir
3. Mengurangkan risiko · Penyakit jantung
Menu yang baik untuk kesihatan merangkumi :
1. Pemilihan dari pelbagai jenis makanan.
2. Jumlah makanan yang cukup untuk memenuhi keperluan badan.
3. Makanan yang dijarakkan dengan baik sepanjang hari.
4. Makanan yang mampu diperolehi.
5. Cara masak yang berbeza dan sedap.
6. Dihidangkan dengan menarik dan lazat.
Sayur-sayuran dan buah-buahan adalah bahagian penting dalam makanan seimbang. Sayur dan buah juga merupakan sumber utama zat-zat makanan seperti : · Karbohidrat (tenaga) · Serat · Vitamin terutamanya A, C dan E · Mineral terutamanya kalsium. Sayur-sayuran dan buah-buahan tidak mengandungi kolestrol dan ianya juga sangat rendah kandungan lemak, natrium dan kalori.
Disamping itu ianya dapat : ·
  1. Menjadi snek yang senang disediakan
  2. Menghilangkan dahaga dan rasa lapar
  3. Merangsang dan melawaskan sistem penghadaman 
  4. Membantu mencegah sembelit
  5. Mengurangkan risiko penyakit-penyakit sistem penghadaman dan beberapa jenis kanser 
    
Aras 4 - Makanan Paling Sedikit


 Aras 3 - Makanan Sederhana

 

Aras 2 - Makanan Banyak


Aras 1 - Makanan Paling Banyak

Wednesday, April 6, 2011

Cendol

Ermmmmm....Haaa!!! sedapnyeee... minum air cendol, lega rsenye tekak nie bila dibasahkan dengan air cendol tengah-tengah hari nie...lama tak minum. Aku baru je balik dari minum air cendol. Nie yang tercetus idea pulak nak cete kat korang. Hehehehe... Sebenarnya tadi aku pergi klinik ambik ubat emak aku, so secara tak langsung singgah lh sekali minum air cendol...Cendolnye memamg sedap tau, lagi-lagi campur ngan jagung dan kacang merah. Ermmmm sedapnyeee... Cendol biasa harganya RM2.30 dan cendol special RM2.80.







Kitaorang memang dah lama plan nak minum cendol, tapi masa tidak mengizinkan kami minum. Tadi pun hanya aku dan noni sahaja yang minum. Kawan-kawan aku yang lain hanya kirim je. Kedai tue bukan cendol je tau yang sedap , laksa johor, mee rebus, rojak manis dan rojak petisnye pun sedap jugak. Pernah sekali tue aku beli rojak petis ngan emak mertua aku, sekali rase macam nak lagi...tak cukup pulak memang sedap. Itu pun tekak aku lah, kalau tekak orang lain aku tak pasti lh pulak...tapi kebanyakkan aku dengar memang sedap... Kalau korang tak percaya korang boleh lh merasa sendiri kedainya di sempang Kampung Baru. Orang panggil cendol kampung baru. Kalau orang kota tinggi tentu tau dimana letaknya kedai tue...So, selamat menjamu selera ye...


Tuesday, April 5, 2011

Cinta SMS

Teringat kisah mula-mula terjebak dalam dunia percintaan adalah berpunca daripada SMS sahaja. Zaman dah semakin canggih lh kata kn...Komunikasi canggih ini telah menyumbang banyak kebahagiaan dan tidak ketinggalan juga kekalutan dalam hidup manusia.

SMS, sebagai penghubung yang mudah, ringkas, selesa dan cepat. Namun, dari sini lh munculnya 'Cinta SMS', penemuan baru dalam epilog cinta. Zaman dahulu surat adalah sebagai cara berhubung dan ada juga yang gentleman, luahkan sendiri isi hatinya terhadap gadis yang dicintainya. Walau bagaimanapun, ia memerlukan kekuatan untuk meluahkannya, bukannye senang dan mudah untuk kita mengucapkan 'i love u' atau 'sudikah awak jadi awek saya'.. kalau zaman ibu dan ayah kita surat adalah alat penghubung mereka. Berjumpa jauh sekali, memang dilarang oleh orang tua anak dara keluar rumah. So, posmen memang popular dan sangat dinanti-nantikan. Zaman sekarang tak perlu tunggu posmen, sms atau call sahaja dah boleh berhubung dan dengar suara orang yang dicintai dan dirindui saban hari.

Semasa di awal percintaan, boleh dikatakan setiap saat, setiap hari tak lekang dengan handphone. Boleh jadi gila kalau handphone hilang atau takde kredit...hahahaha....kelakar bila teringat kisah silam. Duit yang dapat hasil kerja sanggup top up handphone daripada beli barang. Ini lh dia kuasa cinta sms. Sampaikan Jari pun boleh lekuk dan lengguh. bercinta sms lagi jimat daripada berbual berjam-jam. Sebab itu lh cinta sms yang dipilih oleh kebanyakkan pasangan.

Memang indah pada awal percintaan. Setiap saat handphone tak berhenti berbunyi. Ada sesaje topik yang dibualkan. Bila sudah bertahun bercinta, cinta sms tidak serancak lagi di awal percintaan dulu. Bunyi handphone tetap berbunyi tetapi tidak sekerap dulu lagi, paling tidak pun hanya sms 'selamat pagi','selamat malam' dan 'dah makan?'. Satu soalan satu jawapan. Bila terjadi sedemikian pasti akan terfikir apa yang terjadi sebenarnya?, adakah hubungan ini akan kekal atau sebaliknya?, apa salah aku?, macam-macam perkara negatif yang difikirkan..perasaan pun mula lh berkecamuk dan cepat naik marah. Bila perhubungan menjadi hambar, cinta sms pun menjadi pudar.. dahulu penuh dengan gelak tawa dan gembira tetapi sekarang dibanjiri dengan air mata tiap-tiap malam... Apabila diselidik punya selidik rupa-rupanya cinta sms telah bertukar arah pada orang lain.... Bila rahsia telah diketahui, hancur lulur hati bak diiris dengan pisau dan begitu sakit dan perit sekali. Semangat yang kuat jadi lemah, selera makan tiada, hanya air mata sahaja yang menjadi makan minum dan teman setiap hari. Dahulu yang mempunyai badan yang comel tapi sekarang kurus kerempeng...semuanya kerana cinta sms.

Oleh kerana cintanya kuat, entah datang dari mana kekuatan itu telah membuatkan perasaan ingin dapatkan kembali cintanya pelbagai usaha dilakukan. Hari berganti hari, minggu berganti minggu, pelbagai dugaan yang ditempuh dan akhirnya memang jodoh itu kuat di tangan Tuhan, cinta sms kembali pulih dan bertukar cinta buat selama-lamaya hingga ke akhir hayat... Manusia hanya merancang, Tuhan yang menentukan segala-galanya tapi jangan terlalu berserah sahaja pada takdir. Untuk mendapatkan apa yang dihajati haruslah berusaha bersungguh-sungguh kerana Allah dan elakkan daripada melakukan kufur insyaAllah, Allah akan perkenankan doa dan usaha kita...

Untuk semua lelaki yang sudah bergelar suami dan wanita yang sudah bergelar isteri, anda semua mungkin sudah bergelar ayah dan ibu, inilah mesej SMS aku untuk anda semua, "Cinta SMS hanya untuk orang yang kita sayangi bukan untuk melukai hati dan perasaan orang yang kita sayangi"...

Tips Kebahagiaan

Rsenye macam dh lama tak update blog semenjak ternet tak ok nie... tapi bagus jugak pada masa yang sama kerja pun banyak nak disiapkan. Itu lh hikmah di sebalik ternet tak tak ok, kerja pun banyak. Kalau ternet ok pun kerja tetap jalan tau!!!....

Hari nie aku nak kongsi ngan korang 'petua kebahagiaan' hasil dari pembacaan aku dari buku 'hadiah daripada pengantin'. Buku nie aku beli semasa aku belum mendirikan rumah tangga lagi, ye lh kan nak menempuh rumah tangga nie kan banyak perkara yang perlu diketahui, dipelajari agar rumah tangga kita dikecapi kebahagiaan. Setiap orang inginkan rumah tangga yang bahagia betul tak?.. Dengan usia perkahwinan aku yang baru ini memang lh masih terasa manisnya berbanding dengan yang sudah 10 tahun berumah tangga. Tapi insyaAllah dengan adanya tips-tips yang boleh kita cuba dan amalkan demi kebahagiaan rumah tangga, insyaAllah sepanjang usia perkahwinan kita juga merasa kebahagiaan dengan usaha kita sendiri daripada merasai sepanjang hidup merana. Aku tahu di dunia nie ada juga terdapat rumah tangga sentiasa bergolak dari awal perkahwinan, ini semua tak mustahil kn!... Walau bagaimanapun, Allah kn menyuruh hambanya berusaha jika nak berjaya... So, sama lh juga bila kita nak merasa bahagia kita pun kne lh berusaha dan mengikut pesanan Allah, pesanan rasul, pesanan ulama, amalkan perkara-perkara yang baik-baik dan tips-tips yang boleh diikut dan tidak bercanggah dengan hukum syarak serta tidak melakukan perkara yang kufur...

Disini ada sedikit sebanyak tips-tips kebahagiaan yang aku nak kogsi antaranya:

10 Rahsia kekal Bahagia
  • Aktif dlm aktiviti yang menyihatkan spt beribadah dan bersenam bersama;
  • Menemani pasangan melakukan hobinya. Pujuk hati dan paksa diri untuk sama-sama meminatinya;
  • Sering mengimbau saat-saat manis bersama;
  • Tambahkan ilmu melalui pembacaan, pendengaran dan hadiri kuliah;
  • Kekalkan personaliti baik, sentiasa mengubah diri ke arah yang lebih positif;
  • Bermanja dan akrab. Sentiasa menghubunginya jika berjauhan dan ambil berat;
  • Mengasihi keluarganya dengan ikhlas sepertimana kita mengasihi keluarga sendiri;
  • Beri dorongan demi kejayaan dalam kerjayanya;
  • Hormati kawan-kawannya dan beri peluang untuk mereka bersama jika perlu;
  • Fahami situasinya. Jangan 'menyerangnya' ketika emosinya tidak stabil
6 Langkah Meningkatkan Rasa Percaya
  • Cipta sebanyak mungkin keuntungan dan kebaikan kepada pasangan;
  • Jadikan diri kita orang yang konsisten agar tingkah laku kita dapat diramalkan dengan tepat;
  • Lakukan pengorbanan masa, wang dan tenaga untuk kepentingan pasangan;
  • Tunjukkan kita menghargainya;
  • Apabila timbul masalah, tunjukkan kita perlu menyelesaikannya demi kebaikan bersama
10 Nasihat Yang Boleh Difikirkan!
  • Kita kehilangan banyak peluang jika berfikiran negatif;
  • 99 nama Allah merupakan sinar cahaya yang ada dalam setiap diri manusia;
  • Allah mengasihi setiap hamba ciptaan-Nya. Oleh itu, kita harus juga menyayangi semua orang;
  • 2 cara untuk melupakan pengalaman pahit - menghapuskan hal tersebut dan mencipta sesuatu yang lebih baik;
  • Tidak ada satu pun di dunia ini milik kita. Semuanya milik Allah dan akan kembali kepada-Nya. Kerana itu, janganlah bersedih;
  • Maafkan semua orang dan lupakan masa lalu;
  • Lahirkan rasa kasih sayang kepada semua orang;
  • Masalah boleh selesai jika kita berfikir secara segi tiga - saya, anda dan Allah;
  • Kosongkan minda setiap hari ketika tidur. Jangan fikir masalah;
  • Manfaatkan dan amalkan ilmu yang diperolehi demi kebaikan di dunia dan di akhirat
5 Perkara yang perlu Dijauhi
  • Jangan resah dan gelisah - kembalikan segala yang baik dan buruk kepada Allah;
  • Jangan sedih dan merasa menderita - bersyukurlah! hidup kita mungkin tidak seburuk orang lain;
  • Jangan lemah dan malas - tiada rezeki datang bergolek!;
  • Jangan kedekut dan pengecut - hidupkan ukhuwah dengan bersedekah dan berani menghadapi cabaran hidup;
  • Jangan banyak berhutang - bersederhana dalam hidup. Banyak hutang membebankan akal dan jasad!
9 Cara Menambat Hati Suami Agar Sentiasa Berada Di Rumah
  • Berikan suami kejutan dengan perkara yang disukainya;
  • Jadi sahabat atau pendengar yang baik seperti ketika bercinta dulu;
  • Rajin menjaga penampilan diri;
  • Memuji dan memberi penghargaan kepadanya;
  • Menyediakan waktu untuk berdua-duaan;
  • Berfikiran positif. Sintasa mendoakan kesejahteraannya;
  • Menambah keintiman. Sulaminya dengan ayat-ayat al-Quran sebagai zikir harian;
  • Rumah tangga terjaga, elok pada pandangannya;
  • Saling percaya mempercayai dan ikhlas dalam meneruskan ikatan
8 Cara Mengelakkan Pertengkaran dengan Anak
  • Belajar berkongsi masalah dan minatnya;
  • Berhenti mengurus dan mengarah kehidupannya selagi ia baik untuknya;
  • Berikan anak anda kemahiran hidup yang bermanfaat untuk masa depannya;
  • Bercakap dengan diri sendiri 'anak bukan hak mutlak aku. Dia hak Allah!';
  • Beri maklumat, tanya soalan dan tawarkan pilihan ketika berbincang;
  • Beri contoh teladan yang baik agar anak sentiasa menghormati kita;
  • Tunjukkan bahawa anda sangat kasih dan mengambil berat terhadapnya;
  • Lakukan banyak aktiviti bersamanya. Apa salahnya sekali sekala menuruti minatnya?!
So, mari lh kita sama-sama mengamalkan tips-tips kebahagiaan ini agar kita sama-sama merasa kebahagiaan di dunia dan di akhirat. Selamat beramal!

Friday, April 1, 2011

Sini Ada Hantu

Hari nie (Jumaat) aku tak balik rumah waktu t/hari. kawan-kawan aku yang lain pun tak balik jugak so, kami pun merancang nak menonton wayang sama-sama. Tapi wayang kami nie lebih best tau tak ramai sangat yang menonton cuma kami-kami je.. bila bab kelakar satu bangunan dengar suara kami. Lagi pulak tak de orang lelaki, ye lh kn orang lelaki kn pergi sembanyang jumaat....kami-kami nie memang pekerja yang cemerlang walaupun ada masa tengok wayang tapi masuk kerja tepat pada masanya tau...sebabnya wayang kami dalam office je guna komputer....kahkahkahkahkah....

Mesti korang rase office kami nie dekat ngan bandar kn, waktu rehat boleh g tengok wayang kat plaza compleks..huhuhuhu....tipah tertipu rupanya... Ini lah yang bagusnya bila office jauh ngan bandar atau pekan, duit pn tak banyak melabur, kurang terdedah ngan sosial yang negatif dan masuk kerja pun tak lewat sebab dah memang jadi penunggu office... Bila kami keluar g bandar pasti ada cd yang akan dibeli untuk diwayangkn pada hari jumaat sebab masa rehat lebih panjang dari hari Isnin hingga khamis.

Hari nie kami tengok wayang "Sini ada hantu". Ceritanya tak lh berapa seram sangat tapi boleh lh. Dalam seram-seram tue ada jugak kelakarnye. Bila bab kelakar tue yang satu bangunan dengar suara kami nie..Cerita ini mengisahkan cerita dalam cerita. Kalau aku menceritakan pada korang kat blog nie nanti korang tengok cerita tue dh tak best pulak sebab dh thu jalan ceritanya so, kalau nak thu cerita "sini ada hantu" korang belilah cdnye ye dan tengok sendiri. Selamat menonton wayang!