Thursday, February 10, 2011

Kancah kehidupan

Hermmm.....di dunia nie penuh dengan pelbagai corak dan arena kehidupan. Ibarat macam pelangi yang mempunyai 7 warna, mungkin ada memberi makna yang tersirat antara warna-warna tersebut yang yg kite tidak thu. tetapi dgn adenya pelbagai corak ibarat pelangi dlm kehidupan kite, ini lh yg akan membuatkan kite menjadi lbih matang untuk mengatur kehidupan di muka bumi ini baik utk diri sendiri, suami/isteri, anak-anak mhu pun keluarga. Tetapi jgn lupa kekadang boleh jugak membuatkan seseorg itu hilang kawalan dan membuat perkara yang tidak diingini dan dilarang oleh Allah. Sepertimana yang kita ketahui di pusat-pusat pemulihan, hospital sakit jiwa, rumah-rumah bimbingan dan pelbagai lagi.


Allah mebri kite akal fikiran untuk digunakan dan berfikir secara waras untuk mencari jalan penyelesaian bagi setiap masalah yang kite hadapi. Allah maha mengetahui dan pengampun, mohon lh kepadanya untuk mendapat petunjuk dan pertolongan daripadaNya bagi memudahkan urusan kite menyelesaikan masalah.

SelainNya kite jugak perlu mencari seseorg sebagai teman mendengar keluhan masalah yang kite hadapi, tak semestinya untuk mengharapkan pertolongan daridanya tetapi sekadar menjadi teman untuk mendengar pun jadilah. Apabila kite menyimpan masalah kite terlalu lama nanti akan menjadi parah dn boleh membuatkn sesorg itu jatuh sakit jiwa. So, ingat lh wahai kawan-kawan jgn lh suka memendam perasaan, luahkn lh segala masalah yg dihadapi bersama teman agar fikiran kite tenang daripada pelbagai masalah. Tapi ingat, jgn tersalah mencari teman krn sekiranya tersalah mencari teman segala masalah dan rahsia kite akan terbongkar dn boleh menjatuhkan maruah kite sendiri.

Post nie sekadar saya ingin mengingiatkan untuk diri saya sendiri dan kawan-kawan. Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya cma kite kne usaha lebih dan menggunakan akal fikiran yang Allah berikan dengan bijak. Semoga orang yang sedang membaca ini mendapat rahmat daripada Mu Ya Allah dan diberi kesenangan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat Aminnn.......

Bagaimana merancang jantina?

Berikut adalah tip yang boleh membantu anda merancang jantina anak anda. InsyaAllah dengan panduan dan izin Allah akan membawa kejayaan. kita hanya memerlukan sedikit usaha dan tawakkal.

Sebenarnya sperma @ benih lelaki menjadi penentu jantina bayi kerana benih-benih tersebut ada yang membawa keromosom X dan Y.

Sedangkan telur atau benih isteri hanya membawa keromosm X. Bergantung mana yang bercantum – XY (anak lelaki) – XX (anak perempuan).

Ciri-ciri benih:

Benih Y lebih cergas dan laju begerak tetapi lebih cepat mati berbanding dengan benih X yang lambat bergerak tetapi hidup lebih lama.

Benih Y juga lebih tahan dalam cecair yang beralkali , sedangkan benih X lebih tahan dalam cecair asid.

Oleh itu anda boleh ikuti panduan berikut:

Merancang anak lelaki

1. Makanan yang asid seperti buah-buahan limau, nanas, mangga, cuka, minuman gas perlu dijauhkan selama 2 bulan sebelum mencuba. Makanan laut adalah digalakkan, zat-zat logam kalsium dan magnesium juga diperlukan.

2. Persetubuhan pada waktu subur iaitu pada hari penetasan telur isteri ( ovulation) adalah penting.

3. Menukarkan cecairan faraj kepada beralkali dengan melakukan 'douching' atau basuh dalam faraj dengan satu alat khas. 20 ml. Air bikarbonet dimasukkan kedalam faraj lebih kurang 2 jam sebelum mengadakan persetubuhan. Cecair bikarbonet (sodium bicarbonate ) boleh dibeli dari farmasi.

4. Kaedah suntikan benih lelaki ( artificial insemination) setelah air mani suami menjalani proses 'layering', atau menjalani rawatan bayi tabung uji (IVF) dan dipilih embryo yang telah disahkan lelaki untuk dimasukkan kedalam rahim. Kedua-dua kaedah tersebut tidak dibolehkan jika hanya untuk tujuan mendapatkan anak lelaki. Tetapi diperbolehkan jika sabit ada penyakit baka bila melahirkan anak perempuan.

Merancang anak perempuan

1. Digalakkan memakan makanan yang berasid seperti limau, asam , nenas, cuka, air minuman bergas dan lain lain. Pantang memakan makanan laut.

2. Persetubuhan dilakukan sebelum penetasan telur isteri (ovulation). Jangan bersetubuh selama 5 hari mulai dari hari 'ovulation' yang boleh dikesan dengan ujian-ujian subur.

3. Melakukan 'douching' dengan menggunakan cecair asid (very dilute lactacyd) 2 jam sebelum persetubuhan dilakukan.

Susu Ibu

Tip Pemakanan Semasa Menyusu Badan
Bottom of Form

Beri tumpuan kepada wholegrain dan bijirin, buah-buahan segar, sayuran dan makanan yang memberikan banyak protin, kalsium dan zat besi. Adalah sangat penting untuk minum air dengan secukupnya untuk memastikan anda sentiasa well hydrated semasa menyusu.
Minumlah 8-10 gelas sehari, ketika menyusu badan, oxytocin dirembeskan dan ini akan membuat anda merasa dahaga, tetapi ia tidak mengurangkan bekalan susu anda.
Semasa mengandung, cuba kurangkan pengambilan minuman berkafin atau alkohol. Kafina bleh berkumpul di dalam susu badan dan boleh menyebabkan bayi anda terganggu.
Anda boleh meneka ada sesuatu yang tidak kena pada pemakanan anda sekiranya ia menyebabkan bayi anda menangis, fussy atau tidak dapat tidur dengan nyenyak.
Makanlah vitamin dan zat besi secukupnya semasa hamil supaya anda tidak mengalami anemia semasa hamil dan semasa pantang.
Amalkan memakan tablet kalsium kerana ia merupakanbahan yang penting untuk membina tulang bayi. Ramai ibu yang menyusukan bayi kekurangan kalsium lebih-lebih lagi selepas penyusuan eksklusif.

Tip Untuk Memulakan Penyusuan Susu Ibu

Memberi susu badan adalah salah satu hadiah terbaik yang boleh diberikan kepada anak anda. Kebaikannya tidak terkira. Untuk memastikan anda dapat bermula dengan baik, cuba guna tip-tip ini untuk memudahkan penyusuan anda bermula.
·         Cuba menyusu sebaik sahaja bayi dilahirkan didalam bilik bersalin.
·         Bayi yang berusia beberapa minit selalunya dapat mencari dimana payudara ibu berada. Proses ini mungkin memakan masa, jadi bersabar dan cuba sedaya upaya bersama dengan bayi sepanjang masa
·         Kurangkan pelawat untuk memastikan masa anda bersama bayi terganggu
·         Pastikan anda dan bayi tidur dan bangun dalam masa yang sama.
·         Jangan guna nipple artificial· Menyusu ‘on demand’. Jangan terlalu mengikut jadual. Menyusu sebanyak mana yang bayi mahu. Selalunya berakhir 10 hingga 40 min setiap kali penyusuan.
·         Jangan cuba memberi susu apabila bayi menangis dengan kuat. Dodoikan dulu dan apabila tangisan sudah reda, barulah memberikan susu.
·         Pastikan anda selesa semasa menyusu. Letakkan bantal untuk menyokong belakang dan kepala.
·         Pastikan kepala bayi berhadapan dengan dengan buah dada supaya dia tidak perlu berpusing. Mulut dan hidung sepatutnya menghadap puting anda· Sokong buah dada supaya ia tidak menekan dagu bayi
·         Letakkan bayi ke arah buah dada anda dan galakkan bayi untuk membuka mulutnya. Sokong belakangnya bukan kepalanya. Hidung bayi sepatutnya menyentuh buah dada anda.
·         Sekiranya anda merasa sakit, dengan lembut pisahkan mulut bayi anda dari puting dan cuba lagi.
·         Pastikan belakang anda selesa. Jangan terlalu membongkok ke arah bayi kerana ia boleh memberikan sakit belakang.

Kebaikan Susu Ibu
Susu ibu mempunyai kandungan lemak, gula, air dan protin yang sempurna untuk tumbesaran bayi. Banyak kandungan yang ada di dalam susu ibu tidak ada di dalam susu lembu.
Bayi lebih senang menghadam susu ibu dari susu formula. Ia mengandungi kurang protin dan protin yang ada juga lebih nutrisi dari susu formula. Susu ibu mengandungi antibodi yang menolong melindungi bayi daripada bakteria dan virus. Antibodi ini juga menolong mereka menentang jangkitan kuman dan penyakit. Bayi yang menyusu susu ibu didapati lebih kurang mendapat jangkitan paru-paru, jangkitan kuman pada pundi kencing, telinga dan juga septicimia.
Tidak ada bayi yang alah kepada susu ibu. Susu ibu sentiasa steril, tidak pernah tercemar atau rosak. Menyusu badan menjimatkan wang. Tidak perlu membeli, menyukat dan membancuh di tengah malam buta.
Menyusu menyebabkan anda lebih rapat dengan bayi kerana sentuhan akan membuatkan bayi merasa nyaman, selamat dan selesa. Menyusu boleh memyebabkan badan anda membakar kalori dengan lebih cepat. Anda senang kembali ke bentuk badan asal. Ia juga menolong rahim mengecil dengan lebih cepat dan mengurangkan pendarahan. Menyusu mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
Bayi yang menyusu badan lebih sihat. Kurang kadar sembelit dan cirit birit. Bayi kurang risiko untuk menjadi terlalu gemuk.
Menyusu akan menyenangkan ibu. Ia tidak memerlukan rancangan, packing atau alatan menyusu formula.


Tanda-tanda Keguguran

Gejala dan tanda keguguran termasuk:
·         Pendarahan. Pendarahan faraj yang mungkin sedikit atau banyak yang menjadi lebih kerap dan sekali sekali. Walaupun pendarahan merupakan salah satu tanda keguguran, ia juga boleh terjadi pada kehamilan yang normal. Tetapi kalau ia disertai dengan rasa tidak selesa pada bawah perut, kemungkinan besar keguguran akan terjadi.
·         Sakit. Anda mungkin mengalami kejang pada pelvis, sakit perut yang berterusan atau sakit pada bawah belakang. Sakit mungkin berterusan sehingga beberapa hari sebelum atau selepas pendarahan terjadi.
·         Darah ketul dan tisu seperti daging keluar dari faraj
Kadang-kadang agak sukar untuk menentukan dengan tepat samada keguguran sudah terjadi atau tidak, terutamanya apabila tanda yang timbul tidak begitu jelas. Tanda-tanda ini juga berbeza dari wanita ke wanita dan tidak terjadi kepada semua dan ia boleh menimbulkan kekeliruan.

Wanita-wanita yang lebih berisiko untuk gugur:

·         Usia terutama 35 tahun keatas
·         Sejarah keguguran berulang iaitu 3 kali ke atas
·         Sejarah keluarga terdekat yang juga keguguran seperti ibu kandung
·         Masalah PCOS juga boleh meninggikan risiko keguguran
·         Masalah kesihatan seperti kencing manis, tiroid atau penyakit imun
·         Jangkitan kuman seperti bakteria dan virus sebelum dan semasa hamil
·         Penyakit darah beku seperti antiphospholipid antibody syndrome.
·         Masalah bentuk rahim tidak normal seperti berbentuk T atau bercabang.
·         Pernah hamil dengan anak cacat
·         Terhentak atau jatuh dengan kuat dan mendadak seperti semasa kemalangan
·         Terdedah kepada bahan kimia seperti benzene, arsenic, atau formaldehyde sebelum atau semasa hamil.
·         Usia suami lebih dari 40 tahun
Faktor lain yang memberi sedikit risiko keguguran termasuklah:
·         Pemakan ubat NSAIDs seperti ponstans semasa awal kehamilan
·         Pengunaan alcohol, dadah dan rokok
·         Gigitan ular
·         Meminum cafin secara berlebihan
·         Ujian invasive semasa awal hamil seperti chorioamniosis and chorionic vilous sampling
Faktor yang tiada kaitan dengan keguguran:
·         Terdedah kepada Komputer monitor
·         Hubungan seks
·         Senaman
     Keguguran Berulang (Reccurent Misscarriage)
Tiada yang lebih menyedihkan dari mengalami keguguran semasa hamil. Keguguran boleh menyebabkan fizikal dan mental kita terganggu dengan teruk. Kadang-kadang sangat susah untuk menerima kenyataan yang kita mengalami keguguran, apatah lagi sekiranya ia terjadi berulang kali.
Keguguran berulang ialah apabila wanita mengalami 3 atau lebih keguguran berturut-turut. Kebanyakan berlaku pada peringkat awal hamil. Ia sesuatu yang sangat sukar diterima oleh pasangan kerana selalunya keguguran ini tidak dapat dipastikan dengan jelas sebab kenapa ia berlaku. Walaupun keguguran adalah sesuatu yang sangat menyedihkan, ia sebenarnya terjadi lebih kerap dari apa yang kita jangka.
Pada kenyataannya, lebih daripada 25% kehamilan berakhir dengan keguguran terutamanya pada trimester pertama. Besar kemungkinan yang angka tersebut lebih tinggi. Ini kerana kebanyakan kandungan gugur berlaku sebelum wanita sempat menyedari mereka sebenarnya hamil. Kadar keguguran sebenar mungkin melebihi 50% dari keseluruhan mereka yang hamil.
Keguguran berulang adalah sangat jarang berlaku. Dianggarkan yang 5% pasangan akan mengalami 2 kali keguguran berturut-turut manakala 2% pula mengalami 3 kali keguguran berturut turut.

Siapakah yang berisiko untuk keguguran berulang ini?
Sesiapapun boleh mengalami keguguran berulang ini tetapi terdapat faktor faktor tertentu yang meninggikan risiko anda termasuklah:

Pernah gugur sebelumnya

Mereka yang mengalami 2 kali keguguran sebelumnya mempunyai 25% risiko untuk mendapat keguguran ketiga. Walau bagaimanpun bagi mereka yang cuma gugur sekali, risiko anda sama dengan mereka yang tidak pernah gugur.

Usia

Usia memainkan peranan penting terhadap peluang anda untuk hamil. Mereka yang berusia lebih dari 30 tahun lebih berisiko untuk mengalami keguguran, risikonya akan menjadi lebih tinggi sekiranya usia semakin bertambah.

Gaya hidup

Gaya hidup seperti merokok, meminum alkohol dan mengambil dadah meninggikan risiko anda untuk gugur berulang kali.
Fakta Keguguran
Keguguran ialah kehamilan yang berakhir sebelum kandungan berusia 20 minggu. Pada masa ini, bayi belum lagi berupaya untuk hidup di luar rahim. Semasa keguguran, bayi, uri, dan ketuban akan keluar dari rahim. Kadang-kadang tidak semua itu keluar sekali gus dan ada yang tertinggal di dalam rahim.

Sebab keguguran

Dalam kebanyakan kes, ia disebabkan oleh janin yang tidak sihat (80%) dan yang tidak dapat membentuk dengan sempurna. Keguguran adalah kejadian yang kerap berlaku, dan pada 15-20% daripada jumlah keseluruhan kehamilan. Sekiranya anda keguguran, bukan bermakna anda tidak berpeluang untuk hamil secara normal pada masa hadapan.

Risiko keguguran

Beberapa faktor yang dikaitkan dengan risiko untuk mendapat keguguran iaitu:Pemakanan yang tidak sihatMerokokHorman yang tidak seimbangJangkitan kumanMasalah penyakit yang dihadapi seperti jantung, sakit buah pinggang, kencing manis dan sakit tiroid.Terdedah pada radiasi dengan banyakMengambil ubatan yang memudaratkan bayiDemam yang tersangat panasRahim yang tidak normal

Bila perlu berjumpa doktor?

Pendarahan semasa awal hamil adalah salah satu tanda keguguran. Anda harus berjumpa dengan doktor sekiranya anda mengalami pendarahan seperti berikut :

1.   Pendarahan yang ringan tetapi berpanjangan sehingga dua minggu
2.   Pendarahan yang membasahi satu tuala wanita
3.   Pendarahan yang berketul-ketulSakit perut berpanjangan
4.   Keluar lendir yang berbau dari faraj
5.   Demam melebihi 38 darjah C
Selepas keguguran
·         Haid normal akan kembali seperti biasa selepas 3-6 minggu
·         Jangan gunakan tampon
·         Jangan douche vagina anda
·         Jangan pergi berenang atau berendam dalam sauna panas.
·         Jangan membuat hubungan seks sebaik sahaja keguguran
·         Anda mungkin akan mengalami sakit pada bahagian bawah ari-ari yang sama dengan sakit semasa haid. Ia mungkin akan berpanjangan sehingga 2 hari selepas keguguran. Berjumpalah dengan doktor sekiranya sakit itu berpanjangan.

Dilatation and Curettage (D&C)

Prosedur ini akan dibuat sekiranya sebahagian tisu dari hasilan kehamilan tertinggal di dalam rahim. Sekira ia tidak dikeluarkan, pendarahan atau jangkitan kuman mungkin akan berlaku. Aktiviti harian boleh diteruskan semula sekiranya anda merasa sihat. Tanya doktor anda untuk sebarang aktiviti yang lebih lasak.

Hamil selepas gugur

Dicadangkan agar anda menunggu sekurang-kurang 2 bulan sebelum anda merancang untuk hamil semula. Ini akan memberikan masa untuk rahim dan badan sembuh.

Kehamilan Hampir Gugur

Kehamilan adalah masa yang sangat indah untuk anda dan suami. Merancang untuk bayi dan melihat tumbesarannya adalah cukup memberikan kegembiraan dan pengalaman yang amat bermakna bagi anda. Tetapi, ia juga masa yang membimbangkan bagi wanita yang risau kemungkinan mereka akan mengalami keguguran. Sekiranya anda mengalami pendarahan pada peringkat awal hamil, anda mungkin mengalami keadaan yang dinamakan Kehamilan yang hampir gugur atau ‘threatened miscarriage’. Ia satu keadaan yang meletakan kandungan anda berisiko untuk gugur.

Apa itu kehamilan yang hampir gugur atau Threatened Misscarriage?

Wanita yang mengalami pendarahan dari faraj sebelum usia kandungan 20 minggu dianggapkan mengalami kehamilan yang hampir gugur atau threatened miscarriage. Ia adalah sesuatu yang kerap berlaku di kalangan wanita hamil. Sebenarnya, lebih kurang 30% wanita akan mengalami pendarahan faraj sebelum 20 minggu dan kebanyakan dari wanita ini akan menjalani kehamilan seperti biasa. Threatened miscarriage selalunya terjadi sebelum kandungan berusia 12 minggu.

Gejala dan simptom

Tanda yang biasa terjadi ialah pendarahan dari faraj dan mungkin berbeza-beza dari segi rupa iaitu:
·         Merah pekat
·         Merah cair
·         Coklat
·         Kadang-kadang sangat sedikit
·         Kadang-kadang berketul darah
·         Sakit belakang
·         Sakit pada ari-ari

Sebab berlaku kehamilan yang hampir gugur

Bagi kebanyakan wanita, sebab keadaan ini berlaku tidak dapat dikenalpasti, tetapi terdapat beberapa faktor yang boleh boleh menyebabkan pendarahan seperti:
·         Jangkitan kuman pada faraj
·         Polip pada pangkal rahim
·         Hamil di luar rahim
·         Cancer pangkal rahim

Bagaimana diagnosa dibuat?

Sekiranya anda mengalami pendarahan faraj, sangat penting untuk anda berjumpa dengan doktor seberapa segera. Selalunya doktor akan melakukan pemeriksaan faraj untuk melihat keadaan serviks samada terdapat pendarahan, polip atau ketumbuhan luar biasa pada serviks.
Ujian ultra-bunyi juga akan dibuat untuk memastikan samada jantung janin masih berdegup dan samada kandungan tersebut di dalam rahim untuk membezakanya dengan kehamilan luar rahim. Ujian darah juga mungkin akan dibuat terutamanya jika anda mengalami pendarahan yang banyak.

Rawatan

Tiada rawatan atau ubatan yang mujarat untuk menyekat pendarahan ini berlaku. Walau bagaimanapun doktor selalunya akan menyarankan:
1.   Tunggu dan lihat: Sekiranya pendarahan yang terjadi sedikit, doktor akan menyarankan polisi tunggu dan lihat untuk melihat samada pendarahan akan menjadi semakin teruk atau tidak. Selalunya doktor tidak mengalakan aktiviti seks pada masa ini.
2.   Kurangkan aktiviti yang lasak: Anda akan dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti-aktiviti seperti senaman yang lasak atau kerja yang memerah tenaga kerana ia boleh memberi risiko keguguran terhadap kandungan anda. Anda digalakkan untuk cuti rehat dari kerja sekiranya pendarahan terjadi agak banyak.
3.   Ubat Progesterone: Anda mungkin akan diberikan ubat progesterone untuk merehatkan rahim dan mengurangkan berlakunya kejang rahim untuk mengurangkan risiko keguguran.
4.   Tenangkan fikiran: Jangan terlalu risau dan tenangkan fikiran anda kerana kemungkinan agak besar yang kehamilan anda akan berjalan seperti biasa dan melahirkan bayi yang sihat.

Risiko Keguguran

Cuma 30% dari wanita yang mengalami masalah ini akan mengalami keguguran sebenar. Berjumpalah doktor dengan segera sekiranya pendarahan semakin bertambah, terdapat darah beku, rasa letih dan tidak bermaya, pening atau demam. Tiada cara untuk mencegah dari Kehamilan yang hampir gugur atau threatened abortion ini berlaku. Cara terbaik ialah anda sentiasa peka kepada tanda-tanda keguguran dan berjumpalah dengan doktor sebaik sahaja anda hamil untuk memberikan kepastian yang kehamilan anda berada dalam keadaan yang baik.

Kebaikan Pil Perancang

Terdapat banyak kebaikan pill perancang yang tidak diketahui oleh wanita. Pill selalunya membawa persepsi yang buruk kerana ia dikaitkan dengan kenaikan berat badan, loya, muntah, perubahan libido ( kurang nafsu) dan sebagainya. Walaubagaimanapun kesan sampingan sangat jarang berlaku sekarang disebabkan oleh dos yang ada sangat rendah berbanding dengan dahulu.
Pil bukan sahaja efektif dalam mencegah kehamilan, ia juga boleh:
·         Mengurangkan sakit segugut
·         Merawat jerawat dan kulit berminyak
·         Mengurangkan PMS - perasaan tidak selesa yang sebelum kedatangan haid seperti sakit buah dada, berat pada pelvis, kemurungan dan sebagainya.
·         Membuat kitar haid teratur dan berlaku setiap bulan dalam masa yang sama
·         Membantu mengurangkan aliran darah haid.
·         Mengurangkan ovarian cyst
·         Mengurangkan risiko barah ovari
·         Mengurangkan risiko barah rahim (endometrial cancer)
·         Mengelakkan sakit semasa ovulasi (mid-cycle pain)
·         Mengurangkan rembesan hormon lelaki (androgen) yang mengawal pertumbuhan bulu roma pada muka, perut, peha dan betis
·         Mengurangkan masalah bengkak dan ketulan bukan Kanser pada buah dada
·         Boleh mengawal kedatangan haid
Tidak semua wanita sesuai memakan pil perancang. Berbincanglah dengan doktor anda untuk mengetahui samada anda calon yang sesuai menggunakan kaedah pencegah kehamilan ini.