Thursday, February 27, 2014

Tudung Baru

Yeay!!!! tudung baru dah dapat......tak sabar nak pakai. Kalau ikut padan dengan baju yang pakai hari ini sangat padan tapi....difikir balik lain kali lah. Terima kasih kpd Ayang Maswan kerana telah menjahit tudung saya, cantik sangat3... Insyaallah kalau ada rezeki lagi sya nak tempah lagi untuk baju yang en suami belikan.



Haa.....di atas ini lh tudungnya...cantik kan!. harganya pun ok berpatutan dan mampu beli. Ok lah ye nak beleter panjang2 pun nanti jadi merapu pulak. Kita jumpa di lain entry ye. Bye!!!

 silalah comment post ini...

Tuesday, February 18, 2014

Prepair Untuk Sambut Baby ke-2

Pejam celik pejam celik dah masuk 6 bulan. Bulan 3 ni dah nak masuk 7 bulan. So, barang keperluan baby dah kena stanby. persediaan barang baby dah 99% tinggal pampers new born je belum beli lagi.. Untuk ibunya pula dah 90%, tinggal beli set bersalin dan tempah mak bidan nanti. 

Pengalaman pertama dah barang2 lama pun ada dan masih boleh diguna so, tak banyak yang perlu dibeli baru. Biasalah bila dah masuk 7 bulan barang2 baby dah perlu distanby dalam kereta kata DR, bukan sya kata....hihihihi... untuk langkah berjaga2 kenalah bersiap sedia pada kemungkinan yang akan datang. Syukur alhamdulillah ada sahaja rezeki anak.

silalah comment post ini...

PUDING JAGUNG KOKTAIL

Alhamdulillah rezeki kawan2 hari ini dapat makan puding jagung koktail hasil air tangan saya sendiri.... Ini adalah 1st time saya membuat puding jagung tau. Rupa2nya senang aje kan..cumanya msa mengacau puding tu je lama sikit sampai berpeluh2..tp hasilnya memang sodappp!!!!!

En suami dan anak pun suka makan puding jagung saya. Suka sangat bila apa yang dimasak orang suka makan. lepas ni boleh lah buat lagi.... Punca utamanya nak buat puding jagung ni sebab sya yang teringin nak makan. mak yong lah kata kan...ngidam kononnya. nak mintak tolong ibu mertua buatkan, malu....so belajarlah buat sendiri, ternet kan ada search saje.... Alhamdulillah menjadi sehingga menjilat jari!

bagi sesiapa yang nak cuba buat boleh lah cubanye. Di sini saya ada share resepinya untuk berkongsi kebahagiaan bersama. Selamat mencuba!


PUDING JAGUNG DAN KUAH KOKTEL

Resepi asal : 'blog apabila nasron menulis'
(saya copy paste jer, rajin lah kata kan.., hahaha)


PUDING JAGUNG
Bahan-bahannya :
·         Tepung Kastard 1 cawan
·         Air Masak 5 cawan (1 jag kecil)
·         Susu Cair (Optional) 1 tin
·         Jagung Dalam Tin (Jenis Krim) 1 cawan (sya gna 1 tin lagi sedap sbb banyak jagung, hehehhe)
·         Gula Pasir ½ cawan
·         Garam 1 sudu kecil
Cara Membuatnya :
1.    Masukkan semua bahan ke dalam periuk atau kuali.
2.    Kacau bahan sehingga rata dan tidak berketul-ketul.
3.    Siapkan dapur dan masak dengan api sederhana.
4.    Sentiasa kacau hingga adunan menjadi likat dan berkilat.
5.    Proses memasak memakan masa dari 30 hingga 60 minit bergantung kepada tahap kekuatan api. Saya sarankan gunakan api sederhana besar pada permulaan tetapi jika dah hampir likat, bolehlah kecilkan api. (sya ambil masa 60 minit)
6.    INGAT, anda harus sentiasa mengacau adunan untuk memastikan tidak berketul dan hangus!
7.    Setelah likat dan berkilat, tuangkan adunan ke dalam mangkuk atau bekas.
8.    Biar ia sejuk dalam suhu bilik atau kalau tak sabar sangat, sila rendam bekas kedalam air. Pastikan air tu tak masuk ke dalam puding ya!
9.    Setelah itu masukkan ke peti sejuk.



KUAH BUAH-BUAHAN (KOKTAIL)
Bahan-bahannya :
·         Buah-Buahan Dalam Tin / Cocktail Fruit 1 tin
·         Susu Cair 1 tin
·         Gula Pasir 4 sudu besar
·         Garam ½ sudu kecil
·         Tepung Jagung (Optional) 1 sudu besar
·         Air Masak ikut kesesuaian
Cara Membuatnya :
1.    Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
2.    Masak dengan api sederhana kecil.
3.    INGAT, masak jangan sampai pecah susu kalau tidak, tak cantik kuahnya nanti. macam masak lemak gitu jangan sampai pecah santan...
4.  Bila dah mendidih (jangan sampai didih lama), sila tutup api dan sejukkan.
5.   Jika anda dapati kuah terlalu pekat, sila tambahkan air masak mengikut kesesuaian yang anda perlukan.
6.    Jika anda merasakan kurang manis, sila tambah gula pasir atau gunakan SUSU/KRIMER PEKAT MANIS.
7.    Setelah selesai memasak, sila sejukkan kuah dengan suhu bilik.
8.    Apabila kuah telah bersuhu normal, masukkan ke dalam peti sejuk.


* Oh ya, ni tips saya nak bagi, untuk elakkan puding melekat pada bekas yang digunakan tu, basahkan bekas dengan air sedikit baru masukkan puding. InsyaAllah takkan melekat punya, hehehe.. Puding ni sedap dimakan sejuk dan dimasukkan ais dalam koktel. Yummy!

silalah comment post ini...

Thursday, January 30, 2014

My second Baby

Assalamualaikum kawan2 blogger...

Minggu nie genap 5 bulan usia kandungan ku. Sekejap je kan masa berjalan....tinggal lagi 4 bulan dah nak bersalin. Now dah kena fikir barang keperluan baby. Barang2 lama kena selongkar balik mana yang boleh guna. Nnti tak lah berat sangat nak beli semuanya baru.... Macam baju dan adalah jugak barang2 lain yang baru. Hal maklumlah orang baru.

Alhamdulillah masa 3 bulan lepas check up dgn doktor, my baby sihat dan dah nampak fizikalnya. Nasib baik di klinik kesihatan ni peratannya dah canggih so nampaklah dengan jelas kan..



Harap2nya my second baby nie mudah jugak jaganya seperti abg khalisnya masa kecil hingga sekarang. Mudah untuk sya dan keluarga dan orang yang akan jaganya nanti.

Harapan menggunung sya, kelahiran baby kedua ni sya harap sya dapat beri susu ibu sepenuhnya. Masa abg khalis, hajat sya tak tercapai dan harap2 Allah makbulkan permintaan sya kali ini. Sya sangat cemburu dengan ibu2 lain yang dapat beri anak susu badan, sedangkan sya, tak dapat beri. Sya bukannya berkira tentang pembelian susu fomula, sya tidak kesah pun asalkan anak sya dapat minum dan puas tapi...kalau boleh sya hendak anak sya minum susu ibu paling tidak pun dalam tempoh 2 tahun. 

Masa search fb barang2 baby, adalah breastpump macam2 jenis jual. Kali ini sya ingat nak belilah sebab masa abg khalis sya beli pump yang biasa je. Bila ditanya dengan en suami, jawapan yang diterima mengecewakan "nantilah beli'. Kalau ikut sya hendak beli sebab harganya tengah murah sekarang ni. Sya siap kata dengan en suami " ok, nanti kalau suruh beli, mahal, jangan marah ea.." dia pulak jawab " nak beli, beli lah sayang!". Ermm.....bagi beli tapi , siap boleh perli2 kita lagi beli lah semuanya yang dijual dengan kedai2 sekali...amboi! kemain lagi dia memerli kita erk. sabo aje lah...kecik pulak ati kita nie... Bendanya ialah seperti gambar di bawah harganya sekarang tengah murah. Kalau jenama event, yang manual je dah RM200 + + . Ini elektrik + bateri...baru RM100 + +. Tu yang macam nak beli...

RM189.00 (set)

RM289.00 (set)

So, keinginan ni terpaksa di pendam dahulu. Nanti dah bersalin kot baru beli. Masa tu sya suruhlah dia yang beli..kalau mahal jangan bising sudah kan!. 

silalah comment post ini...

Thursday, January 9, 2014

Betul Ke??

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua kawan2 blogger....lama menyepi kini kita bersua lagi..biasalah bzz mengalahkan PM. hehehehe....

Betul ke? apa yang betul? alih2 tanya betul ke?...entah apa2 je tajuk entry sy nie kan. hahahaha....sebenarnya sy pun tak tahu nak letak tajuk apa, yang sy tahu sy nak tanya pada anda yang membaca entry sy nie betul ke jika seorang ibu hamil jika ia inginkan anak yg comel dia perlu tengok baby2 yg comel2....dan adakah boleh menjamin anak yg akan bakal dilahirkan nnti akan comel juga spt apa yg diidamkan? Ermmm....sy mahukan kesasihannya akan fakta atau omong2 ni dri anda sekalian...

Setiap ibu pasti akan inginkan anak yg comel betul tak? so apa yg boleh merangsangkan atau tindak balas dari apa yg kita tengok itu yang akan boleh kita dapat walaupun tidaklah serupa 100% tapi seakan2....Betul ke?




Apa yg sy tahu dengan amalkan membaca surah maryam juga boleh mendapatkan anak yang comel....cara lain sy tak pasti. Tapi apa yg sy kata di atas apa yg kita lihat tidak 100% effect pada baby kita..itu semua ketentuan Allah. Tp tak slah sy rasa jika kita inginkan anak yg comel, cantik dan cute seperti gambar baby di atas kan.. Gen yg terbentuk adalah dari gen ibu bapa baby itu sendiri. Tak semestinya ibu bapanya hitam manis mereka tak boleh dapat anak kulit putih dan begitu juga sebaliknya...

Sy rasa cara yang paling mujarab adalah ibu bapa perlu banyakkan berdoa mohon kpd Allah agar apa yg diingini dapat, diperkenankan oleh-Nya. Bukan shja wajah cantik bahkan akhlaknya juga cantik. Betul tak?!...

Kesimpulannya ialah banyakkan brdoa dan bersyukur apa yg telah diberikan oleh Allah kepada hambanya kerana semua telah terlulis sebelum kita dilahirkan lagi ke dunia ini begitu juga dengan anak kita yg bakal lahir ketentuan hidupnya telah ditulis oleh Allah cuma kita shja tak tahu apa yg akan bakal berlaku nanti....

silalah comment post ini...