Tuesday, July 16, 2013

Kelebihan Puasa Menurut Islam

Dalam Islam, banyak manfaat atau kelebihan apabila kita berpuasa terutamanya di bulan ramadhan. Bukan lupa cuma tidak ingat sebab dah lama meninggalkan alam persekolahan dan jarang2 atau kadng2 dengar ceramah agma atau pun baca buku. Di sini sya nak kongsi serba sedikit apa yang sya tahu. Ilmu ini pun sya dapat dari en google dan en blogger. Dengan adanya serba sedikit ilmu ini sya nak kongsi lah jugak dengan anda. Sya percaya banyak si blogger menceritakan tentang yang sama tapi mungkin daripada beratus, beribu blog, blog sya yang terpilih. Alhamdulillah dah rezeki sya.

Baiklah kita berbalik pada tajuk entry sya, kelebihan puasa menurut Sunnahdiantaranya ialah:


1. PUASA, MENGHAPUSKAN DOSA:

Maksudnya: Dari Abu Hurairah Ra, Bahawa Nabi s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kerana beriman mengharapkan balasan (dari Allah), nescaya diampunkan dosa yang telah lalu. [Muttafaq ‘alaihi]

Ini disyaratkan menjauhi dosa-dosa besar, maka dosa besar tidak dapat dihapuskan kecuali dengan taubat; kerana Rasulullah bersabda:

Maksudnya: Sembahyang lima waktu, Jumaat sehingga Jumaat berikutnya, Ramadhan sehingga Ramadhan berikutnya; menghapuskan dosa kedua-duanya apabila dijauhi dosa-dosa besar. [Muslim]

2. PUASA PERISAI DARI NERAKA, MENJAGA SYAHAWAT

Dari Jabir r.a, Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud puasa itu perisai,yang Menjauhkan hamba dari api neraka. [al-Thabrani]


Sabda Rasulullah s.a.w: sesiapa yang mengerjakan puasa pada jalan Allah , nescaya dijauhkan dari neraka 70 musim. [Muttafaq ‘alaihi]

Semua kelebihan ini diperolehi dengan hanya berpuasa pada satu hari sahaja, bagaimana pula jikalau seseorang yang berpuasa sebulan Ramadhan, dan bagaimana pula orang yang berpuasa di bulan yang mulia ini setiap tahun?!

Puasa juga dapat menjaga diri seseorang dari gangguan syahwat, kerana itulah Rasulullah mengarahkan pemuda yang tidak berkemampuan berkahwin agar berpuasa.

Wahai sekalian pemuda! Sesiapa dikalangan kamu yang berkemampuan untuk berkahwin, berkahwinlah kerana ia dapat menundukkan pandangan mata, dan dapat menjaga kemaluan , dan sesiapa yang tidak mampu berkahwin maka hendaklah berpuasa kerana dengan ia adalah perisai. [Muttafaq ‘alaihi]


3. PUASA DAN SYAFAAT

Sabda Rasulullah s.a.w

Puasa dan al-Quran akan memohon syafaat kepada Allah pada hari kiamat-bagi orang yang berbakti(yang selalu berpuasa dan membaca al-Quran).....[hadis riwayat Ahmad]


4. AR-RAYYAN UNTUK ORANG BERPUASA

Dari sahl bin saad r.a, ia berkata: Rasulullah bersabda di dalam syurga ada satu pintu yang disebut ar-Rayyan. Orang-orang yang dibenarkan masuk syurga melalui pintu itu kelak, hanyalah orang yang berpuasa, sedangkan yang lainnya tidak dibenarkan. “manakah orang-orang yang berpuasa? Dan bila orang yang terakhir dari mereka masuk, maka pintu pun segera ditutup, hingga tak seorang pun yang dapat memasukinya. [Muttafaq ‘alaihi]


Maka bersungguh-sungguhlah saudara dengan menjaga puasa yang fardu dan puasa sunat agar dapat masuk syurga melalui pintu ar-Rayyan!


5. MENDAPAT KEGEMBIAAN

Dari Abu Hurairah r.a , Bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: bagi orang yang berpuasa dua kegembiraan; kegembiraan ketika berbuka puasa dan kegembiraan ketika bertemu tuhannya. [Muttafaq ‘alaihi]


Kegembiraan ketika berbuka puasa: iaitu selepas Allah mengurniakan nikmat berbuka puasa, dan dihalalkan kepada apa yang haram dilakukan pada siang hari; makan, minum dan sebagainya.


Kegembiraan ketika bertemu Allah: ketika ia mendapati pahala puasa dibentangkan di hadapan Allah Taala. Firman Allah Taala:

Maksudnya: “Hari (kiamat Yang padanya) tiap-tiap seorang akan mendapati apa sahaja kebaikan Yang telah dikerjakannya, sedia (dibentangkan kepadanya Dalam surat-surat amalnya)” .

[al-Imran 30]



6. ORANG BERPUASA BERBAU KASTURI

Sabda Rasulullah s.a.w demi diri Muhammad berada dalam tangannya sesungguhnya bau mulut orang berpuasa disisi Allah terlebih harum dari bau kasturi. [Muttafaq ‘alaihi]
Sesungguhnya bau mulut orang berpuasa itu busuk disisi manusia, kerana perut itu kosong tidak berisi makanan.

Monday, July 15, 2013

Panas!

Salam kawan2 blogger...bila baca entry sya kali ini mesti ada cite hot kan! Sebab tajuknya je dah 'panas'. Sebenarnya taklah hot sangat yang hot adalah suhu di tempat keje sya hari ini. Apa yang hot nya ialah aircond tempat keje sya rosak....hihihihihi....pasti anda semua terkejut kan bila bace entry macam ada cite sensasi tapi, hahahaha....hot lah sangat. 

Hari isnin adalah hari yang sibuk, banyk keje bila takda aircond bertambah panas.....hati ini. Dahlah satu report tak satle2, asyik ada saje perubahan, tambahan, buang, masuk balik jadi fining kepala sya dibuatnya memikirkannya. Hari khamis sya dan kawan sya akan satlekan report tersebut. Bila banyak sangat perubahan, designer pun fining yang mana satu batul. Inilah yang mmbuatkan tersalah report dimasukkan dalam anual report. Harap2 lepas ni yang betul dan tepat sekali serta hasilnya juga cantik semua orang suka membacanya.

Kawan2 ditempat sya termasuklah bos sya jugak ada beli kipas kecik. Sya je yang takda lagi, masa kawan2 beli sya taknak beli. Dah sudah diri sendiri menyesal. Ermmm.....apa boleh buat, tunggulah kalau pergi lagi kedai tu atu terjumpa kipas macam diaorang tu akan sya beli jugak.

Bila dicite dengan en suami minta dia belikan kipas guna usb, boleh dia kata 'bawalah kipas kat umah ni'. Sakit pulak hati kita ni erk. Sabar sabar.... Hari esok tagak lagi sya kepanasan kalau maintenance tak betulkan jugak. Panas! Panas! Panas!. Terpaksalah sya pinjam kipas my baby. Hahahahaha.....mama pinjam ye syg....

 silalah comment post ini...

Thursday, July 11, 2013

Nak Makan

Alhamdulillah my baby sekarang dah mula nak makan apa sahaja termasuklah nasi. Kalau sebelum ni dia susah sangat nak makan nasi. Hari ini mungkin hari dia nak makan kot. Sya masakkan sayur kobis masak air je campur dengan tahu. Alhamdulillah dia makan, habis nasi 1/3 senduk. Susu pun dia kuat jugak minumnya. 

Walaupun my baby orang kata badannya nampak susut tapi, bila didokong, lenguh dan sakit jugak pinggang kita. Pipinya montel dah tembam sikit, kakinya juga nampak tembam. Bila dalam gambar memang nampak kurus. Dibandingkan masa dia kecik memang berbeza, masa kecik tembam sangat bulat je mukanya. Dah besar ni dia dah aktif dan dah dapat kaki pulak, berjalan saje turun naik turun naik tangga dan ke hulu ke hilir. Ada saja yang dia nak buat main tak kiralah periuk, mangkuk, selipar, penyapu dll lah. Mainan yang khas untuk dia, dia tak nak main.

Bagusnya dia dah aktif ni, tidur malam dia tak berjaga sampailah pagi. So, mamanya taklah bangun buat susu selalu sebab dia dah keletihan bermain siang hari. Kadang2 tu sampai sya hantar umah tok maknya dia masih tak bangun2, letih betul. Senang mamanya nak bersiap dan berkemas. Kalau dia sadar payah, tak boleh buat keje kita dibuatnya asyik nak berdokong saje.. ada satu hari tu sampaikan mamanya bersolek sambil mendokongnya. Kalau tak, bila nak siap, nanti lambat pergi kerja nak hantar dia ke rumah tok mak lagi, nak kejar punch card lagi. Errmmm......aptb anak mama ni.

Syok je menaip dah lari dari tajuk pulak citenya ye. Kita sambung balik tujuan asalnya. My baby suka sangat makan jemput2 pisang. Manis agaknya. Bukan shaja jemput2 pisang, jemput2 lain pun dia nakan. Ada dalam 5 biji jugak kadang2 dari secubit2 beri dia. Kalau dia suka makan dia akan datang pada sya tanpa sya panggilnya. Kalau tak suka, sya panggil dia buat tak tahu jerk....ish! Geram betul kadang2. Tahu dengan gula merah tu pun dia suka makan. Mertabak maggi pun ada sekali sya beri, sya bawak balik baki makanan mesyuarat tempat kerja. Dia suka makan sampai habis sepotong. Suka sangat tengok bila my baby dah boleh makan menu keluarga. Tahap kebimbangan dan kerisauan dah kurang lh. Susu tak mengenyangkan untuk usianya sekarang. Di usianya sekarang memang dia perlu makan, susu tetap minum.

Setakat ini sya beri lobak, kobis dia makan. Tapi brokoli kurang gemar sikit. Kalau lobak, dia makan gitu je kalau sya masak sup. Sedap agaknya pada tekaknya. Baguslah sayang boleh cerahkan mata. Dapat dielak dri penyakit rabun. Mama harap anak mama lepas ni tak memilih makan ye sayang. Mama gembira lihat anak mama dah pandai makan dan semakin bijak. I love u so much!.

Kawan2 di luar sana, anda kenalah berbanyak bersabar apabila melayan karenah baby ni. Ragam mereka setiap baby tak sama. Masing2 ada perangai masing2 dan berbeza. Banyakkan istiqfar agar tahap kemarahan tidak melampaui batasnya.

 Good luck mama, mummy, ibu, emak, ummi dalam mendidik anak! Semoga anak kita nenjadi anak yang soleh dan solehah serta baik, dengar kata ibu bapa, dunia dan akhirat....amin.

silalah comment post ini...

Wednesday, July 10, 2013

Perkara yang memBatalkan Puasa

Hanya sebagai peringtan semula sahaja walau pun dah mempelajsrinya semasa sekolah dahulu atau pun ada membaca buku. Hal maklumlah kadang2 kita ni terlupa atau pun tidak sengaja melakukannya, betul tak!. Di sini sya nak kongsikan dengan anda perkara2 yang boleh membatalkn puasa iaitu seperti di bawah:

  • Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga dengan sengaja
  • Memasukkan sesuatu ke dalam dubur (jalan belakang) atau qubul (jalan depan) dengan sengaja
  • Muntah dengan sengaja (jika termuntah, tidak batal puasa)
  • Bersetubuh dengan sengaja, sekalipun tidak keluar mani
  • Mengeluarkan mani dengan sengaja atau dengan jalan bersuka-suka seperti berpeluk-cium dan sebagainya
  • Kedatangan haid atau nifas
  • Gila walaupun hanya sekejap masa
  • Mabuk atau pengsan sepanjang hari, dari terbit fajar hingga terbenam matahari
  • Murtad iaitu orang yang keluar daripada agama islam, sama ada dengan hati, perkataan atau perbuatan
Inilah ia perkara2 yang boleh membatalkan puasa kita. Puasa kita boleh terbatal jika salah satunya kita ada melakukannya. So, elaklah daripada melakukan perkara2 sedemikian. Membuang puasa memang seronok sebab boleh makan di siang hari tapi apabila hendak menggantikannya punyalah liat atau susah, ada sahaja alasan yang diberinya. Nampak mudah tapi sukar untuk melakukannya jika tidak kuat.

silalah comment post ini...

Tuesday, July 9, 2013

Salam Ramadhan

Salam ramadhan sya ucapkan kepada semua umat islam. semoga tahun 2013 ni akan beri lebih banyak manfaat dan hidayah dariNya. Banyak dugaan pada bulan puasa ni, terutamanya nafsu makan, mata dan mulut. So, bulan puasa kali ni nak kurangkan pergi bazarlah dan kalau boleh takyah pergi sebab nnti pelbagai makanan yg hendak dibelinya tapi akhirnya tak makan, dah membazir...

Kalau lah ramsi orang tang berfikiran macam sya habis lah peniaga2 di bazar.. hahahaha....tak balik modal. Ini KPI sya, jangan lah yang lain pun ikut sya. Misi sya, sya nak kurangkan belanja dan kawal pemakanan serta elak dari membazir. pada orang lain terpulang lh kepada anda nak menentukan cara hidup anda.

Puasa pertama je sya dah tak dapat berbuka bersama en suami tercinta sebab bertugas. Apa boldh dikatakan lagi, dari tugas itu lah punca rezeki kami so, sya kena redha' dan terima hakikat serta paham dengan tugas en suami walau pun ada terasa terkilan dan kecewa sikit. Tak kisah lah, hari ketiga dapat berbuka bersama2 insyaAllah hendaknya.

Tahun lepas satu bulan tak dapat berpuasa sebab dalam pantang. Alhamdulillah sya dah bayar fidyah sebulan until puasa yang sya tinggal tahun lepas. Rasa lega sikit lepas bayar fidyah. Lepas raya ingat nak puasa ganti insyaAllah dengan izinNya. Setakat 7 hari ini mungkin takda hal lah sangat, ni satu bulan tu...ingan sikit hari nak ganti. Ganti hari mungkin tal berapa yakin sangat, dapat puasa pd hari isnin dan khamis pun dah ok sangat lah.. Harap2 boleh puasa nanti.

Tahun ni sya sangat berharap kalau sya dapat berpuasa penuh tanpa makan pil. Memang boleh tapi sya rasa sya tak boleh sebab ia akan mengganggu kitaran haid sya. So, hanya mampu dilakukan ialah berdoa agar dapat berpuasa penuh, itu sshaja. 

Dikesempatan ini sya ingin ucapkan Selamat Berpuasa untuk semua umat Islam di seluruh dunia. amin....

silalah comment post ini...