Thursday, February 14, 2013

Sakit Peyuttt..

Tiba-tiba sakit peyut pulak melanda aku petang ini.....entah kenapa aku pun tak tahu. Petang ini jugak ada latihan ping pong. entah boleh main ke tidak agaknya. Harap-harap bolehlah. Dahlah aku ni tak berapa pandai main ping pong, sakit peyut pulak melanda. Bukannya apa, walaupun aku ni tidak pro tapi setidak2nya aku boleh bermain pada sukan MAKSPEN nanti. Kalah dan menang biasalah standard permainan. Aku tak mengharapkan menang tapi biarlah kalah bermaruah taklah malu sangat dan aku boleh membanggakan untuk pasukan aku. Ha ceh! berangan je lebih, buatnya tak tahu lagi.
 
Ok lh ye aku nak salin pakaian, untuk pergi latihan ping pong. Kesian pulak kawan aku sorang tu tunggu lama....ok cau cin cau.
 
silalah comment post ini...

iPhone5

Tanggal 6 februari 2013 adalah hari bertuah untuk ku. bertuah ke? boleh lh...walaupun duit kena keluar. Pagi baru tengok dalam surat khabar iphone5 (keluaran terbaru) dan tup tup...malam terus beli........hihihihihi....macam tak percaya aku boleh guna hp iphone5. Ini pun galakan en suami yang beria sangat suruh beli.
 
 
 
Punca belinya iphone5 ni kerana my hero yang bijak bestari, agaknyalah dia suka gigit my hp dan tiba2 on off tak berfungsi. HP kan penting.....so, kenalah dibaiki atau pun cari baru.
 
Oleh kerana 1st time guna iphone5, tak tahulh simnya tak sama macam yang biasa. simnya kecik dan ia dipanggil nano sim. Dah...kena pergi maxis centre beli nano sim tapi no. yang samalah. RM25 melayang untuk nano sim sahaja. Kalau takda nano sim takleh guna iphone5 aku ni. beli mahal2 tapi takleh guna wat pe kan!
 
Lepas ni ura2 nak beli lagi satu untuk en suami. Tapi entah bila lah...kalau jadi. Tunggu 4D naik kot. hahahahahaha.......aje gila!. taklah....tgu jadi OKB(Orang Kaya Baru). Sebabnya nak download dengan samsung tak leh, nak vedio call dengan en suami pun takleh, berlainan brand. iphone hanya menerima geng iphone je, jenama lain tak leh. LECEH jugaklah walaupun lebih CANGIH daripada yang lain.
 
Lagi satu berita gempak, aku telah mengalahkan bos aku, dia guna iphone4 kalau tak silap aku. hahahahahahahahahahahaha........ketawa jahat!!!!
 
silalah comment post ini...

Thursday, January 31, 2013

Rinduuuu.....my hero!

Hari ini hingga 4hb feb 2013, mama ada konvensyen di pulau langkawi. Sian anak mama kena tinggal dengan nenek. Kalau mama je pergi takpa ni, papa pun pergi jugak. Pada mula2nya macam tak pergi tapi orang harapkan kita pergi, nak tak nak kena pergi.

Runsing kepala bila fikirkan spa nak jagakan my hero. Tokmak dia memang nak je jaga tapi saya bimbang sebab tokmaknya tak berapa sihat sangat nak jaga my hero siang dan malam. Makngah sg. Mas pulak anak sekolah dan jaga mak dia. Ma kngah jb sanggup tp saya yang tak sanggup takut my hero meragam. My hero tak pernah tinggal dengan makngah jb. Nak tinggalkan dengan nenek pun pada mulanya bimbang juga tapi nasib baik ada makcik fatinnya bolehlah tengok2kan my hero.

My hero anak yang baik, harap2 tak menyusahkan nenek dan makcik fatin. Hari isnin mama balik ye sayang!.


silalah comment post ini...

Sudah Besar anak Mama

Kini my hero semakin membesar dan cerdik. Merangkak dan duduk dah pandai. Kini dalam proses nak berdiri pulak. Dalam usia 7 bulan, 3 dalam 1. 


Inilah wajah my hero yang terkini. Orang makan roti canai dia pun nak makan jugak, tu yang bagi dia pegang. Dalam sibuk2 berbual tiba2 my hero telah membuat suasana jadi panik iaitu dia telah mencapai piring kuah roti canai dan apa lagi kuah pun tumpahlah kat mamanya......khalis! Khalis! Mama bagi takda kuah ek.

Manakala baju2 dia sudah banyak tak muat. Baju tido dia semua dah senting nampak perut dan butang asyik terbuka je...Aku pun belilah baju saiz 24m, ngam ngam je baju tu my hero pakai. Agaknya baju tu jenis cating fit kot sebab baju t-shirt sya beli saiz 12-18m dia muat dan labuh. Baju dalam gambar di atas tu saiznya 12-18m. Usia baru 7m.


silalah comment post ini...

Tuesday, January 8, 2013

BORONG TIKAR EVAMATIK


BELIAN BORONG 5 PCS RM200
1 PCS = RM45
FREE POSTAGE
BERMINAT BOLEH PM ATAU TINGGALKAN COMMENT ANDA ATAU 
HUBUNGI 012-7462407












































silalah comment post ini...