Wednesday, January 2, 2013

Back To School

Assalamualaikum n hi! kawan2.....mana yang ada anak dah sekolah hari ini area johor dah start bersekolah. Hihihihi....anak2 back to school ye. Dah cukup2 lah berehat setelah beberapa bulan bercuti ye. Mana yang nak duduki SPM tu buat yang terbaik, belajar rerajin supaya tercapai impian dan cita2. Di zaman sekarang ni pelajaran amat penting sekali demi kebaikan masa depan agar dapat pekerjaan yang bagus2 dan membina keluarga yang bahgia dan terjamin nanti.

Manakala bagi anak2 yang baru mula nak bersekolah, sebenarnya bukan anak tu yang excited tapi ibu n bapa yang terlebih excited sebab tahun ini anak first time bersekolah lah katakan....mesti macam2 ragam dan kerenah. Dalam beberapa hari ini ada ibu atau bapa yang akan meneman anak ke sekolah. Bukan sahaja meneman tapi belajar sekali. hehehehe.....dah tua2 baru tadika!!! hahahahaha......

Guru2 di luar sana, harap2 memiliki keikhlasan apabila mengajar anak2 murid agar perkara yang tidak sepatutnya tidak akan berlaku ke atas anak murid seperti guru belasah anak murid sampai lebam2, pukul kepala anak murid, guru mencabul anak murid dan sebagainya lah. Berilah didikan yang betul dan mengajar dengan hati yang ikhlas kerana Allah S.W.T. 

Selamat kembali ke sekolah ye adik2 dan anak2!!!!!!

Do the best 4 your Future!


silalah comment post ini...

Tuesday, January 1, 2013

Pure Marine Collagen

Ingin cantik,putih, muka bersih licin beseri tanpa ada jeragat dan sebagainya? di FB pelbagai produk di jual ada yang murah dan ada yang mahal. Ada duit dan yakin, kemungkinan boleh jadi. Antaranya seperti ini...




Haaa...produk di atas ini bagi orang yang mampu dan berkeinginan je boleh guna sebab harganya mahal. Produk ini juga artis-artis menggunakannya dan kemungkinan akan menyakinkan pelanggan-pelanggan di luar sana. Artis yang telah menggunakannya pulak adalah artis popular dan boleh membuatkan orang teruja untuk menggunakan jugak. Artis-artisnya seperti gambar di bawah:



 Keberkesanan produk ini ternyata. kalau tak caya tengok ni...



Haa..betul tak? daripada gelap ke cerah. hihihihi....produk ni boleh dapatkan di FB ini ye. Aku tak menjualkannya...



Selain produk di atas ada jugak produk dari alam semulajadi dan memang pure punya tanpa ada campuran apa-apa. Nak tahu produk apa? tengok gambar di bawah ni..



PMC ni memang asli dan segar dari ladang!!! harganya pun berpatutan dan aku rasa semua orang mampu memilikinya. Kalau anda berminat boleh PM saya di FB. Keberkesanan produk ini juga sama dan lebih kurang macam produk di atas tau. Jom tengok gamabr di bawah...



Korang nampak tak perubahannya? memberangsangkan kan.. ingin mencuba sila lah tinggalkan comment anda di entry ini..

Di sini aku share pengalaman comment2 orang yang pernah menggunakannya...





silalah comment post ini...

Monday, December 31, 2012

BENTAN?

Bentan? Adakah ibu2 di luar sana ada mengalaminya? Atau pengalaman adik-beradik ke, kawan2 ke atau sesiapa sje lh, boleh lah share di entry ini ye....


Sya syukur alhamdulillah masa dlm pantang sya tak terkena bentan, tapi adik ipar saya ada terkena bentan. Dia ada ngadu dengan saya yang badannya sejuk lepas ibu jarinya terlanggar anak tangga. Sya pun dengan jujurnya memang tidak tahu apa ubat atau yang sepatutnya dibuat jika terkena bentan ni, so sya suggestkan dia makan panadol. Apabila esoknya sya pun cri di internet apa ubat mengatasi bentan ni...

Terdapat pelbagai cara, ada yang menyatakan :
  • Ambil 2 biji bawah putih, dititik dan disapu pada kuku jari tangan dan kaki, dibuat selalu
  • Guna ibu kunyit dan kapur masak, caranya sama seperti sapu di kuku jari tangan dan kaki
  • Bertungku selalu
  • Urut badan atau disapu minyak panas di badan
  • Stokin selalu dipakai
  • Jangan banyak berjalan
  • Minum air kopi panas


Untuk maklumn ibu2 juga bentan ini boleh juga membawa maut bagi ibu2 dlm pantang. Jangan pandang ringan dan remeh benda bentan ini. So, ibu2 yang dalam pantang harus ikut kata orang tua dan berpantang betul2. Badan pun sihat bila dah lepas habis pantang nanti.

Jamu dan ubat2 yang sepatutnya perlu makan untuk badan sihat dan dapatkan tubuh badan yang sihat dan slim semula. Dengan sedikit ilmu ini yang sya kongsikan agar dapat memberi manfaat kepada ibu2 semua. 
 silalah comment post ini...

Last day to 2012

Hari ini adalah hari terakhir untuk tahun 2012...esok 1.1.2013. Masa zaman sekolah, nak tunggu 2010 macam lama sangat nak tiba. Sekarang dah nak masuk 2020 pulak. Adakah masa bergerak pantas atau jarum laju sangt geraknya? Kita lihat dengan mata kasar semuanya sama tak ada perubahan pun sama ada jam atau pun bumi. Apatah lagi dengan kesibukan kerja sehinggakan dah malam pun tidak disedari....Kita akan sedar bila tiba hari lahir nanti, eh dah sekian2 umur ku, sekejap je 

Masa zaman sekolah memang akan merasa lambat atau lama bila hendak ke zaman kerja. Masa tu jugak akan rasa cemburu dengan orang yang dah habis sekolah...tapi bila dah kerja lain pulak rindu zamn sekolah....Masa kerja jugak akan tersa zaman berlalu dengan pantas hari bertukar hari, minggu, bulan dan tahun.

Diam tak diam sekarang aku pun dah nak masuk 27 thn, eeee....dah nak hampir 30an..Anak baru seorang.

Sepanjang tahun 2012 ni pelbagai suka duka aku tempuhi tak kira lah sebagai seorang anak, mama atau pun pekerja. Macam2 ragam dan karenah. Semoga tahun 2013 akan menceriakan dan  memberi kebahagiaan kepada aku sekeluarga. 2013 juga adalah tahun yang lebih baik dari tahun2 yang lepas. Aku mohon kepadaMU agar Engkau limpahkan lah rezeki yang melimpah ruah kepada aku, suami, anakku dan semua ahli keluargaku serta ampunilah segala dosa2 kedua bapaku dan ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman..amin...

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013!!!!
silalah comment post ini...

Thursday, December 27, 2012

Mengatasi Masalah Bayi Sembelit

MESTI ramai ibu-ibu di luar sana terutamanya ibu macam saya ni baru first time bergelar mama, banyak perkara yang perlu saya tahu dan belajar. Pelbagai masalah yang dihadapi oleh bayi kita yang kadang-kadang kita tak tahu macam mana nak atasinya. So, kena lah ringan mulut dan bertanya dengan emak, kawan-kawan dan cari maklumat di internet, sudah semestinya ada ibu-ibu yang share pengalaman diaorang. 

MASALAH BAYI SEMBELIT salah satunya yang saya hadapi sekarang ni. Sampaikan saya pun tak tahu berpunca dari apa, adakah susu? atau adakah nestum?. Ada kata bancuh susu dan nestum cair-cair jangan pekat serta beri air banyak sikit. Selain tu cuba beri makan pisang atau betik. Saya telah mencuba semuanya dan hasilnya pada mulanya berhasil tapi ianya berlaku lagi....

Fikir punya fikir dan cuba cari di google, saya pun ada terbaca satu blog cikguazleen, beliau ada kongsikan di mana beliau tidak beri setitik pun air masak kepada anaknya. Beliau lagi advance beri anaknya makan pepejal seperti lempeng, ayam dan daging. Kalau kita kan beri bayi makan bubur ke, nestum ke atau pun biskut, tapi beliau lain dan tidak takut mencuba pada anaknya. Tapii...alhamdulillah katanya setakat ini anaknya tak pernah ada masalah sembelit. Caranya beliau hanya memberi susu sebelum makan dan selepas makan sahaja tanpa beri air masak. Selain itu ada juga yang share beri bayi makan buah-buahan, sayur-sayuran dan prune jus (ni utk babies above 6 mths je la) atau pun tukar susu bagi ibu-ibu yang memberi susu formula. Kadang-kadang ada bayi tidak sesuai dengan susu mahal atau sebaliknya.

Terdapat juga petua nenek ini yang anda boleh cuba bagi bayi yang atasi sembelit. Terdapat pelbagai komen yang share pengalaman diaorang. So, boleh lah anda klik disini.
Petuanya ialah:
- Layurkan beberapa helai daun kunyit di atas api hingga layu
- Letakkan daun kunyit atas perut bayi
*insyaallah beberapa minit kemudian bayi akan membuang air besar

Apa-apa pun jika semuanya tak berhasil, anda perlulah membawa anak anda ke klinik ye, jangan memandai-mandai jika tidak tahu nanti memberi kesan yang -ve pada bayi pulak, dah timbul masalah lain nanti. My c manja dah ok sekarang dah boleh membuang air besar, syukur alhamdulillah......

Ibu, mama, mummy, emak di luar sana selamat mencuba ye!!!!


silalah comment post ini...