Monday, December 10, 2012

Tambah lagi seorang anak buah

Alhamdulillah....anak buah yang ke-3 dah selamat dilahirkan pada 8 Disember 2012 tercepat dari tarikh due datenya. Tak kisahlah asalkan dah cukup bulan. Dapat baby boy lagi emak mertuaku. Alamaknya riuhlah kat umah sebab anak aku dengan anak adik aku membesar bersama, ermm....tak tahu lah nanti apa jadi dengan umah.

Nama diberi Rayyan Zikrin, Berat 3.25kg. Ermmm...muka penuh camera. tak percaya? tengok ni

Rayyan Zikrin (8.12.2012)

Sekarang ketiga-tiga baby untuk tahun ini dah selamat dilahirkan. Rayyan Zikrin yang bungsu, kedua Iman Raisyah dan yang pertama Ahmad Khalis.

Iman Raisyah (3.10.2012)

Ahmad Khalis (23.6.2012)

Ini lah wajah-wajah baby keluarga Carl untuk tahun 2012. Semoga Ahmad Khalis, Iman Raisyah dan Rayyan Zikrin menjadi anak yang soleh, orang yang berguna serta taat kepada ibu bapa dan perintah Allah S.W.T ye sayang.

silalah comment post ini...

Durian Crepe

Assalamualaikum kawan2 blogger...lama menyepi kini kembali lagi, hahahahaha.......

Sekarang ni sibuk bercerita tentang DURIAN CREPE, dari KL ke JB dan kini di tempat aku. Semuanya kata rasanya sedap. So, aku pun nak mencubalah jugak dan memang terbukti rasanya memang SODAPPP!!!!! 

Sebelum ni budang praktikal tempat aku jual dan kini diserahkan kepada aku pulak sebabnya dia dah habis praktikal. So, kalau ada orang berdekatan area penawar hingga air tawar boleh order. Pembekal aku ada menyediakan 4 jenis perisa iaitu durian, kiwi, strawbery dan peanut batter. Gambar dibawah adalah wajahnya kecuali peanut batter: 

PERISA DURIAN

PERISA KIWI
PERISA TRAWBERY (MERAH)

Keempat-empat perisa kebanyakkan yang order perisa durianlah. rasanya memang tidak diakui lebih sedap daripada yang lain. nak order boleh pm di https://www.facebook.com/comment post ini...

Thursday, November 29, 2012

Pandainya anak mama baca buku!

Sikit demi sedikit kebijaksaan anak aku terserlah dengan gelagatnya. Sekarang ni anak aku dah pandai menyiarap dan mengundur ke belakang. Bab tidur pulak dah konker satu katil dan pelbagai posisi, golek kanan, golek kiri sampaikan papanya terpaksa mengalah tidur  di bawah.

Pada mulanya aku teringin nak beli tilam siap ada permainan gantung tapi tak jadi beli dan bila tengok keadaan Khalis sekarang dah golek sana sini lagilah dah tak sesuai. Aku nak beli evamatic mats untuk Khalis. Sambil golek boleh belajar membaca dan melihat warna-warni serta huruf-huruf. 




cantikkn tilam ni tpi dah tak sesuai utk khalis



ini je yang sesuai untuk khalis sekarang. Panjangnya sama panjang macam katil single.

 
Mak ngahnya pulak upload gambar dalam FB baru-baru nie. Korang nak tengok? jom tengok!




Khalis dah pandai pegang barang. Kalau dibiar memang koyak lah buku ben10 abang iman.

silalah comment post ini...

Anniversary ke 2 Tahun

Assalamualaikum......
26 November 2012 yang lepas genap 2 tahun usia perkahwinanku. Terasa sekejap je dah 2 tahun dan anak pun dah berusia 5 bulan. Tapiiii.......keciwa sebab tak dapat buat something spacial pada hari tersebut dan en suami pun outstation. Insyaallah dalam perancangan pada 8 dan 9 disember ni nak duduk hotel bersama en suami dan anak. Harap-harap plan menjadilah boleh sambut anniversary dan birthday sekaligus.....

En suami pun memahami keadaan yang sebenarnya dan dapat diselesaikan dengan cara yang baik serta kedua-duanya happy. Hadiah? hadiah belated lah, macam mana sekali pun hadiah tetap ada walau pun tidak dapat diberi pada tarikh yang tepat. Aku tidak mengharapkan hadiah berupa benda tapi kalau orang bagi ambik lh, rezeki jangan ditolak betul tak? rugi! rugi! Hadiah yang paling bermakna adalah kasih sayang, setia dan kejujurannya yang aku mahukan. Inilah kunci kebahagiaan rumahtangga dan dalam perhubungan.

Cara nak sambut anniversary terpulang pada masing-masing nak macam mana, asalkan kedua-dua happy dan bahagia. Dalam tempoh dua tahun ni macam-macam dugaan, pahit dan manis aku harungi bersama en suami. Bohonglah kalau aku katakan "air mata tidak pernah keluar", sedangkan lidah lagi tergigit apa lagi aku hanya seorang manusia biasa ada hati dan perasaan. Ini lah dia asam garam perkahwinan.

Aku bersyukur kehadrat Illahi dengan ketentuan yang telah tertulis untuk aku. Dia lah yang maha mengetahui akan apa yang terbaik atau sebaliknya buat hambaNya ini. Aku sebagai hambaNya hanya menurut perintah. Semoga segala dosa-dosaku diampunkan oleh Allah S.W.T.

silalah comment post ini...

Monday, November 19, 2012

Batuk Berkahak

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.......hari ini berpeluang untuk mengupdate blog. My son dah 5 hari demam dengan batuk.  Tapiiiii, kali ini demamnya sangat2 membimbangkan sebab batuknya berkahak. Setakat pagi tadi dah 3 kali sedut gas untuk cairkan kahak. Kahaknya pekat sangat. Aku ada jugak search dalam google cara2 atasi batuk berkahak ni khususnya untuk bayi. Petuanya guna daun kaduk+kapur+air. Aku cuba buat dan memang muntah, tapi kahaknya masih ada lagi dan kta doktor kahaknya pekat. Selain itu, my baby tak berak dah 2 hari (semalam dan arini). Aku harap dia berak dan mungkin lendir akan keluar bersama najisnya. Harap2 lepas ni ke, petang ni ke atau malam ni ke dia berak lah. Kesian aku tengok dia bila dia batuk penuh dengan kahak dalam tekak. Rasa macam nak keluarkan je tapi tak boleh. Tidur pn tak lena, krukkrukkrukkruk....bila bernafas.

Mama harap malam ni anak mama dah sihat dan esok mama boleh kerja dengan hati senang bila tinggalkan khalis dengan tok mak. Tok mak pun bukannya sihat sangat, kalau khalis asyik nangis je dah tok mak kena dukung khalis. Satu kerja pun tak boleh buat nanti. Khalis anak mama, khalis kan kuat dan mama harap khalis boleh melawan penyakit ni ye sayang dan boleh cepat sembuh....ok lh ye dah time khalis makan ubat. see u next post.

silalah comment post ini...