Thursday, August 30, 2012

Puasa

Salam semua......hari ni hari ke-2 aku berpuasa. Bukan puasa 6 tp puasa ganti. hahahahahahaha..........nasib badan. Dah sedap2 tak pose pada bulan pose so sekaranglah giliran ganti balik. Bukannya sikit nak ganti, banyak hari oooooo.......Minggu ni aku di rumah emakku dan kebetulan emakku puasa 6 so, aku follow lah.

Minggu depan di rumah mertua, tak tahulah dapat ketidak pose. Tak dapat seminggu street buat isnin and khamis pun boleh lah...kalau tidak bila lagi aku nak gnti kalau tangguh2. Sementara aku masih bercuti ni so, lebih baik aku ambil peluang. Betul tak? nak buat street takut tak larat lah sebab sekarang ni bukn bulan pose, cabarannya kuat.

Harap2 dapatlah aku pose hingga esok. Dapat jugak 3 hari. Dengan berpose dapat jugak aku menurunkan berat badan aku. My baby pun minum susu formula so, tak bimbanglah sangat. My baby ni macam abang aku yang ke-2 langsung taknak ngempeng. Takpelah sayang asalkan ank mama sihat.

Bila dah start kerja nanti dapat brpa hari agaknya aku pose. Kat opis lagilah ada saje makanan dan tekak pulak asyik nak makan je. Teringat pulak dengan member opis. Rindu aku ngan u alls. U alls rindu tk dgn aku??? ermmm....teremo pulak. hihihhhi.....

Ok lah nak mandikan my baby. Mybaby baru bangun tido ni. k bye!!!
silalah comment post ini...

Wednesday, August 29, 2012

Rindu

Assalamualaikum.....orang pukul 12 mlm tido aku pulak masih menaip blog. hihihihi......td dah tertido so bila dah tersedar mata pun susahlah nak tido semula. Sebelum tido terasa gatal pulak jarini nak menaip blog, hihihihi.....

Tinggal lebih kurang 26 hari lagi aku akan mula bekerja semula. Bila dah hampir nak habis cuti terasa cepat lah pulak. Cuti 3 bulan pun terasa macam tak cukup nak bersama my baby. 24 September 2012 ni aku dah start kerja dan my baby pun dah cukup 3 bulan.

Bila cite bab kerja ni, terasa rindu dengan rakan2 sekerja dan aktiviti2 di pejabat. Pagi tadi baca facebook rakan sekerja tentang perbarisan 31 ogos ni. Sebelum ni aku adalah salah seorang ahli perbarisan. Memangseronok join dengan mereka. Walau pun penat tapi best dan lagi berbaloi kalau dapat tempat tak kisahlah kategori berbaris atau pakaian tercantik. Lepas ni tak tahulah boleh join lagi atau tidak.

Di opis pulak rindu dengan 4 kawan aku ni (kak imal, kak zura, noni & sabrina) tak sabar pulak nak jumpa mereka, sembang2, makan sama2 dan buat kerja sama2. Macam mana agaknya bila aku naik kerja nanti, masih expert lagi ke aku buat kerja atau kekok macam baru maxuk kerja??? hahahaha......tak tahu lah tapi rasa2 masih boleh ingat dimana data2 aku simpan.

Bila dah start kerja, terasa rindu pulak my baby. Petang lepas kerja baru jumpa. Ermmm....mesti mama rindu dengan Ahmad Khalis nanti. Ahmad Khalis jangan nakal2 ye sayang tinggal dengan nenek @ tok mak masa mama kerja.

Macam manalah agaknya bila aku dah kerja nanti harap2 aku boleh handle semuanya dan teratur. Aku kenalah bangun lebih awal dari sekarang. Inilah dia tanggungjawab seorang isteri dan mama. Perasaan rindu akan sentiasa menghantui diri nanti dan tak sabar nak  peluk cium Ahmad Khalis. Mama&papa sayang Ahmad Khalis!!!!


silalah comment post ini...

Tuesday, August 28, 2012

2 Bulan

Semalam 27 ogos 2012 Ahmad Khalis kena ada temujanji di klinik, hal maklumlah dan 2 bulan. Semalam hanya timbang dan injet. Beratnya sekarang dah 6.1kg naik 1.45kg. Mama pun dah tak larat nak dukung Khalis lama2.

Sekarang Ahmad Khalis dah pandai main air liur dan senyum serta ketawa bila diagah. Dia dah mula nak  pandai berbual tapi tak pahamlah hanya keluar suara "huuu" muncung mulutnya. Bila diagah papanya lagilah sampai terganga2 mulut sesekali terkeluar suara ngekeknya. Inilah perkembangan anakku dalam usianya 2 bulan. Terima kasih ALLAH kerana telah memberiku menikmati kebahagiaan ini. Tak sabar pulak nak tengok kletah Ahmad Khalis seterusnya. 

silalah comment post ini...

Raya 2012

Assalamualaikum kawan2 blogger....... rasenya belum terlambat lagi nak ucap  selamat hari raya kn. So, dikesempatan ni sebelum aku berceloteh lebih panjang, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN.

Tahun ni bukan sahaja bergelar suami istri tapi dah bergelar mama & papa. Memang seronok ada anak. Ahmad Khalis adalah tali pengikat kasih sayang antara aku dan suami. Alhamdulillah.......raya tahun ni amat bermakna buat aku. Ahmad Khalis dah cukup 2 bulan. Duit rayanya jugak alhamdulillah banyak dapat. Bila dah ada anak ni memang kalau boleh banyak rumah nak pergi sebab nak kumpul duit rayanya tapi, badan pulak letih. Rumah sedara-mara aku masih belum pergi lagi.

Ahmad Khalis juga telah sampai KL, beraya di rumah makde dan mak tamnya. Kalau dia dah boleh bercakap agaknya riuh dalam kereta suaranya je...tp dia belum boleh bercakap lagi. Ada jugaklah senyum2 bila di agah oleh sepupunya dan lebih banyak tidur lah. Hihihihihihihihi.....biasalah dlm peringkat umur ni memang tidur je. Anak mama&papa ni memang tak banyak ragamnya. Ahmad Khalis anak yang baik kn sayang!!!

Tahun hadapan tak tahulah apa keletahnya. Nak tahu tunggulah tahun hadapan ye alkisahnya. Ok selamat hari raya semua....berhati2 juga di jalan raya, ingat orang tersayang.....

silalah comment post ini...

Tuesday, August 14, 2012

Hari Raya Hampir Tiba......

Assalamualaikum rakan2 blogger......tinggal 4 hari lagi kita umat islam akan menyambut hari raya. Sekejap je kan, tak puas pulak berpuasa. Aku baru je nak berpuasa dah nak raya pulak. (haaa...ceh! yo o je kn aku ni) hahahahahaha.......tp betul lah aku tak tipu. Walau apa pun aku bersyukur dapat jugak aku berpuasa kalau tak jenuh aku nak ganti nanti.

Tahun ni baju raya aku hanya 3 helai je, itu pun mak bagi sepasang. Kedai pulak bila nak raya ni hentam naik harga baju melampau2 padahal harga asalnya tak lak mahal sangat. Kalau ye pun nak untung agak2 lah naikkan harga. Aaahhhhh!!!!!!!!! lantaklah diaorg, itu urusan diaorg dengan Allah kalau diaorang tak jujur. Betul tak????

Dulu Kota Tinggi tak semaju sekarang. Orang jauh2 seperti Kuala Lumpur pun balik kampung shopping kat Kota Tinggi, jangan tak caya....Kota Tinggi banyak kedai baju dan banyak pilihan sampaikan kita pembeli tak tahu nak pilih yang mana, murah dan mahal ada jual, naik rambang mata dibuatnya. Tak cukup kedai, bazar pun ada. Bukak sampai tengah malam. Larat tak larat je nak jalan sepanjang bazar tu. So, sapa yang belum beli baju raya bolehlah shopping sekarang ye.

Dikesempatan ini aku sekeluarga ingin ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN. Berhati2 di jalan raya, ingatlah orang tersayang.

silalah comment post ini...