Saturday, July 7, 2012

Satu rumah diserang semut

Semalam dan hari ni rumah mertuaku diserang semut halus hitam. Pada mulanya ingat di ruang depan rumah je tp rupa2nya sampai ke dapur. Semut ni kalau gigit sakit ooooo.......tak padan halus. Yang membimbangkan aku adalah semut tu gigit anak aku dan takut masuk telinga. Kesian anak aku nanti.

Rumah korang pernah tak diserang semut? jd runsing kita dibuatnya. riset pun sampai berbotol2 untuk menyembur dia je. Agak2 kenapa ye semut ni menyerang?. Pada mulanya aku anggap rezeki, tp oleh kerana terlalu banyak terpaksalah dibunuh. Semut, semut, aku mintak maaf sbb terpaksa bunuh ko.

Mak aku pulak, dia langsung tak sedar yang semut tu mengurung kaki dia yang sakit. Nasib baik kakinya berbalut. Emak aku ada kencing manis so, bahaya untuk dia. Nasib baik aku perasan. Lagipun semut halus hitam ni kita tak rasa pun dia berjalan kat tubuh kita, tiba2 je rasa sakit digigitnya. 

So, kawan2 hati2 ye kalau semut menyerang rumah anda, lebih2 lagi kalau ada baby. Kulit mereka ni nipis. So hati2 ye kengkawan!

Silalah comment post ini...

Wednesday, July 4, 2012

Berjaga Malam

Saat menanti kelahiran baby memang saat yg mengembirakan, bahagia, teruja dan menakutkan. Apabila lahirnya baby, terpancar wajah ceria dan bahagia di raut wajah suami kerana baby yang dinanti2kn telah selamat dilahirkan.

Apabila telah lahir, maka tanggungjawab sudah bertambah dan suami menjadi ayah serta isteri manjadi ibu. Tanggungjawab ayah dan ibu ialah sabar dalam menjaga dan mendidik anak dengan sesempurna yang boleh.

Maka bermulalah episod berjaga malam, dimana baby akan berjaga pada tengah malam untuk menyusu dan bermain kerana pada waktu siang baby menghabiskan masa dengan tidor sahaja kecuali nak susu dia akan sedar, apabila dah kenyang dia akan tidor semula. Itulah baby........Kebiasaannya yang berjaga malam adalah ibu. Bapa jarang sekali bangun, Telinga je yang bangun tapi mata dan badan tak bangun pun. Apa boleh buat...

Sekarang aku lalui saat2 bahagia tu bersama suami tercinta. Memang penat tapi aku bahagia skrg dgn kehadiran baby pertamaku ni. Betul kata kawan2, badan memang rasa penat tapi happydan bahagia sangat3.....tak sabar pulak nak tengok tingkah laku yang seterusnya. Setakat ni baby hanya tahu nangis, senyum, tendang2 dan tidooooooooooo........hihihihihi..

Pengalaman pertama bergelar mama memang seronok w/pun letih sikit tpdemi anak mama, mama ketepikan rasa letih tu.. Mama sayang Ahmad Khalis! sekarang ni dia tengah tido. Mama pulak tak leh tido, sbb tu menghabiskan masa dengan tengok laptop. Tidolah wahai  anakku asalkan kamu tidak meragam kalau tak haru-biru mama dibuatnya nnti.

Kepada ibu2 diluar sana yang baru bergelar ibu selamat berjaga malam ye. Janganlah sesekali anda merungut krn itulah yang anda mahukan so, kenalah hadapi dugaannya..termasuklah aku.

Tuesday, July 3, 2012

Jaundis

Penyakit Jaundis adalah penyakit yg memang tidak dapat dielakkan. Penyakit ini hanya dihidapi oleh baby yang baru lahir sahaja. Ahmad Khalis juga salah seorang baby yg  kena penyakit ini. Dia ditahan di hospital 5 hari dari start hari dia dilahirkan, kesian anak mama...... selama 5 hari tu jugaklah merunsingkan hatiku. Ada satu hari tue dia kena duduk bawah 2 lampu. Masa tue hatiku sayu sangat tengok dia sampaikan aku tak dapat nak menahan air mata dan aku menangis. Aku tak sanggup tengok keadaannya masa tu. Masa tu bacaan kuningnya 15.

Hati ni hanya Allah sahaja yg tahu. Selama 5 hari tu jugak aku tak dapat menyusukan anak ku krn susu badan langsung tak keluar walaupun aku dah cuba urut sendiri dan tuam dgn air suam. Apabila baby kena duduk bawah lampu, ibu tak diberi pegang baby lama2. Masa tu hati ni sayu sangat dan cemburu tenkgok ibu2 yg lain boleh pegang dan belai anak lama2, terutamanya dapat beri susu badan sepenuhnya. Aku pulak terbatas untuk melakukan itu semua...
PP

Anak tak nak isap tetek

Aku ada masalah menyusukan anak. Aku ada baca artikal2 ttg penyusuan susu ibu dan aku ada praktikkn tp baby aku tetep tak nak isap. Kemungkinan puting tetekku pendek kot. Walaupun dia tak nk isap tetek tp susu badanku dia minum. So, aku hanya mampu memerah je utk bagi dia. Aku juga terpaksa memberi anak susu formula krn susu badanku tak dapat memberi 100% kekenyangan untuknya. Aku kalau boleh nak memberi susu badan sepenuhnya kpd dia sehingga paling tidak 2 tahun. Susu badan ni banyak khasiatnya tp apa kn daya tak boleh.

Sesiapa yg membaca entry aku ni, kalau ada idea ke atau cara2 penyelesaian runsingan aku nibolehlah share ngan aku ye. Aku sangat2 mengharapkan anakku menghisap tetek ku drp menghisap puting botol. 


cahayamata pertamaku

Assalamualaikum kwn2 blogger........maaflh ye dh lama terheng je blog aku ni. walaupun ada laptop tp biasalah penyakit M menguasai diri. Hari ni penyakit R pulak menguasai diri. Hari ni aku nk share ttg cahayamata pertamaku yg lahir pd 23 jun 2012. Namanya ialah AHMAD KHALIS BIN AHMAD FIRDAUS, sedap tk nama ni? sedapkn! hihihihihi...........

Sekarang aku dh bergelar mama, iaitu malaikat yg dinanti2 oleh anakku stlh dia dilahirkan. Mama akan jadi seorang ibu yg terbaik utk anak mama ye syg!. ahmad khalis pun mesti menjadi anak yg soleh ye syg!!!!!.

Semasa dia dlm perut aku dn suami ternanti2 akan kelahirannya, bagaimanakah rupanya, apakah jantinanya yg sebenar, cukup sifat tk anak ku, sihat tk dia dn berapa kilo. Pada 23 jun 2012 jam 11.02pg, terjawab semuanya soalan2 yg bermain di minda. Alhamdulillah....semuanya sempurna, Terima kasih Ya Allah krn memakbulkan doa2ku.Hari ni putraku dh 11 hari, sekejap je rasanya. Berat badannya jugak dh naik 3.5kg.