Tuesday, July 3, 2012

cahayamata pertamaku

Assalamualaikum kwn2 blogger........maaflh ye dh lama terheng je blog aku ni. walaupun ada laptop tp biasalah penyakit M menguasai diri. Hari ni penyakit R pulak menguasai diri. Hari ni aku nk share ttg cahayamata pertamaku yg lahir pd 23 jun 2012. Namanya ialah AHMAD KHALIS BIN AHMAD FIRDAUS, sedap tk nama ni? sedapkn! hihihihihi...........

Sekarang aku dh bergelar mama, iaitu malaikat yg dinanti2 oleh anakku stlh dia dilahirkan. Mama akan jadi seorang ibu yg terbaik utk anak mama ye syg!. ahmad khalis pun mesti menjadi anak yg soleh ye syg!!!!!.

Semasa dia dlm perut aku dn suami ternanti2 akan kelahirannya, bagaimanakah rupanya, apakah jantinanya yg sebenar, cukup sifat tk anak ku, sihat tk dia dn berapa kilo. Pada 23 jun 2012 jam 11.02pg, terjawab semuanya soalan2 yg bermain di minda. Alhamdulillah....semuanya sempurna, Terima kasih Ya Allah krn memakbulkan doa2ku.Hari ni putraku dh 11 hari, sekejap je rasanya. Berat badannya jugak dh naik 3.5kg.





Wednesday, June 20, 2012

Check Jalan Dah Buka ke Lom??

Semalam (19 Jun 2012) aku diarahkan oleh misi Klinik Bandar Penawar ke Hospital Sultan Ismail. Nasib baik aku tak terlambat memberitahu suami aku kalau tidak spalah nak bawa aku pergi hospital....

Kalau tidak silap aku kitaorang gerak dari rumah jam 9.00 pagi dan sampai lebih kurang jam 10.00 pagi lebih sikit. Aku sampai je di hospital, daftar dan tunggu giliran. Masa tunggu giliran punyalah lama sebab katil yang ada di bilik saringan tue tak banyak. Doktor pulak hanya 2 orang sahaja lelaki pulak tue. Tapi nasib aku baik ada seorang doktor perempuan datang dan dia yang check aku. Aku ucap syukur Alhamdulillah doktor perempuan. Bila dia check dan check, didapati aku masih belum ada jalan lagi...sakitnya bukan kemain lagi hanya Allah je yang tahu.

Ha...bila dah satle check kena tunggu kat luar, tunggu report dari doktor. Masa tunggu report doktor masyaAllah punyalah lama kalau tak silap aku hampir jam 4.00 petang. Tunggu punya lama, doktor suruh balik dan 21 Jun 2012 datang lagi (esok). Kalau aku tak silap dengar esok dia nak masuk ubat, kalau tak bersalin pun kena datang jugak.

Sehingga sekarang nie aku masih belum ada tanda yang aku nak bersalin. Aku risau jugak. Cuma bila aku berjalan aku ada rasa sakit. Aku harap-harap sangat malam ni sudah ada jalan terbuka atau pun dah ada gesa nak beranak senang sikit esok pergi hospital takyahlah masuk ubat. Betul tak?  hehehehehe......

Kawan-kawanku yang sekerja aku mohon maaf ye atas segala salah silap ku pada korang semua. Doa-doakanlah aku dan baby selamat ye. Berita selanjutnya akan diberitahu nanti. Tungguuuuuuuu.......

silalah comment post ini...

Monday, June 18, 2012

Tanda-Tanda Nak Bersalin

Oleh kerana masa kelahiran baby ku yang pertama sudah hampir. Aku pun klik-klik dlam internet nie cari tanda-tanda nak bersalin. Maklumlah baru first time kan...tanda-tanda tue tahu tapi tak tahu macam mana situasinya nanti.

So, disini aku nak kongsi ngan korang tanda-tanda Nak bersalin. Antaranya:

Bayi Turun Ke Bawah

Perut akan merasa ringan sekitar 2 minggu sebelum kelahiran kerana kepala baby dah turun ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Masa ini anda akan merasa sakit dibahagian kelengkang kerana bayi menekan. Selain itu, anda juga akan kerap membuang air kecil kerana baby menekan pundi kencing, sakit perut, memulas dan kerap membuang air besar serta kerap kentut.

Keluar Lendir Pekat atau Keluar Darah Bercampur Lendir

Lendir pekat seperti gam akan keluar dari laluan pintu rahim apabila rahim mula menipis. Lendir bercampur darah pula akan keluar apabila pintu rahim mula membuka. Ini boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Maka segera ke hospital.

Sakit Belakang

Anda akan merasa sakit belakang kerana baby beralih dan menekan tulang belakang anda. Untuk mengurangkan rasa sakit belakang, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan) dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehat badan anda. Ulangi lagi. Selain itu, anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Jika sukar untuk berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda baring mengiring.

Pecah Air Ketuban

Air ketuban biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya aku kurang pasti ada kata jernih dan ada kata keruh (kuning + hijau). Tanpa berbau. Segera ke hospital.

Pintu Pangkal Rahim Terbuka Dan Menipis

Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Kontraksi Yang Tetap Dan Berterusan

Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual.

Bila Perlu Ke Hospital

Segera ke hospital untuk membuat kepastian doktor:
  • Kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak nak bersalin dalam kereta kan..)
  • Keluar air ketuban
  • Pergerakan baby menjadi kurang kerap
  • Keluar darah dari vagina
  • Lain-lain masalah

Semoga aku dapat petunjuk dari Allah tentang tanda-tanda ini lebih awal sebelum berlaku perkara yang tidak dingini berlaku..


 silalah comment post ini...

Dah upload tapi tak keluar

kenapa ek bila aku upload gambar dalam post aku, gambarnya tak keluar? aku nie bukannya pandai sangat bab-bab nie. Sapa yang tahu macam mana nak selesaikan masalah aku nie tolonglah beri tunjuk ajar ye. Sebelum nie ok je takda masalah pun bila upload gambar. Gambarnya aku siap dah compres dulu saiznya, pun sama jugak.

lagi satu kalau aku masukkan gambar dulu nanti entry aku selepas gamabr tak keluar langsung dan tiada post bila publish. Apa dah jadi sebenarnya nie???????? tolong!!!!!!!!lah aku wahai kawan-kawan blog di luar sana macam mana dan apa aku boleh buat?. Sakit pulak hati kita nie!!!

Apa yang tak kena sebenarnya adakah kerana internet? atau blog aku yang problem?.

TOLONG!!!!!!!!!!!!

silalah comment post ini...

Tembamnye...

Semenjak dah mengandung nie wajah dan badanku sudah berubah menjadi tembam. Percaya tak percayalah. Dulu kurus je berat pun baru 45kg sekarang nak 69kg. Korang bayangkanlah berapa comel dan tembamnya aku sekarang. Kalau tengok gambar sendiri pun macam tak percaya dah setembam itu aku sekarang. hehehehehe.....banyak air agaknya dalam badan aku nie.

Kalau tengok badan aku nie mesti baby dalam perut pun tembam dan comel macam mamanya agaknya...haceh! perasan sendiri. Sekarang aku hanya tinggal 6 hari je lagi dan aku akan melahirkan babyku yang pertama. Macam mana agaknya rupanya, ikut wajah sapa agaknya adakah mamanya atau papanya...hihihihi...tak sabar rasanya.

Papa dia memang dah tak sabar-sabar nak tunggu baby keluar. Hari-hari cakap ngan baby "bila baby nak keluar?, papa dah tak sabar nie..' hihihi..seronok rasanya bila dalam situasi mengandung nie. memang indah. Betul kata para ibu diluar sana, bila mengandung adalah saat paling indah dalam hidup berumahtangga. Inilah masnya si isteri-istri nak bermanja dengan suami tercinta. Sepanjang tempoh 40 minggu mengandung, saat paling indah adalah semasa baby dah mula bergerak-gerak dalam perut. Si ibu pun akan bercakap-cakap ngan baby dan baby akan memberi tindak balas. Memang seronoklah...

Sepanjang aku mengandung nie, selera aku memang sentiasa ada. Asyikkkk.....nak makan je. sebab tue badan aku cepat naik dan menjadi tembam dan comel sekarang. kalau terserempak ngan kawan sekolah diaorang pun terperanjat tengok keadaan aku sekarang. Sampaikan ada yang tak kenal aku. Manak taknya dulu muka kecik sekarang dah bulat. hahahahaha.......perubahan dalam hidup ku sekarang.

 silalah comment post ini...