Monday, June 18, 2012

Happy Father's Day

Assalamualaikum and salam sejahtera... Walaupun dah lepas (semalam) aku tetap nak update jugak dalam entry aku. Kepada bapa-bapa di seluruh dunia semoga kalian semua happy and bahagia bersama keluarga tersayang dan u all the best for your family.

Kepada suamiku tercinta, sayang harap bee boleh menjadi seorang suami dan papa yang terbaik buat saya dan anak kita. Semoga hubungan kita dan rumahtangga kita kekal bahagia hingga ke akhir hayat. amin...


 

silalah comment post ini...

Friday, June 15, 2012

Free Everyday

Sepanjang aku mengandung nie lagi-lagi bila perut dah semakin membesar, kerja-kerja opis aku handle yang ringan-ringan je. Terima kasihlah bos, scnd bos n sabrina kerana memahami. Aku bersyukur alhamdulillah, sepanjang aku mengandung nie badan aku masih cergas dan mampu membuat kerja kecuali kerja angkat beratlah. Setakat menaip takde hal lah masih boleh lagi.

Sebelum nie kan aku ada cite pasal sorang mamat yang aku mintak tolong failkan surat-surat tapi dia tak buat, dan sekarang semua surat-surat tue aku dah failkan dan satlekan semua. Aku tak nak nanti aku naik bersalin benda tue tak difailkan langsung. Sebelum aku cuti bersalin nie kalau boleh semua kerja aku nak satlekan. Sekarang apa kerja yang bos aku bagi aku terus siapkan. Pekerja contoh lah katakan.....haceh!! perasanlah pulak....hehehehe jangan marah ha...

Boleh dikatakan jugak hari-hari aku free. BrFB pun boleh sepanjang hari sambil merekod surat. Kat unit aku nie terima surat jarang sekali. Aku berFB pun bukan untuk berchating ke apa ke tapi aku tengok barang-barang baby, koleksi baju raya dan tengok-tengok business yang ada dalam FB. Hal maklumlah semenjak dah pandai bershoping online nie asyik cuci mata je....Inilah masa dan peluang jangan aku lepaskan. Lepas bersalin nanti dah tak merasa lagi free memanjang macam sekarang, nak buka FB pun tak sempat dah apatah lagi nak update blog. Peluang jangan dilepaskan.....Free everyday!!!!

silalah comment post ini...

Wednesday, June 13, 2012

Shoping Online Je!!

Zaman dah semakin canggih sekarang nie beli baju pun secara online je kn! kalau dikira-kira lebih kurang sama jugak kalau kita keluar. Cuma bezanya beli secara online nie kita tak keluar ke pasar raya atau bandar lah, cuma beli dari rumah je dan tunggu barang sampai.

Tapi ada jugak peniaga mengambil kesempatan menjual mahal daripada di luar. Kita kenalah pandai servey harga barang. Aku pun salah seorang beli baju secara online. Aku beli baju baby and topi baby.



silalah comment post ini...

Tak Saing lah Pulak

Salam n selamat petang semua....semenjak dua menjak ni asyik cite hal mengandung je kan..hehehehe...hal maklumlah selagi baby belum klr selagi tuelh citenya tak habis. Bila baby dah klr cite lain pulak. Betul tak????

Kak kat tempat keje aku ni ada seorang yang tarikh duenya sama ngan aku cuma dia awal satu hari tapi sekarang dia dah pun melahirkan anaknya pada 11 Jun 2012. Dia dapat baby boy. bestnye!!!!!! seronok dengar bila orang dah bersalin tp dalam seronok-seronok tu ada jugak rasa takut sebab aku tak bersalin-salin lagi.

Berat badan semakin bertambah. Hari-hari kena pergi klinik. Letih dibuatnya. Misi pun satu kalau timbang berat ibu tu ambil kiralah berat baby sekali. Bohonglah dalam tempoh satu minggu hanya naik dalam 0.5 kg sahaja, kecuali si ibu itu tiada selera nak makan. Tapi kesianlah kat baby kurang mendapt zat dari ibunya.

Eh dah kelain pulak citenya ye. kita sambung balik ke cite yang asal. Kakak tue melahirkan anaknya seberat 2.96kg. Wah! boleh tahan besar jugak babynya tapi dia bersalin secara forsep bukan secara normal. Tak kisahlah asalkan kedua-duanya selamat betul tak?. Pada mulanya aku ingat kitaorang bersalin saing sebab tarikh duenya kan sama ngan aku tapi lebih awal pulak. Takpelah dah rezeki dia.

Sekarang nie aku pulak yang menunggu hari. Jangan kata aku je risau, orang lain yang tengok aku pun turut sama risau tengok aku sebab tak beranak-ranak lagi. Aku pun kalau boleh dalam minggu nie aku dah bersalin sebab dah tak sabar nak tengok baby aku yang comel. Mama n papa dah tak sabar nak menyambut kelahiran baby.., cepatlah klr baby!!!....makcik2 n pakcik2 baby pun sama dah tak sabar sayang!..

Mama harap baby lahir sebelum atau pada 25 Jun 2012 ye sayang jangan lebih tau. Mama n papa sayang baby....Ya Allah, engkau perkenankanlah doa hambamu ini.amin...

Tahniah kak ina! kerana telah berjaya melahirkan baby yang sihat dan comel....


silalah comment post ini...

Monday, June 4, 2012

Bosannnn.......dan Letihhhhhh......

Minggu lepas adalah minggu yang amat membosankan, meletihkan dan memenatkan fikiran dan otak aku. Ini semua kerana kerja, kerja dan kerja yang tak satle-satle. Rase macam nak ambik cuti je tapi bila difikir-fikirkan pulak ermm.....tak jadilah kesian kat kawan aku lagi sorang nanti dia sorang2 je yg handle. Dah lah lepas nie aku cuti panjang.

Lepas dah satle itu keje rasa lega rasenya. Minggu nie pun boleh dikatakan minggu borring jugak sebab kawan-kawan pergi kursus. Kalau tidak aku pun turut sama kursus itu tapi keadaan aku dan suami aku tidak mengizinkan aku pergi jauh-jauh. Due bersalin aku tinggal 3 minggu je lagi dan bila-bila masa saje aku boleh beranak. Buatnya aku terberanak kat tempat kursus dah menyusahkan orang lain dan suami aku pulak nak uruskan. So, jalan terbaik aku tak pergi. So, kawan-kawan yang pergi tue selamat berkursus ye dan menyiapkan projek KIK kita. Aku percaya korang boleh buat punya....!!!!!.
silalah comment post ini...