Monday, May 21, 2012

Seperti Robot

Salam semua...sebenarnya aku takde idea nak tulis entry tapi kak emal telah memberiku idea daripada perkataan yang diperkatakan. TQlah kak imal kerana telah memberi ilham untuk mengarang dalam entry intan nie..hehehehe....

Hari nie usia kehamilanku sudah 35W1D. hari nie jugak adalah first time aku berasa kat ari-ari aku nie sakit dan telah membuatkan aku berjalan seperti robot. Terdetik juga di dalam hati nie,'aku dah nak bersalin ke?' bila ditanya dengan kawan-kawan ngan nurse, mereka cakap baby dah masuk kat bawah. Takutnya.....hari dah semakin hampir aku rasa.

Hari nie jugak aku kena ambil darah BSP. 4 kali sehari kena pergi klinik. 2 jam sebelum ambil darah kena puasa. Alhamdulillah setakat 2 kali nie bacaan ok dan mintak-mintaklah sampai malam pun ok. Esok ada appointment dengan doktor kencing manis pulak. Ermmm......buzy betul aku 2 hari nie. Sepanjang kehamilan nie sampaikan nurse-nurse pun hampir semua aku kenal dan diaorang kenal aku. 

Bila perut dah semakin membesar agaknya memang jalannya seperti robot kot. Memang dah takleh nak control ayu dah. Semulajadi jalannya akan jadi begitu. So, ibu-ibu mengandung di luar sana janganlah risau ye dah memang begitulah semulajadinya begitu lagi-lagi bila dah nak hampir tiba masanya. Apa orang nak kata lantaklah!. Jangan pedulikan mereka. Yang penting kita di jalan yang benar...

silalah comment post ini...

Friday, May 18, 2012

Terasa hati cek!

Salam semua....sorylah ye kebelakangan nie aku buzy dan tiada mood nak menaip. Hari nie baru ada mood nak menaip blog. Cite yang aku nak kongsi nie berlakunya semalam.

Hati nie adalah terasa sikit dengan ada seorang mamat nie. Aku dah bagi tahu dia dah lama dah tapi sampai laaaa......tak dibuatnya. Tiba-tiba semalam dia terlebih rajin dan dia pun buatlah keje yang macam aku minta tolong tue tapiii.......bukan aku punya dia buat, dia buat yang orang lain punya. Kecik hati cek! selama nie aku minta tolong dia buat tak endah je......pakkal je perut aku nie dah besar, tak larat nak naik turun tangga. Kalau larat aku tak mintaklah tolong ngan ko!.

Muka dia boleh selambe jeee....takde rasa bersalah langsung. Aku pun malas nak cakap banyak sekarang. Aku rasalah mamat nie lebih suka bekerja dengan orang lain dari kami kot. Aku tengok caranya pun dia lebih rajin buat keje bila orang lain arahkan tapi bila kami arahkan rela terpaksa je dia buat. Keje yang dia buat macam orang tak ikhlas ada saje yang tak kena. Apa yang tak kena tue korang paham-paham ajelah bila orang tolong tak ikhlas kan!.

Dalam keadaan aku sekarang nie nak tak nak aku terpaksa terima je. Keje tue terpaksalah tunggu aku lepas bersalin nanti agaknya baru buat sebabnya semuanya nak tunggu aku yang buat. Takpalah apa boleh buat dah takdir aku, terima je.

Kalau boleh lepas naik bersalin nanti dah tukar mamat baru dan harap-haraplah boleh diharap. Tak syoklah buat keje ngan orang macam mamat nie.

Aku inginkan aku happy bila aku pergi keje......tolooooooonglah Ya Allah!

silalah comment post ini...

Thursday, May 10, 2012

Boy or Girl????

8 Mei 2012 yang lepas aku ada appointment dengan doktor. Waktu nie memang aku tunggu-tunggu sebabnya masa nielah aku boleh tahu perkembangan baby aku. Masa nie jugak lah doktor akan membuat pemeriksaan scan baby so, saiz, berat denyutan nadi dan dll dapat tahu. Berbeza bila kita buat check up biasa je, misi hanya rasa dimana kedudukan baby kita dan juga dengar bunyi denyutan nadi.

Alhamdulillah baby ku sihat dan saiznya ikut minggu kehamilan. Tapi 2 kali aku scan masih belum nampak jantinanya dan pada 8 mei lepas doktor scan nampak macam 'Baby Boy'. Dalam hatiku terus terdetik sama seperti apa yang aku rasakan.

Balik je dari klinik aku terus telefon suami aku memberitahunya berita gembira ini. Dia tak kisah sebenarnya anak kami boy ke girl tapi kalau boleh baby boy. Kalau dapat baby boy, ada waris kuat dalam keluarga. Suamiku sangat gembira bila aku beritahu berita gembira tue. Tapiii.....aku menekankan doktor kata ' macam baby boy' so, jangan mengharap sangat. Biasalahkan kita tak boleh terlalu mengharap sangat, ini semua kuasa Allah. Terima ajelah bila dah keluar nanti. Aku tak kisah baby boy ke girl ke asalkan anak aku sihat dan sempurna sifatnya.

silalah comment post ini...

Wednesday, May 9, 2012

BSP

Sekarang nie 2 minggu sekali aku dah kena ambil darah BSP. Darah BSP nie hanya bagi ibu-ibu yang disaspek ada kencing manis sahaja. Satu hari 4 kali kena ambil darah, 8pg, 12t/hari, 6ptg dan 9mlm. Pastikan bacaan gula darah tidak lebih daripada 7, kalau lebih 7 pasti compem ada kencing manis. Inilah yang aku takut sangat. Setakat nie alhamdulillah bacaan gula darah aku ok. Harap-harap biarlah sampai aku selamat melahirkan babyku gula darah aku ok.

harap-harap jugak ini adalah kerana alahan semasa aku mengandung sahaja. Aku nak aku dan babyku sihat tiada penyakit sehinggalah kami tua nanti. Janganlah ia merebak keseluruhan keturunanku Ya Allah.

Pada 22 mei 2012 nie aku kena jumpa doktor pakar kencing manis pulak di klinik Bandar Mas. Sebelum jumpa doktor pakar tue 21 mei 2012 nie aku kena buat BSP dulu. Errrmmm....sapa yang senasib macam aku pasti korang tahu apa yang aku citekan nie. So, selamatlah aku mendengar ceramah daripada doktor pakar nanti. Bagi ibu-ibu hamil di luar sana yang disaspek atau memang ada kencing manis nie, kawallah pemakanan anda ye ambillah diet yang seimbang (ingat utk diriku jua).

silalah comment post ini...

Baby Songsang, Apa perlu ku buat!!!!!

Assalammualaikum bg yg beragama islam dan Hi bagi yang bukan islam. Aku rasa dah lama beno aku tak menaip cite dalam blog aku nie. Hari nie terajin pulak jari-jemariku nak menaip.

Kali nie aku nak luahkan pasal baby ku songsang. Masuk kali ke-2 (termasuk hari semalam) aku scan baby ku masih songsang. Ya Allah aku cukup risau bila babyku songsang. Lagi pulak doktor cakap kalau baby masih songsang sampai aku cukup 9 bulan nie aku akan ditemukan dengan doktor pakar dan kemudian doktor pakar akan tengok baby aku macam mana kalau boleh dipusingkan doktor akan pusingkan kalau tak, mungkin kena operationlah. Ya Allah aku mohon kepadaMu pusingkanlah baby ku pada kedudukannya yang betul, elakkanlah aku daripada operation Ya Allah. Aminn.

Walaupun babyku songsang tapi, uri aku di atas. syukur alhamdulillah. Pergerakan yang aku rasa pun selalunya belah atas jarang belah bawah tapi bila setiap kali aku scan pasti dia memusingkan kepalanya diatas.

Errrmmmmm......apa perlu aku buat?. Bercakap ngan baby selalu bila setiap kali aku ke klinik pasti aku akan cakap ngan babyku "kepala kat bawah ye sayang..". Sapa-sapa yang ada pengalaman ke atau cara-cara yang boleh mengatasi masalah baby songsang nie kongsi-kongsilah dengan aku ye, silalah beri comment ye kengkawan.


silalah comment post ini...