Thursday, April 26, 2012

Menghargai Pertolongan Orang Lain

kita sebagai manusia nie kan saling tolong-menolong dan saling memerlukan. Kalau kita sorang je hidup di dunia nie apa nak jadi? apa yang kita nak buat? tak ke mati kutu dibuatnya. Sedangkan Allah S.W.T pun telah menetapkan manusia nie hidup berpasangan so, kita sesama manusia akan saling memerlukanlah.

Setelah diberi pertolongan, kita haruslah menghargai jasa orang yang membantu kita tue. Tak semestinya kita memberi dia duit atau hadiah ke tapi kalau orang bagi terima jelah rezeki jangan ditolak betul tak?. Dengan ucapan terima kasih pun kadang-kadang sudah memadai tapi nada suara pun memainkan peranan jugak sama ada ikhlas ke tidak. Kadang-kadang mulut kata lain tapi hati kata lain. Kalau boleh biarlah kita ikhlas memberi atau memuji seseorang itu. InsyaAllah rezeki kita jugak akan bertambah.

Bila kita mengharapkan sesuatu daripada orang lain begitu juga orang lain mengharapkan sesuatu daripada kita. Kita tak boleh menilai diri kita sendiri sebab kadang-kadang kita tak perasan pun perangai kita nie jenis macam mana. Orang lain yang nampak sikap dan sifat kita nie macam mana. Perkara utama yang perlu kita ingat ialah di dunia nie tiada manusia yang sempurna. Tapi hanya diri sendiri sahaja yang boleh mengubah diri sendiri orang lain hanya boleh membantu memberi nasihat dan dorongan sahaja. So, marilah kita sama-sama memperbaiki diri masing-masing dan muhasabah diri ye kengkawan semua.

silalah comment post ini...

Shopping Barang Baby

Eeee.........dah tinggal 2 bulan je lagi nie, barang keperluan baby masih belum beli lagi. MasyaAllah bahaya betul aku nie kan. Sepatutnya sekarang nie dah kena stanby barang baby dalam kereta dah tapi aku masih belum beli lagi. Huhuhuhu.......bukannya tak nak beli awal tapi memang dah plan nak beli bulan nie. InsyaAllah hari ahad nie aku shoppinglah barang baby. List barang dah berderet-deret aku tulis dalam kertas tinggal beli je.

Tak sabar pulak nak tunggu hari ahad nie nak shopping barang baby dengan suami. Mesti teruja aku bila tengok barang-barang baby nie nanti kan. Tapi aku kena berhati-hati dalam membuat pemilihan kerana aku tak tahu lagi jantina anak aku nie, bila scan tak nampak pulak dan lagi satu aku kena pastikan tiada warna kuning atau hampir-hampir sama dengan warna kuning. Warna kuning nie bukannya apa untuk elakkan daripada baby kena penyakit kuning atau namanya Baby Jaundis. Kesian baby kalau kena.

Tengah hari nie ingat nak ikut noni pergi sakan, boleh lah aku window-window shopping dan manalah tahu window-window tershopping pulak kan..barang-barang baby nie taklah aku nak beli yang mahal-mahal sangat lagi pun baby nie kan cepat membesar so, jangan membazir sangat asalkan kainnya selesa untuk baby. Non!!!! jomlah keluar.....hahahahaha.....

silalah comment post ini...

Dapat Jugak Makan Durian

Keinginan ibu mengandung nie memang kadang-kadang tak leh nak dikawal. Tapi aku bersyukur alhamdulillah aku taklah ngidam yang bukan-bukan sangat bila nampak depan mata baru aku rasa macam nak makan. Sebelum gaji ari tue aku ada nampak durian dan tekak nie ada jugak terasa macam nak makan tapi tahan je sebab duit tak cukup kan. Bila hari ke hari terlupa pasal nak makan durian. Semalam kebetulan dah gaji dan suami aku pulak suruh aku beli durian dekat parking pejabat pos dekat ngan opis aku nie. Aku pun belilah 8kg, RM40 (sekilo RM8). Mungkin rezeki aku agaknya semua isinya ok kuning tembaga dan manis.

Kalau diikutkan aku sekarang kena kurangkan makan makanan yang manis-manis nie hal maklumlah dah saspek ada kencing manis.....tapi aku tak minum air manis tau lepas makan benda manis aku minum air masak je. Sekarang nie minum air masak bergelen-gelen sebab nak cover makan manis. pandai tak aku? hehehehehe......

silalah comment post ini...

Set Bersalin Apa Yang Sesuai?

Salam semua....bersua kembali kita. Pagi-pagi dah update blog ek macam takde keje je...hehehehe...sebenarnya pagi nie aku kurang keje sebab tue aku membezykan diri aku dengan mengupdate blog. Daripada aku menghadap FB je lebih baik aku mengupdate blog betul tak? dapatkan jugak kongsi cite kn..kn..

Dalam beberapa hari nie aku sibuk mencari set-set bersalin yang mana sesuai untuk aku pilih. Hal maklumlah baru 1time, tak tahu set mana yang berkesan dan sesuai serta berpatutan harganya. Aku dengan ramahnya bertanyalah kengkawan kat opis nie 'korang pakai set apa?, bagus tak?, mahal tak?, berkesan tak?'. Set bersalin nie kan ada macam-macam jenama dan masing-masing ada keistimewaannya. Aku takut jugak kalau aku terbeli set yang kurang bagus ke mahal sangat ke dan apa-apa jelah yang berkait dengannya...

Selain dapatkan info daripada kengkawan, aku search jugak kat blog lain. Salah satunya blog kak engku. macam-macam info aku dapat daripada blog dia. TQ lah kak engkau kerana banyak ilmu yang dikongsikan bersama. Terutamanya bagi ibu baru seperti saya, banyak perkara yang perlu saya tahu tentang baby dan ibu.

Setelah membaca dan fikir-fikir, saya telah membuat pilihan set bersalin yang mana saya mahukan dan saya pilih nona roguy. Nie baru pilih belinya belum lagi. Bingung jugak tau nak pilih set mana yang sesuai. So, sebelum beli tu kenalah mentelaah dulu keistimewaan produk-produk tersebut. Setelah berpuas hati barulah beli. Set nona roguy nie jugak bukan sahaja popular tapi memang dah digunakan sejak turun-temurun katanya. Kelebihan produknya pun lebih kurang sama je dengan produk-produk lain. Aku pilihnya pun sebab aku lebih berkeyakinan dengan produk nie dan produk nie jugak lebih ramai orang menggunakannya daripada produk-produk baru yang ada sekarang. Harap-harap produk nie sesuai dengan aku.

silalah comment post ini...

Wednesday, April 25, 2012

Puding Roti Karamel

Minggu lepas hari Ahad aku terlebih rajin nak buat kuih. Yelah kan resepi ambik kat internet tapi tak cuba buat nak buat apa kan. So, aku pun mencubalah buat Puding Roti Karamel.... Errmmm......sedap jugak aku masak. Ceh! puji sendiri. hehehe...sapa lagi nak puji, diri sendiri ajelah yang puji. Orang lain belum tentu lagi puji sebab citarasa orang berbeza-beza.


Tapi kannnn....gambarnya aku terlupa lah nak ambik sebab excited sangat nak makan sampaikan tak teringat langsung nak ambik gambar. Kalau korang tahu macamne rupanya ha.....macam nie:




Alhamdulillah aku terima feedback yang positif dari suami, emak dan kawan-kawan aku. Itu bermakna puding roti karamel aku menjadilah. Lepas nie nak cuba buat apa pulak ek???? ermmm...nantilah aku fikir-fikirkan. Resepinya seperti di bawah:

Puding roti karamel

Bahan-bahan ( untuk 10 org mkan )
  • 3 sb gula pasir utk gula hangus
  • 4 kpg roti - saya guna gardenia
  • 2 sb tepung kasted
  • 3biji @ 4 biji telur - pukul n tapis
  • 1cawan susu cair+ 1cawan air suam
  • 1/2 cwan susu pekat
  • 1 sk aising vanilla
Cara-cara
1.  buat gula hangus dulu, msukkn gula pasir dalm periuk masak hingga kekuningan dgn api kecil jgn sampai hangus
2.  msukkn sedikit air kira2 2-3 sudu kacau hingga sebati. matikn api tuangkn ke dalm loyang pengukus ketepikn
3.  panaskn pengukus. carik2kn roti. Tepung,gula,susu,telur dan esen dikacau hingga sebati. 4.  masukkn bahan2 yang dikacau dan roti dlm loyang yang ade gula hangus tadi kemudian kukus hingga masak. selama 35-40 minit
5.  kemudian angkat dan terbalikkan dlam bekas sejukkan.... SELAMAT MENCUBA.... SEDAP.....



silalah comment post ini...