Wednesday, April 25, 2012

Ketam Lemak Cili Api...memang berapi...

Assalamualaikum semua....

Sedappppnyeee...........ketam lemak cili api. Sapa yang suka makan ketam dan tahan pedas mesti tertelan air liur kan..kan...hahahahahaha.....memang sedap pun. Lagi pulak ketamnya fresh dan isinya pun banyak. Errmmm....memang sedap! sampaikan tak terkata.




Ha amacam kawan-kawan terliur tak tengok ketam nie?. Masa tengah banyak terlupa pulak nak ambik gambar dah habis makan baru teringat nak ambik. Daripada penuh kuali tinggal nie je.



Suami aku dah lah memang hantu lauk nie. Korang tengoklah wajah dia tue, kalau makan sampai tak ingat orang belakang. Hehehehehe....sedap sangat agaknya lauk emak mertua dia masak... Suami aku nie memang suka makan lauk pedas-pedas, kalau lauk tak pedas dia tak suka. Nasib baik aku pun jenis orang yang makan lauk pedas-pedas nie kalau tak boleh jadi fining kepala nak memikirkan lauk apa untuk dia dan aku pulak. Aku ni jenis bedal je lauk apa pun pedas ke tak. Lauk ikan bilis goreng dan telur goreng pun jadi.

Kalau korang nak resepinya di bawah ye tapi nie aku copy dri google lh. lebih kurang sama je macam emak aku masak yang membezakan sedap ke tak air tangan masing-masing lah ye. Selamat mencuba!!!!

Ketam masak lemak cili api

Resepi masak lemak ketam ni simple saja,,,

BAHAN-BAHAN :

7 ekor ketam
3 cawan santan pekat-kalau tak cukup tambah sikit lagi
2 biji bawang merah
2 biji cili api-boleh ditambah
1 ulas bawang putih
3 cm kunyit hidup
2 batang serai - dititik
1 keping asam keping
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :

  1. Bersihkan ketam dan potong dua , titik kaki bagi senang nak makan nanti .
  2. Kupas semua bawang serta kunyit hidup dan ditumbuk lumat .
  3. Masukkan semua bahan tumbuk dalam periuk bersama santan pekat dan serai yg dititik.
  4. Hidupkan api dapur dan biar sampai kuah mendidih .
  5. Masukkan semua ketam dan garam serta asam keping.
  6. Kacau kuah sekali-sekala supaya tak pecah minyak, bila dah masak ketam akan bertukar warna .





silalah comment post ini...

Tuesday, April 17, 2012

Tak Sabarnya Nak Tunggu Pagi Esok

Tak sabarnya nak tunggu pagi esok. Kenapa mesti pagi esok? ada apa?????errmmm....###@*#@@@**?????

 eerrrrmmmm....hanya aku sahaja yang tahu apa pasal nak tunggu pagi esok.

Haaaaa????? korang pun nak tahu kenapa pagi esok? ish! sebuk aje nak tahu jugak.

Mestilah nak tahu kan..kan...kalau tak nak bagitahu tak yah lah nak menggatal buat entry nie....hahahahahahahaha!!!!!!!!!!!!!! yelah..yelah...aku bagitahu...(boleh pulak bermonolog)

Sebenarnya yang aku tunggu-tunggukan ialah My Husband. Hahahaha......kesian korang kan..kan...ingatkan apa tadi yang beria sangat tak nak bagitahu. Rindu ooooo.....dah 3 hari 2 malam tak jumpa cuma dengar suaranya je. Tapi yang paling aku risaukan sebab dia tak berapa sihat sekarang demam dan batuknya belum pulih lagi. Dah lah dalam keadaan macam tue kena drive jauh-jauh pulak. Kesian suami aku.

Petang tadi aku dah carikan air asam jawa untuknya sampai 2 botol aku beli. Air asam jawa yang aku belikan nie susah nak dapat kat AT5. Aku dah cari tapi semuanya jenama lain dan cair sikit, kurang berkesan. Jenama yang aku belikan tadi di kedai ialah NAGATO. Air asam jenama nagato nie pekat sikit. Sebelum nie aku sakit tekak dan batuk, aku minum air asam jawa tue alhamdulillah berkurang dan terus baik dengan izin Allah.

Oklah ye, mata aku pun dah mengantuk esok nak keje. Kalau nak tunggu suami aku sampai pagi esok nanti mengantuk pulak kat tempat kerja. Dah....kena potong markah SKT. Kihkihkihkih......aptb!

silalah comment post ini...

Kongsi Ilmu


silalah comment post ini...
JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
...
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”

Alasan@Jawapan Yang Sama Je...

Aku pun tak tahu kenapa aku perlu menyemakkan cite pasal mamat nie dalam entry aku. Bukannya apa aku nak kesah dia dijadikan sebagai sempadan jangan diikut sikap -ve nya. Mamat nie suka sangat menggunakan alasan@jawapan yang sama bila setiap kali dia cuti atau mc iaitu "saya dah sms, tp tak send pulak" lebih kurang begitulah bunyinya.... eeerrrmmmm.....aptb.

Alasan seperti biasa dia berikan bila dia cuti hari ini. Itu pun kami yang sms dia pada t/hari tadi. Pada mulanya memang kami langsung tak nak sms atau telefon dia tapi hati kami nie masih lembut lagi, kami sms dia.

Kami diberitahu olehnya sekarang emaknya di masukkan ke wad HKT dan dia cuti sebab jaga emaknya di HKT. Kalau betul, apa salahnya bagitahulah awal-awal pagi sms bos yang cuti ke mc ke apa ke. Sms paling mahal pun 0.20 sen je. Ini langsung tak sms tak tel. Nak dikatakan tak pernah beritahu dah beritahu berkali-kali dalam bahasa melayu lagi tak kan tak faham-faham jugak.

Kalau sebelum nie alasan yang selalu dia guna "emak saya sakit" dan kami nie percaya and tak percaya lah. Kami sukar nak percayakan dia walaupun 50%. Inilah dia bila sudah biasa menipu orang so, bila terjadi perkara sebenar orang lain sukar untuk mempercayinya. Kalau boleh janganlah mendoakan perkara yang tak baik untuk ibu kita sedangkan ibu kita sihat walafiat. Kata-kata yang keluar dari mulut ibarat doa.

Kesimpulannya, janganlah jadi "PEMBOHONG" kerana diri sendiri yang akan menyesal nanti, memang pada mulanya kita happy dan terselamat dengan cite-cite pembohongan kita tapi akhirnya bila berlaku yang sebenar tiada siapa lagi yang akan percayakan kita. Bila kita "JUJUR" tak bererti kita lurus bendul. Jujur nie tak sama dengan lurus bendul ok!. So, renung-renungkan lah ye kawan-kawan....sma2lah kita memperbaiki diri kita yang serba kekurangan ini.

silalah comment post ini...

Sunday, April 15, 2012

Tinggal Daku Yang Selalu Merindui Mu

Assalamualaikum kawan-kawan blog? harap-harap kalian berada dalam keadaan yang sihat sejahtera, amin. Hari ini sehinggalah hari Selasa aku berada dalam kesepian dengan merindui suami tercinta yang kini kerja outstation. Nak buat macam mana dah begitu caranya mencari rezeki untuk ku dan keluarga. Aku kenalah terima walaupun daku selalu ditinggalkan. Daripada malam tadi aku dah terasa sedih dan aku telah menghabiskan masa dalam dakapannya untuk pengubat rinduku terhadapnya bila dia outstation. Bila hari dia nak bertolak pula aku tak sanggup nak lihatnya, bila dia menghulurkan tangan dan menciumku air mataku sudah tidak dapat dibendung lagi maka mengalirlah air mataku membasahi pipiku yang gebu ini.
 
Aku nie takde niat pun nak buat dia berat hati meninggalkan aku tapi dah aku memang begini. Aku akan sayu bila lihat orang yang aku sayang pergi. Sebelum nie pernah sekali aku hantar dia naik bas untuk pergi KL. Masa tu aku hantar dia kat basten. Korang tahu jelah kalau dah kat basten mesti ramai orang kan, bila dia naik bas je air mata aku terus mengalir dan aku menangis sampai tersedu-sedu. Malu-malu jugak tapi nangis tetap nangis. Sampaikan ada abang driver bas lain tegur aku" tue lah abang ajak ikut tak nak ikut, dah nangis" pergghhhh!!!! masa tue malu gila aku tapi lantaklah apa dia nak kata dah memang aku takleh kontrol masa tue so, tebalkan aje muka. Lepas bas tue bla aku pun cepat-cepat masuk kereta. Lagi yang takleh tahannya dalam kereta boleh sambung lagi nangis. Errrrmmmmm....sedih de benor. hehehehe....aptb.
 
 
hahahahaha......bila diingat balik kelakar pun ada padahal bukannya lama sangat dan ke luar negara pun sampai nak nangis bagai...tapi beginilah aku bila dia setiap kali kerja outstation walau pun sehari semalam atau dia pergi kursus ke apa ke yang sewaktu dengannya. Aku tak tahulah kenapa aku boleh jadi emo pulak bila dia berjauhan dengan aku. Korang ada tak macam aku????hehehe....sikit-sikit nak nangis. Aku bukannya apa bila dia tiada disisi nie lain, Lagi-lagi bila waktu malam dialah sebagai teman tidur aku, bantal peluk berharga aku, dan pengubat rindu sebab siang aku dah menghabiskan masa di tempat kerja dan kawan-kawan. Time malamlah masanya aku meluangkan masa bersama suami tercinta dan kalau ada anak dengan anak sekali. Betul tak? betul kan..kan..orang yang dah berumahtangga pasti paham.
 
Mood nak makan dan tengok tv pun tiada. Selalunya bersama-sama dengan dia. Walau pun ahli keluarga yang lain ada tapi tetap masih terasa sunyi. So, masa nielah HP amat penting bagiku. Aku takut time dia telefon nanti aku tak dengar. Dapat dengar suaranya sekejap pun jadilah sebagai pengubat rindu. Eeeee.....jiwanglah pulak aku nie erk! tapi inilah hakikatnya yang aku memang menyayanginya. 
 
Suami aku pulak bila dia outstation memang dia akan kerap menelefon aku. Berbeza bila dia kerja hari-hari balik, kalau hari-hari balik memang dia takde telefon aku pun kecuali kalau ada hal sahaja. Ha....itu menunjukkan dia pun merindui aku. Aaa....ceh! dah mula kembang,kembang dan kembang nie konfident 100%. Hahahahahaha......apa-apa pun aku bersyukur kehadrat Illahi.
 
Aku mohon kepadaMu Ya Allah  semoga Engkau memberi peluang untuk setiap hambamu (termasuk aku) menikmati kebahagiaan  bersama suami, anak-anak dan ahli keluarga di dunia dan diakhirat serta kekal buat selama-lamanya. Aminnn...

silalah comment post ini...