Tuesday, April 3, 2012

Lawak Ke, Der???

Selepas Maharaja Lawak Mega, Raja Lawak ke-6 dan sekarang dah ada siaran khas untuk "Lawak Ke, Der?". Aku pasti yang tengok lawak ke der pasti tak kering gusi kn! kn! kn!. Lawak diaorang memang lawak gilers lah....lebih lawak daripada Maharaja Lawak Mega. Aku rasa pasti ada yang sampai terkencing-kencing dan menangis tengok lawak ke der nie.



Kat rumah aku memang takde siaran nie tapi, kawan aku ada download. So, apa lagi copy and paste lah. Sebelum nie cuma dengar cite je dari kawan-kawan. Teringin jugak nak tengok betul ke lawak gilers?, bila aku tengok memang lawaks sampai sakit perut dan merah muka dibuatnya.

Memang berbaloi sapa yang g tengok masa di istana budaya. Tak rugi bayar tiket. Tak sangka kn mereka lebih popular daripada artis-artis komedi yang sedia ada. Berkat usaha mereka membuat persembahan yang terbaik dan hasilnya lumayan.

Tahniah lh buat artis-artis Malaysia kerana telah menghiburkan rakyat Malaysia dengan idea-idea lawak korang. Aku pasti bukannya senang nak buat lawak depan orang ramai lagi-lagi lawak spontan. Cakap memang senang, tapi nak buat belum tentu menjadi der...Semoga mereka menjadi pelawak yang digemari dan dihormati.


silalah comment post ini...

Saturday, March 31, 2012

Maulidul Rasul

Hari nie di kampung aku ada buat Maulidul Rasul. Walaupun tempat kami lambat sikit dari tempat-tempat lain buat majlis nie tapi,aku bersyukur akhirnya usaha kami berjalan juga walaupun ada kekurangan pada majlis kami.

Apa yang kami rancang tak jadi pada mulanya. Walau bagaimanapun, alhamdulillah agaknya Allah tahu niat kami baik buat benda nie, jadi jugak apa yang kami rancang atas bantuan kumpulan Helwani. Terima kasih Helwani kerana telah menyempurnakan majlis kami.

Waktu yang dirancang juga dapat dihabiskan awal dari masanya. Makanan semuanya tiada masalah dan cukup.Terima kasih Allah kerana mengizinkan majlis kami berjalan dengan lancar. Walaupun kehadiran tidak seramai di majlis di tempat-tempat lain tapi kami mampu juga membuatnya dengan jayanya. Aku juga bersyukur dan berterima kasih kepada Imam kerana sentiasa memberi dorongan dan sokongan serta bimbingan kepada penduduk kampung aku tentang agama.

Penduduk di kampung aku nie tak ramai tapi susuh nak satukan mereka. Maklumlah banyak kepala, banyak idea tapi, tak semua boleh terima pendapat kita dan terima pembaharuan. Dengan adanya didikan agama dari imam, sikit demi sikit berlaku perubahan dan kemajuan.Alhamdulillah aman damai kampung aku taklah berpuak-puak. Bila buat majlis semua turun padang untuk bekerjasama. Terima kasih Allah kerana telah membuka pintu hati dan fikiran penduduk kampung aku. Amin...

silalah comment post ini...

Thursday, March 29, 2012

Kerananya 5S dilakukan

Hari nie berlaku rombakan tempat duduk budak. Oleh kerana sayannnggggg (sayang lh sangat), budak-budak di unit aku bekerjasama mengubahsuai tempat duduknya dan diletakkan berdepan dengan bos. Kami buat keputusan begini bukannya apa untuk kebaikannya jugak.

Nasihat dah berbuih mulut cakap. Sain setiap keluar dan masuk pun kami dah lakukan untuk mendisiplinkan dia tapi itu semua usaha tak jalan langsung. Ibarat mencurah air di daun keladi. Sebelum pihak kami mengambil tindakan lebih jauh terhadapnya maka, kami menempatkan mejanya berhampiran dengan kami agar mudah untuk dipantau setiap pergerakannya. Aku pasti dia tak senang tapi dia sendiri yang cari penyakit dan menyusahkan diri sendiri so, terpaksalah terima.

Kalau kita tidak berdisiplin, dimana jua kita bekerja kita akan melalukan perkara yang sama. Sepatutnya dia kena ingat dia sekarang bekerja kerajaan, masa depannya cerah tapi dia sendiri yang menggelapkan masa depannya.

So, kawan-kawan di luar sana dan juga aku, disiplin amat penting. Dimana jua kita bekerja, company memerlukan orang yang berdisiplin dan memberi komitment yang tinggi terhadap company itu. Jangan kata kawan-kawan sahaja senang bekerjasama dengan kita, bos kita pun akan suka dengan kita. Entah-entah tiap-tiap tahun dapat anugerah perkhidmatan baik dan beruntung lagi dapat anugerah cemerlang...betul tak kawan-kawan....

Kerana budak nie jugak bos aku telah buat 5S. Hahahahaha....baguskn, secara tak langsung orang lain tumpang sekaki mengemas tempat duduk masing-masing. Opis aku sekarang nie memang tengah hangat dengan 5s. Bos aku pulak memang baru balik dari kursus 5s. Kursus 5s memang bagus untuk kita semua. Tidak semestinya 5s nie dibuat di opis sahaja tapi di rumah juga boleh. Bagi yang tahu 5s pasti tahu apa itu 5s dan macam mana nak buat.

Mari kita bekerja rerajin demi keluarga tersayang dan diri kita sendiri.

silalah comment post ini...

Amalan Ibu Mengandung

Klik sana klik sini cari amalan-amalan yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu mengandung. Klik print, klik print tapi amalkan tak hari-hari jugak. Itulah dia aku...bukannya tak nak amalkan hari-hari tapi penyakit M kadang-kadang menguasai diri. Aku rasa segelintir korang pun ada macam aku jugak kn! kn! kn!  jangan nak tipu lh....hehehe...

Sebenarnya membaca Al-Quran memang bagus bukan sahaja semasa hamil tetapi tak hamil jugak bagus. hati kita akan tenang je. Hidup kita pun tak lah tonggang-langgang, insya Allah dilindungi Allah S.W.T. Tapi diantara banyak-banyak surah terdapat beberapa surah yang bagus diamalkan oleh ibu hamil. Ianya bagus untuk baby dan juga ibu hamil.

Surah-surah nie bukan sahaja untuk ibu hamil sahaja, bapa pun boleh mengamalkannya. Sebabnya anak yang bakal dilahirkan nanti adalah anak bersama kn, so, ibu dan ayah perlu sama-sama mengamalkannya. Tak rugi pun kalau mengamalkan ayat-ayat suci Al-Quran nie...So, selamat beramal....


Antara surah-surah yang boleh ibu mengandung amalkan ketika mengandung adalah:
  • Al-Fatihah dan ayat Kursi
  • Seluruh surah Yassin - ayat 22-23 untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak (baca sampai habis lagi bagus)
  • Seluruh surah At-Taubah - untuk membersihkan jiwa
  • Seluruh surah Yusuf - untuk mendapatkan anak yang comel/cantik
  • Seluruh surah Luqman - untuk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai
  • Seluruh surah Maryam - untuk mendapatkan anak yang soleh

  • Surah An-Nahl ayat 78 - untuk memudahkan bersalin (dengan izin Allah S.W.T)
وَاللّهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لاَ تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ الْسَّمْعَ وَالأَبْصَارَ وَالأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.


  • Surah Al-A'raf ayat 189
هُوَ الَّذِي خَلَقَكُم مِّن نَّفْسٍ وَاحِدَةٍ وَجَعَلَ مِنْهَا زَوْجَهَا لِيَسْكُنَ إِلَيْهَا فَلَمَّا تَغَشَّاهَا حَمَلَتْ حَمْلاً خَفِيفًا فَمَرَّتْ بِهِ فَلَمَّا أَثْقَلَت دَّعَوَا اللّهَ رَبَّهُمَا لَئِنْ آتَيْتَنَا صَالِحاً لَّنَكُونَنَّ مِنَ الشَّاكِرِين


Manakala doa-doa yang boleh diamalkan pula seperti:

    • Doa mohon rahmat - Surah Ali-Imran ayat 8-9
رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنتَ الْوَهَّابُ رَبَّنَا إِنَّكَ جَامِعُ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَّ رَيْبَ فِيهِ إِنَّ اللّهَ لاَ يُخْلِفُ الْمِيعَادَ  
 
(Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkaulah yang akan menghimpunkan sekalian manusia, untuk (menerima balasan pada) suatu hari (hari kiamat) yang tidak ada syak padanya. Sesungguhnya Allah tidak memungkiri janjiNya.
 
    • Doa zuriat yang soleh - Surah Ali-Imran ayat 38
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
 
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
 
    • Doa mohon ampun - Surah Ali-Imran ayat 192-194
رَبَّنَا إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ رَّبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ آمِنُواْ بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأبْرَارِ رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيعَادَ
 
Wahai Tuhan kami! Sebenarnya sesiapa yang Engkau masukkan ke dalam Neraka maka sesungguhnya Engkau telah menghinakannya dan orang-orang yang zalim tidak akan beroleh seorang penolong pun. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami dan hapuskanlah daripada kami kesalahan-kesalahan kami dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti (yang banyak berbuat kebajikan). Wahai Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui Rasul-rasulMu dan janganlah Engkau hinakan kami pada hari kiamat; sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji.
 
    • Doa anak tetap mengerjakan sembahyang - Surah Ibrahim ayat 40-41
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan

  • Doa agar anak patuh kepada Allah S.W.T- Surah Al-Baqarah ayat 128
  • Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik - Surah As-Sajdah ayat 7-9
  • Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga - Surah Al-Furqan ayat 74
silalah comment post ini...
 
Dialah (Allah) yang menciptakan kamu semua dari (hakikat) diri yang satu dan Dia mengadakan daripada hakikat itu pasangannya (diri suami isteri), untuk bersenang-senang (bertenang tenteram) satu diri kepada yang lain. Ketika suami mencampuri isterinya, mengandunglah dia dengan kandungan yang ringan, serta teruslah dia dengan keadaan itu (ke suatu waktu). Kemudian ketika dia merasa berat (dan menaruh bimbang) berdoalah suami isteri itu kepada Tuhan mereka (dengan berkata): Sesungguhnya jika Engkau (wahai Tuhan kami) mengurniakan kami nikmat yang baik, tentulah kami menjadi orang-orang yang bersyukur

Wednesday, March 28, 2012

Perubahan Fizikal

Hari nie usia kandunganku 27 minggu 3 hari. Sekarang perubahan fizikalku telah terserlah dimana muka, badan hinggalah ke kaki. Muka dah semakin comel, badan dah semakin sihat dan kaki pun dah comel. Hahahahahaha.......apa pun tak boleh. Aku rasa 10hb April 2012 nie aku g check di klinik beratku naik lagi, aku rasa cecah 60kg kot. MasyaAllah mengerikan pulak.

Bukannya apa, aku bimbang lepas bersalin nanti aku dah tak dapat berat badan aku seperti sebelum ini 43kg atau paling tidak pun 45kg. Ya Allah mintak-mintaklah aku boleh dapat berat badanku 45kg semula.

Oleh kerana jari-jemari ku yang runcing nie dah tembam-tembam, cincin-cincin dah ku buka semuanya. Lagi pun rakan-rakanku ada bagitaw jugak kalau boleh barang kemas bukak lah buat sementara. Dah lepas bersalin nak pakai, pakailah.

Perubahan fizikal ku nie ketara bila aku dah masuk 6 bulan. Sikit-sikit berubah. Sekarang tak boleh beli baju raya dah siap sebabnya tak tahu lagi keadaan fizikalku. Aku rasa saiz baju xs dah bertukar m kot, harap-haraplah tak lebih dari saiz m. Pasti BOLEH!  

silalah comment post ini...