Wednesday, February 8, 2012

Cat Rumah

Hi semua...sihat hari nie? Mudah2an sihat walafiat hendakNya.

Selama 4 hari bercuti, hanya menghabiskan masa di rumah sahaja. macam entry aku yang sebelum nie sampai aku berjaya buat cucur ikan bilis...Itu bab disiang hari. Bab malam pulak, aku tolong suami aku cat rumah....tapi, aku hanya cat tiang botol je..hehehe...maklumlah ibu mengandung mana boleh buat keje lebih-lebih sangat. Itu pun dah kira lebih sebenarnya sebab belah petang dah penat basuh kereta, malam mengecat pulak. Alhamdulillah baby aku kuat dan sihat tak meragam.

Satu malam siap satu ruang tamu dapur dicat oleh suami aku. Tinggal part dapur je belum lagi sebab banyak barang yang kena dialihkan. Aku pun tak tahulah bila agaknya suami aku tue nak mulakan mengecat semula. Mungkin hujung minggu nie kot.

Bila cite bab mengecat nie, teringat masa aku nak kahwin dulu...aku lah orang yang paling bertungkus-lumus mengecat rumah dan bilik aku. Itu baru cat rumah belum cite bab panjat-memanjat lagi. Ialah kan...xcited nak kahwin...itu yang pastikan rumah dan bilik  cantik. Masa rewang pun, aku menyibukkan diri sampai jari aku tercalar sebab basuh udang. Nasib baik pakai inai taklah perasan sangat...Eh! dah terlebih sudah cite masa silam pulak...hehehe...

Kalau aku tak mengandung mungkin aku boleh tolong suami aku mengecat dan memanjat-manjat nie. Bukannya apa, aku nie kalau dah start buat keje kalau boleh aku nak siapkan hari itu jugak. Menggunakan masa yang ada dengan sepenuhnya. Oleh kerana suami aku sorang je yang mengecat so, terpaksalah ambil part-part untuk dicat dan ikut kekuatan badan. Kesian My Bee...sayang tahu Bee boleh melakukannnya...Caiyok! Caiyok! Sayang pasti sebelum bulan Mac nie rumah dah cantik....

Monday, February 6, 2012

Chocolate Cheese Muffin


Gambar hiasan

Bahan-bahan ( 12 muffin )

  • 250g tepung gandum
  • 1 1/2 sudu teh serbuk penaik
  • 60g dark cooking chocolate,disagat
  • 80g cheddar cheese,disagat
  • 150ml susu segar
  • 150ml minyak masak
  • 140g gula kastor
  • 3 biji telur gred B
  • secubit garam
  • 1/2 sudu teh esen vanila

Cara-cara

  1. Telur,esen vanila,garam disatukan,kemudian pukul ringan hingga rata.
  2. Satukan minyak masak,susu segar,gula kastor dan adunan telur tadi,gaul hingga gula larut.
  3. Ayak tepung gandum,serbuk penaik ke dalam adunan telur,kaup balikkan hingga rata tapi masih kelihatan berketul (jangan terlebih gaul kerana boleh menyebabkan muffin keras).
  4. Sediakan tin muffin yang dialas dengan cawan kertas.Tuangkan 1/2 sudu makan adunan,beri sedikit keju,kemudian tutup lagi dengan adunan hingga 3/4 penuh.Tabur sedikit keju dan coklat di permukaan atas.
  5. Bakar muffin selama 25 minit pada suhu 175'C.
  6. Pesan:Panaskan terlebih dulu oven selama 15 minit pada suhu 175'C sebelum membakar muffin.
banyak lagi resepi anda boleh cari di laman web di bawah ye..


silalah comment post ini...

Bosan

BOSANNYEEEEE............hari ini tak ade apa nak dibuat. Nak jalan-jalan duit pulak dah tipis. Apa pun tak boleh. So,duduk rumah jelah. Dalam boring-boring tapi sampai nak senak jugak perut aku dibuatnya asyik makan......je tak berhenti.

Sampai aku berjaya membuat cucur ikan bilis yang rangup lagi sedap. Hahahha....puji masakan sendiri. Sendiri makan memanglah puji....betul tak?.

Errm.....sedapnye....ragup.
Sampai tak cukup sebab tepung dah habis..

 
Suami keluar beli rokok pun nak ikut. Jangan kata aku je yang boring, suami aku pun pandai cakap boringnye hari nie....Nasib baik ada satu cerita di astro warna tajuknya MAT LATAH. Ceritanya boleh tahan kelakarlah..hilanglah sikit rasa boring nie.

Belah petang pulak, kitaorang pun buatlah keje yang berfaedah. Suami aku tambak pasir dan aku basuh kereta. Errrmmm....petang memang masa yang sesuai sebab cuacanya dah redup. Ok lah ye. aku nak teruskan aktiviti kami. Bye!!!!


Oh ye disini ada resipi bagi cucur di atas...

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 2 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar olive oil(apa2 minyak masak pun ok)
  • 5 batang daun bawang
  • 1/2 cawan ikan bilis
  • sedikit serbuk kunyit
  • 1/2 bawang besar- hiris
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Campur semua bahan-bahan di atas. Kalau tercair tambahkan sedikit tepung dan begitu juga sebaliknya.
  2. Panaskan minyak. Bila dah panas, kaup sikit2 adunan dengan sudu dan masukkan dalam minyak panas.
  3. Goreng sehingga kuning/perang.

 
silalah comment post ini...

Thursday, February 2, 2012

Wajah Berseri..

Terima kasih,terima kasih....

Kamsia, kamsia..

Toceh, toceh..

Arigato Ngozaimas...

Kepada orang yang memuji wajah saya berseri seri bila mengandung. Kembang sekejap ***@@@@###  hehehe... Saya tak sedar pun, yang saya pasti saya suka bersolek. Lagi pun saya baca buku, walau pun kita mengandung, keterampilan juga perlu dijaga. Haaa....inilah yang membuatkan saya cuba menghiaskan diri walaupun perut saya semakin hari semakin membuncit...hahahaha....

Ada juga yang mengatakan kalau suka bersolek dapat anak lelaki, ia berlawan. Tapi tak tahulah kn...betul ke tidak. Allah lebih mengetahuinya. Saya dan suami tak kisah pun, kitaorang terima perempuan atau lelaki. Asalkan baby dan saya selamat serta sempurna sifatnya.

Lepas bersalin lagi banyak kena  jaga, bukan sahaja wajah tapi badan lebih penting. Haa...lepas bersalin kenalah makan kallogen untuk dalaman dan luaran. Banyak betul perempuan kena jaga kn!. Errmmm....demi keluarga akan saya lakukan. I Love My Family!!!

silalah comment post ini...

LAPAR!!!!

Laparnyeee......perut nie!!!!! bilalah orang mesyuarat nak habis makan. Nak makan kat belakang malu dan tak leh nak soseh soseh....so, terpaksalah kena tunggu diaorang habis makan.

Yang membuatkan malu sebenarnya yang masuk mesyuarat tue boleh dikatakan semuanya big bos. Buatnya diaorang ke belakang nak basuh tangan ke apa ke dah nampak muka aku n the geng makan. Aku pergi kerja bawa bekal kn so, malulah orang tengok bekal aku yang sedap tue...hehehe....

Sekarang aku dah tak dengar lagi suara diaorang kat meja makan, macam tahu tahu je aku tengah tulis kat entry aku nie. Bagus bagus!!! dah sampai giliran aku n the geng pulak makan. perut kami nie dah macam macam irama ada.

JOM MAKAN KAK EMAL!!!


silalah comment post ini...