Tuesday, November 1, 2011

Majlis kesyukuran dan Doa Selamat

Terima kasih kepada kawan-kawanku di Unit Pengurus Besar dan jemputan kerana sama-sama menjayakan majlis yang ringkas sebentar tadi. Aku minta maaf lah tak dapat nak buat di rumah dan juga di tempat-tempat yang eksklusif. Di rumah, aku tak nak menyusahkan ibu-ibuku memasak. Di tempat eksklusif pula, bajet kurang mencukupi. Tunggu lah aku jadi jutawan ke nanti insyaAllah akan tertunai...hehehe..

Dengan adanya rezeki yang Allah berikan ini aku ingin berkongsi dengan kalian semua. Cik Senyum, Cik Imal's dan Cik Noni, koranglah tempat aku selalu mengadu dan berkongsi suka duka......Semoga persahabatan ini kekal buat selamanya...aminn... 

Ya Allah, terima kasih di atas keizinanMu untuk ku membuat majlis yang kecil jam 10.00 pagi tadi dan aku mohon kepada Mu Ya Allah, merahmatilah kawan-kawan ku semua agar hidup mereka lebih bahagia daripada sebelum ini dan dilimpahi rahmat dan rezeki...amin...

Sekiranya ada kekurangan pada majlis tadi aku mohon maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki...Manakala bagi yang tidak dapat join sama atau ada yang terasa aku juga mohon maaf...


silalah comment post ini...

Spagetti

Hiiii........kali ini aku nak cite tentang spagetti. Baru beberapa hari yang lepas kak iparku buat spagetti. Errmmmm.....rasenya boleh tahan. Tapi oleh kerana orang dalam rumah tue semuanya anak mat saleh celop so, tak berapa pandai lah nak makan spagetti. Kesian lh spagetti tue kurang mendapat sambutan...

Ermmm....tak pe ye kak ipar ku, lain kali boleh cuba masak yang lain pulak yang rasenya boleh diterima oleh tekak diaorang tue...hehehe...ok lh, di bawah nie ada gambar bahan-bahan nak buat spagetti tue jom kita layannnn....






Bahan-bahan yang dibelender adalah bawang besar, bawah putih dan lada kering. Spagetti ini adalah campuran spagetti melayu tau sebab ada campuran lada kering bukan menggunakan sos prego semata-semata...so, kawan-kawan di luar sana siapa yang ingin mencuba boleh mencuba ye...yum..yum..yum..sedappp.....


silalah comment post ini...

Thursday, October 27, 2011

Mentelaah maklumat....

Oleh kerana macam ada ura-ura ke arah kehamilan, aku sekarang menyibukkan diri dengan mentelaah bab tue. Tak puas membaca dalam komputer, siap print. Tapi bila dah di print dan nam membaca mata nie malam tak leh nak bukak pulak. Mata..mata...bila baca buku novel boleh pulak tahan sampai ke pagi ye..hehehe..

Macam-macam maklumat jugak aku dapat tentang kehamilan nie. Tak cukup dengan tue je tau aku siap ada kelas secara online secara percuma. Orang tue akan emelkan kepada aku cara-cara untuk mudah hamil daripada pengalamannya. Sampai sekarang aku masih ada kelas tue. Kalau tak silap aku baru pembelajaran ke 5. kalau korang nak jugak belajar macam aku korang boleh bukak laman web http://www.senanghamil.com/ dan http://www.portal.alamhamil.com/.  Hahahaha....punyalah excited aku nie kn?. Mana taknya...nak dapat bukan senang woooo......bila dah berjaya kenalah jaga baik-baik. Setidak-tidaknya dapat 1 daripada tak dapat langsung betul tak?. Lagi pun masa aku kursus kahwin dulu, kata penceramah tue, para pengatin tak perlu merancang untuk tak nak anak, ini kerana belum tentu kita akan dapat anak bila kita dah bersedia nanti. Allah dah beri terima sahaja. InsyaAllah rezeki anak itu akan ada..

Melihat di mata kasar macam mudah kn! tapi sebenarnya banyak perkara yang kita perlu tahu termasuklah di awal kehamilan, pertengahan dan sehinggalah berpantang lepas bersalin. Kita sebagai wanita nie banyak yang kina jaga. Lagi-lagi lepas bersalin...nak kekalkan tubuh-badan slim-melim dan cantik banyak yang perlu dikorbankan.. Para isteri yang telah melahirkan anak mesti tahu kn? share-sharelh dengan saya dan orang lain. Mungkin pengalaman anda dan pandangan anda amat berguna pada kami yang belum dan baru nak lalui alam ini..

Semoga hidup kita bahagia dan ceria selalu hendakNya....amin..

silalah comment post ini...

Gotong-Royong..

Wah! bersih kawasan belakang rumah ibu mertuaku dikerjakan aku, kak iparku dan emak mertuaku semalam. Semalam kan cuti Deepavali. Satu hari takde kemana-mana...

Lepas habis gotong-royong je, punyalah lepak rasenya badan nie....lemah-longlai dibuatnya. Tapi puas hati dapat disiapkan petang tue jugak. Kawasan halaman belakang rumah emak mertuaku tue luas. Kalau sorang-sorang je aku rasa makan berhari-hari lah nak habis. Tak sempat habis daun dah gugur semula...

Kitaorang start gotong-royong lepas Solat Asar. Waktu tue cuaca dah redup sikit. Kalau buat tengahari panas, nanti lagi cepat lepak dan hitam..hehehe.. Lepas habis je gotong-royong hujan pun turun....Alhamdulillah. Nak tengok cite Soffiya pun sempat. Gotong-royong cepat siap pun gara-gara nak tengok cite Soffiya lah punya pasal. Sapa yang mengikuti cite Soffiya anda mesti tahukan jalan citenya macam mana. Penuh emosi kalau tengok cite tue...

Eh! dah ke lain pulak citenya...ye. K lh itu je cite bab gotong-royong...hari nie ada lagi cite Soffiya selamat menonton ye jam 7.00 malam di TV3.

silalah comment post ini....

Tuesday, October 25, 2011

Dimakbul oleh Allah S.W.T

Alhamdulillah....syukur aku kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya dan rahmatNya, doaku dan kehendakku di makbulkan.

Hampir setahun, lagi satu bulan cukup setahun usia perkahwinanku. Usaha aku dan suami akhirnya tercapai jua. So, sekarang kami perlu bijak merancang dan berbelanja. InsyaAllah tahun hadapan hidup kami akan diceriakan dengan suara baby....dan tahun 2013 pula kami akan memiliki rumah kami sendiri. Syukur kepada Allah atas apa yang telah Dia tentukan untuk hidup aku sekeluarga.

Aku sangat happy bila aku test pagi tadi untuk menjawab atas kemuskilan apa yang aku rasa dan teka-teki dalam fikiran nie adalah benar belaka...Pada mulanya macam ia ke benda nie? tapi setahu aku kalau memang -ve satu line je tapi sekarang ada dua line cuma kabur sikit daripada line lagi satu.

Lepas mandi je aku terus tunjuk dengan suami aku. Tapi dia dalam mamai dia buat biasa je...takde respon langsung..errrmmm..:(. Bila dia lepas mandi pulak, dia tanya balik kat aku "apa yang sayang tunjuk tadi?" aku pun tunjuk lah balik semula benda tue....dia pun ucap "Syukur Alhamdulillah".

Hemmm.....akhirnya penantian jadi kenyataan. Terima kasih kepada orang-orang yang mendoakan untuk aku. Tak lupa jugak kepada kawan-kawan aku yang mendoakan untuk aku. Dan aku jugak mendoakan agar kawan-kawan ku lain yang masih belum berjaya dan untuk tambah lagi, insyaAllah akan dapat jugak anak iaitu anak yang Soleh dan Solehah...amin...

silalah comment post ini...