Tuesday, October 4, 2011

Bayi yang tidak berdosa....

Kes pembuangan bayi di negara kita masih lagi terjadi...walaupun pelbagai motivasi dan kaedah jabatan yang berkenaan buat untuk membanteras masalah ini berterusan berlaku. Ini semua berlaku bukan sahaja disebabkan anak remaja bahkan ada juga ibu bapa sendiri yang membuang anak tanpa ada perasaan belas kasihan. Kalau tak silap aku berita malam semalam mengisahkan ibu mencampakkan anaknye dari tingkat atas. MasyaAllah...kenapa jadi sedemikian??????...kalau tak sayangkan anak atau tak nak bela anak itu berilah kepada orang yang inginkan anak atau pun diletakkan dirumah kebajikan atau pun ditempat yang selamat kenapa mesti diperlakukan sedemikian rupa terhadap bayi yang tidak berdosa itu????




Sayu rasanye bila melihat gambar di atas. Seorang bayi yang tidak berdosa dibuang di dalam longkang.

Bagaimana pula bagi janin yang digugurkan?????..disini ada satu kisah yang terjadi di singapura untuk aku kongsikan dengan kalian. Berita ini aku terima di laman FB. Jom kita menghayati kisah dibawah ini.......

shared a link.


Pengguguran Anak Di Singapura (SESIAPA YG INGIN SHARE DI ALU ALUKAN...KALAU SESIAPA YG TAG TP ZAI TAK APPROVE JGN MARAH KERANA MUNGKIN ZAI TERLEPAS PANDANG...HARAP MAKLUM..TERIMA KASIH ) kalau u all sanggup tengok....rasa nak menitis air mata...Sedih apabila mengenangkan nasib orang Islam di Singapura. Pengguguran anak di Singapura.........Just to share reality dunia skrg. K...ami keberatan menyiarkan gambar ini. Kami akui ia ngeri dan akan mengejutkan sebahagian pembaca. Tetapi setelah bebincang panjang, kami dengan berat hati memutuskan untuk menyiarkan gambar ini. Kerana kami berpendapat dan berharap ia dapat menjadi pengajaran kepada semua terutama sekali mereka yang berniat untuk menggugurkan anak, atas apa jua sebab dan alasan...Setengahnya masih merah darah dan sebahagian lagi telah bertukar kepada merah birat akibat telah beberapa hari terperap dalam rumah mayat. Suatu yang pasti, setiap beg plastik mengandungi sekujur tubuh kecil terkulai layu berlumuran darah. Nama ibu, nombor kad pengenalan dan tarikh pengguguran tertera pada kad hijau yang disertakan bersama 16 janin yang berusia antara dua minggu dengan enam bulan. Air mengalir merah apabila janin dimandikan bersama urinya sebelum dikafan, disembahyangkan (gambar sisipan) dan kemudian dikebumikan dalam dua liang kubur di Pusara Abadi dekat Lim Chu Kang.Kami & krew TV3 sempat menyaksikan suasana menyayat hati itu dibilik mandi mayat Masjid Pusara Aman baru-baru ini.Namun tidak mendapat kelulusan utk tayangan dari pihak atasan atas pelbagai alasan.... Kesemua janin, Melayu/Islam itu baru saja diambil pegawai Persatuan Derma Amanah Muslimin (MTFA) dari tiga buah hospital setempat. Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kandang Kerbau (KKH), Hospital Besar Singapura (SGH) dan Hospital Universiti Nasional (NUH). Janin-janin itu tidak dituntut oleh ibu yang mengandungkan mereka selepas menjalani pengguguran di hospital- hospital tersebut. Sumber maklumat yang sah...saya hanya ingin berkongsi dengan semua... MAAF YA..HUJAH2 POLITK TIDAK DIBENARKAN.... :)See more

‎(SESIAPA YG INGIN SHARE DI ALU ALUKAN...KALAU SESIAPA YG TAG TP ZAI TAK APPROVE... JGN MARAH KERANA MUNGKIN ZAI TERLEPAS PANDANG...HARAP MAKLUM..TERIMA KASIH )..

http://www.facebook.com/media/set/?set=a.1681008324132.67512.1805285486.
See more

silalah comment post ini...

Monday, October 3, 2011

Mistik..

MISTIK? korang tahu kn apa itu mistik? MISTIK nie boleh dikatakan gangguan makhluk halus lh...Makhluk halus nie memang wujud dan aku tidak menafikannya termasuklah syaitan, jin dan iblis kecuali hantu sahaja. Sebenarnya hantu tidak wujud, yang wujud itu adalah jin dan syaitan yang bertopengkan pelbagai rupa.

Perkara mistik ini pernah terjadi pada keluarga dan rakan aku. Pada mulanya aku tak berapa pasti dan percaya tapi terjadi depan mata akan perubahan manusia yang diganggu makhluk halus.

Pelbagai cara kami usaha untuk mencari penawar penyakit seperti ini. Daripada pelbagai pengamal perubatan tradisional, ada satu keluarga dimana ayah dan anak pandai merawat penyakit yang diganggu oleh makhluk halus. Cara mereka merawat adalah dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran, dilakukan di hadapan ahli keluarga, yang perempuan disuruh pakai telekung tak pun dia akan menggunakan sarung tangan. Cara mereka merawat amat menyakinkan kami. Alahamdulillah berkat keizinan Allah S.W.T usaha kami berhasil.

Syukur alhamdulillah..terima kasih Allah kerana telah menyempuhkan hambaMu dan membantu kami dalam mencari penawar penyakit seperti ini dan berjumpa orang yang betul dan tepat bukan orang yang menggunakan amalan secara sihir atau pun jin.

Nasihat yang mereka beri kepada semua pesakit-pesakitnya adalah banyakkan berzikir, sembahyang 5 waktu jangan sesekali ditinggalkan, dan banyak lagi tapi ini lah diantaranya yang memang ditekankan.

Wahai kawan-kawan ku di luar sana, sekiranya anda juga pernah mengalami gangguan mistik ini, cari lah ustaz atau uatazah iaitu para ulama. Cara mereka merawat adalah menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran dan tidak menyalahi di sisi Allah jauh sekali melakukan syirik. Sekiranya anda pernah berjumpa dengan dukun atau bomoh walau pun bomoh paling handal di dunia sekalipun dan dibekalkan tangkal atau pendinding diri ke rumah ke, anda perlu berhentikan untuk berjumpa kali kedua. Walaupun tangkal yang dibekalkan ditulis dengan ayat Al-Quran, tapi mungkin cara pemujaannya menggunakan khidmat JIN. So kawan-kawan, aku sekadar berkongsi pengalaman yang aku hadapi dan ilmu yang aku perolehi.

Sama-sama lah kita sebagai orang islam menjauhi daripada melakukan syirik. Niat juga haruslah kerana Allah S.W.T dan sekiranya anda sembuh daripada penyakit haruslah mengucap SYUKUR ALHAMDULILLAH kepada ALLAH kerana dia lah yang telah menyembuhkan anda dengan bantuan pengamal perubatan.

silalah comment post ini...



Wednesday, September 28, 2011

Suami DRIVER.....

Suami DRIVER???????...ermmm....mesti sudah terfikir di fikiran si isteri akan ditingal-tinggal kan tak kira lah satu hari, dua hari, seminggu, sebulan, setahun, semalam, sesiang...dah menang akan kene tinggal.

So, si isteri nie kene lah banyak bersabar dan kuat imannya, sebab cabaran dan dugaan suami kerja sebagai DRIVER ini banyak...satu je yang aku nak kongsi ngan korang iaitu "jangan syak wasaka terhadap suami, takut akan jadi fitnah" dan "banyakkan bersabar serta doa kebahagiaan untuk rumahtangga" serta "jujur dan ikhlas terhadap pasangan".. Ini lah yang aku sentiasa tanam dalam hati dan minda aku untuk aku mengawal nafsu aku.

Aku redha dengan pekerjaan suami aku dan aku ikhlas terima dia. Aku pun tahu dia bekerja untuk mencari rezeki untuk kehidupan aku jugak...Alhamdulillah, oleh kerana aku seorang isteri yang bekerja jadi, aku paham situasi dia dan dia paham situasi aku.

Maka si isteri-isteri di luar sana, tidak semua suami yang bekerja sebagai DRIVER dia tidak boleh menyara ahli keluarganya waima dia mempunyai 10 anak sekali pun. Sebagai isteri anda haruslah memberi sokongan kepada suami anda dan turut membantu dalam merancang kehidupan rumahtangga termasuk dari segi kewangan. Memang tidak dinafikan ada juga terdapat suami yang bekerja sebagai DRIVER ini ada yang suka mengambil kesempatan atas kelurusbendulan si isteri, tapi kene ingat Allah akan makbulkan doa bagi orang yang teraniaya.

So, THINK +VE, kawal nafsu amarah, elak daripada syak wasaka dan jujur serta ikhlas terhadap pasangan masing-masing..Sama-sama lah kita membina keluarga bahagia ye...Renung-renungkan, selamat beramal....


silalah comment post ini...

Berakhir sudah Bulan Syawal....

Sekejap je dah habis raya kn!.. Sedar tak sedar dah sebulan kita beraya, rumah terbuka pun hari ini masih ada yang buat. Jam 10.00 pagi tadi pun kawan seopis aku ada buat pintu terbuka....aku n the geng apa lagi....serbu lah rumah dia...rezeki jangan di tolak...betul tak kengkawan????...

Bila hari raya dah habis nie, aku rasa sayu pulak, sebabnya keadaan akan menjadi seperti sedia kala. Suasana raya dengan suasana bukan raya nie lain, tak sama sekali.

Oleh kerana Hari Raya dah habis, sekarang menunggu untuk menyambut Hari Raya Haji dan tahun baru pulak. Sekejap je dah nak berubah tahun....aku je masih belum berubah lagi.....ermmmm....:( :( :(..sedih!!!!

Bagi kawan-kawan ku di luar sana dan yang mengenali diri ini, aku minta maaf lh yerk tahun ini aku tak datang rumah korang...masa dan keadaan yang tidak mengizinkan aku pergi tapi kita dah bermaaf-maafan di opis dan dalam FB kn!..semoga tahun depan kita dapat bergembira lagi bersama dan bersua...insyaAllah dengan keizinan Allah S.W.T hendaknya.aminnn....

Salam Raya untuk hari akhir bulan syawal hari ini...semoga kegembiraan dan kebahagiaan yang kita kecapi di dunia ini berkekalan hendaknya hingga ke akhir hayat..amin...


silalah comment post ini...

Monday, September 26, 2011

Tawaran Lot Kosong...

Ha....sekarang kat opis aku nie ada tawaran lot kosong. Dalam masa 2 tahun kne buat rumah...tapppii..kalau dapat lh...

Pada mulanya aku n the geng nak jugak try masuk tp,  setelah berfikir panjang kitaorang tak jadi lh...atas sebab yang macam-macam lah...Terutamanya dari segi pengurusan kewangan dan nak buat rumah tue nanti..

Kalau orang banyak duit dan pengaruhnya kuat aku rasa mungkin diaorang mudah dapat lot kosong tue. Nak kn lot kosong tue kene interview dulu, kalau lepas dn disahkan bru lh dapat..So, aku rase baik aku cuba beli rumah yang dah siap bina je, tinggal duduk dan uruskan pinjaman dn lowyer klu nasib mungkin pemaju yang uruskan, cuma api n air je kne uruskan sendiri. Dah tak pening kepala nak cari kontraktor buat rumah... Memang lh kata orang bila kita beli lot kosong nie kita boleh dapat rumah yang macam kita nak, tapi kene ingat jika kontraktor yang buat rumah kita tak sama macam yang dikehendaki???mne nak cari duit lagi utk oter!!!!!....banyak wooooo....guna duit...tak sanggup oden....

Kalau aku masuk juga lot kosong tue, aku rasa peluang aku tipis walaupun aku dah berumahtangga dan ia mengutamakan yang dah berumahtangga tapi, kene ingat pegawai-pegawai di opis aku nie pun masih ada lagi yang belum ada rumah...

Ahhh.....malas lh aku nak fikirkn pasal lot kosong tue lagi...aku rasa memang aku tak layak dan tak sanggup....mungkin ada rezeki ku miliki rumah nanti....aminnn...

Bagi kawan-kawan yang masuk try lot kosong tue, gd luck lh! semoga anda berjaya di semua peringkat sehingga dapat duduk rumah deco sendiri...

Jangan lupa pelawa-pelawalah kami nie datang rumah yerk!!!!


silalah comment post ini...