Monday, August 22, 2011

Tragedi Pulang dari Kota Tinggi

Hari Sabtu malam yg lepas aku bawa mak aku pergi ke klinik Poliklinik Kota Tinggi, mak aku kurang sihat muntah-muntah dan cirit-birit. Doktor kata mak aku slah makan. tapi yang aku nak citekn bukan pasal mak aku, pasal perjalanan pulang kami dari Kota Tinggi.

Sebelum pergi memang dah jem sebab ada berlaku kemalangan lori kelapa sawit terbabas di jambatan di Pasak. Bajet bila dah balik kes tue dah selesai tapi, andaian silap. Semakin jem ada lah, sampai tak gerak langsung. Kami tunggu lebih kurang dalam 1 jam setengah. Sampaikan driver-driver keluar hisap rokok sambil berbual-bual sementara pihak bertanggungjawab menyetlekan kejadian tersebut.

Alhamdulillah takde berlaku kemalangan jiwa kalau tak silap aku. Driver cuma cedera sahaja. Buah kelapa sawit bertaburan di tepi jalan raya dan mungkin ada jatuh dalam sungai. Kejadian tue berlaku katanya di pasak tue ada buat kerja-kerja jalan raya, kontrak tue tanda dekat sangat projek yg dibuat. Oleh kerana tak sempat nak elak dan daripada dia rempuh kereta-kereta di hadapan, dia buat keputusan dia rempuh paip air SAJ. Nasib menyebelahinya dia tersangkut dan tak jatuh ke sungai.

Dah tak dapat tengok cite cerakarama. Cite cerakama jalan raya jelh..So, para pemandu di luar sana termasuk lah aku jugak, memandu lah hati-hati, ingat orang tersayang...



silalah comment post ini...

Shoping Raya

Bila dah nak raya nie mestilah menyibukkan diri utk membuat persiapan raya betul tak?. Aku pun salah seorangnya yang sama-sama menyesakkan bandar Kota Tinggi untuk mencari baju raya. Habis semua kedai di Barzar Ramadhan dan kedai Mini Kelantan aku masuk semata-mata nak cari sepasang baju raya sahaja. Nak lengguh kaki aku. Dah puas satu kedai ke satu kedai akhirnya jumpa jugak pilihan di hati dan berasa berpuas hati dengan pilihan.

Alhamdulillah pilihan tepat dimana serasi dengan baju melayu si suami. Tahun nie tema aku dan suami adalah warna kelabu. Aku rasa tahun nie ramai yang tema sama macam aku sebab aku cari selendang, kata tuan kedai ramai yang cari warna sama macam aku cari.. Aaahhh! lantak lah..diorang rumah lain, tempat lain. Klu tak nak sama, design sendiri, jahit sendiri betul tak?.

Sekarang baju, tudung dan kasut raya dah ada. rumah tak pening kepala sangat sebab duduk dgn mak, semua dah ada tinggal kuih raya je tambah-tambah sikit. Satle sudah..



silalah comment post ini...

Tuesday, August 16, 2011

sELAMAT hARI rAYA







silalah comment post ini...

Keghairahan hari Raya dah terasa...

Errrmmmm......keghairahan hari raya dh terasa sekarang nie...maklumlah hari nie kan kita dah berpuasa selama 16 hari..dah setengah bulan. Sekejap je kn! pejam celik pejam celik dah nak habis kita berpuasa tinggal minggu nie dan minggu depan je.

Tempat office aku nie, minggu nie adalah minggu terakhir orang buat tempahan kuih. Aku pun dah terima kuih yang aku tempah, tinggal kuih tat je belum lagi. Mak aku memang lah tak buat kuih sebab dah tak larat. Aku pulak belum berani nak buat kuih sendiri lagi tapi mak mertua, aku rasa memang dia buat. Itu pun tunggu anak dia dari KL balik. Mak mertua aku nie masih sihat lagi, masih kuat untuk buat kerja-kerja seperti ini. Keghairahan hari raya pun dah terasa di rumah mak mertuaku. Antaranya, langsir baru, baju raya, cat rumah, pasang mozek dan buat kuih raya..

Emak aku pula memang dah tak sesihat sebelum ini. Maklumlah mak aku pun dah tergolong warga emas, badan pun dah tak larat nak buat kerja berat-berat. Sebab tue kuih raya anak-anak belikan je. Mana yang buat, bawa balik lh...Guarantee banyak kuih bila di kira-kira. Jimat.....umah mak aku nie takde orang yang hantu kuih. Kalau banyak sangat kuih nanti takde orang nak makan dan akhirnya simpan dalam tong sampah je...kesian kuih tue kn!..

So, setiap kali raya pasti beli kuih yang laris dan sedap je. Jenisnya pun tak banyak. Elak daripada membazir. pembaziran itukan amalan Syaitonnnnn......Syaitan pun dah lepas dari kena ikat, haaa...apalagi dia pun menjalankan misi die yang tertangguh...hahaha....

Semoga raya tahun nie aku dan keluarga happy dan bahagia....hendaknya..amin...

silalah comment post ini...

Selesema lah pulak...

Semalam dan hari nie aku diserang virus selesema...Patut lah sebelum nie aku rasa badan aku nie panas semacam rupanya nak demam dan selesema.

Malam tadi lh memang aku terasa sangat keletihannya. Lepas sereka baju aku terus baring dalam bilik. Kononnya nak tunggu suami ku balik dari KL tapi tertidur. Nasib baik aku dengar bunyi kereta, kalau tak memang aku hanyut dibuai mimpi hingus meleleh....eeeeeiiiikkk...tak lah... sebelum aku tidur aku dah hembus dulu. Suami ku pun ada belikan panadol rendam, so aku pun minum air penadol rendam... Baru aku boleh tidur dengan selesa sikit. Terima kasih Bee...

Hari ini aku terpaksa bawa sapu tangan sebab hingus aku nie asyik nak meleleh je..Kerana selesema nie jugak membuatkan kepala aku rasa benggal je...macam nak baring je rasenya..tapi kat office nie tak selesa nak baring. Nie yang menghabiskan masa dengan mengupdate blog.

k lah ye kita jumpa lagi di entry yang lain....


silalah comment post ini..