Thursday, July 21, 2011

Menu makan malam...

Menu makan malam semalan adalah sup ayam. Semalam mak mertua aku demam, itu yang aku nak buat sup. Orang demam kan tekaknya takde selera...2 hari nie aku lah yang masak. Menu malam kelmarin sambal udang. Wah!!!! aku dah ada kemajuan sekarang...lepas nie aku nak belajar masak lain pulak. Walaupun masakan aku tak sama rase macam masakan emak tapi kalau orang boleh makan, maknanya....lu pikir lh sendiri!!!

Alhamdulillah..sup ayam aku habis. Aku pun memang masak tak banyak. Memandangkan dalam rumah tue hanya 4 beranak so, masak cukup-cukup lah..tak membazir. Lagi pun tradisi di rumah mak mertua aku nie memang masak terus habis. kalau lapar lagi masak lagi...lauk di dalam peti ais pun begitu, cukup-cukup utk beberapa hari je. Sayur pulak satu ikat untuk satu hari. Kadang-kadang sayur yang sikit tue pun tak habis.

Suami tersayang aku pulak kalau bab makanan nie, dia tak suka makan lauk semalam. Sebab tue bila masak tiada baki lauk. Makan terus habis. Nak bawa bekal ke tempat kerja esoknya pun hanya mimpi je...yang boleh dibawa adalah nasi goreng je..huhuhuhu..Maklumlah nak bangun pagi-pagi kan memang liat...kunci jam pun sama jugak...jam berbunyi matikan, bila sedar dh terlambat nak pergi kerja...Suami tersayang aku tue memang sayangggg sangat kat aku,di bawah nie adalah dialog antara aku dan suami aku:

isteri: ermm.....set jam 5.30 pg lh

suami: awal no

isteri: nak buat nasi goreng esok

suami: ylh

Kringgggg......jam lonceng berbunyi...

isteri: bangun nak matikan jam lonceng..dan nak mask nasi goreng..

suami: tak payah lh penat-penat sayang...beli je

isteri: ylh...sambung balik tidur...pukul 6 pg bangun semula terus mandi..

punya lh sayang suami aku pada aku...tak perlu penat-penat buat sarapan pagi...terima kasih Bee kerana memahami isteri mu...

Tapi kadang-kadang aku bangun jugak buat sarapan. kalau aku rasa aku nak bawa bekal aku bangun lh. Lagi pun kalau aku buat sarapan takde orang nak makan, tinggal mak aku sorang je kat umah. Suami aku memang tak sarapan kecuali minum air sahaja. Tiap-tiap pagi air panas mesti ada. Ini kalau hari bekerja, kalau hari cuti pulak sarapan buat jugak kadang-kadang dan terus masak makan tengah hari. kalau tak buat sarapan, beli je kuih ke nasi lemak ke kat kedai..Kebiasaanya hari cuti bangunnya lewat dari hari biasa. kadang-kadang tue bangun terus makan tengah hari. Kebiasaanya kalau bangun sampai tengah hari nie bila badan letih atau memang tak sihat sahaja.

Emak mertua aku tue mungkin memang memahami keadaan kami yang bekerja nie, sebab tue dia tak kejut kami. Sendiri fikir lh!!!!!

Hari ini menu makan malam ikan masak singgang....Sruppppp......sedapnya hirup kuah singgang...dah lama tak makan lauk macam nie...yum..yummm...

silalah comment post ini...

Wednesday, July 20, 2011

Cycling ke KETENGAH

Wah!!!! aku rasa program KCC yang pertama ini telah berjaya. Programnya bukan sahaja seronok tapi berbaloi-baloi....aku rase cik imal tak rugi join kami..betul tak cik imal???? Cik imal diracuni ke arah yang +ve bukannya -ve.

Kami disana menginap di Anggerik Impian, Kuala Berang. Kami start mengayuh dari Kg. di Kuala Berang, aku tak ingat lh nama kampung tue...ke Pangkalan Gawi dalam 25km. Perghhh...bukan naik bukit lagi tapi naik gunung daah...semuanya bertolak basikal je...dah tak larat nak kayuh...



Tempat permulaan berkayuh...sebelum berkayuh bergambar duluuu....


3 sekawan nie memang tidak ketinggalan...cayok! cayok!
nie masa saat mendaki gunung yang pertama...separuh nyawa dibutnya..

ini lh tempat penerangan pelancongan Gawi
Walau pun tak larat, aku sampai jugak tau ke penamat dengan berkayuh basikal. Tapi bila sampai memang haaaa....semputttt....Bila sampai je di Pusat Pelancongan Gawi tue, jalan jadi tak betul huyung-hayang dibuatnya...







walaupun penat, gambar tetap bergambar...


Team Cycling KCC

Ini di Akuarium macam Aquaria tak??..hehehe..

Selepas dengar penerangan, kami dibawa melihat ikan pulak. Haaa...macam pergi Aquaria di KLCC....MACAM...sama tapi tak serupa...Dah puas tengok ikan, kami naik bot pulak ke Petang Island Resort. Sebelum sampai ke Petang Island Resort kami singgah di Taman burung Tasik Kenyir dan Taman Herba Kenyir. Semasa di Taman Herba Kenyir tak puas jalan sebab dah kesuntukan masa so, hanya dapat minum tongkat ali, kacip fatimah dan mahkota dewa. Kalau ikut program memang jalan-jalan di Taman Herba macam di Taman Burung Kenyir...tapi apa boleh buat. Apa-apa pun memang seronok.

Sebelum berangkat ke Taman Burung, Taman Herba dan Penginapan...


di Taman Burung Kenyir

Budak si Noni nie memang suka lompat-lompat..


Yampoi!!!!...
Perghhhh!!memang power..sampai rosnita tutup mulut..
  

Semasa di Taman Herba Kenyir ada satu kisah lucu dimana ada lah satu bot pelancong. Pelancongnya orang Malaysia budak-budak muda lelaki. Salah seorang dari mereka ada macam muka budak opis aku. Tapi bukan aku nak cite pasal kembar, yang aku nak citekan adalah diaorang ingat tempat yang diaorang berhenti tue tempat penginapan..turun dari bot siap bawak bag besar lagi...Driver bot tegur diaorang agaknya tue yang patah balik masuk bot..hahahahaha......bengang!bengang!!!memang bengang giler budak tue...aku rase kalau koraang ditempat budak tue pun bengang. Kalau satu bot je tak pe, nie ada lebih kurang 3 bot tapi yang dekat ngan bot budak tue bot kami lh..kami dah lah ramai...dan aku n the geng ketawakan budak-budak tue....sory tak sengaja terketawa....hahahaahaa..

Tak pasal-pasal buat kami ketawa....


Dah puas pergi Taman Burung dan Taman Herba, kami pergi ke tempat penginapan kami yang kedua Petang Island Resort. Bila sampai terus makan-makan, sembahyang dan keluar balik ke Air Terjun Lasir pulak. kalau ikut rase badan memang penat giler tapi sebab tak nak lepas peluang yang sekali nie kitaorang ikut jugak semua programnya..Di Air Terjun Lasir, perghhhhhh.....memang best. Aku pulak memang dah lama tak mandi air terjun....apa lagi terjunnn.....syok gilerrr......
Alhamdulillah sampai sudah di penginapan kami...

Tengok kami ber-4 nie tak ingat dunia dibuatnya...

Seronoknye......nak pergi lagi!!!!!


  
Keesokkan harinya kami pergi jungle tracking pulak pergi tempat ikan kelah. nak pergi tempat tue kne naik bot sama lh macam pergi air tejun, semuanya berjalan naik bot. Tempat-tempatnya jauh dan perlu naik bot. Masa nak pergi jungle tracking je pada mula-mulanya naik bot bayas tapi bila sampai di tempat penerangan ikan kelah tue kami naik bot kecil pulak ke tempat jungle tracking. Bot bayas tak lepas sebabnya air surut, banyak kayu-kayan.





Ya Allah....bila kami sampai di tempat ikan kelah tue..MasyaAllah..punya lah banyak ikan kelah. Campak je dedak mengremut ikan merebut nak makan..Bukan sahaja boleh bagi makan tau kita boleh berendam dalam air tue sekali jadi ikan..hihihihihihi....ikan tue takde gigi..bila dedak digenggam dalam tangan dan bagi ikan kelah makan, nanti ikan tue akan nyonyot kat tangan...mula-mula aku geli jugak..mne tak gelinya dah lah badannya licin. Masa ikan tue nyonyot, sampai jari-jari kita termasuk dalam mulut dia...hahahahaa....memang seronok....Dah masuk dalam air, tak ingat lagi pacat.

  


Siapa yang dah pernah pergi tasik kenyir pasti tau macamne keadaannya yang berbukit-bukit dan banyak gunung-ganang. Semua tempat-tempatnya memang seronok. Tak akan menyesal punya..macam nak pergi lagi..hahaha...Tapi kalau nak pergi sendiri kene lah banyak bajet yerk! kami nie pergi sebab ada yang sponsur......terima kasih KEJORA dan KETENGAH.

silalah comment post ini...



Thursday, July 14, 2011

3 Sahabat

3 sahabat ini pada mulanya tidak kenal diantara satu sama lain. 3 sahabat ini adalah aku, imal dan noni. Di KEJORA lah tempat pertemuan kami sehingga lh sekarang. Keje pun di tempat sama. Aku di Unit Audit Dalam dan Imal & Noni di Unit Undang-Undang. Unit pulak terletak sebelah-sebelah. Bak pepatah kata orang boleh bertepuk tampar antara satu sama lain. Di kedua-dua unit ini seperti ahli keluarga. Memang rapat diantara bos dan anak buah. Oleh kerana anggotanya tak ramai, bila hari raya tiba akan diadakan marhaban di setiap rumah secara gilir-gilir. Tapi marhaban adalah kisah tahun-tahun yang lepas. Tahun ini tak pasti lagi akan diteruskan atau pun tidak.

Semakin hari kami semakin akrab. Pergi mana-mana kalau boleh nak bertiga, baik pergi kursus, makan, jalan-jalan atau apa pun yang jabatan buat dan unit buat. Tapi kalau kursus nie jarang lh..selalunya aku dan imal je dapat pergi bersama tapi noni terpisah. Kami tak kisah pun sebenarnya dapat pergi bersama-sama ke tidak tapi, kalau dapat pergi bersama-sama lagi suka...sekamcing lh kata kn...

Diantara kami, imal yang pecah rekod berkahwin dahulu, kemudian aku dan noni sampai laaaa tak kahwin-kahwin..mungkin belum sampai jodoh yang secocok ngan dia kot....So, noni bukakan lh pintu hati ko tue...agar ko pun ikut jejak kami. Bukannya apa sebagai kawan, kami nak tengok ko bahagia bukan kesunyian bila dah tua nnti....

Diantara kami ber3, noni yang paling tua dan aku yang paling bungsu. Tak sangka kami boleh jadi rapat sampai sekarang. Selepas 5 tahun nie aku tak pasti lh adakah kami akan rapat seperti sekarang atau pun sebaliknya. Di jabatan aku nie setiap 5 tahun berkhidmat akan ditukarkan ke bahagian lain kecuali bagi jawatan Gred W sahaja. So, selepas 5 tahun nie kami tak tahu di bahagian mana akan kami diletakkan. Adakah kami masih boleh keluar makan bersama? buat marhaban gilir-gilir? pergi kursus bersama? sukan bersama? riadah bersama?. Keadaan sebenarnya akan diketahui pada tahun 2014 atau tahun 2015 kalau dipindahkan lh...

Pada 15 hingga 17 Julai 2011 nie kami akan ke Terengganu untuk mengayuh basikal. Wah! percaya tak percaya lh kami join kelab berbasikal. Pada mula-mulanya imal tak nak join tapi akhir-akhirnya dipujuk-pujuk oleh aku dan noni, terpedaya jugak ikut kami ke terengganu. 2 hari lepas kami dah berlatih mengayuh 1 penawar dan Desaru. Haaaa....semputtt....


main basikal sama-sama
 


  

masuk koir sama-sama

  

Terima kasih krn hadir sama. terima kasih jugak pd cik senyum..


Terima kasin sudi khatam bersama aku...



Aku berharap persahabatan kita kekal buat selama-lamanya...

silalah comment post ini...

Wednesday, July 13, 2011

Delivery Order..

Barang yang ditunggu-tunggu tiba hari ini. Alhamdulillah apa yang ditempah itu yang datang. Kalau lain, nampaknya memang tak merasa lh nak guna minggu nieee..Hari ini jam 11.30 pagi Tv dan meja makan baru sampai di rumah aku. Barang-barang ini memang mak aku dah lama idamkan tapi duit je baru cukup. Barang-barang nie aku beli cash. Aku malas lah nak hutang-hutang, lagi-lagi di Courts Maut (CM) tue. kalau beli hutang harganya boleh jadi 2 kali ganda daripada harga cash. Tapi CM nie memang pandai, kalau beli secara hutang dalam RM2 ribu keatas akan dapat hadiah percuma tapi dengan syarat hutang 60 bulan. CM nie memang pandai mempromosikan barang-barang diaorang...walaupun maut tapi tetap ramai yang ambil barang di CM.

 

Raya tahun nie beraya dengan tv dan meja makan baru lh...tapi kalau semua adik-beradik aku balik, meja makan memang tak muat, alamatnya ada yang duduk bersila lh. Alaaa...meja makan nie pn untuk tuan rumah. Oleh kerana tuan rumah hanya seorang so, memadailh meja makan tue... Rumah penuh pun setahun sekali je itu pun bila hari raya je..hari biasa tak semua anak-anak balik..

Lepas barang nie, mak aku berangan nak beli meja tv pulak. Dia kata Tv lebih besar daripada robok dia sekarang..Yelh kan robok yang sedia ada dah lama semenjak ayah aku ada lagi..nasib baik tak reput. Nanti kita beli mak ea...
silalah comment post ini...

Monday, July 11, 2011

P.H.D

Bagi orang yang suka belajar, dia akan belajar sehingga boleh dapat PHD. Tapi P.H.D nie dah memang ada pada setiap diri manusia cuma dia menggunakan sepenuhnya atau pun tidak. P.H.D ini adalah kelebihan yang memang Allah telah berikan pada semua manusia, cuma bijak mengawalnya sahaja. Korang mesti dah dapat mengagak kn apa itu P.H.D. P.H.D adalah Perasaan Hasad Dengki.

Kalau tersalah menggunakannya ia akan memburukkan diri manusia yang lain. Kebanyakkan aku dengar cerita manusia meninggal dunia kerana P.H.D nie. orang yang ada P.H.D ini adalah kawan syaitan..mengikut nafsu.

Baru-baru nie ada satu kematian. Tapi, aku tak lh nak menuduh atau menuding jari pada sesapa tapi apa yang aku dengar lh...ini adalah cerita benar. Keluarganya pun dah bawa ke hospital tapi keputusan menunjukkan pesakit sihat tiada masalah. Pesakit sakit bertahun-tahun sehinggalh ia sampai ajalnya. Mungkin ini juga adalah berpunca daripada P.H.D.

Ahli keluarga aku pun ada juga meninggal dunia adalah disebabkan P.H.D. Situasinya sama cuma ia bercampur dengan penyakit yang memang doktor dapat kesan. So, doktor hanya dapat membantu apa yang dapat dikesan sahaja dan yang tak dapat dikesan hanya berserah kepada Allah dan berusaha secara kampung. Mungkin Allah lebih menyayanginya maka Allah telah mengambilnya semula daripada ahli keluarga. Walaupun kami sekeluarga sedih dan merasa kehilangan mereka (bapa & abang) tapi pada masa yang sama kami tidak sanggup melihat  mereka hidup menderita dan merana maka, kami redha dan merelakan...Ketentuan TUHAN kita tak boleh mengubahnya.

Semoga Allah sahaja yang membalas jasa orang-orang yang baik belaka tue dan diberi pengajaran dengan apa yang mereka telah lakukan kepada orang lain...Amin..

So, beringatlh wahai kawan-kawan yang membaca entry ini dan di luar sana janganlh anda ada P.H.D, memang anda akan merasa puas atas apa yang anda telah buat tapi sebenarnya andalh orang yang paling rugi dan diBENCI oleh ALLAH.S.W.T.

silalah comment post ini...