Thursday, July 14, 2011

3 Sahabat

3 sahabat ini pada mulanya tidak kenal diantara satu sama lain. 3 sahabat ini adalah aku, imal dan noni. Di KEJORA lah tempat pertemuan kami sehingga lh sekarang. Keje pun di tempat sama. Aku di Unit Audit Dalam dan Imal & Noni di Unit Undang-Undang. Unit pulak terletak sebelah-sebelah. Bak pepatah kata orang boleh bertepuk tampar antara satu sama lain. Di kedua-dua unit ini seperti ahli keluarga. Memang rapat diantara bos dan anak buah. Oleh kerana anggotanya tak ramai, bila hari raya tiba akan diadakan marhaban di setiap rumah secara gilir-gilir. Tapi marhaban adalah kisah tahun-tahun yang lepas. Tahun ini tak pasti lagi akan diteruskan atau pun tidak.

Semakin hari kami semakin akrab. Pergi mana-mana kalau boleh nak bertiga, baik pergi kursus, makan, jalan-jalan atau apa pun yang jabatan buat dan unit buat. Tapi kalau kursus nie jarang lh..selalunya aku dan imal je dapat pergi bersama tapi noni terpisah. Kami tak kisah pun sebenarnya dapat pergi bersama-sama ke tidak tapi, kalau dapat pergi bersama-sama lagi suka...sekamcing lh kata kn...

Diantara kami, imal yang pecah rekod berkahwin dahulu, kemudian aku dan noni sampai laaaa tak kahwin-kahwin..mungkin belum sampai jodoh yang secocok ngan dia kot....So, noni bukakan lh pintu hati ko tue...agar ko pun ikut jejak kami. Bukannya apa sebagai kawan, kami nak tengok ko bahagia bukan kesunyian bila dah tua nnti....

Diantara kami ber3, noni yang paling tua dan aku yang paling bungsu. Tak sangka kami boleh jadi rapat sampai sekarang. Selepas 5 tahun nie aku tak pasti lh adakah kami akan rapat seperti sekarang atau pun sebaliknya. Di jabatan aku nie setiap 5 tahun berkhidmat akan ditukarkan ke bahagian lain kecuali bagi jawatan Gred W sahaja. So, selepas 5 tahun nie kami tak tahu di bahagian mana akan kami diletakkan. Adakah kami masih boleh keluar makan bersama? buat marhaban gilir-gilir? pergi kursus bersama? sukan bersama? riadah bersama?. Keadaan sebenarnya akan diketahui pada tahun 2014 atau tahun 2015 kalau dipindahkan lh...

Pada 15 hingga 17 Julai 2011 nie kami akan ke Terengganu untuk mengayuh basikal. Wah! percaya tak percaya lh kami join kelab berbasikal. Pada mula-mulanya imal tak nak join tapi akhir-akhirnya dipujuk-pujuk oleh aku dan noni, terpedaya jugak ikut kami ke terengganu. 2 hari lepas kami dah berlatih mengayuh 1 penawar dan Desaru. Haaaa....semputtt....


main basikal sama-sama
 


  

masuk koir sama-sama

  

Terima kasih krn hadir sama. terima kasih jugak pd cik senyum..


Terima kasin sudi khatam bersama aku...



Aku berharap persahabatan kita kekal buat selama-lamanya...

silalah comment post ini...

Wednesday, July 13, 2011

Delivery Order..

Barang yang ditunggu-tunggu tiba hari ini. Alhamdulillah apa yang ditempah itu yang datang. Kalau lain, nampaknya memang tak merasa lh nak guna minggu nieee..Hari ini jam 11.30 pagi Tv dan meja makan baru sampai di rumah aku. Barang-barang ini memang mak aku dah lama idamkan tapi duit je baru cukup. Barang-barang nie aku beli cash. Aku malas lah nak hutang-hutang, lagi-lagi di Courts Maut (CM) tue. kalau beli hutang harganya boleh jadi 2 kali ganda daripada harga cash. Tapi CM nie memang pandai, kalau beli secara hutang dalam RM2 ribu keatas akan dapat hadiah percuma tapi dengan syarat hutang 60 bulan. CM nie memang pandai mempromosikan barang-barang diaorang...walaupun maut tapi tetap ramai yang ambil barang di CM.

 

Raya tahun nie beraya dengan tv dan meja makan baru lh...tapi kalau semua adik-beradik aku balik, meja makan memang tak muat, alamatnya ada yang duduk bersila lh. Alaaa...meja makan nie pn untuk tuan rumah. Oleh kerana tuan rumah hanya seorang so, memadailh meja makan tue... Rumah penuh pun setahun sekali je itu pun bila hari raya je..hari biasa tak semua anak-anak balik..

Lepas barang nie, mak aku berangan nak beli meja tv pulak. Dia kata Tv lebih besar daripada robok dia sekarang..Yelh kan robok yang sedia ada dah lama semenjak ayah aku ada lagi..nasib baik tak reput. Nanti kita beli mak ea...
silalah comment post ini...

Monday, July 11, 2011

P.H.D

Bagi orang yang suka belajar, dia akan belajar sehingga boleh dapat PHD. Tapi P.H.D nie dah memang ada pada setiap diri manusia cuma dia menggunakan sepenuhnya atau pun tidak. P.H.D ini adalah kelebihan yang memang Allah telah berikan pada semua manusia, cuma bijak mengawalnya sahaja. Korang mesti dah dapat mengagak kn apa itu P.H.D. P.H.D adalah Perasaan Hasad Dengki.

Kalau tersalah menggunakannya ia akan memburukkan diri manusia yang lain. Kebanyakkan aku dengar cerita manusia meninggal dunia kerana P.H.D nie. orang yang ada P.H.D ini adalah kawan syaitan..mengikut nafsu.

Baru-baru nie ada satu kematian. Tapi, aku tak lh nak menuduh atau menuding jari pada sesapa tapi apa yang aku dengar lh...ini adalah cerita benar. Keluarganya pun dah bawa ke hospital tapi keputusan menunjukkan pesakit sihat tiada masalah. Pesakit sakit bertahun-tahun sehinggalh ia sampai ajalnya. Mungkin ini juga adalah berpunca daripada P.H.D.

Ahli keluarga aku pun ada juga meninggal dunia adalah disebabkan P.H.D. Situasinya sama cuma ia bercampur dengan penyakit yang memang doktor dapat kesan. So, doktor hanya dapat membantu apa yang dapat dikesan sahaja dan yang tak dapat dikesan hanya berserah kepada Allah dan berusaha secara kampung. Mungkin Allah lebih menyayanginya maka Allah telah mengambilnya semula daripada ahli keluarga. Walaupun kami sekeluarga sedih dan merasa kehilangan mereka (bapa & abang) tapi pada masa yang sama kami tidak sanggup melihat  mereka hidup menderita dan merana maka, kami redha dan merelakan...Ketentuan TUHAN kita tak boleh mengubahnya.

Semoga Allah sahaja yang membalas jasa orang-orang yang baik belaka tue dan diberi pengajaran dengan apa yang mereka telah lakukan kepada orang lain...Amin..

So, beringatlh wahai kawan-kawan yang membaca entry ini dan di luar sana janganlh anda ada P.H.D, memang anda akan merasa puas atas apa yang anda telah buat tapi sebenarnya andalh orang yang paling rugi dan diBENCI oleh ALLAH.S.W.T.

silalah comment post ini...

Thursday, July 7, 2011

Selera Bertambah

Hari nie selera aku bertambah sampai makan berlebih-lebihan. Selalunya aku akan makan sekali je tp, entah kenapa bila sebut je makanan tue macam nak makan pulak. hehehee.....Hari nie aku bawak bekal nasi lauk ikan sembilang asam pedas....sedap....yam..yam... Itu yang membuatkan selera bertambah sampaikan nak makan lempeng cicah asam pedas pulak. Aku makan lempeng time rehat kol 1 ptg. So, petang nie kalau aku jadi ngayuh basikal tak lah lapar sangat...sebelum nak ngayuh mestilah ada tenaga..kalau tak, haaaa...semput!!!!!!

Mudah-mudahan berat badan aku nie tak lah naik sangat...kalau naik susah jugak aku nanti. Dah satu hal pulak nak berdiet. Keturunan aku ada yang berbadan besar, takmustahil badan aku pun boleh besar. So, sebelum aku jadi besar, knelh makan makanan yang seimbang dan tak belebih-lebihan sangat. 

Bak pepatah kata orang, kalau tengah ada selera, makan lh apa yang nak dimakan. Tapi kne beringat lh...nanti kalau sakit diri sendiri yang merana dan menyusahkan orang lain pulak...So, beringat-ingatlh ye kengkawan kalau nak makan tue...kalau nak diet pastikan dapat nasihat Doktor terlebih dahulu...

Wednesday, July 6, 2011

Tukar Templet Blogger

Berhari-hari aku cari templet yang cantik-cantik untuk blog aku nie...cuba-cuba tak jadi, tak cantik dan tak boleh...hampir putus asa jugak aku dibuatnya...

Tapi alhamdulillah akhirnya jadi jugak tapi tak lh secantik macam blog kengkawan yang lain-lain tue...aku nie budak baru nak belajar so masih banyak kekurangan ilmu lagi..So, kengkawan yang lain sapa yang ada banyak jenis templet yang cantik-cantik dan tahu caranya ajarlah aku yerk!.

Setakat nie, ini lah hasilnya aku dapat buat secara sambil-menyambil. Aku harap korang boleh baca dan paham aku tulis sudah lerr..tapi kalau ada tersalah eja tue sowey lh tak perasan...Untuk pengetahuan korang jugak kadang-kadang tue ada lh aku selit-selit dengan bahasa sms....alahhhhh...korang mesti paham punyer...kn!kn!..

Ok lh yerk..setakat nie je yang aku ada idea nak tulis. Nanti kalau aku ngadap benda nie jeeee..kje aku tak siap pulak. Teringat pulak kisah Edisi Khas malam tadi, kisah Pacebook. Kesian laki dia nak sarapan, tunggu punya tunggu hingga lh ke malam si bininye tak masak-masak dok ngadap Pacebook......je....ish1ish!ish!....jangan jadi seperti itu ye wahai isteri-isteri.......Tentukan mana yang lebih penting, utama, keperluan dan kehendak....