Tuesday, July 5, 2011

8C Sebab Suami Benci Isteri

Assalamualaikum...

Kali nie aku nak kongsi ngan korang tentang 8C sebab suami benci isteri. Apa yang 8C tue jom meluangkan masa sedikit untuk membaca yerk!..ini adalah yang disampaikan oleh Dato' Fadzilah Kamsah. Aku just nak kongsi ngan korang sebagai tambah ilmu dalam rumahtangga. Jom baca di bawah:


8 PUNCA SUAMI BENCI ISTERI

CABAR

Lelaki mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata “Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata…

CABUL

Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn lelaki yang bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan & kata2 isteri yang tak sopan (isteri hilang sifat malu)seperti keluarkan kata2 yg tidak baik pada mertua…

CELUPAR

Wanita yg cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga. Isteri selalu cakap yang tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami sehingga membuat suami jauh hati.

COMOT

Terdapat wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan serta tindak-tanduknya. Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pulak nampak yg comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi kat rumah tak praktik pun.

CEMBURU

Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu berlebih-lebihan… sikit2 dok telefon suami kat tempat kerja. Suami baru balik kerja dah kita tanya macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak yg bukan2…

CEREWET

Kata ulama hati wanita terletak pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan luar, isteri nak tempat yang class2 aje. Restoran nak ada air-cond aje.

CINCAI

Buat kerja rumah cincai, masak cincai, kemas rumah cincai, jaga anak cincai. Dr Fadillah kata suami paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi mak dok lepak depan tv lagi….

CUAI

Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa.. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas. Ini akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.

8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa & lalai… ada masa2 tertentu, mungkin juga kerana sifat suami & keadaan sekeliling yang buat kita mempunyai salah satu ciri2 8C tu.

Renung2kanlah dan selamat beramal…..

Thursday, June 30, 2011

Jauh di Mata tapi Dekat di Hati

Hari ni En.Bee pergi Kuala Pilah. Tinggal aku keseorangan...ermmmm.....rindulh.... En.bee pergi sampai hari Isnin pulak tue lamanya...ingat kat Sayanggg...ye...hehehe... jangan jealouss.........

Walau pun jauh di mata tapi dekat di hati....ini lh sebenarnya entry aku yang aku nak citekan. Aku tahu ramai sebenarnya yang tinggal berjauhan dengan suami di Malaysia. Bukan sahaja di Malaysia lah..tapi di luar negara pun sama jugak. Tapi bagi isteri/suami yang jujur dan setia pasti mereka setuju dengan entry aku nie...korang setuju tak?????? Bila dia ada di hati bermakna dimana pun kita berada orang kesayangan kita tetap dekat ngan kita. Dia lah orang pertama yang akan kita hubungi dan ingat selain ibu bapa kita..

Bila dekat di hati, apa-apa lebih diutamakan untuk dia. Sampaikan membeli-belah dan makan pun ingat orang tersayang...Begitu kuat kuasa kasih sayang nie... Ada kata orang tinggal berjauhan nie lebih mengeratkan kasih sayang antara satu sama lain? tapi, pada aku sama je...baik tinggal sama-sama mahu pun berjauhan ada baik dan buruknya. Sedangkan tinggal sama boleh bergaduh apatah lagi tinggal jauh. Tinggal jauh nie tekanannye lebih sikit dan dugaannya pun kuat sikit berbanding yang tinggal bersama.


Bila tinggal berjauhan ada banyak perkara yang perlu dilakukan bersama bila bertemu agar kasih sayang tak hilang.....
  • kene banyak berhubung antara satu lain.
  • Kerap menyambut hari bahagia bersama
  • elakkan bergaduh bila berjumpa
  • Masak makanan kegemarannya bila dia balik
  • beli hadiah istimewa untuknya,
  • Say I Love U, I Miss U, dll

Tapi percayalh, kunci kebahagiaan rumahtangga adalah jujur, setia dan iman. InsyaAllah rumahtangga kekal bahagia hingga ke akhir hayat....So, sama-samalh kita berdoa untuk keluarga sendiri agar rumahtangga yang kita bina ini diredhai Allah dan kekal bahagia hingga akhir hayat..aminn...

Kebulur...

Ish!ish!ish!!!!aku baru je dapat berita buruk belaku. Aku tak tahu lah nak cakap orang yang bersikap demikian. Korang nak tahu tak citenya? begini ceritanya....

Biasalh setiap kali mesyuarat pasti ada makan kn. Urusetia dah oder makan untuk semua ahli mesyuarat dan dilebihkan. Tapi ada orang-orang yang bersikap tak tahu malu, kebulur sangat agaknya, dia ambek makanan mesyuarat tue tanpa pengetahuan orang yang hidangkan tue. Masa makanan tue sampai mamat yang hidang kuih tue dah hidang sikit pada ahli yang hadir dan tinggal lagi sikit mana yang belum hadir. Budak tue siap tutup makanan yang tinggal tue supaya jangan diambil. Tetapi apabila budak tue balik dari ambek tarmos kat unit lain, tiba-tiba dia tengok kuih tue dah tinggal satu. Sedangkan dia belum habis hidangkan untuk semua ahli mesyuarat. Tak keruan budak tue dibuatnya dan dia pun maklumkan lh pada urusetia....Urusetia pun dah tak leh nak kata apa....nak salahkan budak mamat tue, bukan salah dia, yang salah adlah orang yang kebulur tue...

Budak mamat tue ada jugak lh bising-bising tapi mana ada orang nak mengaku dia buat salah ye tak?.. Benda pun dh jadi nak buat macam ne lagi.... Redha aje ler yang tak dapat makan tue... Nasib baik ada bos yang tidak kisah tapi kisah jugak agaknya tapi malu nak cakap. hehehe.....

Sepatutnya kalau ia pun teringin sangat nak makan ke minum ke, minta izinlh ngan budak tue dulu, tanya ada lebih ke tak?, ini tak terus je ambik tanpa pengetahuan budak tue. Dah budak mamat tue tak keruan dibuatnya krn makanan mesyuarat tak cukup...

So, kawan-kawan semua ingat lh kalau ia pun dah kebulur sesangat petang-petang tue, kalau ada makanan mesyuarat, beringatlah minta izin dulu sebab makanan tue bukan hak kita lain lh kita yang masuk mesyuarat tue....ingat ye kengkawan....

Siap Akhirnya..

yeh..yeh.......akhirnya berjaya disiapkan semua senarai semak untuk exit conference petang nie. Sekarang nie bos n scd. bos tengah bermesyuarat. Aku n the geng hureyyyy....tak masuk sekali dalam mesyuarat tue, kalau tak tentu kne balik lambat. Tq lh bos.

Beberapa hari nie aku ringanlh sikit beban tugas, lepas nie budak lagi seorang dah tamat. begitu aje ler...asyik bertukar orang saje....Alamatnya tak cukup tangan lh aku dibuatnya. Lepas nie aku sibuk ngan mesyuarat Jawatankuasa audit pulak. Huh! kerja tak habis-habis, sampai mati pun tak habis... Bukan mengeluh cuma lepaskan hembus dan angin dalam badan je...nnti kalau banyak sangat angin dalam badan kn susah...tak pasal-pasal kne sakit perut pulak. Sakit perut tak pe, kalau berangin kan susah..habis semua orang kene marah...hehehe....

Tempat unit aku nie tak ramai, cuma 5 orang saje termasuk bos. 1 tahun 5 laporan kene keluar. Nampak memang sikit tapi nak buatnya bukan mudah tau...nak cek sana nak cek sini, pergi sana, pergi sini. Letih badan nie...

Kalau dulu sebelum kahwin boleh lh overtime sampai malam dan sekarang dah kahwin tak leh lh... Pulak tue sekarang duduk rumah mak mertua, kalau balik lambat sikit serba salah dibuatnya tapi dh tugas kn nak buat macamne. Nasib baik En.Bee memahami. Terima kasih En.Bee kerana memahami sayang... Walaupun aku balik lambat, bila aku sampai sahaja rumah terus siapkan makan malam untuk keluarga tau!. Aku masak lauk... yang mak mertua aku dah masak untuk dipanaskan dan tiggal masak sayur je. Hehehehe.....bertuah punya menantu...ok lh tue, mak mertua dh masak mesti kene makan kalau tak, dia mengajuk lagi susah. So, apa yang dimasak makan saje.... Setakat nie aku dan En.Bee tak cerewet, apa yang dimasak, kitaorang makan.

Eh..eh...dah kelain pulak lari tajuk entry yerk?.hehehe...kerja-kerja menyemak semua dah siap, tinggal nak buat report je. Alhamdulillah....

Wednesday, June 29, 2011

Ring! Ring! Ring!

Bisingnyeeee..........sana sini bunyi...bila ada tuannya tak nak bunyi, bila tak de semuanya berderingggg......

Hari nie naik letih aku menjawab telefon mengalahkan operator. Yang sakit hatinya bila diangkat tak nak cakap pulak...kalau cakap bisu kang marah..Bikin hati gua sakitttt je...

Aku tak kisah angkat telefon tapi cakap lh. Dah penat-penat kita angkat tak nak cakap pulak. Bukannya keje aku hari nie angkat telefon je, kertas yang nak disemak pun bertimbun atas meja aku. kalau ada orang boleh tolong semakkan lagi bagus cepat siap tak finingggg kepala aku. Esok dah lh ada Exit Conference, semak tak habis-habis lagi.

Haaa...kan dah buat mood aku kurang baik, tapi sekejap je. hehehe....Sekarang dh ok dh. Kawan-kawan aku pun dah naik opis semula. Tak pulak telefon berlumba-lumba berderinggg....

So, aku nak ingatkan kalau telefon tue tolong lh bercakap jangan bikin hati orang jawab panas jeee....sama ada orang nak dijumpa ada tau takde ok! Lu Fikir lh sendiri!!!!!