Friday, June 17, 2011

Cycling Club

Wah....lepas sukan Makspen menceburi kelab berbasikal pulak. Bila lh agaknya aku nak mengandung kn. Sukan tak habis-habis...hehehe....bukannya apa saja je menyibuk diri daripada berfikir, mengharap yang tak pasti bila tapi bab makanan aku jaga lh jugak mana yang tak leh makan..

Kelab basikal nie aku baru je join, setakat nie baru 2 kali aku mengayuh basikal baru aku tue. Puncanya aku terlibat sama sebab suami aku masuk dan kawan perempuan aku pun masuk. Nasib baik suami aku nie tak kisah. Beli basikal pun aku loan ngan dia tapi bayar balik tue aku tak pastilah bila....hihihihi...guarantee free je...demi isteri tersayanggg kn Bee! :):):)...








Insyaallah jadi 25 Jun 2011 nie ada

JEMPUTAN KAYUHAN MESRA ANJURAN JABATAN ALAM SEKITAR DAN PARLIMEN PENGERANG PADA 25/06/2011


Haaaa....nie lh kali pertama aku nak join kelab basikal. Dulu jaguh basikal jugak tapi jaguh setakat kampung je ler. Nie nanti tak tahu lh larat ke tak larat. Mintak-mintak larat lh...Lepas nie ada lagi kat Terengganu pulak pada 1 hingga 3 Julai 2011. Wow! macam tak percaya pulak aku boleh join kelab basikal. Selalunya nampak orang Singapore yang berbasikal di Negara aku nie tapi kali nie aku pulak tersengaja join kelab basikal macam diaorang tue. Barang keperluan yang sepatutnya pun suami aku dah belikan tau...percaya tak percaya lh...

So, kawan-kawan mari lh ramai-ramai kita mengayuh basikal sama-sama. Ini pun salah satu senaman untuk body kita jugak tau. Selain sukan badan berkanun dan makspen ada jugak aktiviti lain yang kita boleh ceburi dan berkumpul bersama-sama, beriadah bersama-sama....syok......lai lai lai....

Bagi warga wanita KEJORA yang berminat boleh lah join sama...kami memang mengalu-galukan kemasukkan korang dalam kelab kami nie...untuk keterangan lanjut boleh layari FB kelab kami seperti gambar di bawah ye...korang taip kelab basikal KEJORA pasti jumpa...fikir-fikirkan....

Wednesday, June 15, 2011

Highway Baru

Yeh..yeh...nak pergi makan kat hentian lalu highway baru! yeh..yeh...

Jom kawan-kawan...tak sabar pulak rasanya pergi makan kat highway ngan korang...lagi satu tak sabar rasenya nak naik kerata baru cik senyum. Hehehehe....jangan mare cik senyum nanti cepat tuoooo....hehehehe....

Sekarang nie, aku pergi keje dh macam kat bandar pulak pagi-pagi dah sibuk orang masuk highway...macam tak percaya pulak Bandar Penawar dh jadi maju sekarang jauh berbeda dengan sebelum nie hanya hutan-hutan sahaja...

Alhamdulillah....berkembang mengikut zaman.

Tunggu Giliran

Assalamualaikum...

Tiba-tiba tercetus pulak idea di kepala nie nak cite kat korang pasai tunggu giliran. Bukan sahaja pergi pejabat pos, bank, parking, interview kne tunggu tau...tapi nak makan pun kne tunggu giliran. kalau kat restaurant dah semestinya walaupun pelanggan tak lh ramai mana pun tapi tunggunya macam tunggu orang nak bersalin. Rasenya nasib-nasib kadang-kadang sedap kadang-kadang tak sedap langsung. Setuju tak?


Sebenarnya aku nak cite kat korang tentang tunggu giliran nak makan kat opis aku nie...yelh kan pantrynye kecik tak muat duduk ramai-ramai, nak duduk kat tempat orang makan mesyuarat malu pulak terang-terangan nanti orang lalu-lalang nampak pulak muke kami nie yang cun melecun...hehehe...kalau korang nak tau kami lh contoh-contoh pekerja cemerlang..ceh! angkat bakul sendiri pulak....hehehe...itu pun orang tak nampak lagi..:(:(:( keciwa...

Lagi satu kn aku nak cite kat korang pasai tunggu giliran kat bank. Satu hari tue aku pergi lh bank. pelanggannya tak ramai kalau tak silap, aku orang yang ke dua. Tapi dia punya tunggu sampai aku naik berang dibuatnya...depo ingat aku nie tak de kejo lain agaknya nak duduk kat bank sampai ke petang. yang buatkan sakitnya hati nie orang bank tue boleh dok berbual ngan pelanggan di depan dia tue...tangan sekejap jalan sekejap berhenti...tension makcik. Kalau pihak bank tue sediakan peti cadangan dah lama aku beri cadangan....geram tau. Memang lh sabar tue separuh daripada iman tapi kalau dh berjam-jam menunggu sape boleh tahan...sendiri mau ingat lh beb!!!

Tuesday, June 14, 2011

Makspen 2011

Assalamualaikum....

ponat oden menaip hilang pulak...terpakso lh oden menaip dan mengarang semulo....bertuah punyo komputer...

Begini citonyo...Alhamdulillah selamat sampai ke kampung halaman setelah seminggu di perantauan untuk bersukan demi jabatan. Sukan Makspen kali nie diadakan di Perlis. Errmmm.....ini lh kali kedua aku menjejakkan kaki ku di Negeri Perlis. Tempat yang aku n the geng pergi antaranya, Padang Besar, sekitar Kangar, sekitar Arau dan Alor Setar jugak kami pergi sebab game bowling di Alor Setar, City Plaza. Alang-kepalang dah ada di kedah kami pun singgah lh Pekan Rabu. Selama 7 hari kami disana jalan dari Politeknik Arau ke Alor Setar tue agaknya dah kenal bas kami sebab hari-hari lalu jalan yang sama ada jugak lh kami sesat salah masuk lorong tapi nasib baik jumpa balik jalan utama.

Macam-macam cerita kami dengar ada yang kata group kami nie anak emas lh, budak-budak bowling pompuan pulak nak yang cantik-cantik aje lh...hahahaha....terima kasih lh kerana cakap aku n the geng cantik tak sangka pulak kami nie cantik...tq! tq! tq!....

Padahal diaorang tue semua tak tahu kami nie dah lah latihan menggunakan duit sendiri, kalau pergi sendiri duit minyak tak leh claim, tempat main pulak jauh...Cakap memang best, syok je mengumpat....bila kene kat batang hidung sendiri nanti baru tau rasenyeee....berbaloi ke tak apa yang telah dilabur daripada diberi.

Ops! teremosi pulak....soryyy...kita sambung balik cite di Perlis ye. Oleh kerana Perlis nie dah hampir dengan sempadan Thailand kami pun tidak melepaskan peluang. Tempat nie adalah salah satu tempat yang memang pelancong akan kunjungi iaitu Padang Besar dan Wang Kelian. Kedua-dua tempat nie aku n the geng pergi. Macam tak percaya dapat menjejakkan kaki ke Thailand. Walau pun penat berjalan tetap window shopping sebab memang best dan seronok pergi tempat orang. Padahal tempatnya lebih kurang sama je macam Pasar Payang Terengganu tapi oleh kerana berlainan tempat tetap nak pergi. Ini lah pengalaman aku. kalau aku tak kerja ngan Kerajaan belum tentu aku dapat pergi bersukan jauh-jauh, berkursus jauh-jauh. Alhamdulillah.....

Manakala Tahun 2013 KEJORA pulak akan jadi tuan rumah Makspen. Haaa.....bertungkuslumus lh staf-satf KEJORA. So, staf-staf KEJORA cayok-cayok pastikan Tahun 2013 KEJORA menjuarainya dan kongker semua emas bagi semua acara sukan jangan bikin malu tuanrumah..Do The Best!.  SEE U SOON....

Monday, June 6, 2011

Honeymoon kali ke-2

Sambut family day bersama rakan sekerja dan secara tak langsung aku honeymoon kali ke-2. Untung untung....alhamdulillah... Family Day yang aku pergi kali nie memang best, walaupun masanya singkat tapi menggembirakan. Kepulangan kami, tiada yang tangan kosong semuanya akan bawa balik hadiah. Hadiah cabutan bertuah dapat 2 seorang, belum yang masuk sukan lagi....memang berbaloi-baloi oii..... Family Day kami nie banyak dapat sponsur sebab tue berbaloi-baloi...

Kalau lh tempat kje aku buat macam nie memang best. Aku rase diaorang akan beri komitmen punya...Lagi pulak buat tempat jauh-jauh.... Nie tak, asik-asik tempat yang dekat ngan pejabat sahaja....tak berkembang langsung... Hadiah pun hanya yang masuk game sahaja dapat lebih daripada satu..