Tuesday, May 24, 2011

Janji Tinggal Janji

Errrrr......gerammmmmnyaaa........janji tinggal janji.....

Kenapalah manusia macam nie yang jadi pilihan....sedangkan ada ramai lagi yang layak daripada dia. Manusia yang suka menabur janji manis tapi palsu nie sepatutnya kita bakar aje... menyakitkan hati. Bukan seorang tapi ramai orang yang disakitinya...

Persetujuan telah dipersetujui bersama dan dia selaku ketua perlu jujur dan bertanggungjawab terhadap anak buahnya. Jangan lh ambil kesempatan dalam kesempitan orang lain....tak guna betul manusia seperti nie. Dah lh tak adil, menabur janji pulak tapi, janji tinggal janji. Nak tunggu yang dijanjikan...bara pun agaknya dah jadi abu. Abok pun tak da...

Tue bab ketua, bab Pengurus pulak pun sama lemmm....dan tak ada rasa tanggungjawab terhadap jawatan yang disandang. Bila ada aduan diterima, dia selaku pengurus perlu lah tegas terhadap ketua tadi. Semua orang pentingkan diri sendiri....dia pikir orang lain tue hidup mewah macam dia ke...aku rasa kalau dia di tempat orang yang teranaya, dia pun akan memberontak jugak.....

Korang rasa lh kalau korang di tempat orang yang teranaya apa akan korang buat?, apa akan korang rase sama ada geram, marah, benci, meluat? dan macam mana nak atasi malasah macam nie? sedangkan korang tiada kuasa tapi korang cuma ada hak untuk bersuara sahaja. keputusan di tangan diaorang yang kejam tue?.

Kali nie adalah kali kedua kami yang teranaya nie diperlakukan. Yang aku tak leh tahan dengar dia kata kami nie tokey!. tokey tokey jugak tapi kalau dah tiap kali keluar guna duit sendiri, tapi duit yang sepatutnya dapat tak dapat dapat, lama lama bankrup jugak tokey. Gunung kalau hari hari tarah lama lama rata jugak...

kalau sebelum nie lagi lah apa yang kami berhak dapat tapi tak dapat sepertimana orang lain dapat. Aku hairan kenapa group kami sahaja selalu diperlakukan sedemikian, dianak tirikan. TAK ADIL! TAK ADIL!....

Budak Keletah Bercakap

Budak keletah bercakap nie memang best tau layan dia. Tak boring dibuatnya. Ada sahaja yang ditanyanya dan dicerikannya...sampaikan kita pun dah tak tahu nak jawab apa dan tanya apa.  Di sini aku nak kongsi ngan korang satu cerita tentang budak keletak bercakap nie...

Ada seorang budak nie, dia budak perempuan memang comel je budaknya...nama pun budak... Masa tengah berbual bual dengan dia, aku tanya lh hari nie belajar apa?, makan apa?...ngaji sapa yang ajar?, dia jawab semua soalan soalan aku tue...tapi yang bestnya aku takde tanya pun soalan, dia sendiri yang menceritakan. Puncanya pasal ngaji lh..ok nie jalan cerinya:

aku:  ngaji sapa ajar?

budak: Ibu (pengasuh)

aku: oooo.... dah pandai baca Alif Ba Ta?

Budak: pandai....kat umah tak ngaji, papa baring je...

Haaa....apa pendapat korang, tak pasal pasal aktivit papa terkantoi....

So kawan kawan, ajar lh anak anda ngaji ye di rumah....tunjuk perbuatan yang baik baik je depan anak tau...nanti terkantoi ngan jiran/kawan kawan...

Aku bukan nak menceritakan keburukan ayahnya tapi di sini aku nak korang ambil peduli kalau dapat anak yang keletah bercakap  sebab takut apa yang tak sepatutnya di cakap tapi dia cakap...

MC

Tempat kje aku nie ada seorang budak yang memang sukaaaaa sangat MC. Boleh dikatakan tiap tiap bulan lh dia akan MC. Tapi kekadang bila dia datang kje, aku rasa baik dia tak ada daripada dia ada. Korang paham tak apa yang aku maksudkn nie?. Maknanya dia keje ke tak ke sama je... aku sorang sorang jugak yang buat. Bila minta tolong, kje yang diminta tak dibuat buat sampai la time balik. kekadang aku rase sakit hati jugak dibuatnya. Sabar, sabar jugak tapi ada tahap batasnya. Kalau dah selalu sangat sabar aku nie boleh jadi benci dibuatnya...

Dia tak tahu bila selalu sangat MC, pencennya nanti akan terjejas. MC memang sedap...sebab tak tolak ngan cuti rehat tapi kesannya bila pencen. Duit pencen kne tolak dengan MC yang telah diambil. Kalau dia tak MC, dia pasti ambil cuti rehat. Agaknya budak nie dia tak sayang keje dia agaknya. Hari nie aku dapat tahu bos pergi rumah dia nak menziarahi dia. Sebenarnya bukan semata mata nak memziarahi dia je tapi nak tengok akan kebenarannya... Nie semua berkait dengan kerja. Aku rasa bila ada pekerja sedemikian memang patut dibuat hendapan terhadapnya sama ada kenyataan yang dibuatnya betul atau sebaliknya. So, kawan kawan yang kerja kerajaan jangan lh selalu sangat ambil MC kerana ia akan menjejaskan pencen anda nanti...

Ganguan Emosi!

Errr......geramnyaaaa........, time time macam nie lah semuanya nak dibuat dengan serentak. Dah tergopoh gopoh dibuatnya. Nie jam lh sibuk dengan minggu sukan dan nie jam jugak lh nak bagi anugerah tapi bukannya semua dapat bagi...nie semua menggangu emosi aku... Bab sukan dh lh pro sesangat, bila ada latihan tak dapat datang pulak. Bila kalah orang diperkata katakan....tapi pada masa yang sama kna latihan nyanyi pulak...bukannya jadi penyanyi band tapi, penyanyi koir je...hehehe... pada mulanya ktanya lagu yang akan dibawa tue kne buat perasmian dulu...tiba tiba bos suruh nyanyi lagu tue jugak masa hari beri anugerah tue...

Habis semua program tergendala....bukan aku je, kawan kawan aku yang lain pun sama. Tapi apa boleh buat terpaksa lh kne buat pilihan yang dipaksa pilih kerana tarikhnya dah hampir..terpaksa lh berkorbankan latihan sukan.

Sebenarnya bukannya apa, aku nak cuba skor dlm sukan tue aku boleh buat skor tinggi 130 mata ke atas...aku nak cuba improvekan permainan aku...sukan pun dah tak lama lagi... kawan kawan aku yang lain semuanya orang lama dah memang pro boleh skor lebih 130 mata ke atas so, aku pun nak jadi macam diaorang jugak...

Takpa lh alhamdulillah....terima kasih Allah...mungkin nie semua ada hikmah disebaliknya...sekarang emosi aku pun dah ok sikit sebab dh luahkan kat entry nie... Aku boleh! Aku boleh! Aku boleh!....

Kalender

Assalamualaikum semua....

Korang pernah terfikir dan rasa membazir tak membeli kalender?. Aku rasa kalau orang yang kerja ngan kerajaan atau swasta, terutamanya pekerja lah...kalender akan dapat free kn? sebab majikan dah belikan dan beri sorang satu tak pun satu department satu kalender betul tak?. Ermmm....sama lh macam aku, majikan dah belikan dan dapat lagi daripada kementerian... Tapi aku nie suka mencuba buat sesuatu hasil aku sendiri. mereka reka sendiri.... Alaaa....lagi pun komputer kan ada guna lah dengan sepenuhnya. Teknologi dah canggih....cuma ubah tahun dan tarikhnya sahaja.

Di sini aku nak kongsi ngan korang hasil kalender yang aku buat sendiri. korang nak tengok tak?..ermmm...peduli apa aku korang nak tengok ke tak aku nak tunjuk jugak kat korang...jgn marahhhh haaaa.....jom kita layan gambar di bawah.....





Walau pun tak lh sehebat mana kalender aku nie, tapi kalender nie akan jadi kenangan abadi buat aku sampai bila bila...