Tuesday, May 24, 2011

Ganguan Emosi!

Errr......geramnyaaaa........, time time macam nie lah semuanya nak dibuat dengan serentak. Dah tergopoh gopoh dibuatnya. Nie jam lh sibuk dengan minggu sukan dan nie jam jugak lh nak bagi anugerah tapi bukannya semua dapat bagi...nie semua menggangu emosi aku... Bab sukan dh lh pro sesangat, bila ada latihan tak dapat datang pulak. Bila kalah orang diperkata katakan....tapi pada masa yang sama kna latihan nyanyi pulak...bukannya jadi penyanyi band tapi, penyanyi koir je...hehehe... pada mulanya ktanya lagu yang akan dibawa tue kne buat perasmian dulu...tiba tiba bos suruh nyanyi lagu tue jugak masa hari beri anugerah tue...

Habis semua program tergendala....bukan aku je, kawan kawan aku yang lain pun sama. Tapi apa boleh buat terpaksa lh kne buat pilihan yang dipaksa pilih kerana tarikhnya dah hampir..terpaksa lh berkorbankan latihan sukan.

Sebenarnya bukannya apa, aku nak cuba skor dlm sukan tue aku boleh buat skor tinggi 130 mata ke atas...aku nak cuba improvekan permainan aku...sukan pun dah tak lama lagi... kawan kawan aku yang lain semuanya orang lama dah memang pro boleh skor lebih 130 mata ke atas so, aku pun nak jadi macam diaorang jugak...

Takpa lh alhamdulillah....terima kasih Allah...mungkin nie semua ada hikmah disebaliknya...sekarang emosi aku pun dah ok sikit sebab dh luahkan kat entry nie... Aku boleh! Aku boleh! Aku boleh!....

Kalender

Assalamualaikum semua....

Korang pernah terfikir dan rasa membazir tak membeli kalender?. Aku rasa kalau orang yang kerja ngan kerajaan atau swasta, terutamanya pekerja lah...kalender akan dapat free kn? sebab majikan dah belikan dan beri sorang satu tak pun satu department satu kalender betul tak?. Ermmm....sama lh macam aku, majikan dah belikan dan dapat lagi daripada kementerian... Tapi aku nie suka mencuba buat sesuatu hasil aku sendiri. mereka reka sendiri.... Alaaa....lagi pun komputer kan ada guna lah dengan sepenuhnya. Teknologi dah canggih....cuma ubah tahun dan tarikhnya sahaja.

Di sini aku nak kongsi ngan korang hasil kalender yang aku buat sendiri. korang nak tengok tak?..ermmm...peduli apa aku korang nak tengok ke tak aku nak tunjuk jugak kat korang...jgn marahhhh haaaa.....jom kita layan gambar di bawah.....





Walau pun tak lh sehebat mana kalender aku nie, tapi kalender nie akan jadi kenangan abadi buat aku sampai bila bila...

Monday, May 23, 2011

Anak Yatim Terkorban Akibat tanah Runtuh

MasyaAllah....semalam aku tengok berita TV3 memaklumkan Anak yatim terkorban akibat tanah runtuh...7 orang dikebumikan dalam 1 liang lahad yang sama. Innalillah.......mari kita sama sama membacakan Al-Fatihah utk mereka, Al-Fatihah.. (bagi yang beragama islam shaja). Diantara 7 orang itu dua orang adalah adik beradik.

Walau bagaimanapun masih terdapat lagi yang belum dijumpai dalam timbusan tanah. Ya Allah engkau permudahkan lh penyelamat membuat siasatan dan temuikan lh mayat mayat mereka agar dapat dimandikan dan dikebumikan dengan sempurna. bak kata orang walau pun dah meninggal tapi jika ada kuburnya kita akan selalu ingat dan datang ke kubur untuk diziarahi tapi kalau takde kubur bermakna tiadalh mayatnya kerana telah ditelan bumi. Tiada peninggalan bagi yang hidup agar sentiasa mengingatinya hanya doa sahaja dapat disampaikan.


Sedih dengar berita sedemikian, dh lah anak yatim takde ayah dan ibu...nasib baik ada orang yang prihatin terhadap mereka untuk menjaga makan pakai dan memberi pelajaran. Macam mana agaknya kalau mereka tinggal sedirian adik beradik sahaja....Ya Allah.....
Besar pahala orang yang mengusahakan rumah kebajikan anak yatim nie... orang yang berkhidmat di rumah tersebut pun sama mendapat pahala. Tiada kanak kanak yang menginginkan mereka dijadikan anak yatim, tapi nie semua sudah ketentuan Ilahi...takde sapa boleh melawan takdir Allah.

Thursday, May 19, 2011

Tengok, bergambar dan menggunakan

Assalamualaikum...

Ermmm....lama beno rasenya tak menaip dalam blog nie... bukannya tak nak update tapi masa yang tak mengizinkan. Kerja pun sampai bawa balik umah. Ish! ish! ish!...punya lh rajin aku nie kn...Ops! terlebih sudah....Sowey...:):):)

Kali nie aku nak cite kisah "tengok, bergambar dan menggunakan". Rase rase korang apa kebendanya eik? binatang apa? macam macam terlintas di fikiran bila baca tajuk aku kali nie kn... Sebenarnya aku nak bagitau kat korang apa yang aku maksudkan adalah Masjid Kristal... hehehe.....

Ye lh, mungkin pada korang ala dah pergi dh...kalau orang terengganu lagi lah kan agaknya hari hari dah sembahyang kat situ... tapi, masalahnya itu korang aku belum pernah pergi lagi... Haaaa....masa aku pergi SUKANUN lah aku menjejakkan kakiku di Masjid yang sergam indah itu...punyalah cantik... Masjid Terapung pun dh tak cantik macam Masjid Kristal... masa kitaorang nak pergi Masjid Kristal tue, lalu lah masjid Terapung tak ramai pun pergi situ tapi masih adalah. Kalau Masjid Kristal nie macam Masjid Putrajaya, orang bukan islam pun ada pergi semata mata nak ambil gambil kat situ. Kalau orang islam datang situ semata mata nak ambil gambar sahaja aku pun tak tahu lh nak kata apa...

Sebelum nie suami aku ada jugak tunjuk gambar yang dia pergi kat situ sembahyang. Masa tue kawan dia kahwin dapat orang Terengganu. Aku tak ikut sebab kitaorang belum kahwin dan dia pun pergi ngan kawan kawan lelaki sahaja. Keje gila aku nak ikut. mampus aku kne belasah ngan mak aku....naya naya...

Ok lh kawan kawan di sini ada beberapa gambar untuk korang mencuci mata ....zazzzz...






Monday, May 16, 2011

SUKANUN 2011



Seminggu tak menekan keyboard komputer. Seminggu jugak lah tak dapat update blog dan baca blog kawan kawan...selama seminggu sebenarnya aku pegi sukan badan berkanun. Haaa....percaya tak percaya lah aku adalah salah seorang atlet tau... Aku main game bowling. Pasukan Bowling katagori lelaki mendapat tempat ke-16 dan perempuan ke-26 daripada 39 team yang menyertai. Kira group kami nie boleh tahan lh... Aku rasa kalau kami nie turun training seminggu 2 kali pasti kami pun lawan ngan team yang handal handal. Tapi bukan dah nk pergi baru belatih!!!...




Kali nie sukan badan berkanun di Kuala Terengganu. Tapi game bowling main di Kerteh, Mesra Mall. Group kami pun tinggal kat Kerteh Lodge. Kalau dari Kerteh nak ke Kuala Terengganu makan masa 2 jam jugak. Sebab tue kami tinggal kat Kerteh Lodge je..tapi bagi group futsal dan karum tinggal di Kuala Terengganu, Ming Paragon Hotel.





Tapi kali nie aku pegi sukanun nie tidak sama macam yang lepas lepas. Aku rasa macam tak berbaloi je...dah lah elaun yang sepatutnya dapat tak dapat penuh macam atlet yang lain... sesi latihan pun kne guna duit sendiri, uruskan sendiri...kitaorang group bowling nie macam dianak tirikan rasanye..sedih! :(:(:(





Malas lh nak komen banyak banyak, spa yang pernah pergi tau lh rasanya...padahal pergi untuk jabatan tapi tak dipandang jasa dan pengorbanan staff terhadap jabatan. Bila kalah Boooo....bukan beri galakan dan semangat....sekadar untuk tangkap muat je, asal hantar team. kalau terus bersikap macam nie aku rasa jabatan smpai bila bila pun tak akan menang.... Cuba tengok seperti jabatan jabatan lain, beri sokongan, sponsur untuk atlet atlet, beri semangat, buat latihan bersungguh sungguh, pengurus turun padang beri galakan pada peserta demi jabatan. Memang berbeza jabatan aku nie ngan jabatan lain. Mungkin sebab nie jugak jabatan aku nie tak hantar banyak game berbeza ngan sukan Makspen. Sukan Makspen hanya agensi di bawah KKLW shaje... Bulan Jun nie sukan Makspen pulak. Entah nama aku nie tersenarai ke tidak. Mula mula memang ada nama, mana tau last last minit...tak mustahil berlaku. Apa apa pun good luck lh pada team sukan Makspen...cayok! cayok! kawan kawan....termasuklh dari agensi lain ye...
Jom...kita layannn....gamabr di bawah...